“Mula saat ini kau anggap anak ni dah mati. Dian Kirana binti Abdullah, aku ceraikan kau talak satu.” – MEGAT QAYYUM
Kerana satu perjanjian, DIAN KIRANA diceraikan sebaik sahaja melahirkan. Tanpa belas kasihan dia dihalau dari rumah saat masih dalam pantang. Sedar dirinya siapa, dia hanya mampu melangkah pergi.
Lapan tahun berlalu. MEGAT QAYYUM muncul kembali mengganggu hidup DIAN.
“Dia sakit. Dia perlukan awak.” – MEGAT QAYYUM
“Maaf... anak saya dah mati. Lapan tahun lepas awak suruh anggap dia mati. Jadi saya anggap dia mati.” – DIAN KIRANA
DIAN membuat permintaan tak masuk akal kepada bekas suaminya. Ceraikan isteri bekas suaminya sekarang dengan talak 3! Barulah dia akan setuju untuk membantu zuriatnya. Namun MEGAT QAYYUM menolak.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri. Menculik DIAN dan membawanya ke sempadan. Memaksa DIAN berkahwin dengannya.
“Maafkan aku. Aku bukannya lelaki jahat. Tapi aku tak akan izinkan kau hancurkan hidup orang yang aku sayang. Cukuplah sekali dulu dia putus asa dengan hidup. Aku tak mahu perkara tu terjadi lagi.” – TENGKU ISYRAF REIFANSYAH
DIAN terjerat dalam penjara rumah tangga sekali lagi. Tengku Isyraf mengahwininya hanya kerana tidak mahu dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangga MEGAT QAYYUM dan juga TENGKU SURIANA. Kali ini DIAN cuba melawan namun TENGKU ISYRAF lebih licik dari MEGAT QAYYUM. Terpaksa melalui derita menjadi isteri yang tidak disayangi suami buat kali kedua. Mampukan DIAN keluar dari penjara rumah tangga ciptaan Tengku Isyraf? Dapatkah DIAN mengecapi bahagia yang dia impikan?
Karya ini boleh dapat 5 stars if panggilan itu berubah. Ni sekejap aku kau saya awak, F pun naik menyampah.
Sedih gila bila dah habis baca. F still tak move on dengan ending tu. Qayyum tewas... and it hurts more sebab dia tewas kat tangan Suri his own wife.
Suri tu honestly bukan sayang pun. She's obsessed. Bila dia suruh Qayyum kahwin dengan Dian, konon demi anak... padahal it was all part of her twisted plan.
Poor Qayyum and Dian... both jadi mangsa dalam game Suri. Sama-sama teraniaya, sama-sama terluka.
F memang terkesan sangat dengan kematian Qayyum. The way he loved Dian... it was too deep, too pure. Tapi sebab dia sayang sangat, dia sanggup jadi "kejam". Demi lindung orang yang dia cinta.
Now I get why ramai suka cerita ni. Heartbreaking, tapi cantik. Powerful love story with a painful twist. 💔
plot dan jalan cerita menarik tentang kehidupan Dian yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan. novel ni boleh jadi pain tapi itulah tak sampai sebab plot dan watak tak dikembangkan dengan baik, dan konflik di pertengahan cerita tak begitu kuat. Hubungan Dian dengan Tengku Isyraf ok la sweet la juga tapi itulah progress dia slow sebab masing-masing banyak main tarik tali. but overall still enjoy la untuk bacaan ringan.
Tak bole kee tetap kn satu jee kata nama utk dorg nie? Sekajp aku kau, abg syg pastu aku kau balik.. mne satu nk pggl nie?
Sedih ngn pengakhiran Qayyum.. tak sangka.. mmg Qayyum suka kan Dian dri dulu lgi….
Cerita ttg kisah silam Syah jugk sedih.. nasib mase tu ade Dian yg tlg.. mmg die cari Dian lepas tu sbb nk tnujuk dan bgtau yg die ikot ape yg Dian nasihat..
Disbb kan tak nak Dian kene ape², Syah bwk lari Dian dan paksa Dian kawin ngn Syah.. lepas kawin, Syah nie nmpk caring gile walau pun kasar..
Plot boleh dikembangkan lagi kot. Tapi awal cerita tu mmg kejam gila Qayyum dgn Suriana.
Aku lebih suka if watak Dian dengan Sofea tu dibanyakkan lagi scene dia. Ni macam more kpd scene Isyraf dgn Dian. Isyraf dgn Dian pulak main tarik tali tak berterus terang.
Sebab dah lama tak baca buku yg buatkan air mata kita mengalir mcm air paip. But this one saya suka ☺️
Part awal tu fuhhh laju jalan cerita ni, tapi sebabkan nak fokus dekat Isyraf dengan Dian, so macam okay laaa. Sebab cahaya yang Dian cari tu bukan dekat Qayyum tapi Isyraf.
Curious sebab Isyraf layan dia ni dgn baik, macam bukan kena paksaaa kahwin, rupanyaaa .
Boommmmmm 🤯🤯🤯
Sudah ku jangka !!!!
Lepas baca cerita ni, tak boleh move on pulak sebab watak2 ni dah melekat dalam kepala 🥲
boleh la nyah jalan cerita dia boleh tahan sinetron gak cumanya plot cerita mybe kena kembangkan lagi kut. dian ni character development dia ok. dari jadi noob fl pastu kejap gila gila, kejap macam bebudak, kejap tersakiti adoii tapi takda yang menarik sgt pun. tengku isyraf pun ok. gentleman, tipikal lelaki dingin beku lol. paling suka dia punya act of service memang sehijau amazon. cumanya mamat ni punya kaya macam unlimited harta tujuh keturunan ek hahahah tapi belanja kek birthday dian makan kek SR je lmao. but srsly tengku suriana tu sumpah watak antagonis paling gila pernah aku baca. dia punya cemburu buta level kena ruqyah dah waknatt steghes aku. buku ni sepatutnya buku pain, tapi bagi aku pain dia tak berapa nak sampai. cuma aku emo betul la chemistry fl dgn ml ni macam mehh sikit. communication takde, pastu sorang macam gini, sorang lagi macam tu pastu meleret sampai hujung cerita apoo. aku mengharapkan ada scene dian dengan sofea even lepas the surgery?? macam tak berapa nak logik la sampai tak berjumpa anak sendiri langsung?? but overall boleh la buat hilang bosan
Boleh lar. Tak rasa novel yang paling best sangat. Sekadar bacaan santai, nak hilangkan tekanan, okay lar.
Tengku Isyraf tu, digambarkan macam kaya sangat dah. Tapi masa birthday Dian, belanja kek kat secret jer? Haih. Megat Qayyum tu memang kejam, cintakan Dian tapi kejam nak mampus. Tak boleh terima sangat. Yang si Tengku Suriana tu plak memang gila, cemburu tak bertempat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
bila baca memang akan kesian dengan dian. dia sentiasa jadi mangsa. awalnya mangsa qayyum yang bernikah dengan dia hanya kerana nakkan anak. diugut tentang hutang. bersalin aje dia, terus diceraikan walaupun sakit bersalin masih ada.
tengku farhan, adik kepada tengku suriana selamatkan dia. upahkan orang untuk menjaga dian.
kemudian, ditemukan pula dengan tengku isyraf. siap dibawa lari selepas qayyum datang berjumpa dian hanya kerana mahu selamatkan sofea, anak dia. siap bernikah sebab kononnya tengku isyraf tak nak dian mengganggu rumah tangga qayyum dan tengku suriana. walhal qayyum yang datang jumpa dian setelah lapan tahun tak bersua hanya kerana perlukan bantuan dian. sofea perlukan pemindahan sumsum tulang.
begitula lebih kurang derita yang dian tanggung. tapikan, bila habis baca, bila difikirkan balik sebenarnya dian sekadar lalui mengikut apa yang ditakdirkan. walaupun dia sedih, terluka tapi sengsara yang dilalui tak sehebat tengku suriana.
kenapa?
ha...
dari awal pembacaan, watak ini sering sakit hati dengan dian. dia yang suruh qayyum kahwin dengan dian sebab nakkan anak. dia gunakan alasan sebab qayyum, dia hilang anak yang dikandung sekali gus rahim terpaksa dibuang. tak cukup itu dia yang paksa qayyum ceraikan dian walaupun baru saja melahirkan dek sebab cemburu.
itu aje? tak ... ada lagi.
bila sofea sakit, mati-mati tengku suriana tak mahu qayyum cari dian. dan bila tengku isyraf kahwin dengan dian, sibuk suruh ceraikan.
sengsara yang dilayan buat sebenar tengku suriana hidup sentiasa dalam penafian dan konflik jiwa. dian sentiasa menjadi pencabar tanpa dia sedar. dengan sikap tak reda buat akalnya menjadi bertambah rosak. jiwa dia tambah terseksa.
seperti biasa penceritaa penulis sedap baca hingga habis. setiap plot, setiap poin cerita memang sedap baca. tak perlu terlalu nak mencuba yang tidak-tidak. cukup setiap watak itu berdiri dengan 'tugasan' sendiri.
kasih sayang dalam dunia ini tetap melimpah. kenapa hendak didendamkan sahara yang kering panas?
Okay, ni pertama kali saya baca penulisan daripada Aein Dhiyauddin and to my surprise, novel Dian Kirana ni memang kena dengan selera. Pain? Yes, memang agak pain tetapi tidak lah sampai saya menangis teresak-esak, cuma setiap yang berlaku pada Dian, Qayyum dan Tengku Isyraf betul-betul berkesan kat hati. Penceritaan tu sampai sehingga saya tak boleh nak lepaskan buku ni, and at last saya dapat habiskan dalam beberapa jam sahaja. Saya tak nak spoil apa-apa tetapi percayalah, Dian, Qayyum dan Tengku Isyraf hanyalah mangsa keadaan di atas sikap ego dan cemburu Tengku Suriana (the main villain dalam novel ni). Kejam. Tak berhati perut. Egois. Cemburu tak bertempat. Itulah Suri aka Tengku Suriana. So, jangan cepat sangat nak sumpah seranah si Qayyum dan Tengku Isyraf tu, baca betul-betul, nanti korang akan faham kenapa diorang berdua terpaksa buat macam tu dekat Dian. Kasihan.
Namun, siapalah yang dapat menyangkal ketentuan Allah SWT. Kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan. Benda yang paling saya suka tentang Dian, dia tak pernah tinggal solat dan sentiasa positif walaupun dia tahu untuk mencapai sesuatu yang kita nak perlukan masa. Dia tak pernah kenal erti putus asa. Dia kuat. Matang. Dan... dia sangat mudah memaafkan. Pendek kata, Dian Kirana ni memang wanita yang cukup sempurna luar dan dalam (memang patut pun lah Suri cemburukan dia). Jangan risau, cerita ni happy ending. Akan ada sikit salah faham dalam rumah tangga Dian dan Isyraf tapi tak meleret, satu ke dua bab je kalau saya tak silap, itupun disebabkan si tengku Suriana tu lah. Huh! Selebihnya korang baca sendiri.
Weh, mmng out of this world buku ni! Plot twist dia jgn cakap. Best!!!
Mmng awal2 sakit jiwa baca Dian kena layan mcm tu. All the misunderstandings. Last2, iolls jatuh syg pula dekat Qayyum. Ahh, sedih sikit. Sorry, Isyraf. 🤚🏻
But, isu yg diketengahkan dlm novel ni mmg hot issue. Mental health. Seriously, jgn pandang rendah on how mental health ni boleh affect someone’s action. But, it’s tough to tackle juga sbb tak ramai yg akan jumpa doktor secara rela. Ramai juga akan fikir they can still cope and handle sendiri.
I like the story. Sometimes kalau I rasa nak reading slump, I'll read this kind of story. Cerita ni mengisahkan Dian yang hidup dalam kesengsaraan.
Awal ii cerita ni memang menyakitkan hati. Lagi ii si qayyum tu🙄 tapi setiap cerita, setiap scene ada sebab dan rahsia.
Plot twist memang best. Unexpected. Sedih. Marah semua ada. Recommended sangat if korang nak baca cerita tentang rumah tangga yg menyakitkan hati. I cried four times so if you want to experience the same thing, do read this novel🙃.
Dalam tak sedar, sebenarnya Qayyum yang banyak berkorban untuk Dian. POV Qayyum, apa yang dia buat hanya untuk selamatkan Dian. POV Dian, Qayyum lelaki jahat yang buat hidupnya terseksa.
Sedih tul nasib dian ni... bukan calang2 org yg cintakan dia tp sebabkan si matahari xguna tu terpaksa org tunjuk benci. Nasib baik dian bahagia di akhirnya. Cuma kesiankn nasib qayyum je la huhu
Good read. Dah lama aim nak baca novel ni and finally baru sekarang dapat baca sebab dapat harga murah dari pasaran.
DIAN KIRANA, novel ni focus more dekat Dian & Tengku Isyraf. Plot Twist tentang Qayyum pun just wow. Part of me kesian juga la dekat qayyum tapi he shouldn't follow 'that women'. Of course ada juga plot twist tentang tengku Isyraf tapi rasanya penulis rushing sikit la masa bagitahu tentang isyraf tu. But personally for me, this novel is good. i would read it again.