Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pejuang-Pejuang Yang Benar #3

Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel

Rate this book
Selama dua tahun Muhammad al Fateh mengkaji titik kelemahan Kota Konstantinopel pada setiap malam, dan merangka strategi serta membina pelbagai peralatan perang. Bersama bala tentera 150 000 orang, beliau menggempur Kota Constantinople selepas Raja Byzantin enggan menyerah diri.

Ikuti strategi peperangan yang turut diakui oleh sejarawan Barat sebagai antara taktik peperangan yang terbaik di dunia. Ketahuilah peribadi sultan yang cukup baik budi pekerti, cerdik lagi pahlawan dalam novel ini.

336 pages, Paperback

First published September 4, 2008

86 people are currently reading
1494 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
724 (67%)
4 stars
216 (20%)
3 stars
89 (8%)
2 stars
17 (1%)
1 star
21 (1%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
August 2, 2021
UPDATE:
Aku beli and baca novel ni masa aku sembilan tahun sebab cikgu aku yang pertontonkan aku dan classmates filem Sultan Muhammad Al-Fateh, Fetih 1453. Dari situlah aku mula kenal siapa Sultan Muhammad Al-Fateh dan beli novel ni.

Okay...

Bila aku baca balik novel Sultan Muhammad Al-Fateh ni, baru aku sedar ada juga info yang salah dan tidak ditulis tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.

Contohnya, Sultan Muhammad Al-Fateh anak sulung dan anak tunggal Sultan Murad II? Actually, dalam sejarah besar, Sultan Muhammad ada seorang/dua (ni aku lupa tapi aku rasa seorang) abang yang bernama Alaaddin. Jadi dimanakah Alaaddin dalam novel ini?

Lagi, Sultan Muhammad bernikah umur 14 tahun bersama Emine Gulbahar Hatun dan mempunyai anak ketika mereka berdua berumur 16 tahun.

Khalil Pasya adalah pengkhianat. Jadi dimanakah scene yang dia dipancung atas pengkhianatannya?

Jadi, bagi aku, novel-novel sejarah Abdul Latip Talib lebih sesuai untuk pembacaan santai sejarah kerana olahannya. Kalau nak kaji sejarah yang betul-betul, aku galakkan korang semua baca buku-buku tulisan Roger Crowley atau Betthany Hughes.

Tapi ini tidak bermaksud kalian tak payah sokong ALT. For me, ALT is always one of the best history writers ever. Aku sendiri kagum dengan dia dan dia jugalah penyebab aku jatuh cinta dengan subjek sejarah.

Kepada Tuan Abdul Latip Talib, terima kasih sebab menemani zaman kanak-kanak saya dengan novel-novel sejarah tulisan tuan.

New rating: 4🌟

—Feyssa.
Profile Image for Naim Hassan.
19 reviews36 followers
November 19, 2009
Buku ini merupakan karya sejarah yang amat menarik untuk dikaji. Bagi yang tidak berminat dengan buku sejarah yang berbelit dengan tarikh dan fakta, saya mengesyorkan buku ini. Hal demikian kerana penulis menghidangkan fakta sejarah dalam bentuk novel dan santai disamping dialog-dialog yang berkesan. Buku ini menceriakan ketokohan Sultan Muhamad sebagai pemerintah dan usaha beliau untuk membuka Kota Konstantinopel (sekarang Istanbul). Strategi-strategi peperangan yang mengkagumkan serta keluhuran budi menjadikan Sultan Muhammad tokoh yang ideal untuk diteladani.
Profile Image for Basmin  Maarof.
15 reviews
Currently reading
January 3, 2009
Lemahnya jiwa di kalangan umat islam hari ini adalah kerana mereka telah hilang semangat juang jihad dalam diri. Ini ingatan untuk saya juga yang selalu lalai. Barangkali ini juga yang menangguhkan kemenangan umat Islam hari ini. Mungkin kita boleh mengambil ibrah dari sirah kemenangan Kota Konstantinopel pada tangan umat Islam.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah monadonya adalah sebaik-baik pasukan. " (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad).



Kerana itu usaha menakluk Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Suliaman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Al-Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 14000 tetapi semuanya menemui kegagalan. Kemudian Akhirnya pada 857 Hijrah, Allah mentakdirkan Kota onstantinopel berjaya ditawaan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Ia ditawan pada ketika wujudnya pemerintahan yang baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik.
2 reviews
Read
July 24, 2010
contoh pemimpin yang boleh kita contohi. Agar kita sentiasa mencontohi baginda kerana dalam usia yang begitu muda baginda sudah menjadi ketua negara dan menawan kota kontanstiple..insyaAllah
Profile Image for Azura Chan.
527 reviews7 followers
May 31, 2024
"Ambillah dariku pelajaran ini. Aku hadir ke negeri ini bagaikan seekor semut yang kecil, lalu Allah memberi nikmat yang demikian besar ini maka berjalanlah seperti yang aku lakukan. Bekerjalah engkau untuk meninggikan agama Allah ini dan hormatilah ahlinya. Janganlah engkau hamburkan harta negara, berfoya-foya dan menggunakannya melampaui batas yang semestinya. Sungguh itu semua adalah sebab-sebab terbesar datangnya kehancuran.” - Abdul Latip Talib, Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel
.
🔻Kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh bagi menawan kota yang paling kebal pada abad pertengahan, Kota Konstantinopel. Kota ini dikhabarkan tidak akan mampu ditakluki oleh sesiapa pun. Dia lahir menjadi panglima yang mengukuhkan Empayar Uthman Turki.
.
🔻Inilah salah seorang tokoh pemimpin yang patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin Islam pada masa kini. Kewibawaan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh sudah terserlah semasa baginda berumur 19 tahun lagi apabila baginda sudah mula menggalas tanggungjawab sebagai Sultan bagi menggantikan Sultan Murad.
.
🔻Kekuatan pemerintahan Uthmaniyah pada masa itu adalah berlandaskan ciri-ciri pemerintahan pada zaman Rasulullah SAW. Malah strategi peperangan di antara tentera Uthmaniyah semasa menentang tentera Rom juga mencontohi peperangan pada zaman Rasulullah.
.
🔻Saya merasa kagum dengan strategi peperangan yang dirancang oleh tentera Uthmaniyah terutamanya idea tidak masuk akal yang diilhamkan oleh Sultan Muhammad sendiri iaitu memindahkan kapal-kapal perang melalui jalan darat. Ini menjadi kunci utama yang membolehkan mereka menawan kota Konstantinopel.
.
🔻Semoga kita juga akan mendapat kemenangan seperti ini lagi pada masa akan datang. Kemenangan itu pasti kerana ia janji Allah kepada hamba-Nya. Semoga sekecil-kecil jihad kita memperjuangkan agama Islam apabila kita bersatu, akan menjadi satu kekuatan dan keutuhan lambang kebesaran Islam dalam menentang musuh kita.
.
#azurachanreads #abdullatiptalib #sultanmuhammadalfateh
#sultanmuhammadalfatehpenaklukkonstantinopel
#bukujunkie #bookjunkie #bookish #bookaddict #booklover #bookgeek #bookstagram #booknerd #historicalbook
Profile Image for faryna syaza.
76 reviews14 followers
May 2, 2022
"Tadi aku hendak membunuh engkau kerana Allah, tetapi selepas engkau meludah mukaku, aku menjadi marah. Aku tidak mahu membunuh engkau kerana marah" - Sultan Muhammad al-Fateh.

Tipulah jikalau kita semua tidak pernah mendengar sosok seorang pejuang kebenaran Islam nan satu ini. Sultan Muhammad Al-Fateh. Nama beliau sama sekali tidak asing di mana-mana pelosok bumi ini. Tetapi, sejauh manakah kita mengenali sosok nan satu ini? Bagaimanakah akhlak beliau, akhlak tentera beliau dan akhlak rakyat beliau,sehinggakan 800 tahun sebelum kelahirannya, Baginda SAW sudah menyebut tentang perihalnya? Pendek kata, saya amat sarankan buku ini untuk kalian yang mahu mulai mengenali Empayar Turki Usmaniyyah.
38 reviews
January 29, 2022
Siapa saja yang tidak mengenali tokoh yang telah berjaya meruntuhkan tembok konstantinopel ini. Ya, dialah Sultan Muhammad Sang Pembebas! Saya begitu terkesan dengan sifat dan keperibadian baginda hasil garapan Pak Latib di dalam novel ini. Novel ini adalah antara sebab mengapa saya begitu cinta dan obses dengan sejarah Daulah Uthmaniyah sehingga ke hari ini. Terima kasih @paktalib di atas penghasilan karya hebat ini.
Profile Image for Zatie Idris.
2 reviews
January 31, 2018
Buku ini agak menarik kerana penulis menceritakan bagaimana sultan muhammad al-fateh mampu menakluki kota konstatinopel dalam usia yang muda dan bagaimana beliau mengawal keadaan dan berdepan dgn maharaja konstatinopel.
Profile Image for Muhammad Khairy.
3 reviews
June 16, 2020
Alhamdulillah.. Selesai baca buku ni.. Sangat simple dan menghiburkan.. Bila baca buku ni rasa berada betul-betul disituasi peperangan. Sangat bermafaat sekali.

* Sangat digalakan untuk dapatkan buku ni pada yang kurang berminat dengan sirah/sejarah.
Profile Image for Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin.
19 reviews7 followers
April 9, 2012
Aku kurang gemar dengan novel sejarah sebab ceritanya ditokok tambah. Dalam hal ini boleh jadi ada fakta yang memang fakta dan ada fakta yang bukan fakta. Maksud aku ialah kita tak boleh belajar sejarah daripada sebuah novel, sebaliknya perlu mengkaji sumber primer dan sekunder. Sebuah novel tentunya bukan sumber sejarah.

Kekeramatan Syeikh Al-Wali antara perkara yang paling banyak dipaparkan dalam novel ini. Entah betul entahkan tidak, wallahualam. Kalau betul, tak apalah. Kalau tak betul, memang tak patutlah dimasukkan.

Tajalli Allah? Ini dah melebih. Ramai orang tarekat dah melampaui batas sampai mengaku dirinya Allah.

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus."

"Dan perhambakanlah diri kepada-Ku. Inilah jalan yang lurus."

Walau apapun, aku terharu juga membaca novel ini.
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
December 5, 2013
Alhamdulillah..selesai :)

Reviewnya kalau saya ada kelapangan. InshaAllah.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Profile Image for Ainur Afifah.
14 reviews1 follower
June 25, 2014
I really enjoyed the book. Although the writing wasn't really poetic and is really simple and direct, but the objective is achieved. I finally knew and understood who Sultan Muhammad Al-Fateh is and his legacy. Worth reading
Profile Image for Inche Mir.
11 reviews4 followers
January 19, 2023
Ini adalah novel kedua dari Pak Talib yang aku dah baca selepas novel Mustafa Kamal Ataturk. Bagi mereka yang rasa berat untuk membaca buku ilmiah yang sarat dengan fakta, pasti lebih seronok membaca novel-novel fiksyen sejarah seperti karangan Pak Talib.

Namu ada beberapa perkara yang perlu kita faham dan ambil tahu. Novel fiksyen sejarah bukanlah buku ilmiah ataupun sumber primer. Jadi ia tak wajar untuk kita jadikan rujukan atau sebarkan apa peristiwa dan gambaran yang diberikan seolah-olah ia adalah fakta yang tepat.

Lebih-lebih lagi berkaitan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Kerana novel fiksyen ini seperti yang kita tahu, ia tak lari dari rekaan plot dan dialog yang mengasyikkan untuk menambah keseronokan dan penghayatan buat pembaca.

Tapi bukanlah novel sejarah sebegini tak bagus langsung. Masih ada pengajaran yang boleh kita ambil seperti yang ada dalam novel ini:

1. Orang yang menjaga akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan pasti berjaya.
2. Agama Islam bukan agama magis, tak semua peperangan boleh menang dengan mudah. Selain beribadah, ilmu diplomatik dan strategi perang yang baik juga sangat penting untuk raih kemenangan.
3. Islam bukanlah agama yang suka berperang. Peperangan hanya jadi bila pihak musuh enggan mengalah dan sentiasa mencabar pemerintahan Islam.
4. Adab dalam peperangan juga banyak disebutkan seperti patuh kepada pemimpin dan ulama, tidak memerangi orang tua, kanak-kanak dan wanita serta orang yang tidak menentang.
5. Pertolongan dari Allah akan datang sekiranya apa yang kita perjuangkan itu akur dengan suruhan dan larangan-Nya.

Semoga kita semua bersungguh untuk ambil tahu sejarah perjuangan Nabi dan para Sahabat terdahulu, dan lebih baik sekiranya kita membaca dari sumber-sumber yang sahih untuk dijadikan rujukan dan tauladan.

والله أعلم.
4 reviews
November 10, 2020
Sultan al fateh diberi julukan Si Penakluk.Seperti dlm hadis Rasulullah SAW Sultan Al-Fateh bnr2 sebaik2 pemimpin & tenteranya sebaik2 tentera.Di usia muda beliau mampu menjadi pemimpin kpd sebuah negara yg akhirnya dpt menakluk Konstantinopel kini digelar Istanbul yg sdh bratus tahun cuba ditakluki olh umat islam yg mahu melebarkan islam di situ.Semangat juangnya,kemahiran brfikir & ukhuwah fillah diantara beliau,pembesar & tenteranya benar2 mengagumkan.Terutama sekali sikap tawaduk beliau kpd Allah meskipun dikurniakan Allah kejayaan yg gilang gemilang tp xprnh pn beliau lupa diri dgn pujian..Kisah ini benar2 patut diceritakan kpd anak cucu kita,agar mereka dpt mnjadikan Sultan Al-Fateh sbgai idola terutama sekali di zaman mutakhir ini..Semangat jihad fisabilillah sdh tiada di hati2 anak muda..Aku benar2 jatuh hati kpd peribadi Sultan Al-Fateh..
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
August 22, 2018
novel sejarah islam. kisah dan jalan cerita yang sebenar tentang sultan mehmet ii walaupun ada ditokok tambah sedikit tapi ia masih berlandaskan pada kisah yang benar seperti sultan mehmet ii buat daratan seperti lautan dengan menarik kapal perang melalui darat ke laut untuk melepasi laluan berantai yang dibina oleh roman byzantine. kisah yang menarik dan harus dibaca pada mereka yang gemarkan sejarah uthmaniyah
Profile Image for nessilly.
39 reviews
February 14, 2024
rate: 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

first time baca buku ni time asrama. pinjam kawan punya buku sebab duduk asrama bosan so kita bacalah buku selain subjek teras.

okay... cerita senang faham. debaran itu ada. saya masih ingat kali pertama baca buku ni feeling baca buku ini time tu sangat best.

I really love and enjoyed this book!
1 review
April 15, 2020
A fantastic basic reading to understand the story of how Ottoman Empire take over Constantine (now Istanbul)
Profile Image for Farah Nasruddin.
27 reviews1 follower
April 18, 2020
Where is the part of halil pasha being sentenced to death? Is it not true?
Profile Image for Nashya Azlika.
2 reviews
May 11, 2020
An inspiration for the young. To be able to lead during his teenage years, with unwavering faith, is very remarkable.
Profile Image for Tatatata.
67 reviews
June 23, 2024
Penceritaan yang sangat menarik tanpa melewah. Telus dan jujur.
Profile Image for Edi Rozaidi.
134 reviews
January 7, 2026
Antara buku tentang Sultan Al-Fateh yang baca pada awal2 dulu. Menarik gaya penceritaan Pak Latif.

Buku dah baca lama, baru teringat nak bagi review.
Profile Image for Ciknim.
24 reviews
January 7, 2019
Seronok baca buku ini kerana jalan ceritanya yang santai dan diolah dalam bentuk novel. Sejarah, kisah hidup Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya disampaikan dengan sangat baik sehingga menimbulkan rasa kagum dalam kalangan pembaca terhadap tokoh ini. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada tokok tambah dalam novel ini untuk "menyedapkan" lagi jalan ceritanya. Apa-apa pun objektif penulis tetap juga tercapai 👍
Profile Image for Faaizz Dzul.
68 reviews15 followers
August 4, 2011
gaya penceritaan Pak Talib dalam buku ni memang mantap. buat mereka jiwa malas membaca, menghadam fakta, menyusun sejarah, mengatur kronologi dalam kebanyakan kisah sirah ulung yg menarik djadikan bahan kajian.

usaha pembukaan kota Konstantinopel dicetus kuat berdasarkan hadith Rasulullah
"`Konstantinopel akan jatuh di tangan , Sebaik-baik Pemimpin Adalah Pemimpinnya, sebaik-baik Tentera adalah Tenteranya, dan sebaik-baik Rakyat adalah Rakyatnya....`"

usaha Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah.
Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah.
Sultan Suliaman pada tahun 91 Hijrah,
Khalifah Al-Rasyid pada tahun 165 hijrah.
Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 14000
Sultan Murad(ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh)tetapi semuanya menemui kegagalan.

1. pemimpin yang baik
2. tentera yang baik
3. rakyat yang baik

tak mudah 3 syarat utama ni dipenuhi oleh Sultan Muhammad. maka, kalau anda noob sejarah, lebih baik anda baca buku ni. ada sikit-sikit mood macam tengok filem "kingdom of heaven" @ "lord of the ring".

gerek dan santai. boleh dbaca dalam posing tongkat pipi kiri di halaman rumah.
Profile Image for Rosi A.M Al-Ya'kubiyy.
1 review
December 13, 2009
Saya sangat mengagumi Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang pemuda yang memangku takhta kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Seorang yang berjiwa besar ingin menakluk kota Konstantinopel (Kota Istanbul kini). Berjaya menakluk Kota tersebut pada usia 21 tahun. Beliau seorang yang kuat beribadah, tawadhuk, zuhud dan mahir dalam ilmu peperangan sejak berumur 5 tahun lagi. kejayaannya menakluki kota Konstantinopel bertepatan dengan hadith RasuluLLAH yang berbunyi; "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada dibawahnya adalah sebaik-baik pasukan".(Al-Hadith Ahmad bin Hanbal. Setelah beliau berjaya menakluk Konstantinopel, beliau berjaya menakluk kawasan-kawasan sekitar seperti di bahagian Eropah Timur dan termasuk negara-negara Arab seperti Mesir, Hijaz, Yaman and so on. Beliau meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 49 tahun semasa beliau berada di puncak kegemilangan kerana diracun oleh seorang Yahudi yang memeluk Islam. Al-Fatihah buat Mujahid Islam ini..Allahuakbar!!~Wallahua'lam~
Profile Image for Akram Muhammad.
45 reviews6 followers
February 13, 2021
kisah Muhammad Al-Fateh antara kisah yang aku suka. Buku ini pun dah kali ke-3 rasanya aku khatamkannya. Penceritaan Pak Latip memang menarik aku suka sejak sekolah menengah lagi.
Cuma ada beberapa penceritaan yang aku rasa macam 'terlalu magis' tak pasti ianya ditokok tambah untuk nampak lebih menarik atau sememangnya banyak riwayat mengatakannya benar. Contohnya, ketika Sultan Muhammad mencari kiblat di Hagia Sofia. Aku rasa mesti ramai ahli matematik yang pandai trigonometri dalam kalangan tentera penakluk Konstantinopel. Barangkali aku berfikiran saintifik, kurang gemar dengan momen mencari kiblat itu. Terdapat juga kesilapan penggunaan nama "Al-Fateh" yang membawa maksud "pembuka" atau "penakluk (Konstantinopel)" pada awal penceritaan walaupun baginda belum menakluk Konstantinopel ketika itu. Wallahu a3lam
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.