[eBOOK 27]
Milaya by Asha Lim.
.
Bacaan pertama April.
.
Suka buku ni. Macam soothing, menenangkan hati gitu.
.
Khadieeja yang mengalami kehilangan demi kehilangan, akhirnya berjumpa dengan Ezakiel yang sangatlah charming.
.
“Lagi satu, jangan risau pasal ex kau. Dia akan cari kau from time to time, but I’ll handle that. Kau tahu kan, kalau kau nak meluah apa yang terbuku dalam hati tu, aku sentiasa akan ada di sisi kau? Luahkan apa yang kau rasa tu pada aku. Apa guna kau ada aku sebagai seorang kawan. Aku ni ada aje nak pinjamkan bahu, telinga, dan masa untuk kau, Khadeeja.”
.
Permulaan mereka adalah kerana kucing.
.
“Kau kenal staff aku ke, Kiel?” soal bos, Encik Naufal dengan kening terangkat.
“ Ha’ah , ni mommy Khakiel,” balasnya sambil menyeluk poket seluar. “Anak aku.”
“Memang akan jadi mommy pada anak-anak kau juga ke?”
“ Hm . Macam itulah gayanya. Dia bakal mommy anak-anak aku juga nanti.”
.
Bila mereka bersama, Khadieeja sebenarnya takut bila dia meletakkan harapan pada Ezakiel, dia akan merasa kehilangan. Dan apa yang ditakutkan itu muncul.
.
“ We promised to talk about everything, face the problem together and never lied to each other. We promised, Khadeeja. Lying is not an option in our relationship, ” balasnya tegas dan dingin.
.
Yang aku suka, bahasanya. Sangat mendamaikan. Otherwise, ni kisah cinta biasa yang cliche je sebenarnya.
.
Yang lain sikit, sebab ada 2 ending. Pilihlah yang mana nak.