Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pedagogi Ramadan

Rate this book
Selepas naskhah Transformasi Ramadan ditulis lebih sedekad yang lalu, PEDAGOGI RAMADAN dihasilkan untuk meninjau Ramadan daripada kaca mata pendidik dan pendidikan. Pedagogi merujuk kepada urusan bagaimana sesuatu itu diajar dan dipelajari. Ia berbalik bukan hanya kepada pendidikan formal di sekolah, bahkan pendidikan tidak formal membabitkan keibubapaan di rumah, serta budaya masyarakat kita.

PEDAGOGI RAMADAN mengajak pembaca meneliti pengalaman kita belajar agama. Persoalan bagaimana Islam diajar dan dipelajari, banyak mempengaruhi cara kita beragama pada hari ini.

215 pages, ebook

Published March 1, 2023

3 people are currently reading
5 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

27 books884 followers
Hasrizal Abdul Jamil is a Malaysian-Irish educator, author, and learning designer whose work explores education, faith, parenting, and the examined life. He is Director of Education at Khalifah Education Foundation, which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. Trained in Jordan and Ireland, he holds degrees from Mu'tah University and Trinity College Dublin, where his M.Ed. research examined the academic experiences of university students with ADHD in the era of generative AI. His books range from reflective nonfiction and religion to education, character, and travel-inflected writing. He writes for readers seeking intellectual clarity, moral seriousness, and humane education across cultures.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (81%)
4 stars
2 (18%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Hasliza Rajab.
188 reviews8 followers
March 20, 2025
Penulisan ustaz tidak pernah mengecewakan. Hal ini kerana beliau menulis daripada apa yang telah terjadi dalam kehidupannya dan diiringi dengan refleksi yang boleh membantu orang lain mengemudi hidup.

Dalam buku ini, saya tertarik dengan apa yang ustaz bincangkan mengenai ISTIQAMAH. Perkara yang mungkin sesetengah daripada kita menganggapnya sebagai hal yang remeh namun besar nilainya di sisi Allah. Kenapa hal istiqamah ini disentuh? Rentetan daripada amalan-amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadan, apa yang terjadi setelah Ramadan berlalu? Adakah amalan-amalan itu masih kekal atau...atau hanya menjadi kenangan yang dilupakan?

Antara langkah yang boleh kita ambil untuk beristiqamah dalam setiap amalan yang kita lakukan walau sekecil-kecil amalan ialah :
- jangan melampau dalam beragama
- jangan cenderung kepada golongan yang zalim
- dirikan solat
- bersabarlah (kerana urusan istiqamah ini adalah urusan yang panjang dan berterusan)

Menarik kupasan yang beliau kongsikan kerana cabaran yang beliau hadapi untuk mendidik anak-anak di sebuah negara yang mana Muslimnya adalah minoriti. Dan pelbagai soalan tercetus daripada anak-anaknya dan beliau harus menjawabnya dengan laras bahasa yang anak remaja boleh memahaminya.

"Abi, can we have two gods?".

Waktu Isya' jam 11.30 malam, dan Subuh tiba jam 1.45 pagi. Ini antara cabaran yang terpaksa beliau dan anak-anak hadapi dan bagaimana untuk kekal istiqamah dalam perubahan waktu yang mencabar.

Perkara-perkara asas berkenaan Ramadan juga turut dibincangkan melalui perbualan beliau dengan anak-anak. Perkara tidak berkisarkan mengenai perselisihan mazhab dan sebagainya, ianya lebih fokus kepada bagaimana untuk menerapkan nilai keberagamaan dalam kehidupan minoriti Muslim di sebuah negara yang tidak berTuhan.
13 reviews
January 11, 2025
keputusan yang tepat bila membaca buku ini dalam keadaan diri yang penat dengan kerenah manusia. Tulisan yang mengubah pandangan diri tentang Ramadan yang selama ini masih di takuk sekolah rendah.
Tulisan ustaz tak pernah gagal untuk membuka minda pembaca .
Displaying 1 - 2 of 2 reviews