Hidup Sara Hanim sudah berantakan semenjak kecil. Umurnya masih muda tapi sudah menggalas tanggungjawab yang besar.
Dek tanggungjawab itulah menemukan dia dengan Faris Ad Deen. Lelaki yang tiba-tiba muncul di saat dia memerlukan. Lelaki yang sentiasa menghulur tangan untuk membantunya.
“Kenapa awak baik sangat dengan saya? Kita baru jer kenal.” -Hanim
“Allah yang pertemukan kita.” – Faris
Mengenali siapa sebenarnya Faris membuatkan rasa cinta yang baru bercambah di hati segera dihapuskan. Hidup dia dengan Faris bagai langit
dengan bumi. Puas dia menjauh, tetap Faris sentiasa mendekat. Bersungguh mahu menjadikan Hanim isterinya.
“Kita ni tak sekufu. Faham tak? Macam langit dengan bumi. Jadi kalau tak mampu nak ikut syarat saya, kita tak payah kahwin.” - Hanim
“Saya setuju. Kita kahwin tanpa pengetahuan keluarga saya.” – Faris
Bermulalah detik perkahwinan rahsia. Faris beri segalanya untuk Hanim. Asalkan gadis itu bahagia. Tetapi tanpa sedar berkahwin dengan Faris sebenarnya membuatkan Hanim menderita dalam diam.
“Saya merayu… tolong bagitahu saya di mana Hanim? Saya janji dengan mak kali ni Hanim takkan menangis lagi.”- Faris
Hanim cuba menjauh tetapi Faris juga tak pernah berputus asa. Bagaimanakah pengakhiran perkahwinan rahsia mereka? Mampukah Faris menunaikan janjinya untuk bahagiakan Hanim?
The cover kind of fooled me because I really thought this would be all fluffy, gooey. But what did I get once I started reading? More stress 😮💨
Cik Bawang’s writing tend to have some loopholes/ missing descriptions/ elaborations in detail as you read them - one time the characters were talking, then the next they were already standing.
trope(s) — stranger to lover, knight in shining amor, broken family, she fell first but he fell harder, secret marriage, rich guy x poor girl, bestfriend's brother, grumpy sunshine reverse
TW⚠️ domestic abuse, depression
📝 Hanim tak pernah bahagia duduk rumah. Ada je masalah ayah dengan abang dia. Sampailah Faris muncul menghulur bantuan buat dia dan mak. Pertemuan yang boleh dikira sebagai jodoh. Ke mana sahaja mereka pergi pasti bertemu kembali. Daripada selalu tolong Hanim setiap kali Hanim ada masalah dengan motor, Faris mahu lindungi dan tolong Hanim sentiasa. Dia ajak Hanim kahwin tapi gila ke Hanim nak terima? Diorang bagaikan enggang dengan pipit ditambah pula dengqn kehadiran anak kecil bernama Anis. Hanim tak nak menyusahkan hidup Faris lagi. Trauma Hanim buat Hanim fikir macam macam kalau dia terima Faris sebagai suami.
"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭."
"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚."
Faris Ad Deen (22-27 y/o) — calm, softspoken, biker, supportive husband, excel all love languages, bertanggungjawab paling penting the sacrifice he made to provide the best for Hanim and his family like mannnn plss the way he will do anything for her serious nak nanges lagi lagi effort and pengorbanan Faris cari duit sendiri untuk tolong dan halalkan Hanim without his parent's help big respect! plus dia sangat pandai baca emosi dan keadaan isteri dia aaaa sukaaa😭 everytime he goes "saya ada" 🥹🤍 the only his weakness is kalau dia marah atau merajuk dia suka buat silent treatment bencik tauu😭 kita suka bila author buat faris ni ada inner child and flower boy side dia because after all hes only 22 when he got married🥹 Faris dah auto masuk my fav book husband HIJAU YANG AMAT😭☝🏻
Sara Hanim (20-25 y/o) — Hanim matang sebelum usia and i want to hug her so much la😭 i can imagine her feelings and trauma living with that kind of men in her family. Her sacrifice toward mak dan Anis sumpah respect! Serius hidup Hanim ni pon boleh buat kita yang membaca ni pon lelah'(( comel ya act Hanim ni lagi lagi bila Faris usik dia😂 strong woman indeed💪🏻
what i like about the book knowledges — sambil baca sambil kita belajar! about nasab anak luar nikah, penjagaan anak angkat dan induced lactation for breastfeeding. i keep macam "oh, macam tu ke!"
characters and chemistry — Hanim and Faris dynamic is chefkissss and kita suka jugak relationship Hanim-Faris-Mak. Also other cameo like Qaiser, Farel, Danz! Meriah buku lurveeee
execution — flow cerita dibawa dengan baik sekali jadi kita faham every side of story, tak terlalu rushing dan terlalu lambat.
morals — this story thought us as woman need to know our worth! no matter what happen or sayang sekali pon dont stay in toxic relationship. you abuse your physical and mentally too so please DONT. NEVER SETTLE FOR THE LESS! and be kind to everyone because we we will never know what will await us in the future.
what made me a lil frustrated — Hanim's overthinking. kita paham kenapa tindakan Hanim macam tu it will take time especially when she started having mental distruptions tapi i still feel she took what Faris did for her for granted kesian Faris nasib baik Faris tu jenis sabar dan selalu bagi assurance🥹
saya masih sedih sebab sampai kesudah Hanim tak tahu pon sape yang bayarkan bil elektrik rumah dia tuuu😭☝🏻kalau ada buku ni pergi baca sekaranggg worth it gila mari jatuh cinta dengan Faris Ad Deen🫶🏻🌷
Aku dah baca Dean, so teruja sikit bila tahu ada watak Dean dan Dina dalam buku ni sebagai parents Faris. Dah tua rupanya diorang ye 😆
Storyline, plot, gaya penulisan semua ok, aku suka. I have no complain.
Faris ni memang lelaki idaman dan bagi aku in real life memang tak wujud 😆 Dah la hesmes, kaya, baik, soft spoken, rapat dengan family, caring, apa lagi yang kau nak.
Just one problem, watak Hanim yang take things for granted imo. Ada masalah sikit lari, serabut sikit cabut. Lepas tu in every situation Faris yang kena pujuk walaupun terang lagi bersuluh salah Hanim. Kalau aku jadi Faris, dah lama kena tinggal si Hanim 😤
Aku baru baca dua buku Cik Bawang, but this one yang paling aku suka dan enjoy bila baca. Aku dah beli Hana tapi belum sempat baca lagi. Curious nak tahu kisah Hana dengan Qaiser.
At first, ingatkan kisah santai yang mencuit hati. Yelah korang cuba tengok cover buku tu.. looks sweet kan. F bayangkan adalah scene usik mengusik.
Sekali...penuh dengan emosi, perasaan yang down, stress giler rasanya! Eeee sakit hati baca kisah bapak Hanim. Ingat abang dia Hanafi eloklah perangai sekali ermm 2x5 5x4..
F tak suka sikap yati, girlfriend Hanafi tu. Maybe sebab terlalu tertekan, ikut perasaan sangat lupa segalanya. But still.. dah hidup as gelandangan pun demand jugak.
But Faris hero green flag.. adoii mana nak cari lelaki sebaik Faris.. seindah Faris.. sekaya Faris.. eehhh sampai gitu lak F fikir 😄🤣
Semua Faris uruskan demi sayang cinta dia pada Hanim.
Faris such a dream man! Tersangatlah green flag ya💚 susah nak jumpa laki-laki yang bertanggungjawab sekarang ni. Buku ni tersangatlah tak sama dengan covernya. Cover nampak tenang padahal kisahnya 200% tak tenang ya. Kesian dekat Hanim hm, dugaan datang bertimpa-timpa tapi untungnya dia Faris sentiasa ada sisi dia untuk sama-sama bantu dia. Overall jalan cerita best. Next nak baca kisah watak lain yg berkaitan dengan novel ni pulak hehe🫣
The plot sound promising. And I admit, I love this one so much among all the books and ebooks by CB that I read.
Tapi tak tahu kenapa, macam ada sesuatu kurang yang buat saya hilang fokus hujung2 cerita. Sebab masuk tengah sikit dan hujung2 cerita, transition antara bab ke bab nampak tak smooth, sebab banyak kali saya macam eh?
Satu yang saya boleh cakap, buku ni bebas adegan2 aneh dan jokes double meaning.
Saya suka sangat watak Faris ni. Nama sedap betul, Faris Addeen. Kaya siot, (adeh mak terkejut dik ko baru 22 tapi mampu beli kereta dan mcm2 motor, walaupun author kata ko kerja membanting tulang sana sini, ko kerja dari darjah 1 ke dik) Hanim pulak, girl, bapak ko memang lahnet. Girl power ok walaupun byk Faris tolong, girl masih sedar diri dan bangkit membantu keluarga. Amaze betul dengan dia punya jati diri. Banyak kali jugak la aku cam lah tak habis2 budak ni kena uji. Nasib happy ending jugak 🩷
Btw, rasa2 wujud ke tak Faris ni dalam dunia nyata? Nak jugak la terjumpa lelaki kaya 😫
Pada usia 20 tahun, masih muda tapi sudah menggalas tanggungjawab yang besar. Dalam pada sibuk mencari duit, bermula detik pertemuan antara Hanim & Faris. Lelaki yang tiba-tiba muncul setiap kali Hanim memerlukan. Bila ditanya kenapa sentiasa tolong padahal baru kenal. Jawapan Faris ..
"𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚."
Perasaan cinta di dalam hati tidak patut diteruskan oleh Hanim kerana sedar perbezaan mereka bagai langit dan bumi. Bagaimana pengakhiran cerita dorang? bahagia atau tidak? Apa syarat yg Hanim bagi dekat Faris? ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ First time Ad baca buku from Cik Bawang. Memang menarik minat Ad untuk baca karya dari beliau yang lain. Storyline menarik & seimbang antara pain & sweet. Senang faham. Sepanjang baca memang naik turun emosi. My fav part is when kantoi & every scene both of them😋
Kisah Hanim sangat menyayat hati. Apa yang dilalui sangat berat. Ad respect Hanim sebab dia kuat. Tapi Ad jealous dengan Hanim, sebab..
Faris Ad Deen.. 😮💨 mengeluh nak cakap pasal dia. Bukan hijau hutan dah tapi hijau rumput, daun, teh hijau eh semua yang hijaulah. Bawa superbike + full leather outfit + full face helmet (saya cair) berlesung pipit di kiri kanan. YE BOTH SIDE! The way dia treat parents & siblings tu tip top! Kelakar & SWEET🙈 and his love language is ALL 5. Memang saviour Hanim lah Faris ni. ALWAYS ada if Hanim tengah masalah😭
Pertama kali baca buku dari author nie. And surprisingly, kita enjoy baca buku nie…🥰😍
Rating: 🌟🌟🌟🌟
Seorang wanita muda bertemu seorang lelaki yang sentiasa menjadi penyelamatnya ketika keadaan wanita tersebut menjadi sukar. Berkali2 si lelaki ajak wanita tersebut kahwin dengannya. Finally, wanita tersebut bersetuju, dengan syarat perkahwinan ini mesti dirahsiakan dari keluarga lelaki. Bolehkah perkahwinan mereka kekal? And what would happen apabila family lelaki tersebut found out yang tentang perkahwinan tersebut?
ML - Faris Ad Deen / Faris Hijau. Hijau sehijau2 nya…🥦🥬🌲🌳🍀☘️🌿 Good looking. Kaya. Sangat meminati dunia permotoran. Dan memiliki banyak motorsikal yang berkuasa tinggi.
FL - Sara Hanim / Hanim Cekal. Miskin. Cantik. Hidup dalam keluarga yang berpecah belah. Setiap kali FL berada dengan ML, FL akan jadi sangat rendah diri dan overthinking. Personally, kalau kita jadi FL, I don’t think I want to live in this world anymore. The world seems so cruel towards her. Nasib baik lah ML hadir…🥰
Baca buku nie, memang kita kesian sangat dengan FL. At the same time, kesian juga kat ML yang sentiasa menjadi penyelamat FL.
Ada banyak scenes yang membuatkan kita pun blushing. Ayat2 manis dari ML untuk FL, ehhh, memang boleh rasa ada rama2 terbang dalam perut kita…🌸🌺
My favourite scene? Bila ML mula jatuh cinta dengan FL. The way FL sounded so manja, and ML mula pegang dada dia. I think that scene memang chef’s kiss…👨🏻🍳😘
Banyak sangat ML berkorban untuk FL. To a point, kita faham sangat apa perasaan FL bila dia dapat tahu apa yang ML dah buat untuk dia.
Walaupun kita enjoy baca buku nie, masih ada banyak ruang untuk dibaiki. Pertama sekali, scene FL depression. I can understand why she is hit with a depression, cuma, macam mana dia encounter the depression, tak diceritakan dengan details. All of a sudden, she’s in another country, and being happy. Like how? 🤔😵
In the book, when she’s decided to come back to Malaysia, she was in that another country for 2 more years, which doesn’t make any sense. Again, why?
The title of this book memang tak kena langsung. Because, character ML yang hadir dulu dalam hidup FL, before character adik ML yang akan menjadi best friend kepada FL. Again, scenes adik ML menjadi best friend kepada FL, tak banyak pun…😅 Tiba2 jer datang say hai, and jadi best friend. Part nie, kalau author kembangkan lagi scenes betapa best friend nya mereka berdua, lagi better. They just hang out together and that’s it. What makes the two of them are best friends?
Again, these are only my personal opinions. As much as I enjoyed myself reading this book, I wish buku nie digarap dengan lebih baik. Bab penulisan, bagi kita sedap dibaca. Sebab tue kita enjoy baca. And one thing, spelling mistakes pun tak banyak. Which I applaud to the author sebab sangat menjaga karya beliau…👏🏻👍🏻
Apa2 pun, buku nie juga menyebabkan kita sangat nak tahu tentang the other characters. Apparently there are books about ML’s parents, Danz, Farel and so many more. It is me yang lambat into the scenes…😆😂😅
1 perempuan bahagia, semua wanita yang lain tumpang bahagia sekali ❤︎ Hanim selayaknya dapat lelaki yang baik dan sangat brokoli macam Faris Ad Deen.
Faris nampak matang. Tak seiring dengan usia dia. Tapi mungkin sebab kematangan dia tu la. Saya percaya yang dia boleh jaga Hanim dengan baik and approve untuk dia kahwin awal. Eh macam kau pulak mak Faris. Hshs. Dia selalu utamakan Hanim, Anis & mak Hanim. Ada bila Hanim susah. Dia sentiasa bertindak setapak awal. Dan berani ambil risiko untuk ambil tanggungjawab menjaga keluarga Hanim. Dia sedar je keluarga Hanim tu keluarga toksik. Tapi dia tak pernah mention benda tu dekat Hanim seolah olah dia tak nampak semua tu.
Family Faris pun sejenis family brokoli 🥦 Approved.
Kita faham kenapa Hanim macam so awkward dengan Faris. Hanim taknak dia dianggap mengambil kesempatan, menyusahkan Faris, terhutang budi dan bergantung harap. Sebab Faris itu tanpa disuruh-suruh selalu bersedia membantu. Malah, sentiasa ekstravaganza dari segi layanan. On top. Sedangkan Hanim yang ketika itu. Melihatkan kehidupan dia yang huru hara. Dia sendiri berharap dia mampu bertahan untuk teruskan hari esok. Tapi dengan kehadiran Faris. Semuanya kelihatan smooth banget.
Kita suka penulis membawa satu isu broken and toxic family dalam buku ni. Bukan semua orang bernasib baik mempunyai keluarga harmoni dan aman. Ada sesetengah diuji mempunyai keluarga dari neraka. Saya happy melihat bagaimana mak Hanim akhirnya nekad keluar dari attachment issue yang selalu dia fikirkan. Dan akhirnya, semuanya membuahkan satu hasil iaitu ketenangan hidup.
Untuk Hasan bapak tagune. Semoga dapat balasan setimpal. 🤲🏻
Hanim, gadis yang kuat dan cekal. Hidupnya berat dgn masalah keluarga. Tanggungjawabnya besar. Ada bapa pun tak guna. Rumah sentiasa hingar dgn jeritan dan pekikan. Rumahnya tidak seindah rumah orang lain.
Hadirnya Faris menjadi tempat sandaran. Dia dapat merasa lelahnya pergi. Tapi masih banyak yg menakutkan Hanim. Mereka tak sekufu. Tapi Faris sangat meyakinkan. Sangat baik dan terlalu ambil berat. Betul ke Faris nak kahwin dgn dia sebab kesian?
Faris is sooo green! Sehijau hutan tropika! Di mana ada Hanim, di situ juga Faris dapat jumpa. Sweet betul! Dgn bantuan Farel dan Danz, urusan Faris memiliki Hanim banyak dipermudahkan. Banyak yg dia lakukan untuk bantu Hanim. Dari kesian jadi sayang. Dari risau jadi peduli.
Memang emosi betul dgn bapa Hanim. Tak berguna, tak berperikemanusiaan! Ada abang pun tak boleh diharap malah menambah beban Hanim. Tak terkecuali mulut jahat Fara yg buat Hanim bertambah murung. Sampai dia rasa menderita jika semakin jauh bersama Faris. Kesian diorang ni.
Love yg melimpah2 dgn kisah Hanim dan Faris. Faris yg gentleman idaman semua wanita. Saya dah ada 1. Korang simpanlah Faris ni elok2 ye. Yang skip di tbr buku ni, please baca. Sesuai buat rama-rama korang berterbangan! Enjoy!
Kisah Faris Ad Deen dan Sara Hanim menyedarkan aku tentang qada' dan qadar Tuhan. Mereka bertemu dan dianugerahkan rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Watak Faris ni macam hero idaman Malaya serba sempurna dan payah nak dapat dalam dunia sebenar ni tau. Watak Hanim ni pulak jenis yang suka ambil tindakan mudah dengan larikan diri bila datang masalah. Penyabar betul si Faris ni... Kalau orang lain entah-entah dah lama kena tinggal si Hanim ni he he.
Peribahasa Melayu mengatakan "ikan di laut, asam di darat, dalam belanga bertemu juga". Maksudnya kalau sudah jodoh, akhirnya bertemu juga ya tak...
Romance Broken family Hero green flag Hidden marriage Friendship Islamic element Trauma + Depression + Overthinking
Hanim — Seorang yang tabah dan kuat. Dari keluarga yang bermasalah. Ayahnya yang panas baran, tahu minta duit je dari isteri dan anak-anak. Dari dia kecil sampai dah besar hidup dalam keluarga yang porak-peranda. Selalu menangis tapi percayalah Hanim seorang perempuan yang kuat. Ada abang yang rapat tapi bila besar, makin jauh. Si abang terlibat dalam hubungan zina tapi si adik yang terpaksa menanggungnya. Segala kekurangan dalam hidup buat dia rasa rendah diri.
Faris — Seorang lelaki yang baik. Pertama kali jumpa dengan Hanim masa ada roadblock. Jadi, Hanim main masuk rumah agam di kawasan tersebut untuk tumpang sekejap. Selepas beberapa tahun, mereka berjumpa kembali dan pada waktu itu Hanim berada dalam kesusahan. Hadirnya Faris membantu nasib keluarga Hanim. Faris bertekad untuk berkahwin dengan Hanim dan sanggup terima syarat Hanim walaupun terpaksa merahsiakan perkahwinannya.
Seriously cerita ni bestt. Bagi saya, isu keluarga yang diketengahkan sesuai dengan realiti kini. Dalam sesebuah perkahwinan, tanggungjawab itu penting. Pertama, tanggungjawab sebagai orang Islam. Bila kita ikut dan buat, in shaa Allah tanggungjawab lain akan menyusul. Kalau kau mampu, nak kahwin 2 3 4 go on tapi tolong nafkah isteri & anak jangan abaikan. Dalam perkahwinan, kena saling bantu-membantu. Kerja rumah bukan tugas isteri seorang.
Saya rasa nak masuk dalam cerita pastu tanya Dean dan Dina macam mana dorang besarkan Faris dengan baik 😭 Saya baca kisah mereka. Dina pun anak yang diabaikan oleh ibu bapa sendiri dan hanyut dengan Dean tapi mereka berubah dan jadi ibu bapa yang baik 🥹 Belajar dari pengalaman kan. Apapun, baca lha cerita ni. It’s not all about romance things but akan dapat input yang baik. Ada pengajarannya. Saya rasa banyak2 buku cerita ni paling terasa di sudut hati 🤍
I’m in love dengan perwatakan Faris. Matang walaupun masih muda. Jenis bertolak ansur dan memahami Hanim. Mana nak cari suami macam Faris ni ? 🥺 Papepun, thanks for this amazing story. Can’t wait for Danz and Anis 🫶
Seperti mana saya sukakan Dean, begitu jugalah dengan Faris. Serius aaa, dna Dean tu jatuh ke Faris. Cuma Faris ni hanya sweet talker dengan Hanim sahaja. Bukan dengan sembarangan perempuan. Yang paling sepadan dna mereka adalah kesetiaan dan sikap suka menyakat. Ermm
Faris ni walau masih muda tetapi dia tekad untuk menjadi yang halal untuk Hanim. Dia mahu melindungi dan memberi kebahagiaan untuk Hanim. Dari simpati dia mula jatuh cinta. Walau ditolak lamarannya berulang kali, Faris tetap tidak berganjak dengan keputusan untuk mengahwini Hanim.
Tiada yang buruk tentang Faris. Segalanya adalah yang baik dan bagus untuk Faris. Namun Hanim pula sebaliknya. Kerana latar belakang keluarga yang susah dan teruk, tahap kenyakinan diri dia terlalu rendah. Bila dipertemukan dengan Fara, terus dia rasa seperti manusia yang tidak berguna. Kata² itu lebih tajam dari pedang. Walau tidak nampak lukanya, kecederaannya sangat parah.
Depression dan anxiety. Walau ramai kata Hanim ni sedikit menjelakkan dengan perangai yang suka lari dari masalah, tetapi ketahuilah orang yang mengalami sakit sebegini akan faham kenapa dia bertindak seperti itu. Terlalu overthinking dan kadang kala terpaksa membuat sesuatu keputusan yang besar secara terburu² untuk melindungi diri dari terus hancur!
Orang yang waras seperti Faris lah yang layak dan mampu untuk menarik Hanim untuk melupakan trauma dalam dirinya. Sebenarnya yang Hanim perlukan adalah moral support. Cuma beruntungnya Hanim kerana mendapat Faris yang full package dengan kecantikan luar dan dalam dirinya❤️
# Dean Dean Dean. Aduhh kenapa dah tua pun sentiasa sweet eh.
Faris - Gentleman sangat, perangai lebih kurang Dean dengan lesung pipitnya, yang penting pandai cari duit sendiri; tak mengharapkan duit keluarga. Faris ni ada side dia sebenarnya dia baik je cuma dia malas nak layan sangat which make the character feel real.
Hanim - Muda tapi dah matang sebab kena carry family dia, baik dan sopan, paling lurve sebab berani menegakkan kebenaran; tak mudah mengalah even abang and bapak dia jenis panas baran bukannya dia kesah ke takut ke. Cuma ada satu perangai dia yang sis tak lurve, faham je dia rasa tak sesuai digandingkan dengan Faris but she never give chance to Faris to explain. Faris selalu nak explain pasal family dia but Hanim tak pernah bagi pun, slowly kawan dengan Hana. Sepatutnya dah jadi rapat tu, bagitahu je la. Faris pun manjakan sangat Hanim on this part. Kahwin senyap-senyap dah tak elok lepastu simpan lama-lama.
Anyway, sis lurve sangat ye Farel and Danz dalam ni, sebab Farel tu nampak sangat golden retriever behaviour dengan sesiapa, ni sebelum dia angau dengan Dahlia hahahahaha comel sangat Farel, tolong je apa yang Faris nak walaupun Faris lagi muda. Danz pun lurve, nampak macam malas nak kesah pasal Faris and tolong Faris atas dasar kerja tapi sebenarnya dia ikhlas je nak tolong Faris walaupun tak pernah nak informal, keras je macam ahli korporat.
Hidup Hanim ni susah. Dari awal-awal dah rasa kesusahan Hanim ni. Tabah gila🥲. Bila jumpa dengan Faris, beban yang dia tanggung, terasa kurang sebab Faris banyak sangat tolong dia like banyaaaaak gila hahah dari segi fizikal dan mental. Sampai satu masa Faris nekad nak memperisterikan Hanim. Hanim ni bila dia tahu famlily background Faris macam mana, dia beria nak rahsia kan. Tapi sampai bila en?
Buku ni akan jadi nipis kalau dorang decide untuk berterus terang dengan parents Faris😂🤣 Takda Fara, takda la si Faris ni bekerja keras untuk Hanim dan takda la sesi pujuk memujuk sampai satu Indonesia tu dia nak tawaf semata nak cari Hanim suruh balik hahah
Macam mana pun, saya suka cerita ni. Ada Danz! ada Farel. And sepanjang pembacaan boleh tengok betapa green flagnya lahai seorang Faris Ad Deen ni 🤭🌳Semua dia buat, semua dia sanggup and semua benda dia tepis demi nak bahagiakan Hanim dan Anis🥹
Part yang paling saya suka bila Hanim mengandung and Faris terus terjah masuk bilik dan lepastu "Kita dah kantoi ke?" 🤣🤣🤣🤣
Cerita ni sangat menyakitkan hati, ada family toksik macam ayah Hanim dan Abang Hanim -Hanafi, memang buat sakit kepala. Tapi di saat Hanim menderita dengan semua tu, ada Faris setia membantu Hanim, sentiasa meringankan beban Hanim, sanggup memberikan apa sahaja untuk Hanim, rumah, motor, kereta, duit!
Faris Sanggup mencari duit siang dan malam untuk Hanim demi kebahagiaan Hanim, cuma Hanim ni jenis low self esteem, jenis tak percaya diri, rendah diri, rasa diri tak layak, sebab dia dtg dari keluarga yang bermasaalah, miskin. Berkahwin dgn Faris yang dtg dari keluarga yang kaya buatkan dia rasa tak layak. Tambah pula bila Farah datang menghasut dan memaki Hanim masa Hanim dan Mak dia menumpng di rumah Fara sebab Rumah Hanim kebakaran. Memang psiko betul Farah tu, mulut patut dicili, disebabkan mulut dia, Hanim larikan diri dengan Anis dan maknya. Tapi kalau dah jodoh, lari la jauh sampai Indonesia pun, tetap akan jumpa juga. Terbaik kisah ni.
Satu je aku nak, aku doa nak dapat suami macam Faris Ad Deen dalam hidup aku ya Allah, amin 🤲🏻
Selepas baca cerita Dean dan Aydan, aku baca Faris. Sekarang I dah fall in love with Faris Ad Deen, dia ialah hutan hujan tropika. Kita pun nak kahwin dengan Faris! 🤣
I suka cerita Faris dan Hanim sampai waktu kerja pun asyik terfikir Faris - tak nak kerja dan nak teruskan bacaan ja. I buat sampai masa pergi kerja jam kat traffic light kan, hah, baca novel nie sambil tunggu kereta bergerak. Dahsyat kan? Hahahaha
Best cerita nie, Faris memang role model untuk kita yang nak pilih calon suami. I sampai DM Kak Bawang kita kata kalau tengok gaya Joy dah mcm nie, single je lah forever. Hahahaha. Where is my Faris ohhh? Awat tak keluar hutan lagi?
Terima kasih Kakak Bawang juga tulis tentang depression dan low self-esteem dalam cerita nie as awareness untuk kita dalam zaman sekarang yang mata duitan - sekarang banyak kes scam duit jual novel. Alahaiiii~
Anyway, I loveeeee Faris Ad Deen. Terima kasih Kakak Bawang kerana kongsi dunia ceritera akak dengan kita. I love you.
Best baca as a female reader, sebab kita pun terbuai sekali dengan layanan Faris ni. Legit best boy.
1. FL sumpah kuat. And I'm glad she's able to be emotionally open with Faris as her husband. While there are parts she's unable to convey, but she makes up with tears. At least, Faris is made aware of her current state of mind as compared to her just saying she's okay mcm typical FL. And that she's open up to accepting Faris as her husband, rather than just wallow in self-pity sebab asyik terfikir Faris kahwin sebab kesian je.
2. Tak tahu nak start dari mana dengan Faris. Suka gila. The effort he's shown throughout, superb! The chasing and attention towards FL, aaaaa! He's a blessing from God.
tak tahu kenapa aku ambil masa hampir sebulan nak habiskan novel ni... mungkin sebab aku sakit hati... sakit hati dengan perangai orang sekeliling Hanim..
Faris memang greenflag, tapi aku tak setuju bila dia boleh bersetuju nak kahwin secara senyap-senyap dengan Hanim. Like why... why kena membelakangkan family? Aku emo tau... emo sangat kalau anak membelakangkan keluarga 🥹
Tahu Hanim trauma dengan Fara... But still.... aku tak rasa semua tu benda betul... 😭😭😭
Sorry.. ter rant lebih lebih....
Suka dengan karya cik bawang... tak sabar nak baca buku tentang Haiyan Ad-Deen pula...
Faris Ad Deen sumpah green flag namati 😭 dia lagi hijau daripada hutan amazon weh. Bermula dengan kesian kan Hanim sampailah cinta berputik. Hanim, ya Allah kesiannya hidup dia ni. Every action yang dia ambik aku tak mampu nak persoalkan walaupon orang kata dia lembik asyik nak lari. Weh kalau korang hidup diuji macam Hanim tantah lagi teruk action yang korang amik nak hadapi ujian tu. Depression isn't something that can heal instantly. Satu benda yang paling berani Hanim ni buat, dia pilih diri dia dulu daripada orang lain. Kalau tak mesti dah macam mayat hidup. To heal is to put yourself first before anyone else.
bertimpa-timpa malang terhidang depan hanim. dia terpaksa pijak juga satu per satu sebab semuanya ada dalam laluan hidupnya. ada ketika dia rasa mahu mengalah tapi tetap terus berdiri walaupun goyah.
faris ni seakan penyelamat. ada saja dia di mana-mana, seakan tongkat tempat hanim berpaut untuk teguhkan jejak pijak.
akak suka penyampaian penulis. graf emosi sentiasa ada pada momentum yang tinggi, tak kira apa bentuk emosi yang dirasa.
untuk hikmah, memang sekali datang dengan dugaan. dan itu yang hanim dan faris lalui. penghujung tetap yang terbaik buat yang redha.
💚Romance Ada perkembangan hubungan antara Faris dengan Hanim, si Faris tetap tak berputus asa nak minta Hanim terima lamaran dia. Faris sendiri yang melamar Hanim atas sebab kesian kat masalah yang ditimpa Hanim & nak jaga Anis sekali, lama2 dia mula sedar dengan perasaan dia sendiri lebih daripada rasa simpati gitu.
💔Conflict, family issues, abuse Hanim ni complicated hidup dia, ada masalah keluarga, bapa kandung sendiri baran, selalu naik tangan dekat anak & bini dia sendiri, mintak duit, suatu hari tu dia sampai bakar rumah diorang sebab bengang, si Hanafi (abang kandung Hanim) & Hayati buang anak diorang sendiri, buatkan Hanim trauma dengan msalah yang pernah ditimpanya selama ni. Ada juga few miscommunication & misunderstanding antara Hanim & Faris.
Rasa kesian pulak dengan kisah hidup Hanim yang serba kekurangan, bekerja demi cari nafkah untuk bayar itu ini, beli makanan sampai sanggup catu, ditambah pulak dengan masalah keluarga dia, kena pukul dengan bapa sendiri, sampaikan duit gaji dia pun kena ambik macam tu dengan bapa dia sendiri, ditambah pulak dengan hal anak luar nikah si Hanafi & Hayati, sampai buang anak diorang sendiri. Hanim juga la yang rela jaga baby kecil tu (dinamakan sebagai Anis & muncul dalam buku Fateh Hayden) meskipun dia tau komitmen pun akan bertambah.
Berbeza dengan hidup si Faris, ada keluarga bahagia, disayangi keluarga, adik beradik yang penyayang & hidup serba kemewahan. Bila kenal dengan Hanim, mula2 memang dia rasa kesian, sampai sanggup beli macam2 untuk dia & tolong jagakan Anis macam anak dia sendiri. Sanggup dia lamar Hanim hanya sebab nak jaga dia, Anis & ibunya. Lama2 rsa simpati dia tu berubah, dia mula ada perasaan suka, lepas tu lama2 perasaannya berubah menjadi cinta. 🫶🩷
Faris & keluarga dia memang tak pandang status pun, memang baik sangat2. Faris nampak si Hanim ni baik & kuat orangnya, tambah lagi dia jadi ibu muda menjaga si Anis & macam2 masalah dia dah tempuhi selama ni. Hanim tak pernah jumpa keluarga Faris sebab dia takut dia tak sesuai, takut dia bakal tak diterima dengan baik oleh keluarga Faris sebab status dia, sebab tu dia minta Faris rahsiakan perkahwinan diorang untuk sementara waktu.
---
Tapi kan, bila dah sampai penghujung cerita ni... saya rasa macam ada rushing sikit, entah la. Tapi ni pandangan saya je lah.
Anyway, saya suka jalan cerita buku ni. si Faris memang green flag, suka sangat2 dengan watak dia, Hanim pun sama, memang seorang wanita yang sangat kuat. 🥹🫶💚
This entire review has been hidden because of spoilers.
Faris!! Greenflag nya awkk! Saya sukaa hihi comel je,geram laaa Suka semua dlm tuu !! Lagi in love sbb Faris Ni racer,ada dimple mata hazel omg sah sah tak wujud huhu😭 Jln cerita menarik sgt,simple yet very full dgn pengajaran Love the ending,plot twist pon..asyik berlari je Fl hahaha Nak cerita utk Abang Farel pulakk please lagi hensem katanya hahahaha
Omg,i fall in love with Faris Even tho nama saya dlm tu as antagonists Berbunga hati kita dpt ada dlm dunia awk laaa hahahah tiber..
Emotional damage…. Sedih ngn takdir Hanim.. ape yg jdi kt die Faris sentiasa ade tlg.. dri rasa kesian terus rasa cinta dan sayang.. sejauh mana Hanim lari, takdir menemukan mereka kembali..
Tak suka dengan Yati.. tk bole trime btul ngn mak yg tk terima anak..
Family Faris mmg the best laa.. dorg bukan tipikal family orang kaya..
cerita dia ada turun naik kadang bahagia kadang sedih, how grateful Hanim are to have a husband like Faris.. who'll never give up to persuade Hanim to be open minded to him...how loyal faris are.. even Hanim run from. him a few times and never give up, I wish I've a husband like faris who'll stay by my side at my lowest 🥺
This entire review has been hidden because of spoilers.
Setelah lebih 2 bulan reading slump, akhirnya tamat juga sebuah pembacaan 🥹. Citer ni best! Hero dia green flag habis! (Nak Faris satu! 🥺☝🏼). Semoga dengan ini, semangat membaca dapat ditingkatkan. 🥹🤲🏼