Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bila Denganmu

Rate this book
Suami yang disangka boleh menjadi pelindung, rupa-rupanya curang di belakangnya. Ketika sarat mengandung, dia diceraikan tanpa belas kasihan. Ainaa Rumaysa hampir jatuh terduduk.

Tetapi untuk terus menyesali takdir, itu bukan dirinya. Dia bangkit dan meninggalkan kesakitan lalu tanpa berpaling lagi. Lelaki itu tidak berhak untuk ditangisi.

Kemunculan Zahirah membawa seribu makna pada hidup Ainaa. Kehadiran si kecil itu membuatkan dunianya yang kelam dahulu kembali berwarna. Tetapi, ayah kepada Zahirah itu juga telah berjaya memporak-perandakan kehidupannya.

Dalam menidakkan perasaan yang muncul, tetap ada rasa rindu yang menggebu. Akhirnya, diakui duda anak satu itu telah mula mendapat tempat di hatinya.

Namun, kemunculan Yasmin membuatkan Ainaa kembali berbelah-bahagi. Perlu ke dia berkorban cintanya untuk kesekian kali?

"I just want to love you well."

193 pages, ebook

First published January 1, 2022

2 people want to read

About the author

Moon Leeya Zafrina

18 books35 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (50%)
4 stars
1 (16%)
3 stars
2 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 4, 2023
Finished reading this within an hour and this book - let me tell you something.

Although it is short, it still managed to make me giggle as well as feel sad. Some parts even made me shed tears because of how painful it was.



This story also teaches about letting go, moving on and forgiveness because everyone deserves to be happy.

BUT HAKEEF?! Ughhhh this man is such a green flag. Even though he always keeps his feelings bottled, he's actually a plain canvas - people around him can see his true feelings. A man whose love language is acts of service? I cannot. I AM SOLD.



Thank you MLZ for this wonderful piece!
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
April 5, 2023
Sekali lagi topik utama yang akan membuatkan wanita naik hantu bila membacanya adalah berkaitan dengan curang. Kerana utk membahagiakan orang tua, Firman sanggup bernikah dgn Aina. Aina isteri yg baik namun Firman tidak dapat menipu hatinya bila dia berterusan mencintai Jihan.

Kerana itu Firman sanggup menceraikan Aina yg tengah mengandung dan tidak pernah mengambil tahu walau anak yg dilahirkan oleh Aina meninggal 10 hari selepas anak itu menghirup nafas di atas muka bumi. Kejam eh lelaki macam ini. Tetapi bertambah kejam yg menjadi perampas adalah kawan Aina sendiri.

Tapi Aina bangkit melawan kepahitan dengan kehadiran Zahirah. Anak yang diamanahkan oleh Maryam utk disusui dan dijaga seperti anak sendiri. Cuma bezanya ayah Zahirah iaitu Hakeef seorang pencinta yg setia dan dia menjaga Zahirah dgn penuh kasih sayang.

Mungkin kerana keakraban mereka 5 tahun lamanya membuatkan rasa cinta itu hadir antara keduanya. Cuma Hakeef serba salah utk meluahkan kerana dia takut utk mengkhianati cinta arwah isterinya. Manakala Aina pula memilih utk memendam perasaan kerana dia sedar diri disamping sikap rendah diri selepas bercerai.

Namun kebahagian itu tetap milik Aina dan Hakeef setelah pelbagai salah faham dilalui. Dan kerana kemaafan yg diberikan utk Jihan dan Firman lah yg membuatkan Aina mula berlapang dada utk menerima cinta baru dan membina hidup baru bersama Hakeef.

# Eee kenapalah Firman tu hidup bahagia dgn Jihan. Nyampah ok.
# Benci suami curang. Benci juga penyondol
# Ohh Hakeef, awak mmg dilahirkan utk menjadi hero. Firman syuuhhh syuhhh
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
March 29, 2023
dalam banyak2 ebooks penulis yang aku baca, rasanya yang ini agak pain sedikit. Tak tahulah berapa kali nak cakap haha tapi memang tak cukup. Kesemua watak & jalan cerita kalau dikembangkan lagi memang cukup perisa masam manis masin semualah. Apapun saya nak lagiiii. 😆
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.