Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jerat

Rate this book
Apakah kaitan dua pembunuhan kejam dan satu kemalangan (atau mungkin juga sebenarnya percubaan bunuh yang gagal) dengan sebuah tender IT bernilai RM400 juta?

Kemalangan itu meragut ingatan Shereen. Apabila terjaga dari lena yang panjang, semuanya hilang. Dia perlu bangun semula dan bina kehidupan dan kenangan baru. Tetapi kini dia tidak pasti, siapa kawan, siapa lawan. Siapa Tash? Siapa Melia? Siapa Adele? Siapa Rizwan Zakaria? Siapa Datuk Hasnoor? Siapa Rahmat Hamidi? Dan siapa pula Pak Ya?

Di tengah-tengah kekalutan itu, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah kepakaran IT Forensiknya membantu? Mungkinkah dia akan melepasi JERAT, atau akhirnya kecundang?


________________
Novelis : Dayang Noor
Noor Aziza Sulaiman dilahirkan di Mentakab, Pahang dan kini menetap di Puchong, Selangor dan bertugas sebagai seorang Eksekutif IT. Mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sewaktu di sekolah menengah ketika terbabit di dalam penghasilan beberapa skrip untuk drama teater. Teater arahannya berjudul Darah pernah memenangi kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik di dalam Pertandingan Teater Sekolah-sekolah Menengah peringkat daerah Johor Bahru.
Jerat ialah novelnya yang pertama.



Rekakulit : teckhee.blogspot.com
Fotografi : Nik Adam Ahmad
Model : Fazleena
Perunding : Uthaya Sankar SB & Amaruhizat

Cetakan Pertama : September 2011
Cetakan Kedua : Februari 2012
-

303 pages, Paperback

First published September 15, 2011

8 people are currently reading
233 people want to read

About the author

Dayang Noor

17 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
98 (27%)
4 stars
94 (26%)
3 stars
116 (33%)
2 stars
37 (10%)
1 star
6 (1%)
Displaying 1 - 30 of 59 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
May 29, 2015
2.5 bintang

Buku pertama dipinjam dari pnm e-library...hehe ;)

11 Oktober 2014

Jalan cerita yang sangat straight forward, bahasa yang ringkas tetapi memandangkan kisah ini berkisarkan dunia IT, maka jargon2 IT tu memang sangat banyak dan agak detail. Nasib baik juga la tahu jugak sikit-sikit, jadi tak der la sesat sepenuhnya.

Dimulakan dengan dua pembunuhan dan cubaan membunuh ke atas Shereen. Apabila dia sedar dari koma, ingatannya langsung hilang sehinggakan namanya sendiri pun tidak diingatinya. Semua yang dia tahu, semuanya pun apa yang diberitahu pada dirinya. Sehinggalah dia mula bekerja semula, satu demi satu persoalan cuba dirungkaikan.

Agak menarik ceritanya, agak teruja juga la nak tahu pengakhirannya dan apa sebenarnya yang berlaku sehinggakan mereka itu semua dibunuh. Endingnya agak mengecewakan saya sebenarnya. Kalau tak buat macam tu, tak boleh ke? Boleh buat sequel (ke ada dan saya yang tak tahu?). Walaupun mungkin penulis ingin menonjolkan kelainan agar tidak nampak cliche, tapi buat saya sebagai pembaca ni rasa ditipu. Sabar mengikuti jalan ceritanya, tapi akhirnya macam tu ajer.

Plot-driven story, menjadikan seolah-olah ceritanya terlalu mengejar perjalanan plot sehingga mengabaikan watak-watak dan rasional di sebalik tindakan yang diambil. Watak yang ramai tetapi agak longgar sebab kewujudan mereka dan banyak yang dibiarkan tergantung, perkaitan yang tidak jelas. Tiada penjelasan yang kukuh. Dan banyak persoalan yang masih belum dirungkaikan walaupun ceritanya ditamatkan.

Tapi ada satu yang saya suka. Girl Power. Hahaha. You go sister!
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
December 27, 2012
Jika hendak menyimpulkan novel Jerat karya Dayang Noor dalam hanya satu patah perkataan sahaja, aku akan memilih perkataan 'unputdownable'. Novel setebal 303 halaman ini bermula dengan kisah dua orang individu penting kepada keseluruhan plot cerita dibunuh secara kejam, dan watak utamanya pula yang bernama Shereen nyaris maut dalam satu kemalangan. Akibat daripada kemalangan itu Shereen koma, hilang ingatan dan harus bermula dari sifar; mengupas satu persatu kisah silamnya dalam jejak untuk menyiasat perkaitan dua pembunuhan itu dan juga cubaan bunuh ke atasnya.

Penulisnya, Dayang Noor, ternyata bijak menggunakan ilmunya yang mendalam terhadap dunia IT, teknologi komputer dan pembinaan software dalam novel ini. Berkhidmat sebagai seorang Eksekutif IT, tidak mustahil untuk penulis menggunakan pengetahuan yang ada untuk menjadi teras utama kepada penceritaan dalam Jerat. Bahasa yang digunakan mudah dan direct to the point. Aku akui, terlalu banyak code switching antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, tetapi bukankah kita rakyat Malaysia moden bercakap sebegitu? Jerat sarat dengan terminologi sistem komputer yang kadang-kadang membikin aku garu kepala sendiri sebab tidak faham. Lebih-lebih lagi pada suku terakhir novel tersebut apabila watak-wataknya bermain dengan sistem server, kod-kod komputer yang kompleks dan istilah-istilah khusus perkomputeran yang aku akui amat sedikit yang aku tahu.

Jerat bergerak dengan agak laju, tanpa aku sedari aku sudah membaca tujuh puluh halaman dalam satu sesi bacaan. Ternyata amat sukar untuk aku berhenti membaca kerana ingin segera tahu apa yang bakal Shereen lakukan selepas ini. Pembaca akan ikut terbawa untuk berasa simpati dan mahu Shereen agar lekas tersentak dan memperoleh ingatannya kembali kerana tanpa dia sedari sebenarnya dia berada di tengah-tengah gunting dalam lipatan yang pada bila-bila masa sahaja berkemampuan untuk menamatkan riwayatnya setelah cubaan sulung untuk membunuhnya sebelum ini ternyata gagal. Konspirasi di belakang tabir syarikat, ditambah pula dengan skandal sesama pekerja yang berlaku selepas waktu pejabat berbaur menjadi suatu kisah penuh suspens. Terasa macam membaca kisah Nancy Drew versi dewasa pun ada juga.

Terkadang aku fikir ada bagusnya Shereen hilang ingatannya. Gara-gara amnesia yang dialaminya, Shereen mampu bersikap polos dan berwaspada terhadap orang di sekelilingnya. Semua orang berpotensi untuk menjadi ancaman kepadanya. Transisi Shereen yang seolah-olah ‘lahir kembali’ diceritakan dengan kemas, dengan imbas kembali yang tersisip kemas dalam perenggan-perenggan pendek agar momentum keseluruhan cerita tidak terjejas. Shereen yang dahulu dan Shereen yang sekarang memang jauh berbeza. Dia sendiri akui dan mula mempelajari bahawa dia yang dahulu merupakan seseorang yang banyak bergelumang dengan dosa. Hikmah dia terlantar koma dan hilang ingatan, inilah titik tolak untuk dia berubah menjadi individu yang lebih baik.

Melia, perempuan yang so-called BFF kepada Shereen, Rizwan yang dulunya suatu ketika dahulu pernah berpacaran dengan Shereen, Tash rakan satu wad dengan Shereen ketika dia terlantar di hospital sebaik sahaja sedar dari koma yang panjang dan juga Adele, kenalan lama Shereen yang sanggup berhenti kerja dari Microsoft di luar negara semata-mata untuk kembali ke syarikat lama; keempat-empat watak ini memainkan peranan yang amat krusial kepada keseluruhan jalan cerita. Sukar untuk aku jangka siapa yang sebenarnya dalang dalam kisah ini.

Siapa sebenarnya yang benar-benarkan Shereen mati?

Itulah yang akan sentiasa bermain di fikiran pembaca.

"Don't be too surprised, darling. Perempuan zaman sekarang ramai yang dah tak kisah. Tapi ramai jugak yang terpaksa buat macam tu, kalau tak jantan-jantan tu buat tak layan. Kita layan nafsu dia, baru dia layan kita baik-baik. Guys use love for sex, women use sex for money. That's life, dear."
- Melia, bab 9 halaman 116.


Kalau diteliti, keempat-empat watak yang disebutkan tadi punya alasan untuk mahu lihat Shereen mati. Enggan untuk membikin suatu spoiler, aku hanya boleh simpulkan bahawa pengakhiran Jerat merupakan suatu yang tidak aku sangka-sangkakan. Apa yang pasti, hal yang aku sudah suspek terhadap watak Melia itu ternyata akuret seperti jangkaanku tatkala membaca epilog novel Jerat ini.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
April 17, 2013
Ini merupakan novel pertama beliau, & buku kedua yang aku baca drpd penulis ini, elemen thriller masih lg tidak menghampakan…kisah Sheeren yang di langgar orang (langgar lari) & merupakan satu jenayah terancang untuk menghapuskannya…malahan rakan2 dia pula di buru seorang demi seorang…yang menariknya Shereen telah lupa ingatan (amnesia) di atas perkara2 yang berlaku terhadapnya sebelum ini…pembaca di bawa menelusuri kehidupan Shereen setelah dia sembuh & mencari siapa yang punya angkara terhadap jenayah terancang yang di lakukan...jenayah ini juga melibatkan tender syarikat di tempat Shereen bekerja...

Seperti biasa, novel ini masih tidak lari drpd unsur2 sx, cuma tidak keterlaluan & banyak term2 IT yang di guna pakai dalam novel ini…bukan setakat itu sahaja, penggunaan banyak company, kekadang menggelirukan pembaca seperti aku…almaklumlah penulisnya di dalam bidang IT, malahan cover juga memaparkan wayar internet (kalau tak salah aku)…hhahah..yang menariknya penulis menjadikan sesetengah watak tu sebagai suspek yang membuatkan kita tertanya2 & siapa yang kita perlu percaya…Melia, Rizwan, Adele & Tash…malahan watak Melia tu sendiri, pembaca akan di dedahkan dengan identiti sebenarnya di penghujung cerita…fuhh sungguh tak sangka…

Setelah 2 novel beliau aku baca, aku dapat rasakan penulis gemar membuatkan ceritanya sedikit tergantung barangkali…mungkinkah akan ada Jerat 2 kot…
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
March 31, 2022
Cerita berkisar dalam dunia IT. 1 tender. 1 pembunuhan. 1 kemalangan. Semuanya menimbulkan teka-teki dan rasa syak i.e. siapa kawan dan siapa musuh? Shereen dan rakan2 cuba menyiasat apa yang sebenarnya berlaku dalam syarikat tempat dia bekerja.

Mampukah Shereen menyeret dalang di sebalik semua aktiviti subversif itu ke muka pengadilan? Atau dia sendiri dah terjerat dalam tipu muslihat si dia?

Puan penulis memang explain in detail proses2 yang terlibat dlm tender IT ni. Semua technical terms keluar. Selain itu, cerita diolah dgn baik dan rasa santai aje bila baca. Certain parts ada dialog/penulis guna words/phrases yang buat aku tersenyum sendiri. Saya suka. Good job 👍

P/s Inspektor Shakir juga yang paling untung 😬
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
Read
March 20, 2017
Hanya mengambil masa 2 hari untuk menghabiskan novel ini buat saya perasan setahun dua ni selera bacaan saya telah beralih dari kisah2 cinta kepada kisah2 thriller.

Walaupun banyak tak faham dengan terma2 IT yang digunakan, saya masih mampu hadam jalan cerita yang penulis cuba untuk ketengahkan, tak menggangu bacaan saya pun, at least dapat ilmu baru kan?

Tak boleh nak dibayangkan perasaan Shereen yang hilang ingatan selepas kemalangan, sikit banyak mesti rasa insecure dengan orang2 sekeliling. Dan bertambah celaru bila Melia dan Rizwan saling menasihatkan Shereen supaya menjauhkan diri antara satu sama lain, buat saya terfikir salah seorang daripada mereka adalah dalang utama kes2 pembunuhan dan cubaan membunuh Shereen sebelum itu. Tapi cerita ni bagi saya sangat predictable, at the end of the story, apa yang saya jangkakan tu memang betul2 terjadi.

Buku ni juga buat saya kagum dengan watak Tash. Walau tak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, kepakaran Tash terhadap bidang yang dia minat memang superb!
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
a very creepy cover. no matter how many time i look at it, it still give me those chilly feeling.

terlalu banyak IT terms, software, bla bla bla. aku impressed la sebab penulis boleh tulis dengan begitu detail? i think. tentang benda benda ni. but since aku tak berapa nak minat, aku terpaksa skip few parts sebab aku tak faham. aku tried, ok, nak faham kan. too much terms, for me like reading history book. kahkah.

aku suka la cerita ni. ending pun tak cliche. orang mesti nak Rizwan tu kena tangkap ke apa kan. aku predict macam tu jugak. tapi rupanya tak. see. it’s unpredictable.

aku ingatkan Rizwan tu the good guy la dalam cerita ni. aku ingat nakal nakal dia tu pun, dengan Shereen je la. rupanya hampeh. nasib baik takde part part yang boleh buat aku suka dekat mamat ni.

and yang pasal Melia tu. sumpah tak expect langsung kot. tapi mula mula pun macam dah ada hint sebab ada siapa entah cakap dia badan macam lelaki. tapi serious tak expect la dia memang….


bila aku habis je buku ni, aku kena recall balik apa yang berlaku. sebab ada few things yang aku tak berapa nak faham. like kenapa Rizwan tu try nak bunuh Shereen, kenapa dia bunuh Rahmat tu, kenapa dia bunuh ayah dia semua tu. susah nak catch up bila baca asyik stop stop ni.

another good book from Fixi.

aku mampu bagi 3 je lah sebab aku tak begitu fond of all the IT talks in it.
112 reviews3 followers
May 6, 2020
(Terasa nak tulis komen 🤭)

My my... 😌 Aku suka endingnya. Dari sebanyak-banyak naskah yang aku dah baca, berapa banyak je pun yang ada solid close end? Bagi naskah ni, kepala aku sekarang membayangkan si baby dalam tangan bapa kandungnya sendiri. Syaitan bersayap gituh... with little one on board. Lovely! 😁

Aku nak bagi 5⭐ pada mulanya. But no. There are few lackings. Aku for sure bagi 5 bintang kalau ini bukan penulis ternama 😝 (if there is no such mistakes) Kesah pulak aku karya ni terbit masa dia baru nak naik ke apa. Yang penting aku baca masa penulisnya dah dikenali.

Kisah mcm ni biasa je bagi aku. Banyak lagi pembunuhan atau komplot yang lebih dasyat. Yang kebanyakan orang tahu tu sikit je. Ada yang ceritanya berpeluang terbit, ada banyak juga yang terkambus, biasanya dinafikan sebab belum pecah kepada pengetahuan umum. Yang dalam naskah ni, so common and so direct. Very easy read. 3⭐ is enough to compliment the good story telling.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
May 25, 2019
Beli buku ni tahun 2013, tahun 2019 baru tergerak hati nak baca. masa beli dulu bila try baca buku ni rasa macam tak boleh go. Rasa penat baca buku ni. In fact sekarang pun still rasa penat juga (took me about few days to habiskan 50 pages. Kau rasa??) tapi ku harungi juga. Ternyata bila dah nak menghampiri pertengahan cerita, saya rasa tak boleh nak stop pulak. Terlalu banyak persoalan yang timbul walaupun dah boleh jangka siapa dalang dia. Tapi bila dah habis tu rasa macam WTF????? Kenapa ending macam tu???? Geram je haha. Epilog tu pun memang tak expect sampai macam tu ;D

Thank god saya ada Degree Software Engineering macam Shereen, takde lah saya terpinga-pinga dengan semua term-term IT dalam ni. Saya faham sangat apa yang dia ceritakan. Hehe.

Saya bagi 3 bintang je lah sebab ending macam tu.


Yang masih lagi geram dengan ending sebegitu,
Rona Irama
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
October 6, 2011
Sebenarnya saya bagi rating 2.5 bintang tapi Goodreads tak main titik perpuluhan.

Mungkin banyak sangat istilah-istilah komputer dalam JERAT yg secara personalnya saya tidak minat. Mungkin kerana saya baru saja habis membaca satu lagi buku terbitan FIXI, Ngeri, yg tidak begitu mengujakan, mungkin saya mengharapkan semua novel thriller Melayu sehebat Pecah. Mungkin, mungkin, mungkin.

Ya, tidak adil membandingkan karya Dayang Noor dengan karya orang lain walaupun genrenya serupa tapi begitulah hakikatnya di sini. Memandangkan novel-novel FIXI yg mencabar saya membaca novel bahasa Melayu buat kali pertama dalam hidup, mungkin saya tiada latarbelakang yg sesuai bila mau memberi kritikan pada novel berbahasa Melayu. Tapi Dayang Noor dah pun dapat sebahagian dari RM20 saya, jadi saya nak kritik ke nak puji ke, boleh je lah kan?

JERAT hanya mula menjerat minat saya setelah separuh dari kisahnya habis dibaca. Bila buket bunga beserta nota misteri dengan kata-kata maki hamun sampai ke Shereen, protaganis JERAT, barulah minat mau ambil tahu kisah ini hingga penghabisan timbul kembali. Sebelum itu, banyak sangat bercakap pasal benda-benda IT sehingga saya membaca dengan kurang sabar. Tetapi setelah semua background information, exposition dan segala -tion, -tion yg perlu diberitahu kpd pembaca telah diberitahu barulah JERAT naik gear laju hinggalah tiba ke bab akhir.

JERAT berakhir dengan kepuasan bagi saya. Ada yg tidak suka cara ia berakhir sebab Shereen...erm, tak aci le bagitau di sini. Kena baca sendiri. Tapi saya suka endingnya, sesuai dengan objektif FIXI untuk mempamerkan karya pulp fiksi moden bahasa Melayu. Dan saya tidak sengaja tergelak dengan epilognya. Salah ke gelak? Epilognya lucu bagi saya. Mungkin saya ni terlalu sinikal.

Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 13, 2012
Jerat bermula dengan tragedi pembunuhan dua orang dan satu cubaan membunuh yang gagal. Agak mengujakan pada plot awal ini. Namun kemudiannya ia kembali perlahan. Agak lambat nak tunggu klimaks. Mungkin kerana ia bermain dengan dunia IT, dunia tanpa sempadan hingga aku hampir-hampir saja tenggelam dengan penggunaan istilah-istilah dunia pengkomputeran yang digunakan. Namun jalan ceritanya masih dapat diikuti dan difahami.

Mengisahkan Shereen yang terselamat daripada kemalangan yang sengaja dicipta. Namun apabila dia sedar, ternyata kemalangan itu turut meragut ingatannya. Dia tidak dapat mengingati apa-apa pun. Dan di saat ini dia perlu bangun semula dan membina kembali kehidupannya. Dalam mengharungi dunia yang nampak kelabu di matanya, dia berkenalan dengan Tash dan Melia. Bila kembali ke pejabatnya dia bertemu pula dengan Adele, Rizwan, Yazid dan teman-teman sepejabat yang memang sudah dilupakan.

Dalam mencari dirinya sendiri, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah dia membongkar rahsia itu? Dan apakah kaitannya pembunuhan kejam dan kemalangannya dengan sebuah tender IT yang bernilai RM400 juta?

Penulis bijak bermain dengan watak-wataknya. Bagaimana membina watak Shereen setelah tersedar daripada koma, watak Tash yang muncul di saat Shereen di hospital, kehadiran Melia yang banyak menimbulkan tanda tanya mahupun Rizwan yang nampak seperti mangsa keadaan. Beliau menulis dengan mudah dan ringkas. Tidak terlalu kompleks, cuma ya tak salah kalau aku katakan jalan ceritanya agak predictable.

Bercuti dengan Jerat nampaknya tak begitu mengujakan. Tetapi ya, penamatnya masih mengekalkan ciri-ciri yang sesuai dengan objektif Fixi. Karya pulp fiksi moden dalam Bahasa Melayu. Ditambah dengan epilog yang agak surprising, tak cliché. Satu penyudahan yang terbaik.
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
February 23, 2012
Sebuah lagi novel Fixi, kali ini tulisan Dayang Noor yang berjaya gua habiskan. Shereen terselamat dari sebuah kemalangan yang dirancang. Sesedarnya dari koma, dia dapati dirinya cedera teruk dan turut meragut ingatannya. Di hospital dia berkenalan dengan Tash yang patah kedua kakinya akibat kemalangan juga. Beberapa bulan selepas itu dia kembali bertugas dan berkenalan dengan susuk-susuk yang pernah dikenalinya dulu seperti Rizwan, Adele dan teman sepejabat yang lain. Disamping mencari identitinya dia turut berusaha untuk membongkar kejadian sebalik sebuah tender IT yang bernilau RM400 juta yang menyebabkan dirinya hampir terbunuh. Terlalu banyak istilah-istilah IT yang digunakan dalam novel ini menyebabkan warga marhaen seperti gua termanggu-manggu. Jalan cerita yang agak bagus dan tidak membosankan. Walaubagaimanapun gua mengharapkan sesuatu dari penamatnya. Maksud gua, gua mengharapkan sebuah ending yang tak disangka-sangka tentang siapa sebenarnya dalang semua kejadian tersebut. Hal ini kerana dipertengahan novel penulis sudah menunjukkan siapa dalang terbabit. Tapi gua ingat penulis saja mengalih perhatian pembaca, rupa-rupanya betul. Celaka. Jika tidak dikira siapakah dalang sebalik semua kejadian, bagi gua ending nya bagus. Kesimpulannya novel ini tidak sesuai buat mereka peminat happy ending. Kah kah kah.

http://jiwarasagelora.blogspot.com/20...
Profile Image for Fasyali Fadzly Bin Saipul Bahri.
5 reviews5 followers
October 18, 2011
Ini adalah novel kedua terbitan Fixi yang saya baca dari awal sampai habis. mungkin saya ada latar pendidikan secara formal dalam bidang IT (belajar tapi tak habis - sebab main-main), saya secara peribadi menyukai novel ini. saya kira jargon-jargon IT ini tidak langsung mengganggu gugat jalan cerita ini. penerangan yang diberikan Dayang Noor sebenarnya penerangan ringkas untuk membolehkan pembaca mengikuti plot cerita ini (itu yang lebih penting). Saya juga menyukai cara bagaimana Dayang Noor melukis watak-watak itu di fikiran pembaca. Watak Shereen yang semakin gemuk, watak rocker - Yazid, watak Tash dan sebagainya. apa yang saya suka bila baca buku, kita secara fizikalnya akan menyedari ianya akan menuju ke akhiran sebab ketebalan helaian mukasurat sebelah tangan kanan akan berkurangan. semakin berkurangan helaian tersebut, saya merasakan pacing cerita semakin laju. mungkin ini adalah akibat tindak balas fizikal tangan kanan itu tadi terhadap otak saya. saya tidak teragak-agak untuk menghabiskan novel ini secepat mungkin kerana pada saya, setiap adegannya adalah mengejutkan dan memberikan satu informasi baharu. macam kupas bawanglah. Saya suka dengan akhiran. pada saya akhiran cerita ini suprising.

akhir kata, saya suka novel ini. tapi jika diberi peluang baca lagi sekali, saya perlu fikirkannya. untuk bacaan buat pertama kali, ianya begitu mengujakan.
Profile Image for ScotchCheez.
35 reviews9 followers
March 14, 2013
Okay, selesai sudah membaca Jerat. Jalan cerita ni bagi saya agak berjela-jela dan meleret (atau merelet? Tak tau. Uhuhuhu) Permulaan cerita agak menarik sebab penulis berjaya menimbulkan tanda tanya yang menuntut pembaca berfikir sama (masa ni, sejujurnya saya terbayang karya RAM. Saya tahu, tidak adil untuk membandingkan mereka, tapi nak buat macam mana. Memang sekarang ni karya RAM je yang masuk dalam kepala). Tapi, tak tahu lah, bila masuk ke bab Sheren di pindahkan ke hospital Putrajaya, mood thriller tu sudah hilang. Disini sampailah ke akhir, saya rasa jalan cerita sudah mula kurang umph dan berjela. Jalan cerita agak mendatar dan mula bosan (bagi saya). Tapi, saya suka cara penceritaan penulis tentang dunia IT dan komputer kerana cara penerangan yang bersahaja dan mudah difahami bahasanya. Alhamdulillah, pengetahuan saya bertambah tentang software, windows semua tu. Dan ianya menjadi satu topic yang sangat best yang pernah saya dan suami saya bincangkan (sebab dia pun kepala IT & komputer). So, untuk novel Jerat, saya bagi 3 Bintang (Fireworkssssss). Bolehlah layan.
Profile Image for Farhana Aziz.
39 reviews1 follower
September 13, 2013
Jerat boleh jadi buku yang membosankan bila dilihat kepada amount of IT jargon used. Nasib aku baik sebab tengah struggling nak habiskan degree yang mewajibkan aku belajar foundation of IT yang di mana aku tak minat sangat. Kalau tak silap Dayang Noor ni berada dalam IT industri kan jadi tidak hairanlah jika boleh dikatakan penerangan beliau tentang server etc boleh aku hadam.

The plot is quite slow-paced. Tapi aku suka bila watak-wataknya diperkembangkan. Tapi aku sedikit tidak berpuas hati apabila penulis tidak menceritakan dengan lebih lanjut kenapa Shereen boleh beralih cinta daripada Rizwan kepada bapanya, Pak Ya.

All in all, it is a good read actually. Serba sedikit memberi pengetahuan tentang bidang IT dan industrinya. Aku menggemari novel yang sebegini. Yang memberi pembacanya sedikit pengetahuan. Bukan sekadar hiburan plot cerita sahaja.

3 bintang untuk Jerat sebab bagi aku, this book is worth your time to spare. Walau bagaimanapun, Jerat membuatkan aku pasti yang aku tidak mahu dan tidak berminat menceburkan diri dalam bidang IT kelak.
Profile Image for Azam.
65 reviews2 followers
April 15, 2012
Damn ak geram gile ending dier pasal si Rizwan celaka tuh bole terlepas! Arghhhhhhhh!! Tapi ak puas hati baca Jerat nih pasal dpt feel AWESOME pas abes baca novel nih. Mula2 ak tak bape gemar sgt Jerat nih pasal ak x paham satu haprak pon IT terms dalam novel nih. But respek kepada Dayang Noor pasal taw every details smua bnda IT nih patu ditambah ag dgn ko pompuan mmg bertambah2 la respek ak kat ko. Haip! Hehe. Tapi lama2 cerita nih makin best pasal satu demi satu persoalan yg mula2 tak dpt dijawab oleh pembaca mula terungkai. Ak suka part epilog yg bgtaw upa2nya si Melia tu pondan upanya. Mmg tak sgka btul ak. Lagi satu sepatutnya penulis patut conclude cite pasal Harun and Adele cuz mereka berdua pun watak utama dalam novel nih. Overall, Jerat mmg best! :)


P/S: Pas baca Jerat juga Buku FIXI telah wat ak stereotype kat polis2 Malaysia ni mmg tak bermoral lgsg. Hahaha
Profile Image for Ummi Farhana.
238 reviews13 followers
October 10, 2011
Tak salah rasanya kalau saya katakan Jerat adalah predictable. Cuma bahagian penamat/epilog yang saya tak tersangka, walaupun dari mula dah dapat agak, tapi ketika hampir ke penamat, terlupa.

Jerat bermain dengan dunia IT, dunia tanpa sempadan, bak kata orang. Dunia di mana tiada apa yang mustahil. Walaupun hampir tenggelam dengan penggunaan jargon IT yang digunakan, jalan ceritanya masih dapat diikuti dan difahami. Pacing ceritanya tidak terlalu laju, tidak terlalu perlahan.

Paling aku suka, penyudahan cerita. Tak mengikut norma biasa. Mungkin bakal mengecewakan sesetengah pembaca, tapi bagi saya, ia adalah penyudahan terbaik.
12 reviews8 followers
January 24, 2016
Profile Image for lucie parenkyuma.
120 reviews6 followers
October 3, 2015
The author gets my nod of ultimate respect for the details in IT world which she used (a lot!) in the novel. I gained new knowledge, that is one of the reasons I gave 4 stars, obviously.

A 'clean' way of narration, simplistic sentences were written down, but the suspense was still there for the readers to feel it. Beyond all the killings, threats and thrills, funny moments were not being forgotten, Dayang Noor managed to cheekily insert some humours between Adele and Harun, the undercover detective.

Will be happy if some producers decided to convert Jerat to a movie or telemovie, the plot itself is worth the watch and the read!
Profile Image for Lyla Ibrahim.
194 reviews6 followers
October 8, 2011
Best. Mungkin juga sebab saya pelajar IT..HUHU. Menarik, banyak info mengenai dunia IT yang saya ketahui. Tetapi, dari segi cerita, mungkun kurang menyengat kerana bukan semua orang meminati IT. Penjelasan yang panjang berjela tentang istilah It kadang kala boring juga sebeb ianya membuatkan cerita jadi lembab. Sy suka pada watak Shereen yang diberikan perubahan dari masa silamnya, membuatjan kita tertanya betulkah apa yang diceritakan itu benar kisah silamnya. Ending yang tergantung, tetapi itulah style Fixi..huhu
Profile Image for Azira Zainuddin.
65 reviews9 followers
December 4, 2016
As other Fixi books, the tittle should be a word and a word only. The tittle giveaway the plot of the story somehow. Cerita dia revolves around a tender yang berjuta-juta and 2 nyawa dah melayang disebabkan tender tu. Almost meragut another one but she got lucky and survive. However, she woke up with no memories at all and as she regain ingatan dia, she had found out siapa dalang di sebalik semua kejadian yang menimpa orang-orang yang terlibat di dalam tender tu.

Not an average-predicted ending. Some maybe tak suka ending yang macam tu, but it's fine with me. Realiti tak selalunya indah kan.
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
May 13, 2012
Aku fikir bagi pembaca yang tidak khusus dalam bidang Information Technology (IT) malahan yang tahu asasnya tapi tidak serius mengambil tahu pasti kebanyakan masa akan terlopong juga menemukan pelbagai istilah terminology dalam novel ini.

Apa yang menarik tentang novel ini, latar tempatnya kebanyakannya di sekitar kediaman aku. Jadi, ia mudah untuk kelihatan realistik bila cuba dizahirkan di dalam benak aku.

Aku gemarkan penamatnya yang bersifat luar tabii dan anti-protagonist kerana tidak memenangkan karakter utama semata-mata.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
January 18, 2013
Baca novel ni mengingatkan aku kepada watak-watak heroin siri tv kegemaran aku. Aku membayangkan watak Shereen seperti Sydney Bristow (Jennifer Garner) dalam Alias dan Annie Walker (Piper Perabo) dalam Covert Affairs.

Walaupun jalan ceritanya boleh dijangka tetapi dengan cara penyampaian yang kemas terhadap setiap watak di dalam penceritaannya buat aku berminat untuk terus mengengetaui penyudahan cerita. Ending yang menarik walaupun bukan happy ending tapi ianya tidak klise seperti novel-novel lain yang pernah aku baca.
Profile Image for Wan.
11 reviews
February 18, 2014
Pertama kali membaca nukilan Dayang Noor. Sebuah lagi kisah yang mengangkat genre penyiasatan. Seronok baca Jerat. Dari mula sampai habis. Rasa macam tak cukup/puas baca kisah Shereen (watak utama) yang hilang ingatan selepas kemalangan dilanggar lari. Kemalangan yang disengajakan. Angkara tender Soft Lab.

Cerita yang agak straight forward. Tak ada atau kurang flashback. Seronok sebab banyak benda baru saya belajar terutama mengenai sains komputer. Istilah2 yang jargon. So, sesapa yang suka baca kisah penyiasatan, boleh baca buku ni. Tak rugi pon. Terbaik!
Profile Image for Syafiq Lomotech.
3 reviews27 followers
September 7, 2014
Aku dengar kata buku ni menarik sebab lot of jargon dalam IT. Maka aku baca. Pemulanya menarik. Daripada kes langgar lari dan pencarian semula identiti orang yang dia tak kenali.

Ending aku tak sangka gitu. Tapi mastermind tu aku dapat agak. Tapi, Tak sangka ada kaitan jerat pertama dengan yang kedua (tash). Tapi bab milea aku memang dah agak. Seolah aku sedang baca watak yang sama dengan dalam kelabu. Pertukaran jantina daripada nama dan perwatakan.

Bab jargon tu aku rasa kalau baca dan telan pun cukup bagus dah untuk difahami.

Mengingatkan aku pada digital fotress. Dan brown.
Profile Image for SinudaMN.
40 reviews1 follower
October 31, 2011
Cerita bermula dengan pembunuhan dua orang dan cubaan membunuh yang gagal. Buka buku terus aksi — +1. Sayanglah saya mula membaca dengan telahpun ketahui siapa dalang di sebalik semuanya. Salahkan kakak saya. Agak mengganggu judgement saya sedikit. Keseluruhan cerita yang menyeronokkan, saya tak boleh nak lepas. Cuma ada beberapa persoalan yang bermain di minda; apa yang terjadi pada bayi Sharifah Salwa? Bagaimana pula dengan ibu Tash dan Shereen?
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
March 14, 2017
Aku tidak terdesak mahu habiskan bacaan Jerat cepat-cepat macam selalu aku buat bila baca buku lain. Aku baca 3 buku lain in between reading Jerat, mungkin sebab jalan cerita Jerat mainly berkaitan bidang IT - walaupun ada saspen dan thrill pada jalan cerita Jerat, entah kenapa aku tak rasa beriya nak baca dan tahu ending. Tapi aku tak nafikan suntikan saspen dalam novel ini memang boleh tahan juga.

Oh! Aku dapat buku ini free dari Fixi. Terima kasih ya! :)
Profile Image for Kishkun.
24 reviews
June 15, 2012
Jargon-jargon IT dalam novel ni mula2 agak memeningkan kepala tapi membaca novel bukan untuk peningkan kepala jadi sedaya mungkin saya abaikan istilah2 yang tak berapa nak faham tu. Penyudah yang tak dapat dijangka. Crime thriller yang menarik dan akan mencari next novel dari Dayang Noor dan novel terbitan fixi yang lain. Yang menarik tentang novel terbitan fixi ini ialah penggunaan bahasa slanga yang biasa kita dengar sehari-harian.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
October 15, 2012
Penjenayahan IT yang rare di kalangan novel bahasa melayu (mungkin first time jumpa dan baca), mudah difahami serta tidak terlalu berat untuk mereka yang zero tentangnya. Agak berjela juga dan mengundang boring. Unsur saspen dan thrill yang sederhana tetapi boleh tahan juga. Predictable dan beberapa watak hilang begitu saja di penghujung. Ending tentunya mengecewakan ramai pihak yang mempercayai karma.


2.5 bintang.
Profile Image for R Muhd Hafiz.
3 reviews
April 13, 2013
Pertama kali diucapkan tahniah kepada Dayang Noor kerana berjaya menulis sebuah buku yang menarik. Pastinya buku ini telah menarik minat pencinta IT khususnya. Istilah IT yang digunakan didalam buku ini menunjukkan penulis telah membuat kajian yang mendalam mengenai dunia IT sebelum menghasilkan buku ini. Tertanya-tanya juga mengapa judul jerat dipilih. Pengakhiran cerita ini juga amat menarik kerana pembaca tidak menjangka sama sekali pengakhiran yang sebegitu.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
February 28, 2014
Jalan cerita dalam novel ni, biasa-biasa je tapi smooth. Terasa mcm cerita dlm novel ni berdasarkan dari pengalaman sebenar penulis pulak.

Ending kurang mantap pasai menjurus ke arah Shereen. And takdak cerita pun apa jadi pada mak Shereen dgn Tash, apa jadi dgn kompeni Duta Jaya, and so on.

Ape pun, tahniah kpd penulis. Rasa mcm baca buku pasal IT pun ye jugak. Dapat jugak sikit ilmu psl programing, server, OS and so on. Tahniah sekali lagi!
Displaying 1 - 30 of 59 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.