Jump to ratings and reviews
Rate this book

Janji Julia #1

Janji Julia

Rate this book
Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak yang disebabkan oleh virus Rhyto F99. Wabak ini membunuh hampir kesemua rakyat negara ini dan melumpuhkan sistem ekonomi dan pertahanan negara.

Dalam keadaan yang semakin genting akibat ancaman daripada puak pemberontak No-Mondus yang cuba mengambil alih negara, Julia, seorang pelajar jurusan Farmakognosi telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan, kereta mereka diserang hendap oleh pasukan No-Mondus. Lebuh raya bertukar menjadi sungai darah dan Julia telah membawa Mimi lari ke dalam ladang kelapa sawit.

Mampukah Julia dan Mimi mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janji ditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?

408 pages, Paperback

First published January 1, 2011

3 people are currently reading
77 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

59 books109 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (50%)
4 stars
31 (40%)
3 stars
6 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 3, 2022
buku ni kalau tak silap, ini yang kali ketiga puan penerbit terbitkan semula. akak dah baca terbitan yang pertama dulu.

julia. berlatar belakangkan malaysia yang sewaktu itu di tahun 2050. dalam keadaan yang kucar kacir. wabak rytho99 yang melanda yang meragut jutaan nyawa. dia yang ketika itu sedang dalam pengajian terpaksa meninggalkan tempat belajar dan dalam pejalanan mahu menghantar mimi pulang ke kampung halaman. tapi rupanya dunia luar lagi sangat menakutkan.

perebutan kuasa. yang mahu berkuasa sanggup lakukan apa saja. babak utama dalam cerita ini ialah lebuh raya Utara-Selatan. serius. sebab dah baca novel terbitan pertama dulu, kadang bila tersekat dalam kesesakan teruk di lebuh raya, babak ini akan melintas dalam kepala. bayangkan, diserang oleh pengganas dari pelbagai arah, tanpa belas ihsan. ngeri!

dalam pelarian merentas hutan, mereka bertemu dengan simon yang ketika itu mahu dapatkan bantuan dari perkampungan orang asli. waktu itu idzham dalam keadaan cedera. tapi siapa dapat menafikan kekuasaan yang Maha Esa. pokok ajaib setuah biru yang bertahun dicari, ada di depan mata.

babak pelarian mereka di dalam hutan, setiap aksi yang ada bagai terlayar di hadapan mata. sangat puas hati baca. puan penulis tahu apa yang perlu diberi kepada pembaca. sangat best, sangat menarik.

dalam dunia ini, sentiasa ada pilihan. baik atau buruk, manusia perlu menggalas setiap akibat pilihan.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
September 7, 2013
Jika JK Rowling mendapat ilham menulis Harry Potter tatkala menaiki keretapi,penulis ini pula mendapat ilhamnya semasa melihat ladang kelapa sawit di Lebuhraya Utara Selatan..."Apakah yg ada di dalamnya?? & Kemanakah ia berakhir??" Begitulah persoalan yg di utarakan oleh
penulis dalam catatan awal novel ini...

Novel ini antara 3 buah novel yang berada di bawah Koleksi Astana Fantasia....aku sudah membaca 2 daripadanya...jangan
keliru...ketiga2nya tiada perkaitan antara satu sama lain...

Pertama sekali nak puji kepada covernya yang menarik...Syabas & Tahniah buat pelukis grafiknya...rasa2 aku ketiga2 cover novel ini di reka sendiri oleh beliau...memang berjaya menarik aku membeli & membacanya...

Ini merupakan novel kedua penulis yang ku baca..& ya aku harus akui, novel ini pun tidak mengecewakan...thriller nya boleh di katakan berjaya di noktahkan dengan baik sekali...ada unsur2 sains fiksyen di dalamnya...malahan watak OKU yg di gmbrkn, berjaya & berkesan di sampaikan kepada pembaca seperti aku...aku hanya sedari setelah 4 bab kemunculan watak tersebut...alih2 baru ku tahu...

Kisah yang di paparkan melibatkan satu perjanjian antara Julia & Mimi sehingga membawa mereka sesat ke dalam hutan...Julia seorang yg berjiwa tegas & bertanggungjawab , manakala Mimi di gambarkan sebagai berjiwa lemah, penakut & panik...& secara kebetulan mereka di pertemukan dengan Simon & Idzham yang sedang mencari antivirus Rhyto F99 di dalam hutan tersebut...Rhyto F99 merupakan wabak penyakit yg sangat dasyat melanda negara pada tahun 2050...malangnya, kewujudan mereka di dalam hutan telah di sedari pengganas daripada puak pemberontak No- Mondus....bermulalah perlarian & kejar mengejar antara mereka...ada elemen mistik di dalam novel ini juga tatkala Mimi & Julia tidur di tepi sungai...heheh

Bagi aku JJ nie mcm terlalu pendek sahaja...aku mengharapkan mungkin ada pertemuan antara Ketua No-Mondus dengan mereka2 ini...tapi hampa...malahan jangkaan aku pada hubungan cinta mereka pun salah...hhaha...

Ini bukan novel cinta!!! Cinta yg di paparkan hanya tak sampai 10%...banyak kisah persahabatan antara Julia dengan Mimi & Simon dengan Idzham... apa2pun terbaikkk buat penulis ini...susah nak mencari penulis wanita yang benar2 memahami hati lelaki yang berjiwa thriller...
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
May 12, 2019
Thriller kedua MK yang saya baca back to back dengan Belum Sampai Waktunya. Janji Julia juga mendebarkan dengan lebih banyak adengan dan gambaran 'gore', menyerlahkan kerakusan manusia yang telah buta mata hati dan tuli naluri kemanusiaan yang membezakan manusia dengan haiwan - semuanya kerana harta dan kuasa. Pengembaraan dalam keterpaksaan Julia, Mimi, Idzham dan Simon, membiaskan pengajaran buat golongan muda - hidup ini terlalu perit jika semangat untuk hidup, ketebalan tekad mencari jalan keluar dari kesuliran dan prasangka baik kepada Allah hilang dari diri. Setiap hari membawa sinar harapan bagi memenuhi janji terhadap diri dan terhadap orang yang dikasihi.
Profile Image for meenie.
330 reviews3 followers
August 30, 2025
best gila.

satu je saya nak minta, saya nak lempang mimi sebab perangai dia annoying gila.

love, meen
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
May 31, 2013
Cerita ni awal2 lagi terus mendebarkan sehingga ke akhirnya.

Wabak virus Rhyto F99 semakin merebak dan membunuh ramai rakyat negara ini.
Julia berjanji untuk menghantar sahabatnya Mimi pulang ke pangkuan keluarganya di Ipoh kerana keadaan semakin genting di KL ditambah dengan kehadiran pemberontak yang ingin mengambil alih negara ini.

Dalam perjalanan ke utara, pelbagai kejadian menimpa mereka sehingga mereka menjadi pelarian. Demi menyelamatkan diri dari pemberontak mereka terpaksa lari masuk hutan. Di hutan pula, kebetulan mereka bertemu Simon dan Izdham yang merupakan pensyarah yang menyelidik dan mencari penawar virus Rhyto F99.

Perjalanan ceritanya agak lancar dan sentiasa mendebarkan. Cuma ada sedikit kekeliruan perasaan yang tak penting sangat pun sebenarnya. 4.5*

*Suka sangat cover novel ni. Cantik dan Misteri.

*Bila sesuatu jalan cerita yang mendebarkan dan buat saya tertanya-tanya, saya akan habiskan segera! huhu
Profile Image for Rosli Ab Rahman.
55 reviews1 follower
April 17, 2014
Satu lagi novel thriller karya beliau yang saya berjaya habiskan pembacaan dalam masa 1 hari, Jalan cerita yang menarik disamping susunan jalan cerita yang berjaya membuatkan saya seperti menonton filem, lebih2 lagi ia berkaitan dengan negara ini yang memang kita tahu. semuanya terlayar secara spontan. banyak pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis kepada para peminatnya.

Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 18, 2019
Kisah janji yang sangat mendebarkan.. Janji Julia kepada Mimi untuk menghantarnya ke pangkuan keluarga.. Menemukan mereka dengan Simon dan Adzhim yang duduk di hutan mencari penawar.. Malaysia yang huru hara akibat virus dan penceroboh yang membunuh sesuka hati.. Kelansungan hidup di dalam hutan yang bukan sahaja ada haiwan liar tapi manusia jahat.. Memang mendebarkan..
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
June 6, 2017
mcm biasa best,MK mmg sinonim dgn kisah thriller dan seram,ternyata mmg x pernah menghampakn,dihujung crite ada bonus LELAKI BERMATA ANEH,serius teruja sgt2 nk tau kisah strusnya...😍😍
Profile Image for Hana Jimi.
33 reviews8 followers
May 11, 2012
genre:dystopia
mengidam setahun n berjaya dapatkan di PBKL2012.keputusannya sangat menghiburkan.walau ada beberapa tak puas hati.
Julia yang terlalu pegang pada janji,walau nyawa sendiri galang ganti.cam tak logik.cam bukan manusia pun ada.mungkin sebab saya tak pernah jumpa orang begini di zaman ini.
ketidakpuasan hati kedua ialah pengakhir hubungan julia-simon-mimi-idzham.kenapa idzham ngan Mimi.......sedangkan masa pembacaan rasa seperti wujud sesuatu antara julia dan idzham.betul2 rasa.hingga ke pengakhir masih rasa sesuatu itu ada.cinta dalam diam.:)
walau idzham bisu,wataknya lebih dominan dari Simon yang wujud dalam banyak babak.kita yang baca akan jatuh cinta padanya yang tenang.walau x dihubungkan dengan kata2,kita pasti memahami pekerti pemuda bisu ini.
Maria berjaya bawa rasa ngeri,sedih,cinta dalam diri saya.tahniah.tiap patah kata disusun baik hingga trigger imaginasi ini.
rekomen buku ini untuk pembacaan semua.(PG13)
Author 2 books29 followers
January 5, 2015
buku ini ada 'sesuatu' dan buat aku touching apabila ada yg dikaitkan dgn seorang 'ayah' dan keluarga. Pengajaran dalam novel ni yg paling jelas utk aku ialah, jangan mudah mengalah. Perjuangan utk hidup mesti diteruskan walau apa jua masalah melanda.
Profile Image for Iwan Roslan.
3 reviews1 follower
October 1, 2012
serita yang sangat mendebarkan......walaupun buku telah ditutup....
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
TAMAT...

Selesai satu lagi karya Kak Maria..... Karya yang simple dan mudah diterima akal... Tapi suspen bak hang!!! Kalau lah jadi bebetul... Mampu tak aku sekuat JULIA?? Utk anak anak aku, Lebih dari JANJI JULIA mama akan janjikan... Dengan izin ALLAH..... Dah 2 buku tulisan dan idea penulis ini aku baca (INAYAH terkecuali sbb bukan 100% idea beliau.. ).. Apa yang aku boleh cakap, cara beliau mengolah cerita sangat tepat pada waktunya.. Tak la menjela dan meleret leret sampai kadang kadang kita hilang emosi pada waktu tu... (paham ke idok, tak paham abaikan lah bebelan aku tu)..

Oleh kerana itu, Aku menyeru sekali lagi pegi la membeli karya beliau kerana setakat ini karya beliau belom lagi mengecewakan aku... Tahniah puan.... Terima kasih.. Love u...!!! JANJI JULIA dah abis... Nak review penuh, apa kata hangpa semua beli dan baca sendiri.. Boleh dpt full view nanti....

PEACE!
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
January 15, 2025
Start baca 17/11/24, selesai baca 15/1/25. Almost 2 months, bukan sebab karya MK ni tak best, tapi sebab diriku mengalami reading slump.

Tbh, ni kali pertama aku baca genre selain seram dari penulisan MK. Dan bagi aku konsep thriller dystopian ni pun tak mengecewakan. Penuh aksi mendebarkan dari mula hingga akhir cerita. Watak² utama yang menyenangkan dengan pengembangan karakter yang ketara.

Minus 1 ⭐ sebab aku masih rasa seperti ada yg kurang di sebalik kesempurnaan cerita. Mungkin JJ2 dapat menebus kekurangan tu, hopefully.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
June 12, 2017
tak sampai sehari habis .. adoiii
memang best .. action nya banyak ..
nak kata tapi .. takde la tapi sangat cuma watak mimi tu rasa nak cekik je
lembik gila ...
nak tahu macam mana penyakit Ryhto99 wujud ... simptomnya ..
pokok setuah biru .. menakjubkan ..

ni bukan SF thriller .. ni action pack suspense thriller ..
memang tak rugi beli dan baca ...
2 reviews
October 17, 2018
Saya jatuh cinta dengan janji julia.
Dari permulaan hingga akhirnya penuh dengan debaran.
Baca cerita ni sudah bertahun lalu tapi aura tentang cerita ini masih kuat.
Dan membangkitkan semangat sayang negara.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 31, 2022
Bagaimana rasanya bila negara diserang virus rhyto99 dan dalam masa yang sama pengganas yang digelar No Mondus turut menyerang negara?
.

Julia dan Mimi masih menghuni kampus mereka demi mencari penawar bagi Rhyto99. Namun mereka sedar bekalan makanan mereka dah tidak mencukupi utk menampung. Keadaan negara sangat tidak terkawal. Pasaraya semua sudah kosong. Mahu atau tidak, mereka perlu keluar dari situ, dan demi menunaikan janji untuk menghantar Mimi dengan selamat ke Kampungnya di Ipoh
.

Lebuhraya Utara- Selatan diserang pengganas. Lebuhraya menjadi medan pertumpahan darah. Mayat bergelimpangan. Mujur Julia dan Mimi sempat lari ke ladang kelapa sawit berdekatan. Namun keadaan memaksa untuk mereka masuk ke hutan demi melarikan diri daripada No Mondus
.

Idzham dan Simon. Pensyarah. Namun masuk ke hutan demi mencari penawar Rhyto99. Setuah Biru. Kata datuk Idzham, ianya mampu menjadi penawar, tapi kewujudannya harus dirahsiakan. Berbulan mereka menghuni hutan demi mencari keberadaan Setuah Biru
.

Takdir Allah. Hutan menjadi tempat pertemuan antara mereka berempat. Dalam mencari penawar untuk Rhyto99, mereka juga perlu menyelamatkan diri daripada No Mondus. Mampukah mereka mendapatkan Setuah Biru sekaligus menyelamatkan negara dari virus Rhyto99 atau adakah mereka akan terus menjadi pelarian dari puak No Mondus?
.

Bila kita sendiri pernah melalui zaman pandemik covid 19, aku seakan membayangkan keadaan yang dilalui Julia, bahkan lebih parah bila mereka tiada bekalan makanan dan tambah pulak ada pula puak pengganas. Sekurangnya kita masih mempunyai bekalan makanan ketika covid, dan masih boleh tidur dengan selesa dirumah. Tapi dalam naskah ini, dahla bekalan tiada, nak duduk dirumah, risau bakal dibunuh pengganas. Lalu kemana mereka perlu menyelamatkan diri?

Karya kak Maria Kajiwa memang aku letak expectation yang sangat tinggi sebab aku tau bagaimana penulisan beliau. Korang wajib baca naskah ini. Jujur aku katakan memang tak rugi. Tahniah kak
.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 27, 2023
[BOOK 95]

Janji Julia 1 by Maria Kajiwa.
.

Untuk sesiapa yang sukakan buku bertemakan Survival ataupun buku yang seumpama Trilogi Sesuatu Yang Hilang-Kembali-Sempurna by Anna Lee tu, boleh la baca buku ni.
.

Kalau tak silap, buku ni pertama kali diterbitkan berbelas tahun lepas. Dan masih relevant dibaca pada masa kini.
.

Berlatarbelakangkan tahun 2050, negara dilanda wabak virus. Julia dan Mimi ialah student tahun akhir (bahagian kimia camtu kot. aku lupa). Dan Julia janji akan bawa Mimi pulang ke kampungnya.
.

Dalam perjalanan pulang, mereka terkandas di lebuh raya apabila diserang puak bersenjata yang digelar No Mondus. Ramai yang mati yang dibunuh dengan kejam.
.

Julia dan Mimi berjaya melarikan diri ke hutan. Dalam hutan tu, mereka bertemu dengan Idzham dan Simon yang merupakan penyelidik. Mereka sebenarnya sudah lama bertapa dalam hutan tu untuk mencari pokok Setuah Biru, yang dikatakan mampu menghapuskan watak tersebut.
.

Dan mereka berjaya menemui Setuah Biru. Tapi jejak mereka berjaya dikesan oleh puak No Mondus.
.

Mampukah mereka menyelamatkan diri mereka bersama Setuah Biru?
.

Fuh, nasib baik lah zaman Covid 19 menyerang dulu, tidak sedahsyat itu.
.

By the way, ingatkan Idzham end up ngan Julia, tapi sebaliknya. hahaha
.

Baiklah, persoalan tentang siapa yang mencetuskan wabak tersebut, dan gerakan No Mondus tu, masih tidak terbongkar dalam buku ni. Maka, kita sambung buku kedua.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
January 4, 2017
tamat pd 03:13am
JANJI JULIA ~ Novelis Maria Kajiwa

Jujurnya nie pertama kali sy membaca genre thriller dr penulis, biasa membaca genre seram beliau shj n skrg sy tgh gigih mengumpul novel beliau samaada genre thriller atau seram.

JANJI JULIA dipenuhi aksi yg mendebarkn, beberapa bahagian membuatkn sy kecut perut membayangkn. Manakan tidak tgh sibuk melarikan diri ke Ipoh krn nk menghantar kwnnya Mimi, kekecohan berlaku di stesyen minyak, dhlh sepanjang perjlnan sy plak yg berdoa diaorg slmt keluar dr universiti hahaha

Macam2 yg mereka hadapi sepanjang perjlnan semuanya sbb janji beliau kpd Mimi. Kekecohan bermula dr serangan virus n membawa kpd kumpulan penceroboh yg diupah. Mereka bertembung plak dgn kump. tu lalu diburu. Berjumpa plak dgn dua org sekwn di dlm hutan yg sdg mencari penawar virus tersebut. Banyak mmg byk sgt yg mendebarkn, eloklh klu baca sendiri. Biar sama2 kita kecut perut. Rasailh debaran sepanjang perjlnan mereka di dlm hutan tersebut.

Watak Idzham n Simon pun agak menarik. Jangan terkejut bila tahu Idzham tu saper, sbb awal2 wataknya mmg x perasan langsung hahaha. Emmmm x dpt dibygknlh klu kita yg berada di dlm huru hara tu.

Kak ada 4bab cter kt blkg tu, mner nk cari cter penuhnya yer ???. LELAKI BERMATA ANEH.

#auroracreative
#janjijulia
#mariakajiwa
#thrillerthrill
Profile Image for Riley Fizan.
Author 8 books29 followers
March 14, 2015
i want more.

hasil garapan penulis yang saya hormati ini membuatkan saya tidak senang duduk selagi tidak selesai membacanya.
Profile Image for Zwanrizly.
16 reviews1 follower
January 15, 2017
Aku baca buku ni yg cover baru..baca novel ni serupa kau tonton filem dari hollywood..karya maria kajiwa setakat yg pernah aku baca..tak pernah mengecewakan..
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews9 followers
December 4, 2022
Membaca Janji Julia versi baru ni buat aq teruja lebih. Walau dah pernah baca versi yg sebelum ni, tapi rasa mcm first time baca kisaha JJ ni. Tahniah penulis & saya always akan sokong karya akak.
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
April 12, 2017
Pengkisahan Janji Julia ini ditamatkan pada jam 8:30 pagi tanggal 11 April 2017.

Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan dan emosi tatkala membaca perjalanan novel ini.

Kisah novel ini terus ke titik penceritaan atau permasalah yang menjadi topik utama. Kisah yang laju dan tidak meleret2 namun kita boleh faham setiap punca permasalahan yang dihadapi oleh setiap watak.

Terasa penat tatkala membaca kisah ini seolah-olah seperti diri ini mengikut perjalanan mereka berempat. Adakah aku boleh sekuat Julia sekiranya situasi ini berlaku? Aku tidak mahu menjadi seperti Mimi.. Namun ketenangan Idzham menjadi sumber kekuatan mereka yang lain.

Bagaimana Allah anugerah sesuatu yg istimewa pada Idzham diatas kekurangannya itu. Cuma agak ralat kerana endingnya yang agak pendek.. Rasa tak puas lagi bersama mereka dan juga keluarga baru mereka..

Tahniah buat kak Novelis Maria Kajiwa atas naskah yang terbaik ini. Kalaulah novel ini boleh difilemkan, alangkah bagusnya.. Tak sabar nak menanti sambungan novel ini..

p/s: edisi Janji Julia ini ada segmen istimewa. Ada 4 bab mengenai Lelaki Bermata Aneh.. bila baca memang membuak2 perasaan nak tahu apa yg terjadi. Harap kak Maria dapat menyambung cerita ini.
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.