“Sebelum tu, aku nak bagi kau amaran. Bini kau tu, sebaik saja dia dihidupkan semula, dia bukan lagi bini kau yang dulu. Ada kemungkinan dia akan meminta benda yang bukan-bukan. Jadi, kau kena lunaskan permintaan dia sebaik mungkin.” Akibat tidak dapat menerima takdir, Jaafar telah menghidupkan Teh Habibah yang sudah pergi buat selamanya. Namun, apa yang dihidupkan bukanlah sang isteri tercinta, sebaliknya makhluk pemakan daging yang gemarkan manusia sebagai makanan. Enam belia bertandang ke Hotel Puspakona demi kerja kursus universiti dan video YouTube. Dharma, Maisara, Afwan, Najid, Julia dan Megat terperangkap dalam situasi yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya. “Kau orang rasa 'Polygone' tu bawa maksud apa?” “Maybe it's some sort of signature?” “Haahlah... Macam dalam movie, selalunya pembunuh tu akan tinggalkan tanda, untuk orang kenal.” “Jadi Polygone tu nama dia?” Topeng berbentuk poligon disarungkan ke wajah, sebilah kapak dijadikan senjata utama. Dengan menggunakan alter ego, dia memburu mangsa-mangsanya. Dia bukan lagi Jaafar. Dialah Polygone. “Selamat datang ke Hotel Puspakona. Semoga anda peroleh pengalaman yang tak dapat dilupakan, hingga ke akhir nafas anda.”
Tajuk: Mentekedarah ( makan secara berlebih-lebihan) ‼️ Triggered Warning: Gore & Cannibalism.
"Saya nak hidupkan isteri saya sendiri..untuk kekalkan nilai sentimental"
Jaafar (owner hotel Puspakona) tidak dapat menerima kematian isterinya, Teh Habibah. Pemergian Teh memberikan impak yang sangat besar dalam hidup Jaafar. Jaafar menyalahkan dirinya sendiri kerana sehari sebelum kejadian malang itu berlaku, mereka bergaduh. Akhirnya, Jaafar mengambil keputusan untuk menghidupkan isterinya itu semula atas bantuan seorang bomoh. -- Yang hidup itu bukan isterinya. Tapi makhluk terkutuk pemakan daging (La'un). Jaafar terjerat.
Kemudian, 5 orang ( Dharma, Maisara, Afwan, Megat, Najid & Julia) pergi ke Hotel Puspakona untuk menyelesaikan assignment & content youtube. Mereka terperangkap di hotel milik Jaafar & menjadi buruan. Berjayakah mereka keluar dari hotel tersebut dengan selamat?
•Orang Islam wajib percaya dengan Qada' dan Qadar. Semua kejadian yang berlaku sudah ketentuan Ilahi. Dalam buku ini, Jaafar hilang pedoman selepas kematian Teh. Imannya hilang terbang entah ke mana. Sehingga tegar membuat perkara syirik.
• Jika lihat dari segi perwatakan Jaafar ketika dia menjadi Polygone. Memang nampak yang Jaafar jad "orang lain". Dia sedang bergelut dengan dirinya sendiri. Mental health dia dalam keadaan tidak baik. Tapi penulis tidak terus diagnose mental health yang sedang dialami watak. Penulis hanya berikan simptom awal sahaja.
•Jalan cerita bergerak dengan laju & tidak melewah. Saya senang dengan gaya penulisan penulis. Kena dengan jiwa. 🫶🏻 Walaupun sudah banyak menonton serta membaca cerita sebegini. Saya boleh cakap Mentekedarah masih ada originalitynya tersendiri. Mesej utama yang penulis nak sampaikan itu saya rasa berjaya. Tak boleh mention mesej tersebut sebab akan jadi spoiler.
• Scene meloyakan dalam ni memang euww and so yucks (masih teringat-ingat) 😶 Perasaan suspen masa baca melonjak naik bila sampai part-part Teh Habibah/ La'un seksa mangsa dia.
5. Mungkin kalau untuk improvement. Mungkin dari segi emosi watak. Tambah sikit lagi then nice dah 👌🏻 Teruskan berkarya Tasha. Jangan stop!
Mentekedarah? Korang rase ape maksud kisah disebalik 'mentekedarah' ni?
Pesanan awal aku, kalau korang jenis penggeli, aku tak berapa nak sarankan untuk baca novel ni. Sebab, dalam naskah ni ada unsur kanibalisme. Boleh bayang tak? .
Jaafar, pemilik hotel Puspakona. Dia tak dapat terima hakikat yang isterinya, Teh Habibah meninggal dunia yakni dipercayai bunuh diri dengan cara terjun drpd jambatan. Dia yakin, ianya berlaku disebabkan perselisihan faham yg berlaku antara mereka. Jadi, demi menebus kesilapan dia cuba ' menghidupkan' kembali isterinya dengan bantuan seorang dukun. Tanpa dia sedar dia telah mengikat janji dengan makhluk bernama La'un .
Maisara, Julia,Megat, Afwan dan Najid perlu melaksanakan satu esaimen. Target mereka, Hotel Puspakona. Maisara mengajak abangnya, Dharma utk mengikuti kerana Dharma ketandusan idea untuk content youtubenya .
Maka bermula lah episod ngeri bagi mereka berenam. Hari pertama menginap, mereka telah melalui episod ngeri. Agak2 korang berjayakah mereka keluar dari tempat puaka tu? Mampukah mereka melawan Teh Habibah yang dikawal oleh La'un tersebut? .
Serius naskah ni sangat best. Aku mampu menamatkan in one sitting je. Jadi aku rekomenkan korang untuk baca novel ni. Memang tak rugi. Aku pon beli atas saranan kawan2. Worth it untuk dibeli dan dibaca .
Dharma dan adiknya serta beberapa lagi rakan adiknya membuat keputusan ke sebuah hotel untuk kajian mereka. Namun kehadiran mereka rupanya umpama masuk ke perangkap maut.
Sebuah naskah yang sangat padat dengan aksi. Tapi bukan hanya aksi fizikal tetapi juga melibatkan pemikiran. SH suka dengan cara watak-watak di dalam ini yang mampu bertindak dengan waras dan akal fikiran di dalam keadaan cemas. Dan yang penting tak rimas dengan jeritan sepanjang masa. Yelah biasanya dalam genre begini, keadaan yang biasa SH lihat atau baca mestilah huru hara dan penuh dengan jeritan yang memekakkan telinga. Jadi, SH memang suka penceritaan dalam naskah ini.
Cuma untuk mereka yang memang membaca dengan imaginasi dan takutkan darah kena bersiap sedia untuk membaca naskah ini. Memang banyak bahagian yang melibatkan darah-darah dan adegan potong memotong. Bahagian tersebut diceritakan dengan agak teliti dan tentu sahaja boleh mengundang mual untuk yang tidak sukakan cerita sebegini.
SH juga suka dengan cara penulis menyelitkan isu kesihatan mental dalam naskah ini. Walaupun mungkin hanyalah sedikit tetapi tidak terasa seperti janji ada atau ala kadar.
Ini kali pertama saya baca buku slasher horror yang dinukil dengan sangat sempurna. Saya suka garapan tindak-tanduk setiap watak yang membuatkan arus cerita ini mengalir sejernih air mineral. Memang tak macam buku-buku atau filem-filem slasher yang biasa kita jumpa. Tepuk dahi saja setiap kali tengok mangsa bertembung dengan pembunuh. Tapi dalam karya ini, mereka bermain akal. Seriau dibuatnya, sampai tak sedar saya yang asalnya berbaring membaca buku ini jadi meringkuk macam katak. Setiap babak memang tak dapat dijangka kejadiannya. Pengakhiran ceritanya pun jarang sekali dapat kita fikirkan. Dari segi bahasa, saya tabik. Karya sulung, tapi kualiti bahasanya dah setanding penulis-penulis terkemuka di Malaysia ini. Naratifnya langsung tak kekok. Tak mentah, tak pula melewah. Pandai penulis menyusun kata ikut situasi. Yang seram jadi seram. Yang suram, kita jadi muram. Nilai moral pula, hehe yang ini kenalah baca. Kalau saya cerita takut jadi spoiler. Tapi apa yang saya boleh katakan, mesejnya sampai. Betul-betul menampar masyarakat kita.
Sedikit pendapat: Satu pada babak backstory antagonis, saya rasa ia terlalu pendek. Apakah mungkin dipendekkan? Kerana saya merasakan kisah antagonis itu terlalu ringkas. Bahasanya pun terlalu padat. Lebih banyak persoalan yang timbul berbanding jawapan. Tak sempat saya nak menangkap sepenuhnya justifikasi perbuatan dia.
Satu lagi yang saya rasa tak cukup ialah... tak cukup satu. Saya jadi teruja untuk baca banyak lagi karya penulis pada masa akan datang! Teruskan berkarya!
Note : first time baca novel slasher/horror, selalu genre ni tengok kat movie ja
Jalan cerita/cara penulisan yg addicting (byk kli jugak scene yg unexpected) , sekali start memang tak nak berhenti baca sebab nak tau bkn shj siapa kena lepas tu tapi backstory villain2 kita
Tho bbrp character perlukan lagi 'suara' unik diorang sendiri/characterisation, ada beberapa details yg unik✨
Juga ada pgjrn, yg patut ada terutamanya utk genre camni
Persoalan kesihatan mental,psikologi dan PTSD dipersoalkan melalui watak Pemilik Hotel Puspakona,abang dan rakan yang kehilangan insan tersayang mereka melalui kematian yang kejam.
Aku fikir penggunaan style slasher+gore+horror+psikologi+ thriller bagi menyampaikan isu tersebut,sangat kreatif.Mayat hidup dijana bateri Jin merupakan unsur sihir dan seram yang sangat brilliant👍Hanya pada aku,ada beberapa part yang quite awkward,penggunaan teknik repitasi dipart yang tidak sesuai dan kerencatan story line-kurang memberikan kesan sewajarnya kepada pembaca.
Namun unsur didaktiknya tetap berjaya memberikan kesan positif diakhir pembacaan.Ketahanan mental berbeza bagi setiap individu dan kita sebaiknya tidak menjadi penyebab seseorang itu berada di tahap terburuk hidupnya.Setiap insan berhak menjalani kehidupan secara sihat dan baik. Tahniah dan moga penulis terus sukses menghasilkan karya bermanfaat dan lebih baik di masa akan datang💐
It is the first book yang saya baca from this author. I could say, tersangat gore. Memang siapa yang suka genre slasher, you will be very impressed and amazed on how the author included scenes gore tu.
Writing wise, saya rasa jika penulis boleh menggarapkan cerita untuk menjadi lebih suspens dengan unsur-unsur misteri, penceritaan akan jadi lebih menarik, mampu untuk hook pembaca and left them on edge. Bagi saya, penceritaan terlalu straightforward. Ketiadaan unsur suspens tu buatkan pembaca rasa biasa sahaja bila ada twist yang cuba penulis buat dalam penceritaan.
Anyway, kudos penulis untuk karya ini! Looking forward to more genre like this to be published.
Dalam sehari boleh baca hbis cerita ni. and saya hanya boleh ulaskan cerita ini sgt insane! Gilaaaaaaaaaaa benar!!! mcm terasa diri dlm cerita tu, seperti dikejar2 dlm scene tu. Tapi saya berharap btl smua survive tpi malangnya hanya dua watak sja yg survive😭😭😭😭
Bagi yg mempunyai jiwa lemah, tlg jgn la baca jika terasa geli, sbb buku ini mempunyai adegan canibalism dan keganasan😣
Maybe will became my fav book cause i rate it 5⭐️.. its been a long time to felt the anxiety, excitement, angry, and sad at the same time. 😌😌😌 Never expect this book to get me on my nerves!
Might be looking forward to read from Natasha Mazya again. 🤞🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Wow. I did not expect Maisara mati. I thought she would survive until the end. I was rooting for her the whole time.
At first I thought cerita ni just pasal bunuh-bunuh je and I didn’t put any expectation pun awal-awal. Then after baca backstory Jaafar (Polygone) I jadi kesian pulak. I thought i tkkan ada emotional attachment to any of fictional characters (sbb i dh lama tk baca cerita with well written characters kot) tapi kat cerita ni, I rasa la attach sikit dgn few characters.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Lepas ni kalau nak pergi hotel kena berhati-hati 👀 Takut terperangkap pula macam enam orang dalam cerita ni — Dharma, Maisara, Julia, Afwan, Najid dan Megat. Elok-elok tujuan asal nak pergi buat assignment dgn buat content Youtube, jadi 'lauk kenduri' pula dgn makhluk Teh Habibah ni.
Mentekedarah lebih kpd genre slash-horror. Ada paranormal, ada psikologi sedikit. Menghidupkan si mati, adanya rahsia Polygone, tersembunyi kisah silam yang tragik, wujudnya kecelaruan identiti dan pencetus kesihatan mental yang menjadikan cerita ini sebuah karya yang tidak klise. You akan tertarik dgn kisah Jaafar, suami kpd Teh Habibah on why dia nak hidupkan isteri dia (bukan spoiler). Plot kemas, pace agak laju yang bikin buat kepala berasap eheh. Agak lama tak rasa feeling berasap ni. Last time, I rasa mcm tu bila dah habis baca buku Terang Bulan dulu. ____
You nak slash sana-sini? Ada. You nak ketelitian kanibal/gore? Ada.
❗️Meh I belanja quotes sikit: "Abang, tolong bukakan rahang dia ..... Lidah dia nampak lembut." ❗️
You nak seram terlebih? Semestinya ada. • Adegan hide and seek :p
____
Dah lama juga kita gatekeep buku ni. Sejak I baca buku penulis yang novela siri Kpop Bookiut: Atiny Yang Tabah, I dah tahu writing Natasha tak akan mengecewakan. Trust me, you should try her books. Dan I tak sangka Mentekedarah ni karya debut sebab everything is so fine and neat.
Walaupun I sebenarnya berharap kisah Jaafar dan syaitan itu dikembangkan lagi daripada mula supaya tidak terasa rushing dipenghujung. But still, I'm admiring her writing & I akan sentiasa looking forward for her next books ❤️✨
Thank you so much @natashamazya ! Sorry sangat I gatekeep your book lama 😂