Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seringai

Rate this book
Azril, seorang pereka grafik secara tidak sengaja terjerumus ke dalam konflik bawah tanah yang sudah berterusan sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Adilya, anak seorang jutawan tempatan, langsung tidak mahu akur dengan sejarah dan tradisi keluarganya.
Aziz, bersumpah untuk membalas dendam ke atas kematian anak-anak dan isterinya.
Pertemuan secara tidak sengaja antara Azril dengan Adilya di sebuah stesen LRT telah menerbitkan rasa suka. Namun, Adilya menetapkam syarat mereka hanya boleh berjumpa pada waktu malam. Pada mulanya Azril akur, lama-kelamaan terasa aneh.
Suatumalam, Adilya berkali-kali memberi amaran kepada Azril supaya keluar dari sebuah kelab. Tiba-tiba makhluk pemakan manusia menyerang kelab itu! Aziz berjaya menyelamatkan Azril. Sejak itu, semuanya terbongkar! Azril terpaksa menyertai kumpulan Aziz untuk menjadi pemburu 'raksasa'.
Di sebalik itu, rancangan Dato' Alfred sudah mencapai fasa terakhir. Tiada apa lagi yang boleh menghalang cita-citanya untuk kembali berkuasa.
Negara-negara kuasa besar sudah hampir memulakan perang dunia ke-3. Makhluk-makhluk berseringai berpesta darah setiap malam. Takdir akan menemukan mereka! Siapakah yang akan menguasai dunia?
Dan bisakah bersatu, cinta manusia dengan vampire?

354 pages, Unknown Binding

Published January 1, 2023

1 person is currently reading
14 people want to read

About the author

Rizal Ramli

10 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (20%)
4 stars
8 (40%)
3 stars
7 (35%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
602 reviews107 followers
April 28, 2023
"Kita ibarat orang yang dilahirkan semula. Bila kita sudah kehilangan semua yang kita sayang,.. we have nothing to lose."

Seringai mengisahkan Azril, seorang pereka grafik yang secara kebetulan terjumpa Adilya, yang sebenarnya berketurunan vampire. Mereka berkawan bersama malah jatuh cinta namun adakah cinta antara manusia dengan vampire bisa berakhir dengan kebahagiaan?

Sebagai peminat Twilight, rasa terpanggil untuk membaca kisah vampire versi tempatan. Bagiku, cerita ini mempunyai world building yang menarik dengan adanya kumpulan pemburu vampire juga manusia yang bekerja dengan vampire, kiranya mengkhianati kaum sendiri. Asal usul vampire juga bagiku agak berlainan daripada yang pernah dibaca.

Bahasa yang digunakan mudah difahami dan boleh dikatakan ceritanya agak laju terutama selepas pertengahan buku. Juga buku ini agak ekstrem, suspens tau bila sampai babak pertempuran dengan vampire, dengan perincian gore scene yang buat aku berkerut dahi, nak muntah pun ada 🤮 Sungguhlah tepat dengan genre thriller seram untuk buku ini. Pengakhiran cerita bagiku boleh diperbaiki lagi. Open ending cuma rasa tak wow gitu. Jalan cerita, plot semua menarik dah, tapi ending macam sendu. Haa gitulah. Bila habis baca, rasa "ohh okay macam tu rupanya."

Selain itu, aku faham mesej kehidupan yang penulis mahu sampaikan, boleh dijadikan soft reminder kepada manusia agar cukuplah dengan sifat dengki, tidak mementingkan diri, tamak, perasaan pantang dicabar, dan bermegah diri yang dikatakan sebagai punca kejatuhan manusia di tangan raksasa.

Buku ni buat aku dengar "Autumn Leaves" daripada Chet Baker di Youtube 😁 Okaylah juga dengar jazz. Hii. Bukanlah muzik kegemaran, saja nak tahu sebab ketua pemburu Dr. Sammy suka jazz dan ada beberapa tajuk lagu jazz ditulis dalam buku ni.

Sebenarnya, ada dua perkara yang buatkan aku tidak berkenan sepenuhnya dengan buku ini. Peringatan yang buku ini hanya untuk pembaca matang. Ada dinyatakan dalam laman web Buku Karangkraf tapi tidak diletakkan pada kulit buku.
❃ Watak Azril yang tidak bisa dijadikan watak hero kegemaran. Bagusnya Azril bila dia bijak dan tangkas untuk mengendalikan keadaan dalam situasi genting. Keberanian dia cukup luar biasa. Namun, ada satu hal yang buat aku geram dengan dia. Sikapnya yang terlalu mengikut nafsu. Jatuh cinta lah bagai, dengan otak tak berapa jernih. How I wish penulis tak jadikan watak Azril sebegitu. Aku akan lebih suka pada Azril kalau eliminate bab dia dengan dua wanita itu. Semak baca!
❃ Ada scene/dialog yang ke arah 18sx, which is for me, a big no for teenagers. I don't want them to understand the meaning behind all those words/scenes.

Overall, it was still an enjoyable read only it could be better. Apapun, tahniah penulis kerana telah mencuba menulis satu cerita yang berlainan 👍🏻

Terima kasih @bukukarangkraf sudi mengirimkan buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku yang jujur ✨

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Iza B. Aziz.
236 reviews33 followers
July 20, 2025
Syok jer baca Seringai. Plot kemas dan saya suka bila prolog & epilog saling melengkapi. Perincian karakter juga hidup dan memang jelas penulis buat kajian atau meletakkan pengalaman diri dalamnya. Karakter yang tak sempurna bagi saya karakter yang paling matang.

Bab elemen 'akhirat' dan 'teori konspirasi' saya paling suka sebenarnya. Saya suka perkaitan yang dibuat sebab saya pernah berfikir perkara yang sama. Bila penulis mengolah dengan karya kreatif begini memang terasa logiknya. Seperti menonton filem, visual yang diterjemah dalam bentuk kata-kata sangat cantik. Bahagian mimpi Azril saya boleh katakan visual imaginasi terbaik saya pernah alami.

Apa yang mengecewakan pada saya ialah asal-usul vampire tidak dijelaskan. Itu sahaja.

Semoga dapat baca lagi karya Rizal Ramli yang lain!
Profile Image for dalillah.
31 reviews
January 31, 2025
Daripada seorang pereka grafik kepada seorang pemburu vampire.

Untuk orang yang suka teori konspirasi, misteri, thrill and all, this book is definitely made for you. I would say its an intense story as the ghost is not the typical malay ghosts. BUT ITS A VAMPIRE IN KLLLL. Can you imagine thatttt. The most thrilled part is in chapter 34 HAHAHAH need to read laa if you want to know what it is about.

Walaupun pada awalnya jalan cerita dia agak slow but the eager feeling to know what will happen help me to dive deeper into this story. Overall its a good book and I recommend you to read it.
Profile Image for Ain Book collectors .
40 reviews
April 12, 2023
Buku ini jalan cerita dia best,dan sangat-sangat rekomen FOR those yang suka tengok citer vampires like Twilight, vampires diaries.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for sansuriya82.
76 reviews1 follower
May 24, 2025
Cabaran Mini #2 : Resensi Buku
📚 Reviu Novel: Seringai karya Rizal Ramli
Genre: Seram · Thriller · Aksi · Fantasi Gelap
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbitan: 2023
Mula baca : 21 Mei 2025, Tamat baca : 23 Mei 2025
Penilaian peribadi: ★★★★☆ (4/5)

Seringai mengisahkan Azril, seorang pereka grafik biasa yang terjebak dalam dunia gelap penuh makhluk pemakan manusia makhluk yang memburu pada waktu malam dan menyimpan sejarah berdarah yang telah lama terlindung dari pengetahuan umum. Kehidupan Azril berubah selepas pertemuan dengan Adilya, seorang wanita misteri yang hanya muncul waktu malam. Ketegangan meningkat apabila Azril menyaksikan sendiri serangan makhluk-makhluk ini dan menyertai kumpulan pemburu diketuai Aziz – seorang lelaki yang dilanda dendam akibat kehilangan keluarganya.

Di sebalik semua itu, seorang tokoh bayangan bernama Dato’ Alfred menyusun rencana yang boleh mengubah dunia, menjadikan novel ini bukan sekadar tentang makhluk ghaib, tetapi juga permainan kuasa dan kelangsungan manusia.

📌 Kenapa anda perlu baca Seringai:
✅ Jika anda sukakan cerita seram bercampur aksi dan elemen ghaib, Seringai akan memuaskan keinginan anda.
✅ Bagi peminat filem seperti Underworld, Van Helsing atau Constantine, novel ini akan terasa akrab tetapi dalam acuan tempatan.
✅ Bukan untuk pembaca yang mencari kisah romantik ringan atau bacaan santai — ini dunia yang kelam, berdarah dan penuh rahsia.

Seringai bukan sekadar novel seram — ia adalah medan pertarungan antara kepercayaan, dendam, dan makhluk yang menyeringai dalam gelap. Sebuah karya berani yang menggabungkan aksi, mistik dan mitos dengan latar Malaysia moden. Layak dijadikan koleksi, terutama bagi pencinta genre seram aksi yang mahukan sesuatu yang lain dari kebiasaan.

#karangkrafreadingchallenge
#resensibuku
Profile Image for Amelia Zulkifli.
186 reviews5 followers
July 5, 2025
Manusia VS Vampire. Kalau cakap pasal vampire/pontianak/makhluk penghisap darah ni mesti terbayang Edward Cullen dan Bella Swan kan 😆 jujur, siri filem tersebut memang terbekas dalam hati sebab suka sangat tengok sampai ulang-ulang.

Novel Seringai ni pula, menceritakan watak vampire yang sebaliknya. Jahat, kejam, selfish dan tiada langsung rasa hormat dan kasihan pada manusia, makhluk ni hanya anggap manusia sebagai makanan mereka sahaja.

Mula cerita, sedap baca sebab nak tahu jalan cerita kan. Ada watak seperti Aziz yang bersungguh melawan makhluk vampire, ada Aidil, pemuda yang macam blur tapi sebenarnya tinggi semangat juang. Aidil pula dah terjatuh cinta dengan vampire perempuan yang cantik jelita.

Mereka membentuk kumpulan yang berjuang habis-habisan nak hapuskan makhluk jahat ni. Ada banyak gory scene, darah, bunuh dan terkoyak terputus sana simi. Saya baca cepat-cepat. Buku ni tak sesuai untuk remaja saya rasa sebab ada perlakuan tidak bermoral.

Tengah sampai ke hujung cerita, pengalaman pembacaan saya seperti rushing sikit macam penulis nak habiskan cerita dengan segera. Apa-apa pun, saya rasa ok untuk bacaan isi masa lapang dan mungkin explore fantasi pontianak yang minum dan makan darah manusia 🧛🧛‍♀️
Profile Image for Hamidah Effendi.
413 reviews5 followers
May 26, 2025
ULASAN BUKU: SERINGAI oleh Rizal Ramli


“Dalam dunia yang retak oleh sengketa, seringai kegelapan menanti untuk menggigit iman manusia.”

Seringai bukan sekadar kisah vampire. Ini kisah manusia — yang rebah, yang khianat, yang terjaga.
Vampire tidak perlu mencakar untuk membunuh. Mereka cuma bisik, dan manusia sendiri yang menghancurkan dunia.

Agama dilonggarkan. Kepercayaan dilupakan.
Yang menyokong kegelapan akhirnya turut menjadi makanan.
Namun…
Masih ada manusia yang bangkit — bukan dengan kekuatan, tapi dengan kesedaran.


Kadang-kadang, musuh sebenar bukan yang berdarah… tapi yang menyeringai dalam bayang-bayang kita sendiri.

#karangkrafreadingchallenge #resensibuku
#SeringaiNovel #DuniaDalamBahaya #VampireVsManusia #RizalRamli #DarkFiction #KegelapanMenyerang #BeraniMelawan #KisahBukanBiasa #BukuThrillerMalaysia
Profile Image for Adlina.
5 reviews
August 8, 2024
Suka lah dia punya plot. Lagi lagi bila si Azril dah start join the group. Rasa tak senang duduk. Agak gore tapi itu okay lagi. Ada pulak scene 18+ hmm. Terkejut jugak macam mana Buku Prima boleh lepas scene scene gitu. Kalau ada orang viralkan part tak sepatutnya, saya tak tahu. Apa pun teruskan menulis Tuan. Kalau ada buku yang bertapis dan plot yang bagus dari author buku ni tolong sesiapa recommend kan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for syah.
11 reviews1 follower
February 2, 2026
book two is needed

edit : tak expect penulis notice, waktu baca buku fixi frekuensi sumpah best macam movie survival, rupanya penulis sama dengan seringai😆 patut lah vibe
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
April 13, 2023
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗳𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀𝘆, 𝘁𝗵𝗿𝗶𝗹𝗹𝗲𝗿, 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝘃𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗲
⚠️ 𝘁𝘄: 𝗴𝗼𝗿𝗲, 𝘀*𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗮𝘀𝘀𝗮𝘂𝗹𝘁

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Azril langsung tidak menyangka keputusannya untuk pulang lewat dari pejabat membawanya bertemu dengan Adilya di stesen LRT, membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama tanpa Azril ketahui Adilya bukan lah manusia biasa.

Azril curiga dengan syarat yang Adilya tetapkan untuk hanya boleh berjumpa pada waktu malam dan perasaan itu memuncak apabila Adilya berkali-kali memberi amaran kepada Azril supaya keluar dari sebuah kelab malam. Persoalan Azril terjawab satu demi satu bila makhluk pemakan manusia menyerang kelab itu.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
Awalnya kita ingat ni romance book macam Twilight but as I flipped through, it leaning towards thriller genre (bagi kita), macam cerita Blade.

🧛‍♀️ 𝘿𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙠𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙣𝙖𝙨 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙖𝙣𝙘𝙪𝙩 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙖𝙧𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙠𝙖𝙧𝙤𝙩𝙞𝙙 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙥𝙖𝙞𝙥 𝙥𝙚𝙘𝙖𝙝. 𝘽𝙖𝙨𝙖𝙝 𝙡𝙚𝙣𝙘𝙪𝙣 𝙩𝙪𝙗𝙪𝙝 𝘼𝙣𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙣𝙙𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞. 🧛‍♀️

Build up cerita ni bagus, mudah nak faham and laju. Every chapter ada new event yang kita kena take note sebab penting. Cerita dia suspens gila wehh taktipu lagi lagi bila masuk gore scenes, sangat detailed tau! Well described and delivered buat kita naik loya and pening 😷

World building cerita ni menarik, kita suka macam mana author divide dua golongan manusia — pemburu vampire & manusia yang bersekongkol dengan vampire. Satira yang cuba disampaikan oleh author yang wujudnya manusia yang pentingkan diri, berpihak dengan pihak yang menguntungkan dia tu sampai and jelas, kita suka mesej ni 👍🏻

Penggunaan bahasa cerita ni pun senang faham. Modern, simple terms, macam gen Z bercakap, sebabtu laju je baca tu! 🤣 eventho ada yang macam repetitive sikit tapi okaylah. Cuma pada kita, ending dia a bit anticlimatic walhal dah ada build-up yang cukup bagus tadi 🥲

Ok masuk mode serius sikit.

Eventho tadi kita cakap ada buku ni laju & tiap chapter ada detail penting, kita still rasa ada few things yang a bit off pada kita. Bukan apa, bila buku ni dimarketkan as novel cinta, surely golongan pertama yang nak baca (kebanyakannya sekarang) adalah golongan remaja yang masih bersekolah. Kalau rokok ada cashier untuk check pembelinya 18 tahun ke atas, buku sifatnya bukan begitu. Akses untuk pembelian buku lebih terbuka untuk siapa sahaja.

1. Scene scene hubungan lelaki & perempuan yang dewasa yang kita rasa kurang senang baca (seperti ms 53). Pada orang lain, mungkin mild saja tapi still kita rasa penting untuk kita state kan kat sini. Kita faham tu scene dewasa sebab kita sendiri dah dewasa tapi macam mana dengan remaja sekolah, surely diorang akan google sebab takfaham kontekes scene tu.

2. Penggunaan term ‘milf’ dalam ni. Surely kita rasa ada banyak lagi cara untuk describe cantik seorang perempuan dari ni.

Overall it is still an enjoyable read.

✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿
Pembaca matang je okays — peminat trope cinta terlarang (ke terhalang ek) surely akan enjoyyyy! Ada thrill jugak tau!

2.8🌟
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.