Jump to ratings and reviews
Rate this book

Faris #2

Faris, Lelaki Kiriman Tuhan

Rate this book
Kehidupan Faris terasa sempurna bersama Hanim dan tiga anaknya. Anis, Haiyan dan Haidar. Mereka baik-baik sahaja tetapi orang lain pula yang panas hati melihat kebahagiaan mereka.

Hayati kakak ipar Hanim iri hati dengan hidup Hanim yang ada segalanya. Jadi dia menggunakan Anis untuk membuat Faris dan Hanim tak bahagia.

"Aku ni mak dia. Aku nak anak aku membesar depan mata aku. Salah ke?" - Hayati

"Tak payah nak berdalih. Saya bukan kenal akak baru semalam. Dah bertahun! Akak nak Anis semata nak pergunakan dia untuk kesenangan akak. Akak bukan peduli pun pada dia selama ni!" - Faris

"Apa? Habis apa guna Anis balik ke rumah kami setiap hujung minggu tu kalau aku tak sayang anak aku!" - Hayati

"Sebab akak nak guna dia jadi pengasuh anak-anak akak! Lepas tu akak tinggalkan dia dekat rumah dan pergi berjoli!" - Faris

Tekad Faris mempertahankan Anis menghentikan segala tindakan Hayati. Faris fikir kehidupan mereka akan kembali aman, tetapi seperti bom jangka yang tak diduga. Tiba-tiba meletup dan memusnahkan segalanya.

“Haiyan Ad Deen bin Faris Ad Deen. Haidar Ad Deen bin Faris Ad Deen. Kenapa kakak Nur Anis binti Abdullah? Kakak bukan anak papa ke?” - Anis

Tiba-tiba rahsia yang disimpan mereka selama ini terbongkar membuatkan Anis kecewa dan memilih pergi.

“Papa tak pernah fikir kakak anak angkat. kakak anak kami! Papa dan mama jaga kakak sejak baru lahir. Kakak lebih kenal kami berbanding mak ayah kandung kakak sendiri.” - Faris

“Tapi hakikatnya kakak bukan anak kandung mama dan papa. Kakak anak angkat. Anak luar nikah. Tolong benarkan kakak duduk dengan ibu kandung kakak sendiri.” - Anis

Anis itu dunia Faris dan Hanim. Anis itu permata hati. Cinta mereka pada Anis tak bersyarat. Jadi mana mungkin mereka boleh lepaskan Anis pergi.

Tetapi kalau itu boleh membahagiakan Anis, mereka rela melepaskan walaupun sakit. Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka? Adakah Anis akan melihat betapa sayangnya Faris dan Hanim pada dia?

210 pages, ebook

Published March 1, 2023

2 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Cik Bawang

33 books173 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (63%)
4 stars
14 (36%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,148 reviews213 followers
April 1, 2023
Best sangat! Nie kalau baca novel pertemuan Faris dan Hanim sure lagi best!

Mana nak jumpa watak Faris yang berkarisma? F baca pun dah jatuh cinta.

Kisah kali ini agak sedih. Sedih tentang status anak angkat. Sedih bila Anis yang baru 12 tahun didera. Walaupun sekejap tapi ya allah meruntuh hati. Nak² scene kat hospital. Koyak F!

Bila kita dah sayang, tatang minyak yang penuh, automatik kita akan rasa sakitnya.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews11 followers
September 22, 2023
Siapa yang dah baca FARIS MY BEST FRIENDS BROTHER, you guys kena baca ebook ini. Ebook ni menceritakan bagaimana Anis membesar dalam keadaan yang rumit. Siapa yang dah baca, mesti tahu siapa Anis. Sayu hati zu waktu baca, rasa nak peluk Anis.

Perkahwinan yang lebih 10 tahun ini, masih mekar dengan isi cinta Faris pada Hanim. Tak pernah berkurang malah makin bertambah. Faris before and after masih green flag ya! Comel sangat bila Hanim tak bagi Faris bawa motor besar kesayangan dia. Habis merajuk Hanim dibuatnya, macam mana Faris nak pujuk? Itu you guys kena baca.

Watak Hanim & Faris sangat matang dalam ni , zu lurve!
Profile Image for Eyd1410.
836 reviews22 followers
December 31, 2023
Sayang tanpa syarat. Kesinambungan dari novel Faris, My Best Friend's Brother. Kisah yang santai tetapi ada emosi dan jiwa di situ. Setelah 12 tahun, Hanim dan Faris bertambah matang. Fokus kali ini adalah tentang Anis. Anis yang sudah remaja. Berusia 12 tahun. Yang sudah faham siapa diri dia sebenarnya.

Sampai bila Hanim dan Faris mahu berahsia lagi. Walau Hanim dan Faris tidak pernah membahagi²kan kasih sayang terhadap anak²nya yang lain, namun Anis tetap rasa dirinya asing. Ditambah pula bila ibu kandungnya diceraikan ayahnya talak 3 sehingga pelbagai onar yang dilakukan oleh Hayati. Lalu menjadikan Anis sebagai benteng untuk dia bersenang lenang.

Banyak yang Anis pendam. Dia lihat mama papanya akan punya anak lagi. Begitu juga ayah dan umi barunya yang juga akan ada anak lagi. Itu membuatkan dia ambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya walau dia tidak pernah berasa bahagia hidup bersama Hayati. Kerana segan dengan papanya, dia rela diam. Tetapi bila dia teruk dipukul oleh ibunya, Faris tidak mahu berdiam diri dan penyesalan datang bila dia terlalu ikutkan kemahuan anak itu sehingga Anis diletakkan di icu.

Setara mana pun Anis merasakan dirinya bukan anak mama dan papa tetapi semakin kuat dirinya mahukan kasih sayang mereka. Akhirnya Anis sendiri bahagia kerana mama, papa, ayah dan umi barunya tidak pernah menolak Anis. At the end, Anis sebenarnya beruntung kerana punya ramai orang sekeliling yang sayang akan dirinya tanya syarat. Tanpa limit.

#puas hati boyfriend Hayati kena lepuk dengan Hanafi
# ehh Danz, awak tu peguam. Boleh eh bagi cadangan yang brutal🤦‍♀️
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
October 27, 2023
Subhanallah, sambungan kisah mereka kali ni sungguh meruntun jiwa dan raga. Walaupun akhiran kisah ini cukup membahagiakan Faris, Hanim dan Anis, namun kebenaran itu tetap meninggalkan kesan yang begitu mendalam di hati mereka. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa. Memang sedih dan pilu bila Anis dapat tahu kedudukan dirinya dalam keluarga, siapa ibu bapa kandungnya yang sebenar dan mengapa dia dibesarkan bersama mama dan papa.
Profile Image for MintBook&Coffes.
4 reviews1 follower
February 6, 2026
📖✨ Faris: Lelaki Kiriman Tuhan by Cik Bawang
⭐️⭐️⭐️⭐️ (4/5 – Pendek, cepat… tapi pedih sampai senyap)

🌸 Sinopsis Ringkas
Faris dan Hanim membesarkan Anis dengan penuh kasih sayang, tanpa pernah membezakan darah dan doa. Namun satu kebenaran lama terbongkar Anis bukan anak kandung mereka. Dari situ, dunia kecil yang dibina atas rasa percaya mula goyah.

Anis terperangkap antara dua dunia: keluarga yang membesarkan dia dengan cinta tanpa syarat, dan ibu kandung yang muncul membawa janji, namun juga luka. Dalam kekeliruan itu, Anis masih seorang budak terlalu muda untuk faham kenapa hidup tiba-tiba jadi berat. Dan Faris pula diuji, bukan sebagai lelaki, tetapi sebagai seorang ayah yang perlu memilih antara emosi dan amanah.

💬 Cik Mint’s Take
Aku bagi 4/5 ⭐️ sebab buku ni kesinambungan daripada Faris, My Best Friend’s Brother, dan kali ni fokus cerita lebih kepada Anis. Mungkin sebab format ebook & short novel, jalan cerita rasa cepat. Tak sempat nak tarik nafas lama-lama, dah masuk bab sedih.

Sedih dia bukan sebab drama besar, tapi sebab Anis tu masih budak. Keliru, terluka, dan cuba faham sesuatu yang terlalu besar untuk usia dia. Banyak part buat aku berhenti sekejap bukan sebab bosan, tapi sebab rasa tak adil dunia ni pada seorang anak kecil 🤍.

Faris pula… dia masih Faris yang sama. Tenang, bertanggungjawab, tak banyak cakap tapi konsisten. Dalam banyak-banyak lelaki yang Cik Bawang cipta, Faris memang rare. Lelaki yang memimpin dengan tindakan, bukan janji.

Dan Hayati… padan muka. Sengal betul. Geram aku baca, tapi watak ni buat cerita terasa hidup 😤.

🎯 Final Thoughts – 4/5
• Pendek & cepat, tapi emosi dia kena
• Fokus pada keluarga & perspektif anak
• Kisah tentang kasih tanpa syarat
• Sedih yang senyap, tapi tinggal lama

📚 Bila aku tutup buku ni, aku sedar kadang-kadang Tuhan tak hantar jawapan. Dia hantar ujian, supaya kita belajar siapa yang benar-benar memilih untuk kekal. 🤍
Profile Image for Emily.
142 reviews7 followers
April 8, 2024
Full stars!!

Ebook ni sambungan dari novel Faris, My Bestfriend Brother. Kalau nak lagi enjoy, baca novel dulu and baru ebook ni. Sebab ebook ni mostly cara Anis membesar dengan status anak angkat dalam keluarga Faris dan Hanim. Status Anis sebagai anak angkat yang telah dijaga oleh Faris dan Hanim sejak lahir terbongkar. Bayangkan kita dah anggap keluarga yang membesar dengan kita tu sebagai keluarga kandungan rupanya hanyalah keluarga angkat, sedih sangat. Slowly Anis jauhkan diri dari keluarga Faris sebab merasakan dirinya tak layak untuk berada di dalam keluarga tu walaupun Faris dan Hanim tak pernah membandingkan kasih sayang. Lurve sebab Faris really take a good responsible on everything, he know what he do so let him cook hahahahaha. Masa baca, sis rasa umur 12 tahun tu macam rasa kecik lagi untuk faham dunia tapi bila sis try throwback masa umur sis time 12 tahun, actually it's on the opposite, masa umur 12 tahun la mula kenal dunia dan cukup besar untuk faham tentang dunia, lagi melibatkan status-status diri.
Profile Image for fiy.
103 reviews2 followers
February 21, 2026
Saya baca versi buku tapi sebab takde lagi dkt gr saya review sini jelah dulu. Versi buku ada kisah kesinambungan faris, hanim & keluarga kecilnya dan juga kisah anis & fateh.

So utk kisah faris & keluarga kecilnya hanya konflik dalaman. Isunya anaknya anis. Anis ni kan kesian jugak dari kecil sampai dah kawin pun kenapa hidup macam tu. Tapi suka baca sebab faris ni mmg matang dan tegas. Dia tak mudah goyah dgn sesiapa pun cuma ada lah jugak dia terlembut hati sikit. Yelah anak kan. Dan keutamaan faris tetaplah hanim. Hanim suruh berhenti bawa superbike pun dia ikut je. Cuma watak yati tu rasa macam lalang betul. Sibuk nak mengemis dgn hanim.

Kisah fateh & anis sikit je tapi temui kata bahagia. Tak boleh nak review lebih sebab tak baca pun buku fateh sbb tgk cover pun dah merah so dah boleh agaklah macam mana si fateh tu.
Profile Image for Diniy Qistina.
191 reviews6 followers
June 21, 2023
Sambungan kisah Faris dan keluarganya. Berderai woi air mata! 🤧😭 Anak angkat ke anak kandung ke, semua disayangnya sama rata. Tak ada pilih² kasih. Kononnya so called mak kandung pun belum tentu dapat sayang anaknya sama seperti ibu angkatnya. Silap² mak kandung lagi kejam. 🤧
Profile Image for Cutie_pie28.
448 reviews10 followers
January 15, 2025
Sedih baca sbb Anis kene dera ngn mak kandung.. ish.. tk bole terima btul laa.. sbb lelaki die dera anak die.. Faris dan Hanim mmg syg sgt ngn si Anis nie.. ye la.. di jaga dri baby lgi tu.. sy nk cari buku die pulakk.. kisah pasal Faris dan Hanim..
Profile Image for kay ♡.
313 reviews
February 12, 2026
Alkisahnya, I beli ebook ni sebab nak beli novel pertama dan masa tu tengah promo. Cumanyaaaa bila I cari online dekat sopeah dan tiktok dah byk sold out. Jadinya I baca jelah yang kedua ni tanpa baca novel pertama. Tapi I can get the vibe novel pertama macam mana dari ebook ni.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.