Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”
Popular Novelist Hanizura Jamaludin known as Aisya Sofea.
AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.
Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.
Tersasar! Itulah yang boleh KakChik rumuskan selepas membaca karya ini. Apa yang tersasar? Ternyata “Uda & Dara” yang tertera pada kulit muka depan karya ini tidak diterjemahkan dalam naskhah ini. Jauh sekali kalau anda ingin bahasa indah yang bersulam haruman kerana ia tidak dijelmakan dalam karya ini. Sejujurnya Kak Chik sedikit terkilan kerana tidak menemui magis dalam karya ini. Dan sudahnya berhari-hari masa diperlukan untuk menamatkan ceritera Siti Mariam dan Izzat Hilman.
Rentak hidup Siti Mariam (yang dibahasakan sebagai kata nama pertama – aku, jadi kita menyusuri kisah ini dari sisi penceritaan Siti Mariam) berubah selepas pertemuan semula dengan Izzat Hilman, lelaki yang pernah dipujanya dahulu. Pertemuan selepas 17 tahun berpisah tapi bila kira semula adalah terlalu mentah ketika Siti Mariam sudah menyimpan rasa hati pada Izzat Hilman. Apatah lagi rajuk dan kecil hati Siti Mariam adalah kerana tajamnya lidah si Uda yang bagaikan meletakkan harga cintanya di hujung kaki.
Siapa yang tidak marah kalau, pada pertemuan itu si Uda meluahkan rasa hati dan melamarnya untuk dijadikan suri. Siti Mariam tidak pernah lupa bahawa lelaki itu sudah ditentukan jodoh oleh ibunya. Kenapa Izzat Hilman masih menagih kasihnya yang sudah tertanam di dasar hati yang paling dalam? Tapi benarkah dia sudah melupakan lelaki pertama yang dia puja?
Kerana desakan Izzat Hilman mereka menjalin hubungan tetapi Siti Mariam sudah meletakkan syarat bahawa perhubungan itu hanya sementara. Rasa tidak logik pula bila ada istilah bercinta tetapi bersedia untuk berpisah. Tetapi peluang Izzat Hilman bagaikan terhidang di depan mata saat abah Siti Mariam yang bertahun menghilangkan diri tanpa kisah akan darah daging sendiri muncul bersama beban yang menyesakkan seluruh keluarga. Dan Izzat Hilman menawarkan bantuan tetapi dengan cagaran yang lain pula diminta. Mampukah Siti Mariam meletakkan kemahuannya di atas berbanding nyawa orang tuanya?
Sesuatu yang buat Kak Chik lelah untuk menyusup masuk ke dalam ruang lingkung Siti Mariam dan Izzat Hilman adalah masalah mereka yang bagaikan selalu menghambat mereka. Apatah lagi kehadiran kakak Izzat Hilman, Kak Yah yang bagaikan sudah terlalu taksub dengan wasiat yang ditinggalkan oleh emaknya. Dia sedaya mungkin untuk menyatukan Izzat Hilman dan Khalidah sehingga dia bagaikan sudah tidak peduli pada rasa bahagia adik sendiri. Kak Yah adalah satu watak antagonis yang memang buat Kak Chik menyampah sungguh! Dia sanggup terbang dari Labuan semata-mata untuk mengacau rumah tangga adiknya sehingga nyawa anak sendiri sudah di hujung tanduk pun dia masih sibuk mahu meruntuhkan masjid adik sendiri.
Karya yang ada sesuatu yang boleh dijadikan teladan tetapi sedikit berjela-jela buat Kak Chik bosan untuk menemui jalan penamat.
Lama dah novel ni dibaca. Jadi dah ingat-ingat lupa. Bila cari kat rak buku, eh ada pula. Maka barulah teringat yang saya beli sebab warna cover yang terang-benderang memikat hati. Tajuk tu kureng sikit sebab dan macam cerita zaman purbakala pun ada.
Serius ceritanya simple saja. Kisah Mariam yang menaruh hati pada Izzat, kawan baik abang sepupunya. Tapi cinta monyet tu berakhir sebab Izzat malu dengan usikkan kawan-kawannya. Maklumlah masa remaja, Mariam ni kan ke kulit kusam, badan debab dan rambut pun serabai je. Ditambah pula mak Izzat memang dari awal tak suka pada Mariam dan nak jodohkan Izzat dengan anak saudaranya, Khalidah.
Mariam dan Izzat bertemu kembali selepas 12 tahun kalau tak salah. Nak terkeluar biji mata Izzat melihat perubahan diri Mariam. Bukan lagi gadis hingusan tapi dah jadi bidadari dengan kulit putih kemerahan, rambut lurus rebonding dan badan slim ibarat model gitu.
Izzat pun mulalah nak mengejar kembali cinta hatinya. Rupanya dia memang cintakan Mariam dari dulu dan cinta tu tak pernah padam pun. Tapi tu la, pengaruh rakan sebaya masa tu lagi kuat. Tapi susah sikitlah nak dapatkan Mariam, sebab gadis tu tak pernah lupa kata-kata nista yang Izzat lemparkan dulu.
Demi menyelamatkan ayah kandung yang dikejar ah long, Izzat mengutarakan idea supaya Mariam menikahinya dem keselamatan diri. Mariam pula, dek terdesak, ikut saja. Kecut perut woo kena kacau dengan kongsi gelap. Semua hutang si ayah, dibayar oleh Izzat dengan menjual tanah pusakanya.
Walaupun mak Izzat dah meninggal, tapi kakak Izzat masih ada untuk meneruskan niat maknya menikahkan Izzat dengan Khalidah. Marahnya makin membara bila Izzat nikah dengan Mariam dan tahu pula yang hutang ayah Mariam dibayar oleh si Izzat dengan duit hasil jualan tanah pusaka.
Si kakak Izzat ni macam tak ada suami pun ada. Menempel saja dengan Izzat. Sampai si Mariam ni naik rimas. Bukan Mariam saja, saya pun rimas. Izzat pula ambil sikap berkecuali which is salah besar sebab Mariam rasa yang dirinya tak disayangi.
Si kakak ni tak insaf pun masa Mariam bersusah payah selamatkan anaknya. Saya pun ingat-ingat lupa kenapa si kakak ni insaf. Mungkin sebab suami dia nak tinggalkan dia kot. Hahaha.
Tapi cerita ni HEA. Cuma nak sampai ke HEA tu, letih sungguh. Novel pun bukannya nipis.
Saya dah tonton dramanya. Dalam drama tu ada watak-watak tambahan yang tak patut ada pun tapi mungkin nak menambah rencah. Tapi sebab tu jugalah dramanya meleret sama juga dengan novel ni. Huhu.
Watak Mariam memang sesuai dipegang oleh Siti Saleha. Macam memang ditulis Siti Mariam tu untuk dia. Tapi watak Izzat Hilman tu, entahlah, kurang sikit feel dengan Zul Ariffin yang dah kadang-kadang macam berbisik je bila cakap. Acah romantik la kot.
Another great one by Aisya Sofea. The only other book of her I've read was Adam & Hawa. I think this one might be slightly better by a hairbreadth. The only reason why I'm not giving this 5 stars rating is because the 'interruption' with the whole loan shark episode. I get that it's a necessity to get the story moving, but it detract the focus away from the H/h. Which is a bummer for me, because to me, the relationship between the H/h is the most fascinating part of the story :D
tertarik bila bc tajuk,tp bila bc,amatlah mmbosankan,watak perempuan yg meng'complicated'kn diri sendiri...monolog2 yg keterlaluan agak menyebalkan..ntahlah,tp mmg letih la nk mghabiskan novel ini..
Penat ya baca novel ni. Penat emosi sebab rasa macam nak hempuk kepala watak-watak utama dalam cerita tapi kena tahan sebab dia novel. Kalau jadi dalam dunia betul ni memang kena dah semua. Benda tak payah nak dipanjangkan, disulit-sulitkan lagi. Macam door mat dah tengok perempuannya. Yang watak lelaki, tak paham-paham bahasa, asyik semua okay, takda masalah. Cubalah dengar bila isteri tu mengadu, ambil perhatian sikit. Ini dibiarkan saja isteri makan hati. Lepas tu confuse sendiri kenapa isteri muncung sedepa.
Malas untuk buat spoilers ok? Cukup saya katakan novel ini adalah novel Melayu yang terbaik sepanjang pembacaan saya dalam bulan May ini. Bertempiaran senyuman ketika membacanya. Tidak kurang juga terhambur air mata menjiwai kesedihannya. Penceritaan yang kemas dan padat. Plot yang kuat. Satu demi satu permainan perasaan wujud. Aisya Sofea sentiasa menjadi novelis kegemaran saya. Seperti menyaksikan lamunan cinta yang berganda-ganda indahnya. Mesti baca!
"Abang sayangkan Mar lebih dari abang sayangkan nyawa abang sendiri.Tak ada perempuan lain dalam hidup abang selain Mar. Mar pelengkap hidup abang...zahir dan batin abang."
Aisya Sofea berjaya buat aku melekat dengan novel ini. Sejak dari mukasurat pertama lagi aku dah teruja nak tahu kesudaha jalan ceritanya. Memang satu kelainan. Lama sudah aku tak rasa perasaan macam ni. Menunjukkan betapa hasil karya penulis otai tetap unggul. Tahniah Aisya Sofea.
p/s lagi best bila ada 'penampilan' Adam Mukhriz dan Ain Hawani (dari novel Adam & Hawa) di pengakhiran cerita.
Jalan cerita agak cliche, mellow, seperti boleh agak pengakhirannya. Tapi saya suka dengan watak Hilman yang tak pernah putus asa untuk dapatkan cinta Siti Mariam setelah terputus hubungan tanpa sebarang berita selama 12 tahun lamanya. Hilman lelaki yang penyabar, setia & tak mudah tergugat hatinya walaupun Khalidah dah lama menunggu untuk disunting sebagai isteri. Badai sebesar mana pun melanda, hati Hilman tetap teguh untuk Mariam.
mcm biasa novel Aisya Sofea x pernah mengecewakan. cerita ini rasa lain drpd yg lain. sbb bayk cerita sedih, takut, dan drama kekeluargaan. cerita tentang Man dan Mar. byk benda yg dikisahkan dlm novel ni mmg betul2 t'jadi dlm arus hidup zaman moden ini. dan yg plaing menariknya ada watak2 lama dari novel2 t'dahulu muncul dlm novel ini. happy ending, mmg best!!
For me, once a brother or sister is married, other siblings should not interfere in their affairs. Storyline for this novel is ok. just, dont like the characters much, especially Kak Yah. If it has to take her son almost dying for her to realise the error of her ways, then there is no need for remorse.
Always been a fan of Aisya Sofea. Love all her novels regardless... :)
Cite ni kdang2 buat rs skit hati pun ade....dlm byk2 part. Suka dan terasa sedih pulak pada part (episod 63) terakhir tu...bila si isteri cuba bw diri dan dihalang suami...apa2 pun cita ni mmg best..harini buku ni sudah habis dibaca...21 Okt 2011
Baca buku ni sebab drama dia akan keluar TV nanti. Jalan cerita biasa-biasa saja. Can imagine Siti Saleha playing the role, like she is meant to be the role for the main girl in the book. But for the hero character, I wonder how Zul Ariffin is going to play the role.