Kata Adam Khalis: Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.
Kata Kaseh: Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!
Kata Orang: … opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh –playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see! … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara!
Dilahirkan pada August 2011 (mengikut kalendar Jemari Seni)
Loves listening to sad and sappy love songs while writing. Obsessed with the scent of roses hence the chosen pen name.
Here's a list of my published work: 1. Ikhlas A.K (2011) 2. Nah, Untuk Awak (2012) 3. Tunggu Aira Di Kota Bandung (2013) 4. Gaun Pengantin Untuk Hannah dalam Antologi Kerana Dia Ratu Sehari (2014) 5. Ice dalam Rasa (2014) 6. Warkah Untuk Abah dalam Antologi Di Bawah Langit Tanah Pertiwi (2015) 7. Bos Aku Kerek bersama The Awesome Five (2018) 8. Emma X Hud (2018) 9. Love, Kaseh dalam Malam 1000 Bulan (2020) 10. Masquerade dalam Love, Perhaps (2021) 11. Love You A Latte dalam Hope (2021) 12. Rhymes of Reason (2021) 13. Puisi untuk Aira (2021) 14. Buah Hati Nafeesa (2022) 15. Ikhlas A.K! revamped (2023) 16. Prelude Cinta Kita (2023) 17. Ice & Ian (2025)
Happy reading and reviewing! Find me on IG: Nirrosette
kenapalah F mengambil masa yang lama untuk baca naskah ini?
kisah dia santai je tapi cukup rencah pada F.
Kaseh anak orang kaya yang humble + Adam yang sentiasa bertenang & soft spoken
watak Adam ni sangatlah green. dia punya aura green tu buat korang tersenyum² je.
cuma F tertanya why sampai akhir niat Iskandar yang jahat tu tak diketahui sampailah dia kena tangkap. datang dari family yang kayaraya tapi mengedar dadah.
Kaseh ni datang dari family yang tak practise Islam. sepanjang dia berkawan dengan Adam, Adam la yang banyak bantu Kaseh berubah.
F suka watak Khaira. dari dia kecil sampai dia besar watak dia sangatlah cute. F sebak bila mak Kaseh masuk bilik Kaseh untuk solat sama². part² pasal family ni memang selalu buat F rasa sebak.
satu lagi part buat F sedih bila Kaseh putuskan hubungan dengan Adam sebab taknak maknya kena pukul. Kaseh terima untuk dikahwinkan dengan Iskandar.
mujur tak kahwin, tu yang 3 tahun menghilang. jumpa balik pun lepas Adam hampir langgar Khaira... khaira yang comel
Ini kali pertama hamba membaca hasil jemari seni Nirrosette (seriously, how to pronounce this ya?) dan secara total hamba menyukainya. Maka, hamba fikir tiadalah pembelian ini menjadi pelaburan sia-sia. Berbaloi jugalah kan. (^_^)
Ikhlas, A.K! membawa sebuah kisah yang hamba kira berada pada level ke-klise-an yang selamat kerana jalan ceritanya bukanlah sesuatu yang baru tetapi tidak pula terlalu bersepah di pasaran seperti kisah kahwin paksa (which sadly, harus hamba akui hamba pun suka baca kadang-kadang :-P). Inilah kisah seorang gadis 'sesat' bernama Kaseh dan seorang 'budak masjid' bernama Adam. Dan, hamba sangat kagum dengan Nirrosette kerana berjaya mengemudi perwatakan dan menceritakan perjalanan kisah hidup Kaseh dengan agak baik.
Kesilapan, pembelajaran dan pembetulan - seharusnya penulis diberi markah tinggi untuk ini kerana Ikhlas, A.K! membekalkan kita dengan sebuah kisah yang merangkumi semua elemen itu. Kisah Kaseh yang digambarkan tersasar jauh dari landasan agama, bagaimana dia mula belajar dan akhirnya membetulkan kesilapannya diceritakan dengan agak realistik serta tersusun. Dan ya, hamba sendiri terkesan untuk mempelajari sesuatu dari watak Kaseh.
Selain itu, gaya bahasa juga adalah antara penyebab utama hamba tidak ragu-ragu memberi 4 bintang untuk novel ini. Gaya bahasanya tipikal santai tapi sangat segar. Love! (^_^)
Hanya, seperkara yang hamba kurang berpuas hati tentang novel ini iaitu Syera dan Aiman. Hamba merasakan Kaseh (ataukah penulis?) terlalu cepat berputus asa dengan mereka berdua. Dan, kalau benar sebanyak yang dikatakan sayang Kaseh pada dua teman baiknya, Kaseh tidak akan secepat itu mengalah. Malahan tiada percubaan jelas yang dilakukan oleh Kaseh untuk membawa teman-temannya berubah ke arah kebaikan bersama-sama. Syera dan Aiman malah dibiarkan terus hanyut begitu. Dan, Adam jelasnya cukup bias dalam hal ini. Dia cuma peduli untuk 'memberi tunjuk ajar' pada Kaseh seorang sahaja nampaknya.
Tetapi, keseluruhannya Ikhlas A.K! agak lengkap sebagai sebuah novel. Gaya bahasa yang segar, jalan cerita yang menarik (serta sangat manis di beberapa babak ;-D) dan paling utama membekalkan pengajaran berguna untuk para pembaca.
p.s Hamba tak tahu betapa padannya gabungan warna biru dan merah jambu sehingga hamba melihat kulit buku Ikhlas A.K!. Nampak comel!
p.s (lagi :-P) Faiz dan Husna.... so sweeeeeeet! Hehehe.
Adam Khalis: anti perempuan, bukan gay, tapi sangat menjaga batas pergaulan, stok 'budak mesjid'.
Kaseh: kaki 'clubbing', for her halal-haram who cares?
Kata Adam pada Kaseh: "Ambillah masa, banyak mana pun. But whenever you decide to retrace your footsteps back to me, you'll always find me waiting."
Waktu Adam melamar Kaseh: "Sudi tak.. Kaseh.. jadi sayang Adam.. for today, tomorrow.. always?" Aduh!!! Sape tak cair!!
Kaseh jawab: "Dengan keizinan-Nya, Insya Allah."
Suka dengan novel yang terselit elemen nasihat-menasihati, ingat-mengingati tentang Islam..
Benarlah, Allah always has three (3) replies to our prayers/doa. 1. Yes 2. Yes, but not now 3. I have a better plan for you
Cinta manusia kalau hilang boleh diganti, tapi kalau cinta Allah dah hilang, Na'uzubillah min zalik..
Maksud sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat Jumaat, melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit."
Musykil bila pergi ke shopping mall (pegi je lah mana-mana shoping mall pon) hari Jumaat, waktu lunch, dan not suprisingly lah, nampak BANYAAAK kaum Adam yang tidak menunaikan solat Jumaat.. Leka ngan girlfriend, kawan, anak, isteri, dsb.. Mereka ni tergolong dalam kategori yang mana satu ye?? Perempuan-MUSTAHIL. Musafir ke? Hamba ke? Orang yang sakit ke? Hanya mereka yang boleh jawab.. Sedihnya.. Isk isk :'(
Jika mereka yang bakal mendirikan rumahtangga, mereka bakal menjadi ketua & pengemudi sebuah keluarga, mendidik anak-anak, mengimamkan solat, dsb.
Jika mereka yang sudah berkeluarga, Masya Allah..
Jika mereka ini masih muda belia remaja, mereka inilah yang diharapkan untuk menjadi pemimpin akan datang.
Kadang-kadang, nak je gi tanya: tak gi solat Jumaat ke?
Tapi itulah, manusia seperti saya yang hanya punya selemah-lemah iman: jadi pemerhati.. Wallahua'lam..
Syabas Nir! Double-thumbs up!! p/s: am reading your "Nah! Untuk Awak!"
Sebagai salah seorang pembaca siri online dan pernah mengulasnya sebelum ini, aku sudah dapat meneka isi dan perjalanan kisah Adam dan Kaseh. Dan itu pastinya sukar untuk Nir mengekalkan momentum perjalanan cerita ini kerana beliau perlu berfikir dua kali lebih gigih untuk mengelakkan pembaca awalnya tidak bosan.
Dan jujurnya untuk menulis review bagi novel ini juga menjadi sukar. Sebabnya aku dah tahu kisah dan penghujungnya. Jadi ia umpama mengulang semula apa yang pernah aku tulis sebelum ini hee ;P
Nir memang aku kenali dengan kisah santai yang manis dan comel. Kisah cinta yang bukannya kosong semata-mata tetapi diadun dengan penuh pengisian. Sepertimana kita dibawa mengenal Kaseh yang jatuh cinta pada Adam dan kemudiannya belajar mengenal sisi lain dalam perspektif hidupnya.
Kasihan pada Kaseh... ya! Membayangkan yang kita ini lahirnya Islam tetapi tidak tahu langsung tentang hukum-hakam Islam memang menyedihkan. Nauzubillah. Moga apa yang menimpa Kaseh dan keluarganya itu tidak terjadi pada keluarga dan masyarakat Islam khususnya. Namun syukur yang hati Kaseh itu lembut dan naif. Kerana cintanya itu, lebih mudah untuk Adam membawanya untuk mengenal kembali agamanya.
Walaupun hubungan antara Adam-Kaseh itu pada dasarnya tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, namun aku tetap ingin berikan kredit pada Nir yang dalam sibuknya bercerita [baca: menulis], Nir sebenarnya mengajak diri kita menilai adakah kita sedia berubah seperti Kaseh? Meninggalkan segala keseronokan dunia hanya untuk mengejar redha Ilahi? Tepuk dada, tanya hati anda.
Tahniah atas kelahiran bayi sulung. Nanti akan diusahakan untuk membaca novel terbaru Nir ;) Lupa, patutnya review ini harus digabung dengan review novel Iqbal. Jangan marah ya Iqbal! Review DYKN akan menyusul dalam post seterusnya. I love you both okay :D Novel kedua Iqbal nanti baru akak baca dulu, dan kemudiannya diikuti oleh novel baru Nir... ha adil tak wahai adinda-adindaku? *wink*
Hidup ni, tak boleh berdasarkan 'saya-suka-awak' dan 'awak-suka-saya'...and we live happily ever after- aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau. -Adam
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi, Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam. -Kaseh
Opposite attracts. Bad girls for good guy. Tapi...sejauh manakah kebenaran teori ini? _____________________________
GUYSSSSS, I SWEAR THIS IS AN UNDERRATED BOOK YOU THAT SHOULD READ! This book is so cute, light and fluffy. I don't remember how many times I was giggling and punching in the air while reading this book.🙈 The moment kita habis baca buku ni, kita MENYESAL. Menyesal sebab tak beli awal ii dulu, SUMPAH BUKU NI BEST TERUK. Dah lah Adam & Kaseh panggil each other guna nama. COMEL GILA NAK MAMPUS. 🙈😩
𝗔𝗱𝗮𝗺 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝘀 ⋆𐙚₊˚⊹♡ Masyaallah Tabarakallah, HE'S INDEED A WHOLE GREEN FOREST! Even though Kaseh is a Playgirl of the Century, but he's willing to do anything to change her life. Dia punya effort tu memang A+. Dahlah sanggup teman Kaseh join kelas agama, carikan baju kurung untuk Kaseh pagi ii buta, bagi nasihat dekat Kaseh, & semualah dia buat untuk Kaseh. MANE NAK CARI ADAM KHALIS IRL NI?? Dahlah softspoken, act of service A+, pastu low profile pulaktu. 😭
"And I'm willing to get myself burnt for her, Kak."-Adam Khalis
𝗞𝗮𝘀𝗲𝗵 𝗞𝗮𝗶𝘀𝗮𝗿𝗮 ⋆𐙚₊˚⊹♡ YA ALLAH, KASEH PUNYA TAHAP KECOMELAN NI GA ADA OBAT YA. Dia punya kenaifan dan kepolosan tu rasa nak buat keychain jeeee. Even though dia ni anak orang kaya, tapi Kaseh ni humble gila. Terharu kita tengok Kaseh sanggup nak tinggalkan kehidupan lama dan berubah kearah yang lebih baik. Kita suka sifat Kaseh sebab dia banyak tanya. Everytime dia tak tau pasal agama ke, mesti dia tanya Adam. Kita tau nak berubah tu bukan senang, tapi Kaseh ni sanggup buat ape je. 🥺😭
Dalam buku ni jugak banyak sangat pengajaran especially pasal hijrah & agama. Ada satu scene ni kita nangis time mama Kaseh nak solat berjemaah sekali. 😭
Overall, if you want something light, cute + fluffy, I totally recommend this book. Takde heavy conflict ke apa, yang ada hanyalah kemanisan yang tiada tandingannya. Cewahhh 🙈😝
To beging with, this book has the most interesting plot. Playgirl x ustaz? Just wow. Second time reading Nirrosette book, she always have insteresting way to share the story.
Chracter talk.
Kaseh, character dia boleh bayangkan she is the type yang YOLO aje, is very surprising that I thought at first Kaseh ni dia tahu Islam punya way of life and all. But it is very shocking that she doesn’t know a single bit. Which, maaf kata.. bende yang common dalam masyarakat, nama islam tapi tak practise islam pun. This story depicts Kaseh hijrah into islam despite born as a muslim, Kaseh effort to continue to be a better muslim all because she likes Adam. But slowly she realise apa yang buat selama ini adalah salah dan dosa di sisi Islam.
Adam, character that potray how religious is he and given the title as ‘ustaz’ At first macam confuse jugak sesenang gitu je Adam accept Kaseh as a friend but ada udang di sebalik batu jugak si Adam ni. I admire how he tak jemu answering Kaseh question about Islam and even make an effort to encourage her to the right path.
Plot very interesting, jalan cerita yang sangat menarik. Hijrah Kaseh kembali pada Islam and also pulling her family to right path too. Her challenges losing her dearest friend and also Adam just shows how strong and firm she is in changing for a better.
Cannot wait for more work from Nirrosette! Plot sangat Manes! For all newbies yang baru nak start start baca buku should try this! Love it!
Sebenarnya dah habis baca buku ni lama dah hahahaha bulan Jun haritu tapi lupa nak update Goodreads so takpelah kalau jadi bacaan Julai pun 😂
Berkisahkan tentang Kaseh gadis yang tiada pendedahan agama semenjak kecil & ada ex yang banyak jatuh cinta pada Adam Khalis yang 'moderately' warak & beragama.
Gaya penulisan buku ni adalah gaya kebiasaan bagi novel-novel lain iaitu 3rd person POV. Bagi aku gaya penulisan & bahasa digunakan untuk novel ini punya target market adalah untuk pembaca berumur 16 tahun ke atas sehingga awal 20-an.
Pada mulanya agak bosan sikit sehingga lah Adam Khalis masuk dalam cerita dengan lebih banyak.
Story pace cerita ni agak sederhana laju tapi pembinaan karakter terutamanya di penghujung novel agak laju especially tentang bagaimana keluarga Kaseh mula insaf.
Bagi saya, buku ni sangat ringan sebagai bahan bacaan & tak berat di mana-mana kepala atau emosi. Cuma kepada saudari Nirrosette, kenapa lah anda boleh buang stress saya apabila membaca buku ni tapi anda tak mampu membuang kesenduan saya yang single membaca buku ni 👍🏻😔? Kenapa 🖐🏻😔...
Jadi kalau anda perlukan bacaan cinta ringan tanpa konflik yang berat, pilihla buku ini !
Inner me: Penat sungguh nak habiskan buku ni. Bilalah nak habis ni?
Sangat berbeza buku debut dengan buku latest Nirrosette. Dan saya suka sangat bila nampak perubahan cara menulis Nirrosette, bertambah baik dan matang.
Apa yang buatkan saya lelah baca buku ni, penulis gunakan 'tell' berbanding show. Terlalu banyak tell buatkan saya meluat baca buku ini. Serius, Nirrosette mahu letakkan semua dalam satu masa dan benda tersebut berulang-ulang untuk tunjukkan watak hero handsome, alim, kaya begitu juga dengan heroin yang kaya, tak pandai agama kaki clubbing dan cantik gila.
Penat betul nak ulang-ulang penulis described pasal karakter-karakter ni sampai penulis lupa nak fokuskan character development dan attraction between the characters.
Watak Adam dan Kaseh ada potensi, yang boleh buat pembaca untuk jatuh cinta dengan mereka berdua tetapi penulis tak pandai nak tackle it.
Plot cerita pula biasa-biasa saja, mendatar dan sebenarnya sangat sesuai untuk bacaan ringan dan sedikit bosan tapi heyy, buku Buah Hati Nafeesa ni pun plot nya ringan tetapi Nirrosette pada 10 tahun kemudian dah improve tau dengan gaya penulisannya walau plot bukunya ringan. Tahniah penulis sebab tak berhenti menulis.
Sejujurnya penulisan Nirrosette walaupun di usia 18 tahun nampak sangat matang dan sangat tenang. Setiap ayat dan bibit-bibit percintaan yang terkandung dalam novel ni, buatkan saya rasa tenggelam dan hanyut sekejap 🤭
Seperti karya yang lain juga, mesti ada watak yang sangat islamik, dan watak yang nak berubah ke arah yang lebih baik. Thank you Nirrosette for this really great writing.
Macam mana ek nak cakap? Buku ini penuh dengan nasihat dan teguran secara halus.. paling suka cara Kaseh menerima teguran Adam tanpa melenting. I love character development parents Kaseh especially Puan Dina. Betul, Allah SWT pemegang hati hambaNya, sayu hati bila Puan Dina masuk bilik anak2 selepas dia dengar doa kaseh. Adam?? Semoga kita semua jumpa Adam Khalis kita sendiri Aamiin 💕👍🏻 Penulis berjaya buatkan aku rasa buku ini bukan sekadar romance tetapi buku bermanfaat mengenai agama Islam.
Hi besties! Baru baru ni Alya baru je habiskan Malay Romance (can you imagine that? Alya? Baca malay romance?) and you know what? It's my first Malay Romance. I'm so glad this is the book I picked up 😤
Atas recommendation bookrista Suha and Qill time PBAKL, I pun beli lah buku ni and I was not disappointed.
This book memang manes betul ya. Bersemut je I baca!
Plot: 8/10 Plot dia cliche and predictable but I like predictable romances. Sebab i tak payah fikir. Hahahahaha I baca ni sebab nak sweeten up my life, bukan nak serabutkan otak i 😂 cliche plot, rich playgirl meets the handsome pak ustaz (i assume dia handsome. All fictional main guy semua handsome idc 😤) Tapi what i like about this book is that, dia tak preachy tau. At all. I tak rasa mcm it's being shoved in the face. Which I like 🫶🏻🤍
In terms of writing style kan, I betul betul suka ya. Tak terasa baku and ntah, I rasa mcm soft betul. Sampai terbawa in real life.
Kaseh ni kalau wujud irl, I will protecc and will attacc 🗡🗡 nobody hurts my cinnamon roll bestie. I will fight. She's such a likeable character, impossible to hate. She acknowledges her wrongs and strive to be better. Despite coming a very kayangan family, Kaseh ni still grounded and tak sombong. Boleh vibe boleh vibeeee and dia humble ya bila bab berkawan. I suka gila.
Adam pula jenis strict and firm tapi still gentle. I think Kaseh's love language most probably physical touch, while Adam ni, I rasa dia lebih kepada act of service. I suka gila the things he did for Kaseh. Smol smol later big effect like dat oneeee. Dia gentleman okay? Aku nak cari laki macam ni, dekat shopee pun tak ada 😭 THE BAR IS BEYONF KAYANGAN FOR ME
Their chemisty? Chef kisses bestieeeee bukan chef cuisine, chef kissessssss 😭 They're so playful around each other especially Adam towards Kaseh tau. Aku lemah lah lelaki yang suka teasing usik usik manja ni. I cannot 🫠🫠🫠🫠🫠
And the way Adam layan Kaseh dengan lemah lembut semua 😭 WAHAI LELAKI SEKALIAN, KALAU NAK CARI GIRLFRIEND KORANG KENA LEMBUTKAN HATI JIWA DAN RAGA, BERTUTUR LAH ELOK ELOK JGN KASOR KASOR-- KAMI NI MEMANG SELALU FALL DGN LELAKI YG CAKAP LEMBUT--- Lembut tak lemah eh. Kalau lelaki cakap lemah lembut dgn i pun, confirm confirm lah aku terkedek kedek dgr ckp dia juga like "okie dokie awak 🤍" Adam ni mcm tu lah! Tambah lagi dapat Kaseh yang manja betul ni 😤
I relate to Kaseh a lot in this book. So much of her reminds me of myself and how human she is. The manjaness, the merajuk and how big her heart is (not saying mine is but when she loves, she loves betul betul) and how she has those dark thoughts too, I've been thru that too so time baca part tu, memang i menangis sebab MEMANG MAKAN CILI SO I TERASA PEDASNYA HAHAHAHAHAHA
Anyway, kalau korang nak baca buku yang comel comel tak payah fikir panjang heads up no thoughts hanya hirup yang manis manis baik ni, give this book a go. Ikhlas, A.K ni terus buat i addicted cari Malay romance yang lain ok 🫶🏻🤍
This entire review has been hidden because of spoilers.
1. cute college romance 2. rich party girl vs mysterious nerd 3. playgirl vs good guy 4. he fell first, but she fell harder 5. bad girl gone good 6. sibling vs friendship goals 7. strangers --> friends --> husband and wife
My thoughts? Buku kedua dari Nirrosette yang aku baca selepas Buku Hati Nafeesa. Guess what, I love them both!
Watak Kaseh ada vibe heroin movie Legally Blonde sikit2 which I love! Anak jutawan, suka dress up, suka berparti, totally strayed from the right path tapi baik hati. Adam pulak the good guy. Nerd, genius, a good muslim, dan paling penting tak annoying. Biasa orang tulis watak male lead yang ala ustaz ni aku mudah annoyed sikit HAHA. Mungkin sebab aku setan kot 😂 Tapi Adam tak. Kaseh jatuh cinta dengan Adam dan aku terhibur baca dia ikut je apa yang Adam mintak 😂
This is such a cute romance story. Definitely a comfort read 💕
OMG My another comfort book for this year! TAK SIA SIA AKU GRAB BUKU NI! COMEL NAK MAMPUS DARIPADA AWAL SAMPAI HABIS!
Nur Kaseh Kaisara, playgirl? Erm, semua orang dekat kampus semua tahu dia macam mana and dia tu anak orang kaya, so yeah basically dia famous, but suddenly Kaseh terpikat dengan seseorang ni nama dia Adam Khalis!! Cara Kaseh approach Adam sumpah comel, cakap pun bahasakan "nama" aaaa Kaseh is saurrr cute, her character development nak berubah untuk jadi muslim yang lebih baik, dia betul betul berubah, aku yang baca ni pun terasa sekali tau! Originally perwatakan Kaseh ni memang lembut orangnya, cakap pun baik baik. Lurve Kaseh!
Adam Khalis, ustazz kita? Budak scholarships kitaa ni haaa, lurve Adam!! No one knows, dia sukakan before tu lagi??? Aku macam ADAM!!! Nak Adam Khalis satu boleh? The way dia didik slow slow Kaseh untuk nak berubah, ajak dia pergi kelas fardu Ain and dia pun belajar sekali even though dia dah tahu, but demi Kaseh dia yer, sanggup teman tau! Dah jadi shuben Kaseh pun alahai, tak leh laaa aku, nak jerit!! Dia sangat caring dengan Kaseh!! Act of services sangat Adam ni!
So far, aku sangat recommend untuk korang pergi beli sekarang buku ni, lagi lagi sesiapa yang baru habis baca buku yang melukai diri sendiri dan memerlukan ubat, inilah dia silalah baca buku yang comel dan manisss ni ya!
AK Adam Khalish dikategorikan lelaki masjid bergandingan dengan Nur Kaseh Kaisara yang playgirl dan merupakan anak jutawan? Mudahkah Adam membentuk Kaseh andai kata Kaseh degil dan keras hati? Ceritanya mudah kerana watak Kaseh adalah seorang gadis yang menurut kata dan sudah tentu dia mendapat hidayah dari Allah.
Bukan senang juga Kaseh nak tinggalkan kehidupannya yang penuh keseronakkan dunia dan bff dari kecil Syera. Tapi dia nekad apabila Adam memberinya peluang 3 bulan untuk saling mengenali sebelum Adam menerima Kaseh sebagai girlfriend. Dalam tempoh itulah Adam mendidik Kaseh tentang Islam. Kesian sungguh Kaseh yang lahir sebagai Islam tetapi fardhu ain langsung tak tahu sehingga perlu masuk kelas asas. Apabila nak berubah, ada sahaja halangan. Paling kasihan apabila ditentang mummy dan daddy Kaseh sendiri sehingga Adam diugut dan dipukul supaya meninggalkan Kaseh.
Ikutilah kisah Kaseh dan Adam yang mencari keredhaan Allah dan dalam masa yang sama perlu patuh pada kehendak ibu bapa yang menuntut pengorbanan cinta mereka yang baru bertunas.
Bila baca character Kaseh, rather than imagining her as a playgirl (just because she's portrayed as having many exes), I think she's just a lonely and naive girl. She lives in a bubble, but that doesn't make the world all roses and rainbows, doesn't it? Some people might like Kaseh's character, but I don't think I like it that much. But her character development is good, towards the end of the story.
The friendship depicted between Adam, Faiz and Dani is enviable. They are so strong together, so understanding and so supportive. True friends indeed.
For plot-wise, I think it's okay. I love how the author touches the subject of religion without sounding so preachy and nicely introduces each and every scene on religion, especially when the topic is a basic knowledge that every Muslim should know.
Taking into account that the author mentioned she wrote this when she was younger, I think this is an okay read and would've enjoyed this kind of storyline when I was younger.
Kaseh Kaisara seorang anak jutawan. Hidupnya sosial yang menggap minum arak, clubbing adalah perkara normal. Berbeza pula dengan Adam Khalis seorang budak nerd, pandai & budak masjid✨
Kisah bermula apabila Kaseh yang berjumpa dengan Adam dan mengajak menjadi boyfriend. "𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒏𝒂𝒌 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒈𝒊𝒓𝒍 𝒇𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅 𝑨𝒅𝒂𝒎" tapi Adam meletakkan syarat 3 bulan untuk berkenalan. Sepanjang tempoh itu mampukah Adam bertahan dengan perangai Kasih yang sosial dan mengubahnya ke arah yang lebih baik?
Novel pertama yang saya baca daripada penulis. Beli online sebab tertarik dengan cover novel & penulisnya daripada Singapore. So, nak try la baca. Ok, suka dengan gaya penyampaian penulis. Terus tercari-cari semua karya penulis untuk jadikan simpan. Walaupun ada yang klise, saya suka sebab tak meleret-leret. Novel tak tebal jadi senang nak hadam. Heroin orang berada dan parents dia tak mengamalkan apa yang perlu sebagai orang Islam.
Bacaan santai di PNM e-Reader. Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library
Dialog/nukilan yang menarik...
Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu. Amin Ya Rabbulalamin.
Hati Adam yang keresahan mula memohon pada yang Esa. Ya Allah, Engkaulah tempatku bergantung harapan. Semoga diriku ini akan sentiasa berada di bawah naungan rahmat-Mu. Amin Ya Rabbulalamin.
. Ain’t no man is worth it to hurt you, okay. Not in a million years I’m going to let that man, or any other man hurt my sister. Not when I’m around!
“Sebab Kaseh tahu dia baiklah, Kaseh nak jadi kekasih dia!” laju sahaja Kaseh membalas. I know there’s something special in him, that’s why I want to know more. Kaseh dah muak dan jelak berpacaran dengan lelaki yang sama spesies macam Iskandar. Kaseh sangat pasti, Adam bukan jenis lelaki seperti Iskandar. Ataupun seperti mana-mana lelaki yang pernah mendampingi Kaseh sebelum ini. Adam lain. Kaseh yakin tentang itu.
“Istikharah helps too, you know.” Adam mengenyitkan sebelah mata pada Faiz. Dalam apa-apa hal pun, jangan pernah belakangkan Tuhan. He’s always there for us to run back to. Setiap masa.
Faiz berdeham sedikit. Membetulkan intonasi suara. “Husna tahu, Allah always has three replies to our prayers. Yes, or yes but not now or I have a better plan for you. Maybe, just maybe, Adam is not the one for you. Or maybe if he is, it’s not the time yet. Allah knows best. Saya tak tahu macam mana nak pujuk awak. Sebab saya pun tengah rasa perasaan yang sama. But I hope whatever I said just now helps. Saya tahu, Husna lebih arif tentang hal ini daripada saya. Dan saya tahu, Husna tak selemah itu untuk menangis hanya kerana seorang lelaki.” Lembut suara Faiz menampar gegendang telinga Husna.
“Terima kasih atas nasihat tu. Saya akur, kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak sebab Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. We just don’t know what’s in store for us. Same goes to you. Kalau dah jodoh, tak ke mana. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Terima kasih sekali lagi. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Kali ini Husna tak berlengah lagi. Berdua-duaan dengan Faiz begitu membuatkan dia rasa tak selesa. Lebih-lebih lagi apabila Faiz terus-menerus memandang wajahnya tak lepas. Husna rasa berdosa sangat. Walaupun pada hakikatnya bukan Husna yang tenung wajah Faiz.
Faiz melepaskan keluhan berat. Dia menghantar Husna pergi melalui ekor mata. Dia menarik nafas panjang lalu dihembuskannya perlahan-lahan. Husna, Husna. I’m afraid to lie but the truth hurts. I’m falling faster day by day and girl, it seems like you don’t even notice.
“What is batas-batas aurat?” Ha, kan Kaseh dah keluar aura budak mualaf baru peluk Islam ni.
Sumpah, itu kali pertama Kaseh tahu tentang aurat seorang wanita Islam. Sedari kecil, mummy langsung tak pernah sentuh tentang hal ni. Kaseh memang tak tahu-menahu pun yang dia seharusnya mengenakan tudung dan menutup aurat dari hujung rambut sampailah hujung kaki kecuali wajah dan tapak tangan.
Kaseh menjadi takut pula mendengarkan tazkirah Adam. Tetapi dalam hati, Kaseh rasa macam tak mampu pula nak buat sepertimana yang Adam harapkan. Lagipun, Kaseh sejak kecil lagi memang berpakaian macam ni. Takkanlah dalam masa semalaman aja terus nak bertudung litup. Kaseh tak nak jadi hipokrit. Kalau pun nak berubah, bak kata Adam, dia tak mahu sebab dipaksa. Adam tak mahu Kaseh buat sesuatu semata-mata kerana Adam. Niat dah salah tu. Adam kata, Kaseh sepatutnya takut pada kemurkaan Allah. Bukan takut Adam marah. Kan?
Salam alaiki, Kaseh. Adam ada terjumpa sesuatu di Internet. Bicaraislam.com. I hope it helps your understanding, somehow (;
Antara tatatertib dalam Islam yang dituntut terhadap wanita Islam adalah seperti berikut:
1) Menunduk Pandangan: Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita ialah kesucian dengan menundukkan pandangannya
Kaseh rasa pipinya terasa merah membaca yang pertama ini. Sebab selama ini, Adam yang lebih banyak menundukkan pandangan ketika bersamanya. Buat malu kaum wanita aje. Okey Kaseh. Lain kali, no more renung-renung Adam okey?
Tapi... kalau dia tak nampak, boleh tak? Sempat lagi hati Kaseh berdesis nakal. Dia tersengih. Dia menghala tetikus untuk skrol ke bawah. Membaca kandungan yang seterusnya.
2) Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam pawagam, bilik kuliah di universiti, auditorium, di dalam bas dan seumpamanya.
Ooo. Patut la Adam sekali pun tak pernah pegang tangan Kaseh. Berbeza sekali dengan Iskandar. Kalau Iskandar, ketika berjalan bersama, dia akan pimpin tangan Kaseh macam tak nak lepas langsung. Fasal ni rupanya, ek. Kaseh rasa perasaan sayangnya pada Adam semakin bercambah. Tak sangka, apa yang dikatakan Syera dan Aiman memang betul. Adam memang baik. Sangat-sangat baik.
3) Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih telanjang (ketat dan jarang), menggoda dan digodai. Mereka tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.
Erk. Kaseh menelan liur. Patut la Adam marah sangat apabila nampak Kaseh pakai macam tadi. Fasal ni rupanya. Spaghetti strap dengan tube tops semua dah tak boleh pakai lagi, okey Kaseh?
Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam apabila berada di luar rumah, mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita yang beriman.
Ooo. Okey. Kaseh baru sahaja nak tutup e-mel tu apabila dia perasan ada lagi kandungan di bawah yang belum habis dibaca lagi.
Anda ingin lebih cantik dan menarik? *Jadikanlah ghadhdul bashar (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’ anda, nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih. * Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir anda, nescaya akan semakin manis. * Gunakanlah ‘pemerah pipi’ anda dengan kosmetik yang terbuat daripada rasa malu yang dibuat daripada salon iman. *Pakailah ‘sabun istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan. * Rawatlah rambut anda dengan ‘selendang Islam’ yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan. * Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan ‘gelang tawaduk’ dan jari-jari anda dengan ‘cincin ukhuwah’. * Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung ‘kesucian’. * Bedakilah wajah anda dengan ‘air wuduk’ nescaya akan bercahaya di akhirat.
“Lain kali kalau marah, pergi ambil wuduk. Okey?” Lembut suara Adam memberi nasihat.
"Mmm."
“You know why right?” Adam mencuba lagi apabila Kaseh seakan-akan sudah kehilangan kata-kata. Nadanya perlahan, memujuk.
“Kaseh tahu. Apabila kita marah, syaitan is in our hearts and minds. Ambil wuduk helps to calm us down. Padamkan api kemarahan yang sedang membara dalam hati kita.” Lambat-lambat Kaseh membalas. Dia masih ingat lagi, sebab hari tu ustaz baru aje ajar.
“Tahu pun.” Tapi tahu aje pun tak cukup sebenarnya. Kena tahu dan kena praktik juga. Baru menjadi, kan? Kalau tahu tapi tak buat, tak ada maknanya juga.
Husna yang sudah duduk langsung tak menoleh lagi pada Adam. Perlahan-lahan dia sudah dapat menerima yang mungkin benar, Adam bukan jodoh yang ditetapkan Allah untuknya. Mungkin ada yang lebih baik. Siapa tahu. Sebab itu Husna bersungguh-sungguh pujuk hatinya untuk reda. Tak susah pun sebenarnya apabila hati kita lebih menyayangi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala-galanya. Cinta manusia kalau hilang boleh dicari ganti. Tetapi kalau cinta Allah dah hilang, nauzubillah min zalik. Husna tak sanggup!
“Adam puasa hari ni.” Jujur Adam menuturkan. Dia memang puasa sunat Isnin-Khamis hari ini. Tapi dah Kaseh beria-ia nak makan tengah hari bersama, Adam rasa tak sedap hati pula la nak tolak. Lagipun, dia tak kisah kalau setakat nak teman Kaseh makan. Sementara teman Kaseh makan tu boleh la buat kerja sikit.
“Sekarang bulan puasa ke?” Setahu Kaseh, orang Islam pada bulan puasa aje. Kan?
Adam tersenyum lagi. Dia menggeleng sedikit. “Kaseh dah tahu kan apa tu wajib, sunat, haram, makruh, semua tu kan?”
Yep. Kaseh angguk.
“Puasa pun macam tu jugak. Ada puasa sunat, ada puasa wajib, ada jugak puasa yang diharamkan. Puasa wajib tu, as you know, puasa sewaktu bulan Ramadan.”
“Jadi sekarang ni, Adam tengah puasa sunatlah. Ia diberikan nama puasa sunat Isnin-Khamis. As suggested by the name itself, puasa ni selalu dilakukan pada hari Isnin dengan Khamis. Faham?”
“Tapi tadi Adam ada kata ada puasa yang diharamkan kan? Puasa pun boleh jadi haram ke?” Kaseh menyoal naif. Takkan nak dapat pahala pun tak boleh? Dahi Kaseh berkerut.
“Well, ada hari-hari tertentu yang tak dibenarkan puasa. Sebagai contoh, puasa pada hari raya pertama untuk Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, as well as three days after Hari Raya Haji which is Hari Tasyrik on the eleventh, twelfth and thirteenth Zulhijah. Don’t worry about that. Nanti Ustaz Sufyan akan ajar, okey?” Adam tak nak ajar banyak-banyak. Dia tahu, Kaseh masih beginner. Banyak benda yang dia tak tahu.Dia perlu ambil selangkah demi selangkah. Baru sahaja minggu lepas Kaseh belajar tentang solat dan cara-cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk, insya-Allah minggu depan Kaseh akan belajar tentang puasa dan rukun-rukunnya pula. Jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan, okey?
Adam menggeleng-geleng mendengarkan penjelasan Kaseh. “Under pressure maksudnya rushing. Apabila rushing, quality dia not up to standard. Reti?”
“Right. Kaseh tak pernah dengar ke apabila under pressure lepas tu kena nervous breakdown lepas tu langsung tak boleh fikir?” Adam saja nak cari fasal. Padahal dia bukannya beria-ia pun nak berbahas dengan Kaseh. Saja. Macam best pulak apabila tengok Kaseh perah kepala otak untuk bertekak. Kaseh ni walaupun naif, tapi apabila dia yakin dengan apa yang dia cakap, dia akan bersungguh-sungguh nak buktikan yang apa dia kata tu betul. Well actually, women are like that. They can manipulate men’s thoughts. They can make right things look wrong. And wrong things seem right.
“How much does he have? A billion? A million? Okay, wait. You’re gonna tell me that he doesn’t even have a thousand, right?” tambah Puan Dina, sarkastik.
“Mummy jangan pandang dia hina. Mungkin dia miskin harta tapi dia kaya dengan kasih sayang, kaya dengan ilmu pengetahuan, ilmu agama yang daddy dengan mummy langsung tak pernah ajar Kaseh!” tinggi suara Kaseh menjawab.
“Jangan kurang ajar dengan orang yang lahirkan Kaseh. You should be thankful that I gave birth to you, or else you wouldn’t get to see the world. Faham?” Melengking tinggi suara Puan Dina menyaingi suara Kaseh.
“I’d rather not see the world if I have to live my life like this! Ada parents macam tak ada. Sibuk mengejar harta dunia. Akhirat langsung tak fikir.” Kaseh menyembur balik. Nafasnya turun naik. Terasa sesak. Tak pernah sekali pun dalam hidup Kaseh meninggikan suara seperti itu di hadapan mummy. Kaseh tak pernah sekali pun jadi biadab macam ni. Selama ini apa sahaja yang mummy atau daddy buat, Kaseh tak pernah persoalkan. Kaseh tak pernah kisah. Apa sahaja yang mummy dan daddy suruh, Kaseh menurut tanpa banyak kerenah. Tapi tidak kali ini. Tidak apabila Adam dikaitkan sama. Kaseh tak sanggup dengar mummy dan daddy menghina Adam. Sedangkan Adam tu sepuluh kali lebih bagus daripada mummy dan daddy, tahu tak!
Kaseh spontan bangun dari duduk, terus menghala kaki ke muka pintu utama. Enggan berlama-lama di situ. Takut nanti amarahnya tidak dapat dikawal. Kaseh yang tadinya sudah melangkah tiba-tiba sahaja berpusing balik apabila teringatkan sesuatu.
“Tak perlu rasa malu hanya kerana Kaseh naik MRT. There are things much more important than that. Mummy dengan daddy tak rasa malu ke, Tuhan dah beri kesempurnaan pada mummy, pada daddy, tapi both of you langsung tak pernah bersujud, merendah diri pada-Nya?” sinis sahaja nada Kaseh menuturkan.
“DIA ORANG takde hak cakap Adam macam tu!” Kaseh masih lagi meluahkan ketidakpuasan hati. Suaranya bergetar menahan amarah. Adam di hujung talian melepas keluhan berat. Dia tahu lambat laun isu status ini akan dibangkitkan juga. Adam sedar, mungkin sudah masanya untuk Adam berterus terang tentang statusnya. Tempoh tiga bulan untuk berkenalan sudah lama tamat. Don’t you think you have to come clean, Adam?
“Kaseh, walau apa pun yang terjadi, Kaseh tak boleh buat macam tu. Menyakitkan hati ibu bapa, berkasar, meninggikan suara, itu semua berdosa tau. Kaseh tahu kan tentang hal ni?” lembut suara Adam memberi nasihat.
Kaseh menggigit lidah. Lambat-lambat dia mengangguk. “Tau.” Rendah suaranya membalas.
“Good. So now, Kaseh dekat mana ni?” Adam menyoal ingin tahu.
“On the way pergi stesen MRT. Masih dekat area rumah ni.”
“Kaseh, stop right away.” Segera Adam mengarah.
Huh? Dahi Kaseh berlapis. Dia merenung telefonnya sesaat sebelum kembali melekapkannya ke telinga. “Apa dia?” dia menyoal Adam kurang pasti.
“Kaseh patah balik rumah sekarang. Pergi minta maaf.”
���What? No way!” Dia menggeleng keras, bersungguh-sungguh tak mahu.
“Nur. Kaseh. Kaisara.” Nada suara Adam berubah tegas. Kaseh faham sangat apabila Adam dah sebut namanya macam tu. Sepatah-sepatah. Kaseh melepaskan keluhan berat.
“Tapi...” Kaseh masih keengganan.
“No tapi-tapi.” Adam enggan bertoleransi. Walau apa pun yang terjadi, Adam tak mahu Kaseh bertelagah dengan mummy dan daddynya. Dia tak mahu Kaseh menjadi anak derhaka. Berdosa besar tahu tak.
“Kaseh tau kan, tak berkat tau keluar rumah macam tu je.” Suara Adam sudah kendur sedikit, cuba memujuk.
Kaseh tertunduk. Menyepak batu-batu kecil yang berterabur di atas jalanan. “Kalau mummy dengan daddy tak maafkan Kaseh macam mana?” Kaseh meluahkan kegusarannya pada Adam. Memang itu yang dikhuatirkan. Dah teruk Kaseh sembur mummy dengan daddy macam tu, senang-senang aje ke mereka nak maafkan Kaseh? Pleaselah! Kaseh kenal sangat mummy dan daddy. Ego tinggi melangit. Walaupun Kaseh minta maaf, jangan haraplah dia orang akan maafkan.
“Kaseh...” Adam memanggil perlahan. “It won’t hurt to say sorry. Mana tahu, apabila Kaseh minta maaf, hati mummy dengan daddy Kaseh akan lembut. Kaseh tak akan tahu selagi Kaseh tak cuba.” Adam masih lagi cuba memujuk. Dia tak mahu jadi punca keluarga Kaseh berantakan. Kalau tak kerana mummy dan daddy, Kaseh tak mungkin akan dapat hidup mewah dan selesa sekarang, kan?
“Okey.” Putus Kaseh akhirnya. Dia memusingkan tubuh, berpatah balik. Akalnya ligat merangka ayat yang patut diucapkan sesampainya di rumah nanti. Di hujung talian, Adam tersenyum lebar.
“What makes you think you deserve my daughter, Adam Khalis?” Dingin sahaja suara Tuan Rafique apabila bertanya. Dia memanah pandangan tepat ke dalam anak mata Adam. Seriously Adam, just who the hell do you think you are? Kaseh yang dulunya tak pandai membantah tiba-tiba sahaja berubah menjadi alim dan warak. Kaseh dah banyak berubah dan semua ini berpunca daripada Adam. Tuan Rafique tak betah melihat semua itu. I need to get rid of this man, I need to get rid of him fast. Panas punggungnya apabila Puan Dina memberitahu yang dia terserempak dengan Kaseh yang sedang bersolat tempoh hari. Kaseh pun dah lama tak turun clubbing. Arak pun langsung tak disentuhnya lagi. Tuan Rafique sedar, semuanya berpunca daripada lelaki yang sedang tercegat di hadapannya tika itu.
“Honestly, I don’t know what I can give her, enough to justify the fact should I deserve her.” Adam terhenti, mengambil nafas. Dia memanah pandangannya tepat ke wajah daddy Kaseh yang angkuh itu. “But I am definite that she is the only one I ever need, and on that basis I want to be her everything.” Tenang sahaja Adam melafazkan ayat tersebut. Langsung tak melarikan pandangannya ke arah lain, berani menentang renungan tajam daddy Kaseh.
Tuan Rafique merasa tercabar mendengarkan jawapan Adam. Damn it!
“I got plans for Kaseh. And I won’t let you spoil my plans. Do you get me young man?” Nafas Tuan Rafique berombak kasar. Bengang melihatkan Adam yang langsung tak gerun berhadapan dengannya.
Adam sekadar tersenyum panjang. “Saya tak ada niat nak hancurkan pelan uncle. Cuma saya nak ingatkan uncle, kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Tapi semuanya Allah yang menentukan.”
YA ALLAH.... Rendahkanlah suaraku bagi mereka. Perindahlah ucapanku di depan mereka. Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkan hatiku untuk mereka. Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. Ya Allah, apabila maghfirat-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafaat untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat syurga-Mu ya Allah.
“Kaseh... Ira...” Dua-dua serentak menoleh apabila terpandang kelibat mummy di muka pintu. “Boleh... boleh mummy masuk?” teragak-agak Puan Dina menyoal. Hakikatnya sedari tadi dia berdiri di tepi pintu. Mendengar perbualan dua beradik itu, hatta doa Kaseh sekali dia mendengar. Hatinya terasa sayu mendengarkan doa itu.
Puan Dina sedar, semenjak dua menjak ini, tiap-tiap kali terserempak dengan Kaseh yang menunaikan solat malam, hatinya terasa semacam. Seram sejuk. Puan Dina sedar, semenjak berkenalan dengan Adam, Kaseh sudah banyak berubah. Puan Dina sedar, Adam memang lain daripada yang lain. Malah dia sendiri masih tertanya-tanya, apa yang Adam katakan pada Kaseh tempoh hari sehinggakan Kaseh sanggup pulang ke rumah semata-mata untuk meraih kemaafannya dan Rafique.
Namun ego mereka membatasi segala. Rafique dengan angkuh terus berlalu pergi, tanpa mengendahkan rayuan Kaseh untuk meraih kemaafan. Dan dia sendiri, meskipun hati keibuannya tersentuh melihat Kaseh mengalirkan air mata, namun Puan Dina tetap bertegas. Tanpa memandang wajah Kaseh, Puan Dina terus keluar memandu pergi. Sedangkan hatinya waktu itu tertanya-tanya, why on earth did she come back just to say sorry? Sanggup Kaseh merendahkan ego semata-mata untuk meraih kemaafannya dan Rafique. Hati mana yang tak tersentuh? Despite everything that I did, Kaseh masih sanggup lagi berdoa macam tu untuknya, untuk daddynya. Sekelumit dendam pun tidak menghuni hati Kaseh. Mengingatkan hal itu, Puan Dina merasa sebak sendiri.
Namun Kaseh tak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat. Kaseh yakin, apa yang Kaseh lakukan, itulah yang terbaik untuk dirinya. Just like what Adam said, nak berubah tu memang susah. Apalagi nak tinggalkan benda-benda yang dah cukup sebati dengan diri. Tapi tak mustahil. Untuk berubah, kita perlukan pengorbanan. Dan salah satu daripada pengorbanan yang Kaseh telah lakukan, ialah untuk meninggalkan Aiman dan Syera. Kaseh tak punya pilihan kalau mereka berkeras tak mahu berubah. Kaseh dah sedar dan tak mahu terus berada dalam kegelapan. I want to be good. I desperately want to be good. Kaseh sedar, she’s in all ways inferior, not in comparison to others but in the eyes of Allah SWT. Kaseh jauh daripada kesempurnaan. Yet my heart yearns to be. Badly.
ORANG KATA, opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi janji Tuhan jangan kita lupa. A good woman is for a good man and vice versa seperti yang tertulis di dalam surah an-Nuur ayat 26.
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula. Mereka (yang dituduh itu) bersih daripada apa yang dituduhkan oleh mereka yang menuduh itu. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).
Kaseh, playgirl of the century berminat kat Adam Khalis, stok budak masjid yg tak bergaul dengan perempuan? Biar betul! Eh ingat senang-senang ke Adam tu nak terima? Bak kata Adam:
Apa yg ada dekat Adam sampaikan Kaseh tertarik? Mampu ke Adam menolak? Boleh ke Kaseh achieved target dia? Well, kena baca baru tau😏 ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Comell gilaaaa😍 Eh actually nak kata comel gila pun tidak sebab topic dia very serious. But, still fluffy and light. All info dalam ni sangat penting, memang Ad membaca sambil menimba ilmu. While baca ni Ad memang tak sedar dah banyak pages terselak🙈 pasal conflict pula, bagi Ad pain yg bearable. Sedih yg Ad boleh predict but still sedih.
The characters? READY TAU NAK RANT KAW KAW NI. Adam Khalis, husband material, imam pilihan, hormat orang tua, good listener, matured, jaga batas, berilmu, penyabar, manes, manes, manes. Jap macam banyak sangat je puji dia?🤔 and Pak Ustaz ni tak payah beria pon Ad dah terjerit pusing-pusing. Dia senyum je, Ad yg tak senang duduk. Senang cerita Adam ni PERFECT! Fullstop!
"𝐈 𝐰𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐡𝐞𝐫 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠."
Kaseh, Ad suka gila watak dia. Her character development sangat satisfied. Dia anak orang kaya yg baik & tak sombong. Apa je dia tak faham dia tak segan nak tanya. Untuk life dia Ad kesian sangat sebab nasib dia dapat orang sekeliling yg buat dia jadi macam tu. But dia still ada effort nak berubah🥰
"𝐅𝐢𝐫𝐞𝐰𝐨𝐫𝐤𝐬. 𝐃𝐢𝐚 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐞𝐰𝐨𝐫𝐤𝐬."
Overall, please baca kalau ada. Kalau tiada kena beli. Tu je option dia😜 mari menge-simp Adam berjemaah. Selamat membaca awak! Eh last nak show off ayat Adam yg Ad macam nak hantuk je kepala kat meja🫡
Dia yang terlalu bebas dan tenggalam dalam duniawi. Tiada siapa yang boleh tunjuki dan bimbingnya ke jalan Allah. Dari kecil hidupnya bebas. Apa saja dia mahu buat, dia buat. Dengan kuasa wang ringgit membutakan hati. Seolah-olah dunia ini kekal abadi.
Kewujudan Adam Khalis bagaikan satu cahaya baru dalam kehidupannya. Dan kerana lelaki itu, dia rasa dirinya sudah gila. Adam berjaya menarik keluar dia dalam lautan duniawi.
Tapi, setiap orang yang berhijrah ke jalan Allah pasti akan diuji dengan ujian yang memerlukan hati yang kental.
Mampukah Kaseh yang playgirl bersatu dengan Adam yang berilmu agama tinggi?
•••
OKEY LATTE FALL IN LOVE DENGAN ADAM 🥺🥺🥺 even pun Latte slow gila baca buku ni. Maybe mood naik turun. Walaupun rasa macam ada bosan sikit. But, Latte did it! Habis jugak baca 🥵
Adam seorang lelaki yang sabar! All in one! Mudah kata, seorang lelaki yang soleh 🤍 tak sangka dia boleh jatuh suka kat Kaseh, sedangkan Kaseh seorang perempuan yang hidup penuh keduniaan. Playgirl number one! Minum arak! Siap ada stok arak dalam rumah. Gi kelab malam dan seangkatannya 🥹🥹🥹 kesian Kaseh. Rupa-rupanya mak pak dia pun sama ja. Agama Islam tapi kehidupan bukan dalam Islam 🙂
Datangnya Adam membawa sinar dalam kehidupan Kaseh walaupun macam-macam dorang kena hadap. And Latte love the ending 🦋 bacaan santai dan berilmu.
Teringat novel Kak Su bila baca novel ni...ada story lines yg lebih kurang sama..:) Remember novel Jaja & Din where Jaja is looking her Mr right yang die cam belakang si lelaki tu je??
Different sket kat Ikhlas, A.K! ni, heroin yg social tak hengat, a playgirl yg every now and then tukar boyfriend, jatuh hati dengan hero yang berpewatakan 'ustaz'...:) Jatuh hati tahan gaban okey, sanggup berubah demi si 'ustaz'...alhamdulillah...Baguskan bila bercinta dan kemudian cinta itu membawa kepada kebaikkan dan seterusnya mendekatkan diri pada Allah...hmm insaf jap, jauhnya diri dgn watak 'Kaseh'
Since novelis is a Singaporean, so cerita and dialog mmg style sana...:) and i like it...!!!!!
Tak tahu nak ulas macam mana tapi best sangat novel ni.
Aku suka dengan perwatakan Adam Khalish yang menjaga diri, yang tidak memaksa Kaseh, begitu sabar dalam melayan kerenah Kaseh dan setia menanti Kaseh.
Perwatakan Kaseh pula begitu berani namun merendah diri. Bold, yet humble. Perubahan Kaseh 'smooth', 'feel' sangat dengan perubahan watak Kaseh. Sebak sungguh lah dengan perjalanan hijrah Kaseh bersama keluarganya. Mungkin ada yang akan fikir, 'Takkanlah teruk sangat sampai macam tu?'. Boy, you haven't seen worse!
I just bought this novel yesterday at MPH,still don't have a time to start a reading.Personally, I think this novel quite interesting because it's written by Singaporean, it's hard to find any novelist from Singaporean.