Nuraina gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak kemana.
Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang dimpi jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.
X igt bila baca buku ni dulu..tp mmg nostalgia jgk ant buku yg sye suka plot citer menarik locatian yg digambarkan perrrgh rase nk pergi jer...mmg hlg dlm dunia aina x nk lps masa tu ..
Antara novel terbaik yang pernah saya baca.. tak silap masa sekolah menengah baca buku ni.. tapi masih segar dalam minda jalan ceritanya.. terbayang persekitaran di Al-Hambra, membuatkan diri ini teringin ke sana (satu hari nanti semestinya).
Terjatuh cinta dengan Al-Hambra tapi bukan dengan heroin.Heroinnya bagi saya terlalu degil ikut kepala sendiri je.Hati dia je yang kena jaga kena tatang.Masalah suami taknak fikir pun.Then boleh pulak compare husband dengan lelaki lain.bila sakit hati dengan perangai si heroin kita pun tak kisah dah ending dia camana
Letih baca novel ni. Banyak sangat penerangan tentang tempat yang dilawati, pakaian yang dipakai, dan tema utama, minyak wangi dan 'after shave'.
Nuraina berkenalan dengan Armand semasa dia di sekolah menengah. Atas desakan ibu Armand yang mahukan gadis setaraf mereka menjadi menantunya, Nuraina lari ke England tanpa sebarang kata putus buat Armand. Yang ni saya memang marah. Kita marah kalau kena gantung tak bertali, tapi buat kat orang boleh pula.
Armand pula puas mencari walau dah 6 tahun berlalu. Kira dalam sungguh cinta Armand ni.
Nuraina dan Armand dipertemukan semula ketika pintu hati Nuraina diketuk oleh lelaki lain. Tapi Nuraina yakin yang Armand pilihan hatinya. Yang ni pun saya tak puas hati. Apa salahnya solat Istikharah ke dulu walaupun yakin.
Nuraina dan Armand bernikah tanpa pengetahuan keluarga Armand. Apabila terpaksa disembunyikan macam perempuan simpanan, Nuraina mula kesal pilih Armand dan masa ni dia mula fikirkan kembali lelaki yang dia kenal di England. Tu la gunanya solat Istikharah. Supaya tak ada was-was macam ni.
Armand dihimpit masalah keluarga dan kewangan sebab perniagaan keluarga di ambang kejatuhan dek kerana ayahnya yang boros. Kononnya tak nak menyusahkan Nuraina, dia diamkan saja. Maka makin menjadilah curiga si Nuraina.
Nuraina lari semula ke England. Baru 6 tahun ja kot duduk sana dah anggap macam kampung halaman. Kalau tak kerana si Armand, saya rasa Nuraina takkan balik Malaysia walaupun masih ada ayah ibu.
Lama jugalah si Nuraina ni nak sedar yang ego dia juga merupakan penyumbang terbesar hubungan dia dan Armand renggang. Satu lagi, sikap 'what if' tu kena buang. Dah kau pilih Armand, tak payah dah kenang lelaki lain.
Di penghujung novel barulah Nuraina dan Armand duduk berbincang untuk selamatkan rumahtangga mereka. Tapi masa ni memang saya dah bosan tahap gaban. Dah tak kisah pasangan ni bersama atau tak. Dah tak bermakna pun.