Tahun 2022, di Tualangville. Sehari sebelum hari jadinya yang ke-13 adalah hari yang malang buat Sufian.
Dia ternampak sesuatu yang dia tak sepatutnya nampak apabila dia masuk ke dalam pondok yang disangkanya terbiar. Demi mengelak rahsia bocor, Sufian bukan sahaja dikejar dan diugut, malah ditolak ke dalam Sungai Tualang.
Mujur dia selamat. Apabila keluar dari sungai, dan disambut seorang budak perempuan, Merah.
Tapi Merah dan orang lain yang ditemuinya tidak tahu nama Tualangville. Mereka memanggil kawasan itu Kampung Tualang. Mereka juga tidak kenal apa itu telefon bimbit, dan bergerak dengan kenderaan yang merupakan bas bersaiz mini.
Sufian berada di zaman bila sebenarnya? Dan dapatkah — atau mahukah — dia pulang?
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).
Naratif rentas masa dalam 5 perspektif bertema kekeluargaan, misteri dan jenayah sosial; tentang Sufian, remaja 13 tahun yang terdampar ke masa lalu kerana satu insiden yang hampir meragut nyawanya. Sufian dihadap rintangan dan ugutan kerana ingatan masa hadapannya telah mengancam beberapa penduduk di Kampung Tualang. Pelbagai insiden berlaku dan menyulitkan lagi peluang Sufian untuk pulang ke Tualangville dan tanpa dia sedar, kejadian aneh yang menimpanya itu bakal membongkar rahsia keturunan dan perihal masa lalu ahli keluargannya sendiri.
Idea sureal pengembaraan masanya amat menarik pada aku walaupun agak mencabar nak hadam penceritaan bila penulis longgokkan naratif dalam latar tahun berbeza pada bab yang sama. Latarnya ada beberapa tahun yang asyik bergerak ke depan, belakang dan sebaliknya jadi agak serabut nak faham perkembangan plot dan eksposisi watak. Tempo ceritanya laju dengan eksplorasi kekeluargaan yang penuh intens dan drama— tentang sikap dan keinginan individu yang mahu mengubah nasib dan takdir sehingga orang lain terkena tempias. Agak menarik hubung kait antara watak-wataknya bila masing-masing ada rahsia dan motif sendiri sehingga keadaan jadi kalut dan menyebabkan kematian.
Selitan latar pandemiknya sedikit mengimbau kenangan dan isu jenayah sosial yang diketengahkan penulis walau agak ringan masih bagi impak dan mesej yang bagus pada alur cerita. Ada twist yang menarik namun suka dengan sifat cekal Sufian yang masih nak cuba betulkan keadaan. Gemar dengan bab Fakih yang lebih saspens berbanding yang lain dan agak simpati dengan nasib Merah. Dinamik watak Saleha buat aku menyampah dan rasanya bab Morgan kalau tak ada pun tak apa sebab macam tak penting.
Bacaan santai saja pada aku walaupun gaya penulisannya terasa berat nak hadam. Suka dengan epilognya yang buka rahsia bagaimana semuanya bermula; puaka Kampung Tualang yang penuh misteri dan tragedi yang bakal diputar kembali. 3.5 bintang untuk naskhah ini!
Emm aku tengah sakit kepala, but in a good way ... I think? Cuma ada beberapa soalan yang aku cam tak jumpa jawapannya (mungkin aku terlepas pandang)
*SOALAN NI AKAN ADA SPOILER YA*
Okey, kalau Sufi dengan Wimaira ada dekat tahun 1945, Wimaira membesar jadi Tok Wi, tapi mana Sufi yang membesar dari 1945? Dan bab Morgan buat aku pening, sebab Fakih berkerusi roda masa tahun 198something, tapi masa 1990, Fakih bukan boleh berjalan ke? Lepas tu, bila Morgan lompat ke tahun 1990, kemudian apa jadi? Dan mak bapak Raja melompat ke tahun mana? Lepas tu, Sufi yang patah balik nak cari Merah lepas Tok Wi bagitahu semuanya pula, apa nasib dia?
Pening lah hshshsh aku rasa ada benda yang aku terlepas ni ... kot ....
Aku rasa cerita ni ada beberapa timeline yang berlaku, yang terpecah-pecah jadi membentuk timeline yang baru, instead of satu timeline yang sama. Entahlah.
Kalau korang nak start baca, better catatkan timeline yang berlaku supaya tak pening macam aku ni ha.
Done reading the 2nd book from pbakl Have mix feeling ya dengan buku ni Satu perkataan ' roller coaster ' banyak plot twist yang tak dijangka termasuk yang part akhir 😶🌫️ apapun worth to read
Kekuatan cerita ni terletak pada plot dia yg confusing walaupun seakan-akan plot Dark (Netflix series). Dah lama aku tak baca buku yg bagi otak aku pening.
Cuma aku kurang suka dengan penjiwaan watak yg tak ada perasaan sangat. Watak2 dia banyak yg plain macam white people dish
Me everytime habis baca buku by Shaz Jo: What the fuck?
Ending dia sumpah mindfucked. Aku baca buku ni boleh dikatakan dalam one sitting je sebab aku terlampau eager nak tahu the ending. Along the way aku still tak dapat nak bayangkan the ending tu.
Cuma aku pelik sikit la dengan cara orang zaman the 90s memang cakap gitu eh? Hahaha bur okay cool i guess.
So siapa Morgan sebenarnya ni? And kenapa dia pulak ada loket tu? And aku banyak persoalan pasal Sally/Saleha.
Overall, terkejut aku bila Pak Jamal and Mak Rati tu rupanya makpak si Raja.
Lurve sangat buku ShazJo. Buatkan kita berfikir.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bermula dari kisah seorang budak bernama Sufian yang ditolak ke dalam sungai and you gonna blew out your mind since then. thanks Shaz Johar for this masterpiece! love it!
Buku pertama aku baca dari hasil tangkapan di PBAKL 2023. Mengingatkan aku dengan drama bersiri jerman, 'Dark' di Netflix. Good attempt by the author. Aku menikmati segala 'senggama minda' yang dihidang sepanjang bacaan
"Bahagia tu sebenarnya pilihan. Kau yang tentukan macam mana kau nak rasa bahagia dalam hidup dan tak ada siapa pun yang boleh tentukan bahagia jenis apa untuk kau melainkan diri kau sendiri."
Mulanya saya fikirkan novel ini plotnya ringkas, jatuh sungai terus time travel mcm kdrama.
Namun ada sisi gelap yang terselit kemas membawa pembaca terus ber"tualang" mencari kesudahan.
I have loved Shaz Johar since Aku and Sumpah. His writing style isn't like the typical FIXI writers style. If you read FIXI, you'll understand. And the issues he brings into his stories always, always impress me.
Let's talk about the cover first, the ONLY reason why I got this online and not in PWTC is THE COVER. Just look at it. I'm a bit sad. It looks poorly done tbh. I get the meaning behind it but it's just too sad. Could've been better.
I love the synopsis and I knew I just gotta have it and with a friend's encouragement, I got it online, without even blinking, screw the cover!
Now, story wise. I love time travelling stories. Just throw me any time travelling story, I'd sit down quietly and read it till the end of the book right there and then. This book is phenomenal. I love it! The time travel aspect, the characters, how it works, it was explained well. But tbh, the author gets really technical about this whole premise of time travelling that I don't even know who started what and who messes with who's life anymore. It's almost like the egg and chicken story, jadi siapa mulakan dahulu? Is it Sufian? Is it evil Raja's parents? Is it Wimaira a.k.a Merah? I honestly don't have a clue.
I also love the issues discussed: child trafficking, rape, life of a young single mother, age gap between couples, and stigma towards disabled child and man. It was painful to read, even disgusting but it's a well written piece. I'm really glad I got this book at the end of the day, because Shaz Johar really did it again. With that, do take note on those TWs.
Overall, it is a fascinating read, a page turner, absolutely mesmerizing. A brilliant piece.
Padah bila merentas masa.. Makin rumit dan berselirat.. Masing-masing ada justifikasi sendiri kenapa nak merentas masa tapi hasilnya tetap bukan makin baik malah makin teruk dan bertambah rumit..
thrilling and suspenseful read. There are a total of 5 POVs in this book. It dealt with concept of time travelling occuring in one place called Tualangville or pre-2ooos was known as Kg Tualang.
Main character, Sufian who's from 2022 accidentally travels back in time to 1990 after an accident involving his brother and his brother's boss at Sungai Tualang. The concept of determinism plays into this story with how even if there will be players that wanted to alter its storyline, they still cannot outrun fate. Events as how they know will still occur, it cannot be stopped and those involved will find a worse fate happening to them.
Not sure why the MC must be a 13 year old but then again, other characters older than him, who are suppose to offer a more mature outlook and solutions still behaves irrationally and worsen their fate.
For me, there are some loose ends in tying some of the characters storyline. I'm quite confused with the epilogue, what happens to the two new characters introduced late into the plot.I know that their child is the catalyst to why this started but will they be travelling back to their original timeline or who were they if they are stuck in the future? What really happened in 1965? what actually happened to Saleha's uncle and what about her husband, Mohd Embi?
It would be a lot better if the author have add in another POV from Ayu who is Sufian and Ammar's mother. She's the most tragic figure in this book. All the people close to her left her. Her parents, best friend, her two lovers and her children, Ammar and Suffian. Not a single drop of concern over her. Some of these people are able to time travel and time travelling will make them lose their memories of the people close to them. Ayu wouldn't know about this and she will spent all her life thinking what she have done to received this kind of punishment from God. I hope she's strong for this. My heart goes to her. I really wanted to hear her voice and see the repurcussion these people done through her from their time travelling.
All in all, this is such a good book. I couldn't stop thinking about the afters once I've finished this book. This is the Malaysian equivalent to the 'Dark' series in Netflix.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku x ingat bila aku beli novel ni.. sebab dh naik kuning x bukak plastik. Aku cuba baca, menarik cerita pasal merentas masa. Penulis shaz johar mmg penulis kegemaran aku. So jrg la x beli novel dia. Tp novel kli ni buat ko pening kejap. Kena alert dgn tahun tiap kejadian. X pernah lagi aku baca novel mcm ni. Lyan movie pernah la pasal merentas masa. Tp tualang ni cerita rentas masa yg sampai nenek skandal gan cucu sendiri. Cerita sally yg x padan tua, ada anak ikan. Pasal sufian oku yg kadang rasa annoying. Pasal fakri yg x sedar dek untung. Banyk watak tp peranan berbeza. Nak tahu apa kisah. Kena la baca sendiri…
Sebuah perjalanan merentas masa yang agak gila! Sesiapa yang sudah menonton siri Dark di Netflix akan faham dengan kegilaan Tualang ni. Awalnya aku ingat ceritanya hanya tentang Sufian yang tercampak (atau hanyut dan lemas?) ke tahun 1990, tapi ianya tidak sekadar itu. Semuanya menjadi lebih complicated bila satu persatu watak yang tak kena dengan masa, muncul. Masa betul-betul boleh merubah sikap seseorang. Cuma antara 5 POV dalam ni, aku agak keliru dengan alur masa Fikri. Harapnya akan ada sambungan lagi, sebab masih banyak belum terjawab tu.
One of my favourite genre time travel. Plot twist dia bagi saya best. Sebenarnya semasa saya baca buku ni ia mengingatkan saya dengan cerita Dark(Netflix) mungkin sbb time travel kut dan juga tentang karekter yang jumpa dengan diri sendiri tapi versi tua. Apa-apapun penulis berjaya menulis dgn membuatkan saya baca tanpa henti sbb nk tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Overall saya rate 4/5
Aku suka buku ni! Pertamanya sebab time travel. Keduanya sebab plot twistnya. .
Tapiii, aku percaya buku ni bukanlah untuk semua orang. Sebab ianya sangatlah confusing. .
Aku teringin nak baca semula buku ni, cumanya masa mencemburui. .
Kisahnya, Sufian yang berusia 13 tahun, selepas terjatuh dalam sungai, tetiba terdampar di masa lalu. Dan rupanya, bukan dia saja yang boleh time travel, penduduk kampung yang lain pun boleh. .
Dan baru je nak adapt kat masa lalu, tetiba eh boleh pergi masa depan pulak. .
Dan ada juga kisah sedih yang kejam. .
Overall, best! .
p/s: dinasihatkan kalau nak baca buku ni, sila sediakan buku nota. hahaha
Aku pening baca buku ni. Tapi aku suka sebab banyak benda yang Shaz Johar cuba lakarkan. Tapi aku pening. I suggest sesiapa yang nak start baca buku ni, boleh lah buat timeline sepanjang pembacaan. Semuanya berkait 😭
My assumption is true, a poor and cringe attempt at copying Netflix's Dark. I was ok with that, but damn the dialogue between the paper thin characters were so unnatural, jarring, flat, and cringe. My first September reads 🤕 and the mention of Covid-19 😴😴
first, i rasa if u nak baca buku ni sediakan iq yang tinggi😭 overall best and too many plot twist, like last page pun ada plost twist hahahah, and part sufian nak patah balik to 1945 semata-mata nak cari merah tu sedih gila, i want to hug merah so bad, she didn’t deserve those things… and this book pun macam kasi awareness pasal pedo yang makin berluasa sekarang, 5.
This entire review has been hidden because of spoilers.