Jump to ratings and reviews
Kombo yang menggabungkan ketiga-tiga buku:

NGERI: Beberapa pembunuhan menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia. Setiap kes adalah 100% serupa dengan skrip sadis yang ditulis mahasiswa Samuel, Rehan, dan Joanne. Adakah mereka dalang di sebalik siri pembunuhan itu?

MANGSA: Nazwan dan Natalia adalah friends-with-benefits yang mula menyoal
sama ada terputiknya cinta antara mereka. Juga, persahabatan luar biasa Hani dan Jo menyebabkan ramai terlopong. Apakah kaitan mereka dengan kes-kes NGERI sebelum ini?


OBSESI: Tiga tahun telah berlalu, namun Detektif Hema mash dihantui kes-kes yang gagal diselesaikannya - yang melibatkan tiga bekas mahasiswa tersebut. Seiauh manakah detektif ini sanggup pergi untuk akhirnya menangkap penjenayah itu?

Siapakah psiko sebenar?

472 pages, Paperback

First published May 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Gina Yap Lai Yoong

11 books97 followers
Gina Yap Lai Yoong is an author of five published Malay novels - Eksperimen Cinta, Ngeri, Mangsa, Serangkai Hidup, and Obsesi - all of which are available in major bookstores in Malaysia and Google Play Store. Her bestsellers - Ngeri and Mangsa - have gone through multiple re-prints since its release. Her English debut - A Writer's Journey - was published in March 2016. Her latest published book is entitled Wak Linggi. She is currently working on two other manuscripts.

Occasionally, Gina would attend book fairs and literary events to meet up with fellow writers and readers. She enjoys discussing stories with her readers. She also enjoys sharing her writing journey with aspiring writers to help inspire them to start writing. Over the past few years, Gina has journeyed with some of the aspiring writers she met, encouraging and mentoring them to write the book they have always wanted to write. Her passion for writing is contagious.

In 2012, her writing journey was featured in an art installation entitled “Trails of Light” in conjunction with the Georgetown Festival in Penang. Gina was also one of the 10 selected young Malaysian writers who were sent to London for a writing expedition in 2013.

Though she is camera-shy, Gina has been featured on various breakfast shows on national TV where she has shared her writing journey and talked about novel writing. She was also one of the panellists at the Cooler Lumpur Festival 2013, a forum discussion entitled “New Malay Literature: e Changing Face of the Malay Author”.

Gina was recently elected the President of Malaysian Writers Society (2016 - 2018).

Get connected with Gina!

Website: www.ginayaplaiyoong.com

Twitter: www.twitter.com/ginayaplaiyoong

Facebook: www.facebook.com/ginayaplaiyoong

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (54%)
4 stars
6 (25%)
3 stars
5 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,571 reviews1 follower
June 30, 2024
Kombo ini mengandungi 3 buku yang bersambung dan saling berkait.. Buku pertama tentang pembunuhan ngeri.. Buku kedua pula mengenai Mangsa, hat ini geli wei.. Buku terakhir mengenai Obsesi Hema dalam mengejar penjenayah sebenar..
Profile Image for Batrisyia .
64 reviews5 followers
August 6, 2024
Ngeri, mangsa, obsesi

Ketiga-tiga naskhah yang digabungkan terdapat perbezaan penilaian sebenarnya..so marilah kita rate secara berlainan

Ngeri: bagi saya ia sangat menarik dari segi plot susunan cerita..ini kerana saya tak dapat agak sape mastermind yang sebenarnya bila dah dapat tahu Boom feeling dia lain macam so saya bagi 5 ⭐

Mangsa: susunan penceritaan menarik tapi sedikit kurang dari siri no 1. So 4 ⭐

Obsesi: mungkin kerana ini penutup siri ngeri plot dia agak laju so saya kurang gemar sebabnya nampak agak tergesa-gesa untuk menyelesaikan cerita so 3 ⭐

So overall untuk siri ini amat menarik dan final star saya bagi adalah 4 ⭐ untuk buku Fixi ini
Profile Image for Miyuke.
225 reviews5 followers
September 30, 2026
Naskah ini memuatkan kombo tiga karya ‘meletup’ oleh penulis sebagaimana berikut :

i. NGERI : Mengetengahkan kisah tiga sekawan Sam, Jo dan Rehan [mahasiswa] yang diarahkan untuk menyediakan skrip sebagai tugasan berkumpulan dengan bantuan seorang pembantu pensyarah

Malangnya skrip-skrip ngeri yang dihasilkan telah ditolak oleh pensyarah mereka. Dalam kesibukan menyelesaikan semula tugasan tersebut, tidak di sangka kisah ngeri dalam skrip menjadi nyata.

ii. MANGSA : Terdapat sedikit latar dan watak daripada naskah ini berhubung kait dengan naskah NGERI, namun pendapat saya, naskah ini boleh sahaja dibaca bebas tanpa kaitan dengan naskah terdahulu. Ya, pembaca boleh menikmatinya, walaupun tidak membaca naskah NGERI terlebih dahulu.

Karya ini mengangkat tema penyiasatan orang hilang oleh pihak berkuasa hingga membawa pasukan tersebut ke sebuah perkampungan yang menyimpan pelbagai rahsia dan misteri kehilangan tersebut.

Penulis bijak mengaitkan kisah cinta dan beberapa ekor reptilia bagi mengukuhkan penceritaan dalam judul ini.

iii. OBSESI : Pada akhirnya hanya satu watak yang melengkapkan keseluruhan penceritaan. Naksah terakhir ini merupakan kesinambungan kepada kedua - dua naskah terawal. Pembaca perlu juga menghadamkan ketiga - tiga naskah untuk mendapat gambaran penuh berhubung latar belakang penceritaan bagi situasi - situasi berkaitan.

Puas membaca naskah ini. Saya menjangkakan akan ada kesinambungan seterusnya. Namun berdasarkan kepada catatan terakhir penulis, nampaknya perkara ini seolah-olah tidak akan berlaku. Tapi…siapa tahu kan??

NOTA :
Naskah ini sukar diletakkan. Saya dapat menyelesaikan naskah tebal ini dalam tempoh yang singkat.

Ketiga - tiga naskah ini digarap dengan baik bersama plot twist yang tidak disangka. Penulis mengambil pendekatan dengan menggunakan bahasa yang ringkas, mudah difahami serta jalan cerita yang berkesinambungan antara satu sama lain (punca dan akibat).

Atas beberapa scene yang boleh dianggap sebagai keganasan yang boleh membawa kepada ketakutan melampau, naskah ini tidak dicadangkan bagi pembaca di bawah umur.
Profile Image for jasminebloom.
36 reviews
January 4, 2025
Sebenarnya, plot ceritanya menarik cuma kadang-kadang spoil dengan cara penulisan yang terlalu kaku. Watak Detektif Hema (terutamanya), Samuel dan Nazwan sangat menjengkelkan. Sisipan kisah cinta antara Natalia dan Nazwan membosankan. Hubungan persahabatan Jo dan Hani juga yang paling best dan comel!Tapi apa-apapun saya puji penulis kerana mampu membina kisah pembunuhan bersiri yang bagi saya sangat menarik untuk di baca. Itu alasan saya bertahan untuk membaca buku ini hingga selesai.
4 reviews
June 7, 2023
Kombo Ngeri gabungan 3 kisah cerita; Ngeri, Mangsa dan Obsesi

1. Hasil membaca, personally Ngeri paling best antara 3 cerita (4 bintang)
2. Mangsa; slow pace plot dan tak begitu menarik (2 bintang)
3. Obsesi; slow pace tapi kira okay lagi dari mangsa (3 bintang)


Overall, sepatutnya tamatkan kisah kt Ngeri, biarkan cliffhanger bagi cerita nampak menarik dan pembaca tertanya-tanya. Bila cerita Ngeri disambungkan kepada Mangsa dan Obsesi, expectation pembaca sangat tinggi untuk dapatkan jalan penceritaan yang best. Tapi malangnya plot-plot jalan cerita Mangsa dan Obsesi agak slow pace dan tak best berbanding Ngeri.
Profile Image for Ernah842.
36 reviews
Read
October 3, 2023
Suka storyline novel ini. Kejam! Ngeri! Biasa tengok kdrama tentang psychopath tapi kali ni dalam novel. Terbayang-bayang. Geram tau bila antagonis asyik menang.

Dan pengakhiran yangggg....ggeerrraammm!!
Profile Image for El.
1,191 reviews
November 29, 2025
1. Ngeri (2011)
Joanne, Samuel dan Rehan merupakan pelajar Universiti Filem Masyhur. Mereka ditugaskan menghasilkan sebuah filem pendek. Namun idea mereka ditolak mentah-mentah oleh Profesor Bazri. Dalam masa yang sama, negara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak di dalam peti sejuk beku, kes pembunuhan yang langsung tidak masuk akal dan lebih mengejutkan, ia meniru bulat-bulat idea asal Samuel.

Setiap kali Samuel mengusulkan idea baharu, insiden serupa akan berlaku di dunia nyata. Samuel akhirnya ditahan. Walaupun modus pembunuhan agak luar batas logik, twist yang diselitkan memang menghiburkan dan buat aku teruskan baca.

2. Mangsa (2012)
Pasukan Orang Hilang telah ditubuhkan selepas kes remaja hilang meningkat mendadak. Namun begitu, apabila anaknya Rosmah dipercayai hilang semasa membuat liputan rencana tentang remaja dengan haiwan peliharaannya, ular sawa, di sebuah homestay di Pahang, Inspektor Rashid selaku ketua operasi mula panik dan mencari anaknya bersama team.

Agak kelam kabut plotnya tapi aku suka bab di gelanggang Lodge tu. Elemen suspen melibatkan ular memang menyeramkan.

3. Obsesi (2015)
Kali ini Hema Chandran yang pernah mengendalikan kes Ngeri dan Mangsa, bukan detektif lagi selepas dia meletakkan jawatan polis tapi fokusnya masih kepada pelaku kes Ngeri dan Mangsa yang berjaya mengaburkan diri. Dia bergerak solo sebagai penyiasat persendirian.

Apabila terdapat dua kes pembunuhan dan suspeknya kali ini Samuel lagi, dia tidak dapat lari bila semua bukti menuju ke arahnya. Pada aku part ni lebih kurang macam Ngeri cumanya ending berbeza. Protaganist agak all-out dalam cerita kali ini sesuai dengan tajuk.

Overall, aku suka penerbit compilekan ketiga-tiga novel ni. Kombo Ngeri ialah satu perjalanan gelap yang saling berkait dengan pace yang laju, misteri yang sengaja mengelirukan, dan twist yang cukup untuk buat pembaca tak senang duduk. Vibe Fixi memang terasa: gelap, urban, sinis, dan addictive.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews