Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seorang Tua di Kaki Gunung

Rate this book
"Kalau rumah buruk ini menjadi alasan kau, Fikri, menjadi ejekan anak-anak kau, tak apalah. Aku rela kau tak pulang pun."

Novel Seorang Tua di Kaki Gunung ini, telah mendapat tempat kedua dalam Sayembara Hadiah Novel GAPENA - Yayasan Sabah II (1981), memaparkan persoalan jurang generasi. Melalui watak Tukya, pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu, dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Kekuatan utama novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya. Pengarang telah memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan selari antara usia Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya adalah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.

165 pages

First published January 1, 1982

96 people are currently reading
1432 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

68 books117 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
295 (58%)
4 stars
126 (24%)
3 stars
41 (8%)
2 stars
19 (3%)
1 star
26 (5%)
Displaying 1 - 30 of 75 reviews
Profile Image for Muhamad Fahmi.
126 reviews22 followers
December 8, 2015
Baru sahaja selesai membaca Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, didapati terdapat banyak persamaan tentang latar masyarakat iaitu masyarakat kampung yang hidup mereka kais pagi makan pagi, latar tempat yakni perkampungan yang indah dikelilingi hasil hutan, diversiti flora dan fauna yang menjadi perencah keindahan penceritaan novel Allahyarham Azizi Hj Abdullah.

Cerita banyak digerakkan oleh monolog dalaman seorang tua, Tukya yang sangat merindui anaknya Fikri serta cucunya Lamin. Anaknya Fikri membesar di kampung tetapi seakan sudah lupa akan kehidupannya semasa kecil setelah berhijrah bekerja di bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.

Plot menjadi sangat menarik setelah Tukya menghantar telegram kepada anaknya supaya membawa pulang cucu kesayangannya Lamin. Semasa Lamin tinggal bersama atuknya Tukya, banyak perkara yang telah diajar tentang rimba di kaki gunung itu dan bagaimana sejak dari kecil Tukya telah hidup bergantung kepada hasil hutan tersebut. Di sinilah kita dapat mengetahui betapa luasnya ilmu pengarang terhadap hutan, dari nama-nama pokok, cara menggoda pelanduk, cara mengutip madu lebah asli dan pelbagai lagi. Seakan-akan pemikiran kita yang membaca terawang menjelajah ke dalam hutan bersama-sama mereka.

Tukya juga seorang tua yang sangat kental dan tidak mudah lemah semangat walaupun sudah dimamah usia. Buktinya, setelah terjadi kemalangan di mana beliau disengat beratus ekor lebah dan dimasukkan ke hospital, beliau terus-terusan diperli, diejek oleh orang kampung dan seakan-akan beliau terasa hina akan perkara-perkara tersebut. Apabila anaknya Fikri mendapat tahu kejadian yang menimpa, beliau bersama menantunya, Fatimah seorang wanita yang dilahirkan di bandar memaksa mertuanya Tukya dan Besah tinggal bersama mereka di bandar. Cucu sulungnya Farid yang jauh beza sifatnya dengan Lamin menghina rumah yang didiami Tukya menyebabkan beliau tekad hendak membina rumah baru bagi membuktikan beliau masih kuat dan boleh berdikari tanpa mereka. Namun, ianya berakhir dengan sangat tragis. (nak tahu baca)

Keluasan ilmu pengarang juga ditunjukkan melalui cara-cara dan pantang larang orang zaman dahulu kala tentang penebangan pokok dan pemulaan pembinaan rumah. Ia ditunjukkan melalui watak Tukya dan Besah yang arif dan menghafal prosedur pembinaan yang dibaca mereka daripada kitab yang disimpan, mungkin peninggalan pusaka berdasarkan deskripsi kitab tersebut yang lama dan tersusun bersama kitab-kitab lain di dalam cerita.

Pendapat saya, novel ini memberi banyak pengajaran terutamanya kepada perantau-perantau di kota, pulanglah menjenguk ibu-bapa mereka di kampung halaman. Jangan jadikan kesibukan di kota sebagai alasan dan jangan sesekali lupa asal-usul dan tempat tumpahnya darah mereka. Menurut Hierarki Abraham Maslow, apa yang diinginkan orang tua adalah kasih sayang dan perhatian sementara menghabiskan sisa-sisa hidup mereka (ada belajar tentang psikologi sedikit)
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
April 18, 2019
Naratif yang kemas dengan penceritaan berlatar masyarakat kampung berpaksi monolog seorang tua. Suka gaya bahasa penulis, klasik. Banyak hal baharu tentang rimba yang aku belajar-- dari jenis pokok, rotan dan ulam ke bagaimana cara memanggil pelanduk. Terpegun dengan ilmu akal Tukya tentang rimba, cara dan petua tebang pokok dan bina rumah. Narasi kisah yang bermain dengan emosi, karakter yang pelbagai perangai menyentuh hal keluarga dan perhubungan ayah, anak dan cucu. Kagum sekali dengan semangat Tukya, cuma tentang keras kepalanya sahaja yang aku sedikit nak marah. Perangai orang tua, nak tegur pun payah, tapi Fikri pun buat aku sakit hati jugak. Paling kasihan dengan Nek Besah, ke hulu hilir menurut saja, tidak mengiya tidak jugak menolak (tapi pulut tanak dengan kukur kelapa dan ikan masin tu asyik buat aku terliur saja).

Sahutan 'cabaran' dengan kudrat tak seberapa Tukya-- setiap bab Tukya dan cengal batu amat terkesan pada aku, berkecil hati si tua dengan kata anak dan cucu. Ia merangkum segala harapan dan hajat, maruah, ego dan kasih seorang tua. Tapi aku seakan setuju dengan Lebai At. "Jangan bongkak." Terkilan sangat dengan bab akhir.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews336 followers
September 24, 2025
Azizi Haji Abdullah adalah seorang karyawan yang sangat aku sanjungi zaman sekolah dulu. Seorang Tua di Kaki Gunung adalah novel beliau yang aku baca lebih 20 tahun yang lalu. Apabila aku terjumpa naskah yang diterbitkan semula, aku grab tanpa ragu. The other 1 yang diterbitkan semula oleh Jiwa was Memoir Seorng Guru.

Novel ini adalah cermin yang mengundang kita untuk menelaah jiwa yang rapuh, ego yang membara, dan cinta yang tak terucap. Ia sebuah karya yang tipis pada halaman, namun sarat dengan monolog emosi dan falsafah hidup yang melangkaui zaman. Dari perdebatan antara hati yang tercalar dan tubuh yang menua, hingga pertanyaan mengapa sebuah karya agung tidak merangkul kemenangan di Sayembara Hadiah Novel GAPENA - Yayasan Sabah II (1981), novel ini adalah kanvas kehidupan yang dilukis dengan penuh melankoli.

Di tengah-tengah naratif yang kemas dan berlatarkan suasana kampung yang pekat, kisah ini berpusat pada Tukya, seorang lelaki tua yang jiwanya terkesan dengan kata-kata tajam anak cucunya. Digerakkan oleh kombinasi maruah yang tercalar, kasih sayang yang mendalam, dan ego yang berkeras, Tukya menyahut cabaran untuk membina sebuah rumah baru, berhadapan dengan usianya yang lanjut dan kudratnya yang dah tak seberapa.

Konflik novel ini selain melawan alam rimba, menebang cengal batu, juga melawan dalaman. Ia adalah pertarungan antara Tukya dengan dirinya sendiri, seolah-olah dia bermusuhan dengan kudrat dan usia. Setiap langkahnya adalah sebuah self-assurance, sebuah seruan bahawa dia masih berguna, masih kuat, masih layak dihormati. Di samping Nek Besah hadir sebagai watak pasif, namun setia, dia menjadi saksi kepada keghairahan dan kedegilan suaminya, manakala Fikri, si anak, menjadi simbol jurang generasi yang gagal memahami hati orang tua.

Azizi Abdullah membina dunia Tukya dengan bahasa yang klasik, sederhana, namun kaya dengan butiran yang amat terperinci. Beliau berjaya melukiskan suasana kampung dan hutan rimba dengan jelas, memperkenalkan kita kepada ilmu lama - jenis pokok, petua memanggil haiwan, dan cara membina rumah. Pengetahuan mendalam ini bagi aku bukan sekadar hiasan, ia adalah roh novel, yang membenarkan cerita berkembang. Ilmu ini mengesahkan bahawa Azizi haji Abdullah bukan menulis kosong, beliau adalah legasi ilmu tradisi yang kian hilang.

Naratifnya adalah penceritaan yang bermain dengan emosi, penuh dengan monolog dalaman Tukya yang buat aku turut merasai kecil hatinya. Ada ketikanya aku terpegun dengan semangatnya, dan ada kalanya aku rasa nak marah dengan kedegilannya. Hubungan Tukya dan Nek Besah yang seperti merpati dua sejoli tu menambahkan lagi kedalaman emosi, membuktikan cinta sejati adalah kesetiaan dan pengorbanan, bukan sekadar kata-kata.

Novel ini, walaupun ditulis pada era 80-an, bagi aku masih relevan dan kritikal kepada generasi muda hari ini. Ia adalah manual yang amat berharga untuk memahami psikologi orang tua - ia memberi pandangan tentang kenapa orang tua kita atau datuk nenek kita sering dilihat sebagai "keras kepala" atau "terlalu sensitif." Novel ini mengajar kita di sebalik kedegilan itu, tersembunyi kasih yang terluka, keinginan untuk terus relevan, dan rasa takut dilupakan. Ini adalah pelajaran yang amat diperlukan oleh generasi yang semakin berjarak dengan orang tua.

Dengan pelukisan dunia rimba dan petua lama yang begitu terperinci, novel ini membuka mata aku kepada kekayaan tradisi nenek moyang yang sering dianggap "khurafat" dan "ortodoks". Ia mengajak kita menyimpan dan menghargai warisan purba sebagai sebahagian daripada identiti bangsa, walaupun dah tak diamalkan.

Watak Fikri adalah cermin yang menyakitkan. Aku kira dia adalah generasi aku yang mula terasa selesa dan gagal menyelaraskan kehidupan bandar dengan kehendak orang tua di kampung. Dia ingatkan aku tentang penyesalan hidup yang akan ditanggung akibat mulut yang lancang dan hati yang jauh.

Seperti novel sastera yang sealiran dengannya, novel ini berpusat pada genre tragedi yang membawa kita meratapi nasib malang. Aku yakin generasi muda yang dibesarkan dengan penceritaan yang lebih positif - ada yang akan rasa novel ni "tak bermanfaat." Buktinya, ada aja yang rasa kecewa dan meragukan tujuan karya, sebab novel ni seolah-olah mengesahkan bahawa kehidupan hanya penuh kesengsaraan dan berakhir dengan musibah.

Membaca semula karya ini pada usia 40an sebegini, aku rasa Azizi Abdullah tak bermaksud untuk menulis sebuah karya yang optimistik. Sebaliknya, novel ini adalah melankoli yang mendamaikan, ia adalah sebuah potret jujur tentang kehidupan. Zaman kita zaman iPhone, zaman 80an dulu, untunglah ada selipar melapis kaki. Ia bukanlah sebuah panduan yang berjanji kebahagiaan, tetapi sebuah peringatan tentang hakikat kerumitan manusia pada sesebuah era.

Ini adalah novel yang amat patut dibaca oleh setiap peminat novel Melayu kita. Kalau kau belum tua, ia adalah persediaan. Kalau kau dah tua, ia adalah teman. Dan bagi semua, ia adalah pengajaran.

5 / 5 stars
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
March 9, 2022
Ini pertama kali saya membaca novel Seorang Tua di Kaki Gunung. Selesainya beberapa hari sudah, tapi pengakhirannya masih menghantui fikiran.

Tragis, namun banyak yang boleh dipelajari daripada watak-wataknya; kecekalan (dan kedegilan) Tukya, kepatuhan (ada masa melulu) Besah, keceluparan Fikri, Fatimah dan orang kampung. Yang terakhir itu amat memberi kesan kepada perbuatan Tukya pada hujung hayatnya.

Seperti novel Srengenge yang mengajar ilmu yang pada saya sangat asing; seperti menepuk pelanduk atau menjerat burung, dalam buku ini kita ditunjukkan ilmu lama membina rumah. Membuatkan saya teringat kitab-kitab lama milik arwah bapa dan datuk yang sudah dimusnahkan, memikirkan bahawa amalan dan kepercayaan tersebut berunsur khurafat. Ah, rugi terasa. Elok juga sebenarnya kalau ia disimpan buat dokumentasi dan rujukan (bukan sebagai amalan).

Wajarlah novel ini dijadikan naskah KOMSAS.
Profile Image for Mali.
210 reviews
May 28, 2018
picked this up ketika selang 2 hari antara 2 paper exam finals. disbbkan kebosanan dan ingin jauhkan diri dari social media yg sntiasa menyakitkan hati, I went to the library and found this.

Pada cover buku tersebut ada tertulis 'edisi pelajar', jd sy beranggapan bhw buku ini pernah menjadi buku komsas once upon a time. And sy sangka like all komsas books yg sy dh baca, jalan cerita akan bosan.

But boyyyyy was I WRONG.

Nipis shj, 165 mukasurat, tapi writing so good smpai boleh main emosi. Even berjaya buat aku nangis at the end. the writing was very graphic and moving. smpai boleh rasa apa yang Tukya rasa.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
April 23, 2021
Baru saja tamat bacaan. Sepatutnya buku ni aku dah baca awal selaku pelajar sastera, tapi baru dibaca.

Malas nak review. Bukan sebab buku ini tidak baik, buku ni aku beri 5 bintang, dan sangatlah memberi inspirasi kepada aku untuk menulis karya kreatif.

Cuma satu je persoalan aku. Novel ni menang tempat ke-2 sayembara Hadiah Novel GAPENA - Yayasan Sabah II (1981). Dalam sayembara tersebut, tak ada pemenang tempat pertama kerana tiada manuskrip yang layak. Maksudnya, pada ketika itu standard dia sangat tinggi sehinggakan Seorang Tua di Kaki Gunung yang cukup power ni pun tak dapat menang.
Profile Image for Haizir Othman.
Author 5 books14 followers
October 24, 2012
Pandangan awal apabila mula membaca novel ini ialah ia persis Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Persamaannya adalah pada gaya penulisan, pelukisan alamnya yang terperinci dan memikat selain latar desa permai dan kehidupan sukar penghuninya. Kedua-dua novel ini berhasil meraih emosi pembaca dengan jalan ceritanya yang tragis. Ya, tragedi adalah genre kesusasteraan bawaan Barat sejak dari zaman Greek kuno lagi dan meleret-leret sehingga ke era Shakespeare lewat Hamlet dan Macbethnya. Genre ini mengajak orang meratapi nasib malang dan larut dalam duka nestapa akibat kesengsaraan yang tidak kunjung padam. Di rantau sebelah sini, di alam Melayu, penerokaan genre ini seharusnya tidak sebegitu dalam kerana Islam melarang kita terlalu bersedih sehingga memudaratkan diri sendiri atau lebih jauh, putus asa dari rahmat Tuhan.

Dalam Seorang Tua di Kaki Gunung tulisan sasterawan kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah, Allahyarham Azizi Haji Abdullah, walaupun sisi tragisnya agak kuat dirasai, ia tidak berbumbukan tragedi ala zaman Greek kuno, tidak seperti novel-novel Melayu lain yang berkonsepkan popular dan bermatlamatkan penjualan laris. Ia barangkali lebih tepat jika digelar sebagai melankoli yang mendamaikan. Kehidupan Tukya dan isterinya, Besah di kaki Gunung Bongsu dilihat begitu sayu, berjuang meneruskan kehidupan di huma dan di rimba sambil dibayangi kenang-kenangan juga kerinduan terhadap anak cucu mereka, Fikri, Lamin dan Farid yang sudah lepas ke Kuala Lumpur – satu kehidupan yang kita agak-agak sebagai pernah dirasai oleh datuk dan nenek kita pada satu masa dahulu.

Pelukisan alam rimba dengan pengenalan kepada segala jenis pokok kayu, rotan, daun, akar kayu dan sebagainya begitu kuat, membawa kita menjelajah sehingga ke ceruk rimba puncak Gunung Bongsu – menunjukkan pengarangnya begitu kaya dengan pengalaman, pengetahuan dan perbendaharaan kata tentang hutan rimba. Hutan rimba, puncak gunung adalah sumber mata pencarian orang kita sejak dari dulu. Ilmu tentang hutan, pantang larang dan petua-petua sekitarnya adalah rahsia di sebalik kejayaan kita mengekalkan kelestarian hutan walaupun sejak zaman-berzaman mengambil segala hasil mahsul daripadanya. Berkaitan itu, novel ini menceritakan perancangan Tukya membina rumah dengan berpandukan kitab tua Melayu yang mengandungi rajah (atau pelan) kedudukan serambi, bilik tidur, pintu, ukuran-ukuran panjang tiang, bilangan anak tangga, arah pandangan rumah (atau feng shui dalam tradisi Cina), dan waktu-waktu yang sesuai menebang kayu.

“…begitu kotak fikir Tukya terbuka luas. Semuanya diingat.“Dan lagi tempat tidur itu dari serambi matahari jatuh itu dan tempat tempayan itu disusur tiang tengah serambi itu jangan tiada, inilah salasilah orang tua-tua dahulukala sampai pada masa ini itulah adanya bohongnya juga, wallahuaklam.”
(hlm. 181, Seorang Tua di Kaki Gunung)

Selebihnya adalah emosi dan kedegilan Tukya menongkah arus usia tua yang kuat mahu menghanyutkannya ke muara hidup. Adalah inspirasi dalam novel ini, semangat melawan Tukya, sikap tidak mahu mengaku kalah dan tekal menewaskan kemustahilan. Ia terlihat dalam babak Tukya selepas diserang sekumpulan lebah apabila dia tidak mahu menunjukkan rasa sakitnya kepada Lamin walau dengan riak wajah sekalipun. (Membaca babak ini sebenarnya mengingatkan saya kepada almarhum Ayah sewaktu ditimpa sakit dulu yang tidak merungut sedikit pun, hatta menunjuk wajah sakit pun tidak mahu, walaupun ia terpapar juga pada kerutan dahi dan kejipan matanya.)

Sikap acuh tak acuh Fikri, sinis isterinya, ejekan Farid walaupun mengguris jiwa Tukya tetapi ia lalu menjadi semacam cabaran untuk membuktikan sesuatu kepada mereka – membina rumah baru yang lebih kukuh. Fikri adalah watak tipikal anak kampung berhijrah ke kota selepas kejayaan cemerlang di universiti hasil biasiswa kerajaan, menjadi lupa diri selepas berkerjaya dan berkeluarga. Tukya dan Tuk Besah sudah jadi asing baginya, baik kehidupannya, pemikiran dan cara berbual. Keengganan Tukya dan Tuk Besah mengikut mereka tinggal di bandar tidak dapat lagi difahami Fikri sebaliknya dianggap sebagai satu kedegilan. Dan Fikri gagal menyelaraskan kepentingan diri dan keluarganya dengan kehendak orang tuanya mengakibatkan dia menanggung penyesalan hidup di kemudian hari.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
June 9, 2018
1) Ini buku beliau yang pertama saya baca, tapi tajuk buku ini bukanlah sesuatu yang janggal di telinga. Apatah lagi pada dekad 80-an ada satu siri televisyen yang menggunakan tajuk yang sama. Saya pernah menonton, tapi sudah ingat-ingat lupa.

2) Saya kira, watak utama Tukya membawa watak seorang yang merajuk, orang tua yang terluka. Juga, orang yang sudah tercalar egonya. Saya kurang setuju kalau dikatakan Tukya seorang pendendam.

3) Kesungguhan Tukya membuat perkara-perkara yang melawan usia (mencari madu, menebang pokok) semata-mata sebab kasihnya pada darah daging sendiri. Terluka, tapi masih sayang. Cuma cara sayangnya cara orang sudah lanjut usia, dan tak menjadi kehairanan juga sifat orang yang berumur hatinya mudah terusik.

4) Tukya berulang-kali mengatakan semua orang di keliling menentangnya, walhal sebenarnya Tukya bagai memusuhi diri sendiri. Bermusuhan antara kudrat dan usia. Yang akhirnya menimbulkan kecelakaan pada diri sendiri.

5) Besah, isteri yang setia. Melawan, cara yang masih menghormati suami. Itupun setelah melihat rajuk Tukya yang semakin melarat. Tapi Besah, tetap sayang pada Tukya. Kasihnya utuh walaupun Tukya tidak ada lagi di depan mata.

6) Fikri, aduhai. Anak yang berperangai klise apabila sudah mula terasa selesa dengan kehidupan, berbanding sewaktu hidup bersama Tukya dan Besah. Mulutnya lancang, seperti mulut isteri dan anak sulung mereka.

7) Mungkin Fitri sama saja seperti Tukya. Ego, keras kepala dan mula berjauh hati apabila tidak bersependapat. Hai lah anak. Ayahmu sudah tua, dia hanya mahu kasih dan cinta. Harta bukan lagi ada dalam cita.

8) Dalam hidup, begitulah. Ayah kita ketika berumur 20 tahun, takkan sama lagi dengan ayah yang berumur. Hidup juga semakin berbeza alam dan persekitaran.

9) Saya khayal dengan penceritaan Tuan Azizi. Saya suka suasana rumah kampungnya. Saya suka dengan toleransi dan muafakat orang kampung. Saya suka pengetahuannya yang mantap dengan suasana hutan rimba. Saya juga tertanya-tanya kitab apa yang dirujuk Tukya dalam hal merancang pembinaan rumah barunya. Penulis bukan menulis kosong.

10) Walaupun ada tempias cerita Srengenge dalam cerita ini, ianya tetap memberi kepuasan yang tersendiri.
Profile Image for Robin.
41 reviews
May 4, 2009
Pernah baca buku ni sewaktu awal sekolah menengah. Sangat sedih - menangis hingga berjurai-jurai air mata. Akan berusaha cari semula buku ni dan beli, insya-Allah...
2 reviews2 followers
December 12, 2011
Aku masih menyimpan naskah asal yg pertama kali diterbitkan. Baca dan hayati sendiri keluhan jiwa, rintihan hati, kekuatan semangat, ketaatan rohani....
Profile Image for Natasha Musa.
86 reviews6 followers
July 30, 2010
I've always heard about the Malay version 'Orang Tua di Kaki Gunung' and how good it is. I haven't read it yet because I never managed to find a copy of the book (i just realised that I had the title wrong) anyway, the translations were just okay. Somehow the english version didn't bring the characters in book out strongly and I imagine that they would be represented better in Malay. Everytime I read what the characters were saying, I could imagine how it would sound so much better in Bahasa. I think the Malaysian National Institute of Translation just did an okay job with the translations, I think it could be done better. That said,I really do want to read the malay version and hope I can do so soon.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
March 24, 2020
#5 2020

Buku pertama habis dibaca sewaktu MRO. Mengingatkan saya kepada Ranjau Sepanjang Jalan. Seperti dijangka, ketelitian unsur alam menjadi penunjung utama novel ini. Kagum dengan petikan kitab-kitab tertentu yang saya kira, kalau nak cari sekarang kitab tersebut sudah tiada. Membaca kisah Tukya membuatkan saya terfikir, adakah saya akan menjadi seperti Tukya 40-50 tahun akan datang?
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
March 27, 2020
Sukar untuk menandingi keupayaan almarhum Azizi Hj Abdullah dalam menggambarkan watak orang tua di samping klimaks plot penuh tragis, sadis dan di luar jangka. Moga Allah ampuni dan rahmati roh beliau.
Profile Image for Faz Leen.
1 review1 follower
June 16, 2010
mana nk cari buku ni? ade lagi ke jual?
Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
April 29, 2019
Novel yang membuat aku menangis dipengakhiran cerita. Kisah tentang rajuknya seorang tua terhadap anak, menantu dan cucu. Ditambah dengan cakap-cakap orang sekeliling yang merendah-rendahkan kemampuannya. Ya , Tukya memang sudah tua, sudah tidak larat untuk melakukan kerja2 berat, tapi percakapan kepada orang tua tu janganlah sampai menyakiti dia. Aku faham perasaan Tukya yang hatinya tercarik-carik luka dengan sikap anak yang tak memahami jiwanya. Alahai anak, tidakkah kau tahu perasaan seorang tua yang sensitif hatinya, mengapa kau sakiti dengan kata-kata yang celupar.

Cerita ini refleks dengan diri aku sendiri sebenarnya, ayah aku pun sudah tua dan aku faham benar apa yang dia rasa. Sebagai anak yang duduk jauh dengan keluarga, buku ini memberi banyak pengajaran, jangan mudah melupakan asal usul, janganlah kau kasari mak ayah kalau sekalipun dia tak mahu mendengar kata kau, ambillah hatinya, dan jagalah sikap anak dan isteri kita terhadap orang tua kita. Eii sakit pula hati saya, kalaulah aku menantu Tukya, setiap kali balik kampung akulah orang paling bahagia sebab boleh hiking sekali dengan pak mentua!
Profile Image for Ramzah Dambul.
Author 9 books59 followers
December 18, 2014
Sebagai anak bukan penutur natif Bahasa Melayu, tradisi pembacaan sastera Melayu saya muncul agak lewat, iaitu hanya sesudah memasuki sekolah menengah: circa 1983. Selepas Salina (A. Samad Said, 1961) dan Badai Semalam (Khadijah Hashim, 1968); novel dewasa ketiga saya baca ialah Seorang Tua di Kaki Gunung. Dari segi rasa dalaman, saya fikir novel ini mengadun nilai-niali rebel yang keras menyentak (seperti dalam Salina), dengan rasa melankolia yang lunak (seperti dalam Badai Semalam). Saya menyukai semua elemen dalam novel: gaya naratifnya, latarnya, wataknya dan asas persoalan yang dibawa. Ia mempertemukan keangkuhan urban dan ketekalan jatidiri desa - dengan penyudah cerita yang disengajakan seperti 'anti-klimaks' (Tukya meninggal dihempap pokok cengal), tetapi sebenarnya memberi kesan reflektif yang sangat membekas.
Profile Image for Leyla Shuri.
Author 9 books24 followers
February 24, 2019
Orang tua (watak utama) yang tidak memikirkan masalah anak yg sukar datang menziarah sebab perjalanan jauh dengan kereta dari rumah yg mengambil masa dari pagi hingga petang, dan dalam kesibukan anak itu bekerja.

Orang tua (watak utama) yang tidak memikirkan keselamatan diri apabila melakukan kerja-kerja bahaya sendiri.

Orang tua (watak utama) yang memburuk-burukkan anak-cucu kepada kawan-kawan.

Yang bagus buku ini memberi senarai flora dan pohon-pohon di hutan Malaysia.
Profile Image for Bobo.
70 reviews1 follower
May 18, 2019
Dapat dibayangkan dengan jelas gerak geri, air muka Tukya dan Besah. Paling terkesan dialog Tukya sewaktu kenduri doa selamat perihal sikap Fikri. Anak muda yang tak sayangkan alam.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
December 31, 2020
Jika anda sedang memasuki zaman tua ditambah dengan Malaysia yang semakin menua rakyatnya, buku amat wajar dibaca.

Buku ini membolehkan anda menyelami psikologi, cara berfikir, perangai dan tabiat orang tua.

Kalau anda masih muda, mungkin anda sedang berurusan dengan orang tua termasuk ibu bapa dan kalau umur panjang anda berpeluang jadi tua.

Tukya merupakan orang tua sebagai watak utama. Mengapa tidak jadikan isterinya, Besah sebagai watak utama?

Mungkin, lelaki tua itu lebih menarik dan lebih cerewet personalitinya. Lelaki tua juga yang sering perasan masih muda berbanding wanita tua.

Malah, Besah pernah 'perlecehkan' suaminya yang enggan mengaku sudah tua.

Ada baiknya selepas membaca buku, ditelaah karya terjemahan oleh Aiman Mahmud yang berjudul, Semakin Tua Semakin Mulia.

Almarhum Azizi Hj Abdullah selain berjaya membina dunia orang tua, turut berjaya membina dunia orang kampung yang sering masuk ke rimba.

Selain itu, beliau berjaya menimbulkan kesan dramatik sewaktu berlakunya musibah terhadap Tukya seperti dihempap batang cengal.

Anda akan dapat rasai nilai cinta agung buat pasangan lama Tukya-Besah. Cinta agung itu bukanlah begitu muluk dilihat dalam Instagram dan Tik Tok.
1 review
Read
May 12, 2010
buku kini kegemaran saya di zaman sekolah menengah.....
Profile Image for Laili.
69 reviews20 followers
March 25, 2011
those 3 hours i spent to finished the book is worth it. tak rasa rugi walaupun semalam terpaksa sacrifice masa study.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
July 15, 2013
Setiap kali pulang ke kampung in-laws dan terpandang Gunung Bongsu, Selama Kedah/Perak - setiap kali itulah teringatkan watak Tukya dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
May 31, 2021
Sedih, mengapa akhirnya begitu.
Kesian dengan Besah.
Kesian juga dengan Tukya.
Profile Image for Faiz • فائز.
361 reviews3 followers
June 9, 2024
Mengambil latar belakang kaki gunung bagi membenarkan cerita berkembang, saya merasakan bahawa inilah kekuatan sang penulis dalam karyanya ini. Beliau berjaya menyusur ke setiap ceruk hutan menerusi pengetahuannya yang begitu luas berkenaan alam. Banyak nama-nama tumbuhan baharu yang sempat dikutip sepanjang penceritaan.

Selebihnya, saya merasakan karya ini tiada manfaat. Entah apa yang cuba dibawa oleh penulis melalui karya ini.

Yang terlihat hanya seorang orang tua yang berdendam, kurang menggunakan akal, percaya kepada hari tertentu yang mengandungi sial, terburu-buru dalam berbuat keputusan, ego yang terlalu tebal, tidak menghargai bantuan dan sifat-sifat buruk yang lain.

Lebih tragis, karya ini menjadikan tragedi sebagai puncak dan pengakhiran kisah. Pengamalan tragedi (merujuk kepada falsafah drama, bukan tragedi yang difahami sebagai seni) sering diangkat oleh Yunani Kuno dan semakin berkembang di Barat, seperti yang dilihat dalam karya-karyanya Shakespeare.

Tujuan mengetengahkan tragedi dalam drama mereka (seperti yang dilakukan di Barat) adalah untuk menghasilkan tautan emosi para penonton, dan saya mengira bahawa barangkali penulis juga cuba melakukan hal yang sama.

Pandangan saya ini lahir apabila saya mengamati ulasan pembaca yang lain. Saya tidak menemukan sebarang kekuatan lain dalam karya penulis, melainkan emosi yang berjaya mengundang air mata.

Mungkin! Mungkin sahaja karya beliau tidak menepati cita rasa saya, atau mungkin karya ini benar-benar hanya sebuah karya kreatif yang biasa.

Ini merupakan karya pertama penulis yang saya baca. Walaupun mengecewakan, ia tidak akan menghalang saya membaca karya-karya kreatif beliau yang lain.
Profile Image for Amirah Husna.
24 reviews3 followers
June 9, 2024
Di bacaan awal, saya sungguh merasakan jalan ceritanya terlalu lambat dan tiada perkembangan. Watak yang saya rasa "mendamaikan" jiwa hanyalah watak Besah dan Lamin. Sifat Tukya yang boleh saya katakan sebagai seorang tua yang sangat keras kepala dan degil, berjaya menjengkelkan saya. Ada tiga situasi dimana saya tertanya-tanya apa yang cuba disampaikan oleh penulis kerana kebencian yang dizahirkan seperti tiada keperluannya dan mengapa perkara itu yang harus disampaikan kepada pembaca?

Penulis juga tidak menerangkan apa sebenarnya yang menyebabkan Fikri menjadi sebagai seorang kacang yang lupakan kulit -- adakah kerana isterinya Fatimah, perasaan malu akan kehidupan daif orang tuanya, jengkel terhadap perangai ayahnya sendiri atau apa? Juga kelancangan Farid yang terlalu biadap sebagai seorang anak kecil, saya merasakan seperti ada lompong pada jalan cerita yang tidak dinaratifkan sepenuhnya.

Penulis berkongsi pelbagai jenis tumbuhan di dalam hutan, bahasa-bahasa lama yang saya sendiri tidak pernah mendengarnya tapi saya merasakan itu adalah satu perkara yang bermanfaat walaupun saya tidak pasti samada I'll ever used/experienced anything related.

Penulis menerapkan konsep keesaan Ilahi sebagai Tuhan pencipta sekalian alam, dan bagaimana Tukya serta Besah mempunyai tingkat kesyukuran yang baik walaupun hidup di dalam keadaan yang sangat daif.

Jalan cerita kehidupan Tukya sebagai watak utama di dalam buku ini bagi saya tiada plot, hanya kejengkelan dan tanda tanya yang tiada jawapan. Saya berterima kasih untuk ilmu penulis berkenaan dengan hutan rimba, at least now I know how cengal actually looks like.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for NORHASLIN.
1 review2 followers
August 8, 2016
Kisah Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Haji Abdullah, merupakan sebuah karya penulisan yang begitu terkesan kepada golongan pembaca yang menghayati kehidupan Tukya & Nek Besah di kaki Gunung Bongsu. Corak kehidupan suami isteri yang telah dimamah usia, dalam suasana rimba hutan yang serba kekurangan, jauh dari kemudahan/prasarana tetap memberi kesan keindahan, kedamaian, keselesaan dan ketenangan kepada para pembaca. Pembaca seolah-olah dapat merasai sendiri pengalaman Tukya, Nek Besah dan juga cucu mereka, Lamin yang gemar menghabiskan cuti sekolah di kaki Gunung Bongsu bersama-sama Atuk & Neneknya. Karya yang sarat pengajaran peradaban & kemanusiaan ini, membuatkan pembaca tidak akan jemu untuk mengulangi pembacaan pada bila-bila masa meskipun telah selesai pembacaan tentang kesudahan kisah Tukya & Nek Besah penghuni setia kaki Gunung Bongsu ini.

Pembaca perlu mencari moral & pengajaran yang disampaikan oleh penulis disebalik penghayatan kisah Tukya & Nek Besah melalui liku-liku kehidupan dan ketuaan mereka selama menghuni di alam rimba Gunung Bongsu. Buku ini adalah sebuah karya kehidupan & alam semulajadi yang terlalu besar intipatinya melalui kisah Tukya, Nek Besah, penduduk sekitar dan alam rimba Gunung Bongsu.

Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
June 18, 2017
novel ini sangat mendalam ...

sungguh kuat orang tua ini .. untuk membuktikan bahawa dia belum tua, masih kuat, masih mampu membuat kerja-kerja berat ..

cucu kesayangan Lamin mengikut jejak langkah orang tua ini, mencintai keindahan alam dan menghargai alam walaupun masih kecil. namun, kenapa anak darah daging seolah membenci semua ini? lahir, besar dan di sekolah di kaki gunung. hina sangatkah?

maruah tercabar, sindir terasa berbisa mendalam ... orang tua ini cuba membukti dia mampu menumbangkan pokok cengal batu untuk dijadikan rumah. menggantikan apa yang rosak. dimulakan bismillah ... orang tua ini memulakan takukan dengan takukan ..

namun pengakhiran ... orang tua ini dikalahkan dengan nasib yang malang ... dia kalah ... apakah dengan kekalahan dia ini mampu membuka mata anak, menantu dan cucu-cucunya ...? mungkin ya mungkin tidak ... yang pasti si isteri seorang tua tidak akan meninggalkan orang tua ini ... semangat dan kasih sayang tidak akan dilupakan.

Displaying 1 - 30 of 75 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.