nafsu amarah yang keterlaluan itu sifatnya syaitan
FEEZA berjaya membuat kita ikut rasa geram bersama Ila. Jom Grrr... Geramnya! dan ketawa dengan gelagatnya.
Senario 1:
“Gaji awak naik berapa?”
“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.
Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.
“Tahulah sikit. Tapi berapa?” tanyaku lagi.
“Lima belas peratus aje.” Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.
“Apa???”
Senario 2:
Selepas sejam aku keluar ke ruang menunggu untuk bertanya. “Lama lagi ke?” Grrr... aku menahan marah.
“Oh, maaf. Mr Mai masih di KL,” jawab Fiona.
Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr Mai sudah sampai.”
Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.
Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr.... Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.
Suatu hari...
“Helo, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Kerja di mana?”
Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.
“Maaf, saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu!
Mula-mula sekali, novel ini tidak akan sesekali hamba sarankan untuk dibaca oleh orang-orang yang sememangnya kekurang vitamin sabar dan kelebihan hormon baran. Lebih kurang 80% kandungan awal novel ini bisa membuat golongan yang hamba sebutkan tadi dikhuatiri hilang pedoman. (Hamba sambung 'hujah' yang ini sebenar lagi)
Hamba akui, banyak soal persoalan dan isu yang dibangkitkan oleh penulis (Feeza) melalui watak Sheila dalam novel ini sememangnya realistik, relevan dan tentunya benar. Namun, hamba fikir cara penulis mengolah dan mengembangkan isu-isu itu dengan ayat yang bikin kesabaran bergoncang agak mengganggu (mungkin kerana hamba belum cukup vitamin sabar dalam diri - fuh! kesedarankah namanya ini?).
Bermula dengan tak puas hati. Bersambung dengan grrr.... Dan, berakhir dengan marah dan tengking-tengkingan. Hamba jadi tidak berkenan dengan watak utamanya, Sheila yang menjadikan tiga perkara ini rutin hidupnya. Memanglah wajar untuk dia tidak berpuas hati dengan perkara-perkara yang tidak memuaskan hatinya itu tetapi adalah sangat tidak wajar untuk menyusulinya dengan tindakan yang tidak wajar pula. Membeli sepuluh buku sabun dan melemparkan kepada penjaga kaunter stesen minyak adalah sangat TIDAK wajar hanya kerana stesen itu tidak meletakkan sabun di tandas.
(Ini sambungan hujah yang hamba sebutkan awal tadi dan juga sebab kenapa hamba kurangkan bintang untuk novel ni). 80% cerita tentang watak utama yang senang tidak berpuas hati tentang banyak perkara, kurang sabar dan cepat marah serta cerita bagaimana dia seolah-olah cuba 'me-relevan-kan' semua sikapnya itu adalah kaedah yang tidak wajar untuk mendidik minda pembaca ke arah positif. Ini kerana tidak semua pembaca boleh menerimanya dengan cara yang betul. Paling tidak, penulis perlulah membekalkan keseimbangan antara 'zaman gelap' dan 'zaman terang' watak utamanya itu agar pembaca diberi lebih ruang dan waktu untuk memahami akan pengajaran yang ingin disampaikannya.
p.s Silalah skip buku ini sekiranya anda hanya minat membaca kisah cinta semata-mata dalam sesebuah novel. Kisah cinta bukan tema utama novel Grrr... Geramnya tulisan Feeza ini (baca tajuk pun sudah tahu). Namun, bagi hamba ayat di bawah sudah cukup buat hamba puas hati dengan kisah cinta 'seciput' yang diselitkan dan lagipun inilah kelainan yang hamba cari sedang hamba cuba berehat sebentar dari membaca ayat-ayat cinta berlebihan (yang boleh jadi lebih-lebih) tu semua. Hehehe...
Ini ayat yang buat hamba senyum macam dah berpantang senyum setengah tahun (hehehe): "Lagipun kita dalam kapal yang sama, kemaruk nak kahwin."
Takziah kepada keluarga Feeza, penulis Grrr... Geramnya dan Bila Mama Pakai Celana atas pemergian Feeza (Hafizah Gumbek) ke rahmatullah petang 15-08-2015. Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya. Al-Fatihah.
Antara novel terbaik dari JS yang aku pernah baca. Menceritakan mengenai seorang wanita yang kerap marah2 dan merungut sama ada dalam hati, kata2nya dan perlakuannya. Cerita ini mengajar aku tentang kawalan emosi, rasa marah dan ianya dekat dengan aku. Penulisan yang baik!
Tak sangka pula dengan sikap geram boleh dijadikan penggerak utama dalam sesebuah cerita. Nothing is impossible right? hehe2 Buah tangan pertama penulis baru ini membawa dimensi yang lain kepada para pembacanya. Sedikit lari daripada cerita cinta yang berlambak di pasaran, jadi pada mereka yang inginkan sesuatu yang santai boleh cuba membaca novel ini.
Sheila [Ila] mungkin gadis biasa. Workaholic, pandai cari duit, hormat pada ibu bapa tetapi ada satu masalah. Dia cepat marah, mudah geram. Tak salah kalau dikatakan yang marah dan geram itu umpama teman akrabnya. Salah sikit pun boleh mendatangkan amarahnya. Bahaya!
Disebabkan rasa marah dan geramnya dia buat keputusan melulu. Misalnya ketika kenaikan gajinya yang kurang 5% daripada kakitangan lain dan dia tidak dipilih untuk mengikuti kursus di Taiwan, dia tak senang duduk. Gagal mengawal rasa geramnya, dia menulis surat berhenti kerja. Datang pula si penyibuk Chan, terus saja Chan berikan suratnya kepada majikan. Malu untuk berpatah balik, Ila meneruskan jua langkahnya walaupun ada rasa terkilan.
Mungkin dengan adanya sedikit pun sikap sabar, Ila pastinya tak perlu bertindak sedemikian. Tetapi apakan daya, dah terlajak perahu. Cerita selanjutnya juga berkisar tentang Ila dan geramnya. Melalui daripada satu temuduga ke satu temuduga, bertemu teman-temannya, menghabiskan masa ‘cuti’nya, ada saja episod Ila dengan marah dan geramnya. Nampaknya memang Ila gagal dalam mengawal rasanya yang satu itu.
Nak tahu kesudahan Ila dan geramnya? Kena bacalah. Lagipun pasti nak tahu samada Ila berjaya mendapatkan kerja yang lain atau tidak.
Cerita yang diolah melalui kata ganti ‘aku’ ini memang mudah saja dihadam. Dan aku tertarik dengan satu bahagian di mana mak Ila yang meminta Ila menuliskan list kesemua ahli keluarga yang pulang menziarahi Pak Longnya. Kemudian maknya meminta Ila mengirimkan pada abang dan kakaknya yang gagal pulang. Cara baik untuk mengingati anak sendiri. Tak perlu marah-marah atau membebel. Baguskan mak Ila tu?
Cerita ini memang ringan dan santai. Tetapi ada juga nasihat yang terselit. Mengajak anda berfikir semula. Marah dan geram, berapa dekatkah anda dengan ‘mereka’?