Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.
Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.
Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang dari mereka?
Cetakan Pertama : September 2011 Cetakan Kedua : Februari 2012 Cetakan Ketiga : November 2012 Cetakan Keempat : Mac 2013 Cetakan Kelima : Mei 2013 Cetakan Keenam : September 2013 Cetakan Ketujuh : Januari 2014 -
Gina Yap Lai Yoong is an author of five published Malay novels - Eksperimen Cinta, Ngeri, Mangsa, Serangkai Hidup, and Obsesi - all of which are available in major bookstores in Malaysia and Google Play Store. Her bestsellers - Ngeri and Mangsa - have gone through multiple re-prints since its release. Her English debut - A Writer's Journey - was published in March 2016. Her latest published book is entitled Wak Linggi. She is currently working on two other manuscripts.
Occasionally, Gina would attend book fairs and literary events to meet up with fellow writers and readers. She enjoys discussing stories with her readers. She also enjoys sharing her writing journey with aspiring writers to help inspire them to start writing. Over the past few years, Gina has journeyed with some of the aspiring writers she met, encouraging and mentoring them to write the book they have always wanted to write. Her passion for writing is contagious.
In 2012, her writing journey was featured in an art installation entitled “Trails of Light” in conjunction with the Georgetown Festival in Penang. Gina was also one of the 10 selected young Malaysian writers who were sent to London for a writing expedition in 2013.
Though she is camera-shy, Gina has been featured on various breakfast shows on national TV where she has shared her writing journey and talked about novel writing. She was also one of the panellists at the Cooler Lumpur Festival 2013, a forum discussion entitled “New Malay Literature: e Changing Face of the Malay Author”.
Gina was recently elected the President of Malaysian Writers Society (2016 - 2018).
Aku baca kisah ini dalam masa tak sampai 3 jam. Laju kan? kih5
Jujurnya dalam menghadam buku-buku keluaran Fixi, aku rasa ini novel pertama Fixi yang sudah boleh diagak jalan ceritanya. Jalan cerita yang terlalu biasa, macam cerita-cerita di kaca televisyen. Walaupun masih boleh diterima dan dibaca tetapi membaca novel ini tak begitu memuaskan. Ada lompong-lompong yang harusnya dibaiki.
Kisah tiga sahabat; Samuel, Rehan dan Joanne yang dalam dilema bila proposal mereka ditolak oleh Prof. Bazri. Mereka bertiga ni adalah pelajar jurusan perfileman dan salah satu assignment berkumpulan adalah menyiapkan skrip yang bagus dan lengkap. Tetapi masalah timbul bila skrip mereka asyik ditolak oleh Prof. Bazri. Bukan sekali tetapi sudah masuk 4 kali. Bengang dibuatnya. Namun apa yang menarik perhatian adalah skrip yang ditulis sendiri oleh Samuel [skrip pertama ditulis oleh Rehan & Joanne] telah menjadi kenyataan. Bikin Malaysia gempar dengan cerita-cerita pembunuhan kejam.
Skrip berjudul – Pembunuh Ais Beku, Pencinta Pinocchio, Harta Karun Manusia dan Terperangkap Dalam Rumah mempamerkan cara pembunuhan yang sememangnya work of complex art. Hanya orang yang psiko saja yang bisa mengatur kesemua itu. Tetapi sayangnya idea itu tidak dikembangkan dengan lebih jelas. Maksudku cara pembunuhannya tidak diperincikan. Sekiranya setiap babak ngeri itu diceritakan dan dikembangkan dengan lebih baik, aku percaya para pembacanya akan lebih berasa ngeri.
Begitu juga dengan punca sebenar pembunuhan ngeri yang berlaku. Aku tak nampak apa relevannya membunuh dengan bertujuan memuja hasil kerja orang lain yang dianggap brilliant. Atau apakah aku yang tak cukup relevan kerana tak dapat menerima motif pembunuhan mungkin boleh berpunca daripada apa-apa saja?
Twist tentang Leonard sudah boleh ditebak awal-awal lagi. Begitu juga dengan watak Rehan yang digambarkan sebagai innocent. Sayangnya penulis tidak memanupulasikan 2 watak ini dengan bijak. Kalau tidak, aku kira ia akan jadi lebih dahsyat.
Sedikit kecewa dengan novel ini yang tak cukup ngeri. Impak ‘ngeri’nya tidak sehebat kulit novelnya. Jika nak kisah pembunuhan yang lebih ngeri, aku pilih Candal
This book is really intense. Maybe because I don't usually read thriller/mystery novels, but this is good. I love the plot. Superb!
Reading it halfway, I already predicted who was it that did it all. I mean, come on, if you watch Criminal Minds too much, you would have guessed. But whoaaaa, the plot twist! It made my heart goes boom!
In my opinion, the language and characters of this book can be further improved but I love the book nevertheless. Can't wait to read the sequel!
Ngeri merupakan novel berbahasa Melayu pertama yang saya baca di mana penulisnya bukan seorang berbangsa Melayu. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian saya, penulisnya berjaya menyampaikan ceritanya dengan baik di dalam bahasa Melayu, bahasa yang digunakan di dalam novel. Tidak ubah seperti membaca sebuah novel yang ditulis oleh seorang penulis yang berbangsa Melayu. Tetapi, pada masa yang sama, terdapat juga beberapa keadaan di mana terdapat perkataan yang tidak sesuai dimasukkan di dalam ayat. Sila rujuk muka surat 205, perenggan kedua, baris ketujuh untuk memahami kenapa saya menyatakan sedemikian rupa. Boleh saya kategorikan Ngeri merupakan sebuah novel yang bergenrekan crime-thriller. Menariknya, jalan cerita banyak dipersembahkan bukan dihuraikan melalui penceritaan/naratif yang panjang lebar. Sebaliknya, melalui e-mel-e-mel dan salinan transkrip soal-siasat polis. Ini tidak bermakna jalan cerita menggunakan medium seperti yang dinyatakan di atas sahaja yang digunakan. Naratif yang secara tradisionalnya digunakan di dalam setiap novel masih ada. Apa yang saya boleh katakan mengenai novel Ngeri ini? Ada sesuatu yang tidak kena sepanjang proses pembacaan saya ke atas novel ini. Tidaklah membosankan, ceritanya masih menghiburkan saya. Cuma, ada rasa kekurangan. Terasa olahan ceritanya ‘kering’ dan tidak ‘dalam’. Plot-plot cerita tampak terlalu mudah dan ringkas, seolah-olah ada lompang yang boleh diisi. Perkembangan watak juga tidak begitu teliti. Ini ditambah pula dengan ketebalan buku ini yang hanya bermukasurat 231, menyebabkan penulisnya tidak dapat mencurahkan ideanya dengan menyeluruh dan banyak. Namun demikian, penamat cerita berjaya mengejutkan saya. Saya tidak menyangka bahawa watak tersebut juga terlibat! Saya masih tidak putus harapan. Saya akan meneruskan pembacaan saya dengan novel sambungan Ngeri, iaitu Mangsa. Mungkin jalan ceritanya lebih menarik dan mendebarkan.
My second book from FIXI (the first being Pecah) and it was good but not great. It doesn't claim to be anything more than a 'popcorn' novel but nevertheless the plot seems all too familiar in this era of "seen that, done that". Admittedly familiarity is a safe path to tread when it comes to crime thrillers but I couldn't help but feel a tad let down with Gina's FIXI debut. The denouement was expected and the 'surprise' twist ending was yawn inducing. Read the book and if you tell me you were shocked that the killer turned out to be that person then you need to read/watch some classic mysteries.
It didn't help that the author kept writing the words footages and settings (there's no need for an 's' for the plural of footage and setting). Once is a typo but every time? That's just bad grammar and poor proofreading.
Ngeri wasn't bad and I didn't feel I wasted my time and money reading it but at the same time I wouldn't recommend it to anyone other than someone new to the crime-thriller genre and is looking for something light to dip their toes in.
And I just realised I wrote a review of a Malay novel in English.
1. Dejavu sebab siri pembunuhan tu macam pernah baca atau tonton tapi tak pasti bila dan di mana. Siri Bones ke, CSI ke, NCIS ke, Criminal Mind ke, Numbers ke. Entah betul-betul lupa. Memandangkan tak ingat, saya bagi thumbs up untuk saya kira sebagai original.
2. Saya tak dapat teka siapa pelakunya sehingga ke akhir. Cuma saya boleh teka watak nan satu tu bukan pelakunya. Tak menepati profil.
3. Thumbs up untuk gabungan pelbagai bentuk penulisan. Ada emel, ada text sms/whatsapp maybe, ada juga perbualan telefon. Cuma tak ada keratan akhbar. Tapi kalau ada kang jadi macan Carrie pula.
4. Biasalah cerita walau genre apa pun kena selit sikit romance tu. Tapi si H dan h yang penulis cuba nak jodohkan ni tak sesuai la. Kenapa? Okay ada 5 orang yang tahu akan isi skrip dan kelima mereka ada potensi untuk jadikan skrip tu realiti. Tapi kenapa h asyik syak H je. Kenapa tak syak prof tu ke. So, setiakawan tu almost zero.
5. Siasatan polis dalam buku ni terasa hambar. Rasa macam tonton Gerak Khas. Seolah-olah polis datang, tengok sikit dan terus suruh tim forensik bawa mayat ke makmal. Takde pula digambarkan polis buat sesuatu selain dari berdiri atau duduk dan bincang kes tu. Kalau tak sebab emel maklumat skrip tu, mahu beku kes tu.
Bagaimana nak gambarkan novel ini ya...ceritanya seperti boleh di jangka....sesuatu yg unik & kreatif kerana penulis membuatkan ceritanya berjalan dengan paparan email & perbualan telefon...cuma sedikit tidak logik tatkala sesama detektif pun masih berhubung melalui email...walau bagaimanapun ia tidak lah mencacatkan penceritaan kisah Ngeri ini...tiada Bab cuma di ganti dengan Minggu bg mewakili setiap Bab...& klimaksnya memang tak di jangka bilamana penulis mendedahkan identiti rakan subahat pula...
Kisah yang di paparkan berkenaan 3 orang pelajar universiti yg membuat skrip untuk projek semester diaorang, & skrip2 tersebut kemudiannya menjadi kenyataan...masing2 sudah kelam kabut di sebabkan kejadian tersebut menggemparkan seluruh Malaysia..Pembunuh Ais Beku...Pencinta Pinocchio...Harta Karun Manusia....Terperangkap Dlm Rumah...
Novel ini tiada unsur2 lucah yg keterlaluan & masih boleh di layan...Novel ini tidak lah se Ngeri seperti tajuknya....
Oh bahasa malaysia. Ada susunan ayat yang mengelirukan, macam tak kena pun ada jugak. Tapi, pujian untuk penulis yang berani mencuba dan keseluruhan ayat memuaskan. Jalan cerita menarik, tapi dari awal lagi dah boleh agak siapa pelakunya. Rakan subahat tu tak terlintas.
Ngeri? Jika ditanya diri sendiri, tidaklah ngeri seperti yang diharapkan sebab tak sampai tahap terbayang-bayang, mahupun terngiang-ngiang. Apapun not bad, plotnya menarik, tidak membosankan, dan mampu pancing saya untuk baca selama tiga jam tanpa henti sehingga mengabaikan buku Islamic Banking Supervision. Duh.
Sebetulnya saya suka sangat dengan buku ini kerana menepati genre kesukaan saya iaitu misteri dan thriller. Mungkin kerana kurang misteri dan tak begitu thrill, maka dua bintang lagi jatuh berguguran. Pun begitu, saya tidak menjangkakan adanya rakan subahat di pengakhiran cerita, which is wow!
Menyedari latar belakang penulis yang merupakan seorang wanita berbangsa Cina, tahniah diucapkan kerana mampu menghasilkan sebuah novel Melayu yang menarik, walaupun ada beberapa perkataan/ayat yang seperti kurang sesuai penggunaannya di situ. However, still, this is more than good. Congrats Gina!
ekstrem,ngeri dan rasa giler.memang x akan ulang baca dah cerita ni.mula-mula dah agak Leo adalah dalangnya tapi tak sangka pula ada rakan subahat yang tidak dijangka,unsur suspen menjadi rasa seram pun ada ketika membacanya,dah tak leh nak tido malam ni nyesal je baca waktu malam
Ngeri tengok muka depan. But then bila dah habis baca, kengerian itu tak berapa terasa.
Kisah 3 orang sahabat, Samuel, Rehan dan Joanne, yang menghantar skrip mereka kepada Professor Bazri untuk dinilai, tetapi ditolak berkali-kali. Dalam itu juga, berlaku pembunuhan sama seperti yang diceritakan dalam skrip yang dihantar oleh mereka. Aku teringin gak nak baca macam mana dia bunuh mangsa-mangsa tu. Tapi just dapat baca bila mangsa dah dibunuh. Dalam erti kata lain, perincian masa diorang kene bunuh tu tak berapa ada la. Apa yang berlaku benar-benar mengejutkan mereka bertiga dan menganggap semua itu adalah kebetulan. Pembunuh sebenar itu sebenarnya berkomplot dengan salah seorang daripada mereka. Memang korang tak expect kot 'dia' tu sama-sama join shoot masa pembunuhan itu berlaku. The rest, korang try la baca ye. Cerita yang kita dapat agak dah ending dia. Tapi aku salute gak la sebab penulisnya kaum Cina. Kira okey kot dapat tulis buku dalam Malay. Syabas untuk beliau dan untuk aku kerana aku baca buku ni dah.
Masa memula aku baca Ngeri nie, aku x sangka la yang ianya akan se ngeri tajuknya.. Seriously kalo ko xle nak tahan, janganlah cuba-cuba nak baca.. Sebab bila ko dah start baca, ko memang xleh nak stop.. Cerita pasal pembunuhan dan ko xkan sangka siapa sebenarnya yg jadi pembunuh.. Seriously cite nie memang ngeri.. Endingnya pun sangat Ngeri..
Ngeri pada idea pembunuhan kejam tetapi ngeri lagi kepada si pelakunya yang kejam. Nasib baik penulis tak cerita detail saat-saat kematian setiap mangsa, ngeri nak baca
Agak lama aku mengambil kira pertimbangan untuk membaca NGERI ini. Kerana? Bagi orang yang takutkan kisah mistik dan thriller macam aku ni, NGERI memang mengerikan. Sebab, aku akan terbayang setiap kali berlakunya pembunuhan ngeri! Puas aku cuba untuk menghapuskan bayangan ngeri setiap kali berlakunya kejadian yang seram, ngeri, menyakitkan, seksa dan sewaktu dengannya.
Cumanya, aku kurang berkenan dengan tulisan perbualan telefon dan email dalam kotak-kotak tu. Agak memeningkan.
Dan juga, setiap kes bunuh itu tidak diterangkan secara terperinci.
Tapi, NGERI boleh dikatakan terbaik!
Jalan cerita yang mana, aku kira, memang kreatif habis la. Tanpa disangka-sangka orang mana yang terlibat sebenarnya. Tapi aku dah dapat agak siapa dalangnya bila melihat akan kesungguhan si pembantu profesor yang bersemangat komen tiap kali group Sam submit esaimen mereka.
Kisahnya, di mana setiap kumpulan harus menyiapkan filem pendek yang mana harus melalui 4 peringkat. Kumpulan Sam yang terdiri daripada Rehan, Sam dan Jo menghadapi masalah bilamana setiap kali menghantar skrip kepada Prof.Bazri untuk disemak, Prof akan menolak habis-habisan. Masakan tidak, bagi Prof, idea dari kumpulan mereka agak tidak masuk akal, tidak logik dan realistik.
Nak dijadikan cerita, kes pembunuhan pertama telah terjadi mengikut skrip pertama iaitu Pembunuh Ais Beku. Mangsa ialah, anak perempuan kepada si penjual burger yang Sam telah mengamuk pada satu malam.
Kes pembunuhan kedua ialah, Pencinta Pinocchio. Mangsa, Jack, si lawan Sam untuk perlumbaan haram. Kematian Jack memang mengerikan!
Dan, Prof.Bazri mulai curiga dengan kes-kes pembunuhan ini yang mana betul-betul mengikut skrip yang dihantar oleh kumpulan Sam. Masuk kes ketiga, sekali lagi sama dengan skrip Harta Karun Manusia. Badan mangsa dikerat-kerat dan disembunyikan di tempat yang berbeza.
Untuk skrip terakhir iaitu Terperangkap Dalam Rumah, sekali lagi Prof.Bazri menolak. Lantas Rehan menyumbang idea secara drastik iaitu menculik Prof.Bazri namun dilepaskan secara baik oleh Jo. Malangnya, sekali lagi Prof.Bazri diculik dan dijadikan bahan ujikaji mengikut skrip Terperangkap Dalam Rumah dan menemui ajal dengan cara yang sangat sadis.
Sam, Rehan dan Jo ditangkap polis. Lalu bagaimana mereka boleh terlepas? Jawapannya, ada di dalam NGERI! ;)
P/S; Aku kira, kalaulah kes-kes sedemikian betul-betul berlaku di Malaysia, mahunya geng-geng CSI Horatio, Mac Taylor datang sini tolong PDRM kita. Hahha.
First thing first, the writing is quite good. Not exceptional, but good nonetheless. They are easy to read and Miss Gina uses contemporary words that makes it very enjoyable to read. Miss Gina uses unconventional ways to get her story across; such as using telephone conversations, and emails to show how the plot goes from one event to another. I like her method as it makes the book a lot more fun. There is no extravagant or flowery words to describe the characters' feelings, the grim atmosphere or anything. But Gina still manages to preserve the disturbing atmosphere and delivers a quite chilling story.
Second thing is the plot. I mentioned that the plot is scary, but at some parts they are a bit funny and ridiculous. For once, I knew that it is ______ that commits all the murders, as he can be seen to be really interested with the rejected scripts. I mean, he is the ONLY one interested in the scripts, so it is like putting a large sign that says "HE'S THE ONE". However, there is a twist that I have never expected at the end of the story, and I think it is a nice one. I mean, who would have thought! All the murders scenes are nicely done. It seems Miss Gina knows how to create unique crime scenes and gory imagery.
Last thing is the characters of Ngeri. The three main characters- Joanne, Samuel and Rehan- are thought out pretty well. I like how Miss Gina presented them in contrast personalities; Samuel the hotheaded slacker and stubborn student as well as rude, Joanne the careful and playful one, and Rehan as the most composed and easy-going. I thought Miss Gina had done exceptionally good on Samuel by portraying his attitudes through his hateful comments, his taste for 'rempit' and also his procrastination by showing how he spends a huge amount of times on facebook games while neglecting his assignments. It is great that the author is using the principle of 'Show, don't tell' in her books, as this give more room for me to get invested with the characters using my own experiences with real life or imagining one. Some of the other characters are also great; like Hema, and Professor Bazri.
I would love to read more Fixi books now. I recommend this to anyone who would like to read anything Malay that is contemporary, have elements of 'pulp fiction' and interesting themes.
'Ngeri' membuka tirai perkenalan hamba dengan buku-buku keluaran FIXI dan buku ini kesuluruhannya tidaklah mengecewakan walaupun tidak juga terlalu mengujakan - sedang-sedang sahaja. Namun mungkin kerana hamba sudah lama tidak 'menjamah' buku bergenre begini makanya hamba agak menikmati sepanjang pembacaan.
'Ngeri' sejujurnya tidaklah seperti yang hamba harap-harapkan dari pertama kali membaca blurp buku ini di laman sesawang FIXI. Pada hamba buku ini terlalu straight to the point yang mana menjadikannya terlalu mudah hadam dan mudah jangka. Juga, sensasi thriller yang seharusnya dirasakan oleh pembaca hampir-hampir tidak ada langsung kerana pembaca tidak dibawa untuk berteka-teki lebih lama tentang siapa sang pembunuh dan motifnya.
Gaya bahasa dan cara penceritaan buku ini juga terlalu ringkas untuk jalan ceritanya. Hamba mengharap kisah pembunuhan di dalamnya diceritakan dengan lebih detail supaya perasaan ngeri itu boleh dirasakan sendiri oleh pembaca. Namun, hamba suka sedikit putaran cerita di bab akhir yang hamba kira mengubati sedikit kehampaan hamba tentang buku ini.
Keseluruhannya, seperti yang hamba katakan tadi, buku ini tidaklah mengecewakan dan tidak pula terlalu mengujakan. Namun, hakikat bahawa buku 100% berbahasa Melayu ini ditulis oleh seorang penulis bukan Melayu sudah cukup untuk membuat hamba memberi tiga bintang untuk 'Ngeri' - dua bintang untuk bukunya dan satu bintang untuk penulis, Gina Yap Lai Yoong.
p.s Membaca 'Ngeri' membuat hamba teringat pada Siri Hadi yang menjadi bahan bacaan fiksyen hamba di zaman sekolah rendah.
To be honest, I haven't pick up a Malay novel in recent years which made me wanna read beyond the 10th page but Ngeri was different. I picked it up based on a friend's recommendation and was pleasantly surprised.
Unlike the Malay novels I have encountered in the past, this one is not boring and it doesn’t go round the bush. If you like fast-paced, right-in-your-face style and gory plot, this is a good one. The language is very simple and straight forward but effective enough to bring home the point. Sometimes, simple is best and Ngeri perfected this style.
Plot wise, this is a murder mystery. Expect lots of gory scenes but readers are left with lots of space for imagination. So, if you are a reader with an active imagination, this one will keep you enthralled. There’s also a surprising twist in the end, which I will not reveal here.
Ngeri is the first book of a trilogy. I’m looking forward to reading Book 2 – Mangsa. Last but not least, kudos to author Gina Yap Lai Yoong for doing such a good job writing in Bahasa Malaysia.
Happy reading to anyone who hasn’t already pick up this book. :)
Dalam banyak-banyak buku Fixi, Ngeri adalah novel pertama Fixi yang saya sudah boleh agak jalan ceritanya dan dalangnya di awal pembacaan. Tak misteri, okey. Tak mencabar minda sepertimana novel Fixi yang lain. Terlalu mudah. Terlalu ringkas.
Mungkin kerana terlalu banyak novel, siri TV atau wayang yang bergenre thriller telah disogokkan, jalan cerita Ngeri jadi terlalu biasa, mediocre, bak kata omputih. Ya, masih boleh diterima, masih boleh dibaca, tapi pengalaman keseluruhan membaca novel ini tak begitu... memuaskan. Impak Ngeri tak sehebat impak kulitnya.
Saya lebih suka kalau plot-plot pembunuhan itu diceritakan dengan lebih terperinci. Baru menimbulkan rasa ngeri yang sebenar. Semacam kelam-kabut pun ada sebenarnya.
Kalau ada yang baru nak berjinak-jinak dengan novel thriller, mungkin boleh cuba membaca Ngeri. Jangan risau, tidur boleh tutup lampu lepas membaca.
First of all, thumb up untuk penulis. Kagum sangat walaupun berbangsa cina nmun hebat menulis dalam karya bahasa melayu. Saya pun tutup muka. Banyak dapat dipelajari dari segi gaya bahasa dan penulisannya. Tahniah!
ok... tentang NGERI ni, menarik jalan ceritanya, tapi certain part aku terpaksa skip sebab membosankan sedikit. Dan aku dapat teka dengan tepat siapa pembunuhnya tapi xsangka pula akhir cerita ada lagi seorang. Huhu...
Saspen, geram, seram dan ngeri berjaya dirasai. lebih-lebih lagi cara pembunuhannya. Bila dibayangkan terus rasa nak muntah.
Aku akan menghargai novel ni. Kenapa? Inilah novel FIXI pertama yang aku beli dan ia mendorong aku menulis! Idea buku ini hampir sama dengan idea yang pernah aku bentangkan untuk projek akhir diploma, malangnya direject pensyarah kerana ingatnya aku mahu buat filem HANTU! Sudah, aku tak nak panjang cerita, dalam review lagi panjang aku tulis, jom baca review aku. Eh! Jap, tahniah ya penulis. ^___^
Baca novel ni, buat aku membayangkan diri sedang menonton CSI pula. Kalau aku tak tahu nama penulisnya, sudah pasti aku sangka ianya ditulis oleh orang Melayu kita. Tahniah penulis, walaupun boleh dijangka jalan ceritanya namun gaya penceritaan yang baik, buat aku ingin habiskan pembacaan novel ini. Selepas ni nak baca MANGSA pula.
Buku ini tak sengeri mana tapi menarik untuk dibaca. Plot dan jalan penceritaan yang jelas dan penuh debaran. Saya suka kerana buku ini berjaya membuatkan saya tertanya-tanya tentang siapakah pembunuh sebenarnya sejak dari awal konflik bermula malah hingga ke penghujungnya. Wajar dibaca ramai. Dan saya tidak sabar menunggu untuk membaca buku seterusnya daripada beliau.
cerita yang menarik. satu bercubaan baik. cuma dalam pertengahan cerita sudah tahu siapa pembunuhnya. cara olahan kes bunuh tidak jelas. Tetapi yang tidak disangka Rehan (bersubahat).
Seperti menonton csi, criminal minds waktu aku membaca ngeri. Ye, agak sadis kpd mangsa. Apa apa pun tahniah kpd penulis, walau berbangsa cina karya berbahasa melayu beliau hebat. Keep up!
Jangkaan asal bagi sebuah cerita thriller sudah tentunya elemen saspens dan keinginan untuk mengetahui siapa dalangnya. Tapi dari awal dah dapat teka, jadi agak hilang keterujaan membaca. :( *nangis*