Jump to ratings and reviews
Rate this book

Melihat Tanah Air

Rate this book
Adapun buku kecil berjudul "Melihat tanahair" yang menceritakan perjalanan saya berkeliling-keliling Semenanjung Tanah Melayu dari hujung selatan ke hujung utara dan sebaliknya, merantau bahagian barat , tengah dan timur semenanjung, melalui jalanjalan raya dari barat ke timur dan dari timur ke barat berbalik selama tahun 1940-1941


~ Cikgu Ibrahim bin Haji Yaacob, seorang guru sekolah melayu lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim , perak.
Beliau telah dilahirkan di Kampung Kertau, sebuah kampung yang terkenal dalam daerah Temerloh, Pahang. A

97 pages, Paperback

First published January 1, 1941

5 people are currently reading
49 people want to read

About the author

Ibrahim Yaacob

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (63%)
4 stars
4 (21%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
May 21, 2025
SETERUK MANAKAH KEMUNDURAN NENEK MOYANG KITA DI TAHUN 1940AN DAHULU

Benarkah bangsa Melayu ini mundur dahulukala kerana mereka malas? Adakah itu faktor utamanya? Sejauh manakah kebenarannya?

Dakwaan & hakikat inilah yang cuba ditelusuri & diselami oleh penulis dalam catatan pengembaraan beliau dalam buku ini. Mengambil masa selama 2 tahun, sekitar tahun 1940-1941, untuk beliau mengelilingi serata Semenanjung Malaysia bagi tujuan ini. Ke serata pelosok & ceruk perkampungan, daerah & bandar, dengan pelbagai medium perhubungan darat & air, buat menyelidik sejauh manakah kebenaran tanggapan ini & hakikat realitinya.

Ibrahim Haji Yaakob (IBHY), seorang tokoh gerakan politik kiri negara. Beliau pengasas parti Kesatuan Melayu Muda (KMM), salah satu parti politik yang tumbuh ketika itu yang cuba memperjuangkan gerakan pembebasan negara dari belenggu penjajah. Era dimana kesedaran tempatan & semangat nasionalis mula perlahan-lahan bangkit bagi menuntut hak kemerdekaan negara kita ini dari cengkaman Inggeris.

Beliau juga pada ketika itu bekerja sebagai seorang wartawan akhbar. Dengan latarbelakang kerjayanya sebagai seorang bekas pendidik, sudah pasti besar hasrat hatinya untuk melihat nasib bangsa beliau sendiri, iaitu bangsa Melayu, terbela di tanah airnya sendiri.

Bab-bab awal buku ini menceritakan sekilas sejarah ringkas bagaimana penjajah masuk ke Tanah Melayu dari zaman Kejatuhan Empayar Kesultanan Melaka pada zaman 1500an dahulu hingga ke abad terkini 1900an. Apakah faktor & motif mereka. Bagaimana kedudukan strategik Tanah Melayu yang umpama kunci pintu kawasan Asia Selatan, serta kekayaan hasil buminya sangat mengiurkan mereka dari luar sana.

Bab kemudiannya memperihalkan bagaimana Inggeris menjalankan corak pemerintahan mereka di serata Semenanjung dengan bantuan penguasa tempatan mahupun lantikan mereka. Bab yang lebih teknikal namun menjelaskan. Bagaimana lainnya corak pemerintahan di Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Bersekutu serta Negeri-negeri Tidak Bersekutu, namun tetap dengan tujuan yang sama, iaitu untuk mengawal.

Bagaimana akhirnya dari corak pemerintahan ini secara langsungnya dasar 'Pecah & Perintah' mereka terlaksana di Tanah Melayu. Bagaimana setiap bangsa diasingkan mengikut kawasan tumpuan & penempatan berdasarkan perusahaan ekonomi & kekuatan mereka masing-masing.

Berikutnya barulah dapat kita selami hasil pemerhatian penulis dari pengembaraan panjang beliau bergaul dengan golongan Raja, pemerintah & rakyat marhaen, serta menemubual, memerhati & meneliti corak kehidupan masyarakat setempat di setiap kawasan yang beliau singgah. Bab yang memang memeritkan & membuka mata.

Penulis ada juga menukilkan sekilas mengenai impian & rancangan gagasan Melayu Raya beliau & rakan politik yang berideologi sama pada ketika itu. Berinspirasikan kepada cita-cita besar gagasan Nusantara Raya yang berpusat di Indonesia yang pada ketika itu hebat dicanang & diperkatakan buat melepaskan rantau kita dari belenggu penjajahan. Bagaimana beliau mengimpikan satu semangat serantau Melayu Raya di bahagian dunia ini. Bagaimana perlunya kita wujud sebagai satu negara bangsa. Satu entiti di bawah satu bumbung di rantau ini.

Walaupun dengan laras penulisan yang berhati-hati, tidak terlampau jelas & keras, dan boleh dikira dengan berbahasa lunak juga, dapat juga dikesan isi hati penulis secara umumnya. Segala perasaan sedih, terkilan, geram dan banyak lagi. Tiada siapa yang ingin melihat bangsanya tertindas di dalam tanah airnya sendiri. Umpama ayam mati kelaparan di kepuk padi bak kata penulis.

Benar juga seperti sungutan beliau 30 tahun kemudiaannya selepas buku ini diterbitkan, bahawa catatan ini tidaklah terlalu mendalam isinya ketika ianya dihasilkan. Hanya menceritakan dasar permukaannya saja, bukannya penelitian terperinci & kajian secara mendalam. Hanya pandangan kasar penulis sepanjang kembara itu.

Namun apa yang penting bak kata Pak Sako, masih perlu adanya catatan sejarah dari era itu buat teladan generasi kini, biarpun betapa tidak lengkapnya. Yang penting ada didokumenkan buat tatapan & tauladan generasi anak bangsa seterusnya kini. Belajar dari sejarah. Jangan diulang sejarah.

Pengajaran besar yang saya pelajari secara peribadi dari buku ini; bahawa perlu adanya kesatuan, komuniti dalam mengerjakan sesuatu jika ingin melihat bangsa kita bergerak maju seiring dengan bangsa lain, walaupun dalam negara sendiri. Tidak kira dalam bidang perniagaan dan ekonomi, apatah lagi politik & kenegaraan. Bergerak sendirian tidak akan kekal lama. Lambat laun akan malap, runtuh juga.

Selepas hampir 1 abad buku ini ditulis (1940-2040), harapnya penulis dapatlah tersenyum lebar dengan prestasi bangsanya kini, walaupun beliau telah pun lama tiada untuk menyaksikannya. Belum lagi mencapai tahap maksimum kegemilangannya, banyak lagi kerja yang perlu dibuat, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Namun apa yang pasti, nasib bangsanya kini jauh lebih baik dari di tahun 1940an dahulu pra-merdeka. Banyak yang telah kita pelajari & kecapi semenjak itu.

Kita terus bergerak sama ya semua bangsa, membangunkan negara ini, yang kini telahpun menjadi tanah air kita bersama. Membangun bersama kini sebagai satu bangsa baru, bangsa Malaysia.

Kerana walaupun kita semua berbeza, namun kita tetap sama, tetap satu 😊



Nota kaki;

Bahasa Melayu klasik yang menarik perhatian,
1. Bercempera = berpecah-belah
2. Suluh dan sulur = perisikan



PESANAN
Boleh dapatkan buku ini dari kedai saya, Pangkin Bandar Hilir, jika berminat. Boleh mesej saya dahulu 😊
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews172 followers
June 2, 2024
Buku ini dikarang oleh anak kelahiran Pahang, Ibrahim Yaacob (wartawan & Pengasas KMM) pada 1941 saat usia beliau sekitar 30 tahun. Ibrahim Yaacob mencoretkan kisah pengembaraan beliau ke seluruh Semenanjung baik dari Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka & Pulau Pinang), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, N. Sembilan & Pahang) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Terengganu & Johor).

Hasil penelitian beliau, beliau menolak tuduhan yang dibawa oleh sang kolonial bahawa punca Melayu itu miskin dan hina adalah kerana “Melayu itu bersifat malas”. Tuduhan ini juga turut disokong oleh sebahagian besar golongan pemimpin Melayu dalam mesyuarat persatuan-persatuan Kesatuan Melayu Semenanjung Tanah Melayu di Singapura pada Disember 1940.

Kata penulis, mana mungkin Melayu itu malas sedangkan para nelayan bangun pada waktu dinihari, membawa bekal nasi, turun ke laut dengan perahunya. Jika nasib baik, pulanglah ke pantai pukul 3-4 petang. Kadang-kadang, sampai senjakala ataupun malam. Mereka menggadaikan nyawa kerana sesuap pagi dan sesuap petang. Isteri dan anak-anak di rumah pula dari awal Subuh lagi memupui (menggulung) benang, membubui (memperbaiki) pukat, jaring dan alat-alat lainnya. Apabila petang, menanti suami membawa ikan untuk jualan kepada tauke-tauke Cina yang sudah memajaknya terlebih dahulu dengan wangnya untuk pembelian rumah.

Menurut Ibrahim Yaacob, punca kemundurun ini berakar daripada perpecahan orang Melayu selama lebih dari 400 tahun sejak dari keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 10 Julai 1511, ketiadaan pemimpin yang menyatukan perpecahan ini sehinggalah kepada kemasukan sistem penjajahan Barat yang memperkenalkan dasar pecah dan perintah (“divide and rule”) yang mengakibatkan khazanah tanah air dipecah kepada 12 negeri kecil lalu dieksploit oleh pemodal luar, diikuti pula dengan dasar pintu terbuka (“open door policy”) yang telah “membuka” perbendaharaan Negeri Melayu ini kepada pemodal-pemodal luar atas nama memajukan negeri demi mengejar pasaran bebas secepat mungkin.

Hal ini bertambah buruk apabila bangsa Melayu tidak mengerti cara-cara pentadbiran modal (financial administration) dan gagal memahami muslihat orang luar. Maka, modal-modal besar berbilion-bilion, perkakas-perkakas baharu yang tidak pernah ditengok oleh orang Melayu dan alatan cara baharu dibawa masuk tanpa syarat perlindungan dan pengawasan, lalu masyarakat Melayu hilang punca pendapatan melalui peluang pekerjaan yang mustahak ini dan tanah-tanah yang mengandungi bijih ini dijual kepada pemodal luar kerana anak-anak negeri tidak lagi melakukan perusahaan ini dengan tulang urat mereka sendiri seperti dahulukala. Orang Melayu akhirnya ibarat ayam mati kelaparan di dalam kepuk sendiri.

Melalui Dasar Pintu Terbuka yang disusun oleh pemerintahan British ini, hasil mahsul negeri-negeri Melayu ini telah “dibuka” terutamanya di bahagian Barat Semenanjung dek kerana kedudukannya yang menjadi kunci politik di Lautan Pasifik dan kunci Laut Selatan Asia selain kesuburan tanah dan kekayaan sumber bumi. Singapura dan Pulau Pinang menjadi pusat pelabuhan “terbuka” bagi kapal yang berlayar menempuh Selat Melaka lalu pegawai Syarikat Perniagaan British (British East Indian Company) semisal Francis Light, Raffles dan Farquar membawa masuk modal tenaga dari luar pada abad ke-18 & 19.

Apabila Singapura bertambah maju sebagai pusat pelabuhan dan perdagangan, jalan kereta api dibina sehingga Utara Semenanjung Tanah Melayu yang melalui negeri-negeri di Pantai Barat Tanah Melayu lalu landasan ini merupakan anak kunci yang “membuka” peti khazanah kekayaan Tanah Melayu. Orang Melayu berasa sedih dan hiba memikirkan apabila semakin luas negerinya dibuka, semakin terdesak kehidupan mereka. Hal ini kerana, pada hakikatnya, iktisad negeri di Pantai Barat Tanah Melayu digenggam oleh orang luar. Orang Melayu sekadar menumpang hidup kepada ekonomi dan pasar perniagaan orang asing sahaja.

Menariknya, Ibrahim Yaacob melihat bahawa negeri-negeri di Pantai Timur Tanah Melayu merupakan negeri yang “bertuah” kerana tanah-tanahnya masih belum “terbuka” seolah-olah menantikan daya-upaya dan tenaga umat Melayu sendiri (bukannya modal-modal luar) sekiranya orang Melayu itu sedar dan mula bangkit.

Buku enak ini sangatlah sesuai dibaca bersekali dengan “The Myth of the Lazy Native” oleh Syed Hussein Alatas dan kebanyakan karya-karya Za’ba dan Ungku Aziz terutamanya Jejak-jejak di Pantai Zaman dan Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan bagi memahami dengan lebih baik lagi kanvas sejarah dan sosiopolitik tanah air yang masih melanda umat Melayu sehingga ke hari ini.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
August 25, 2024
IBHY meninggalkan jawatan pengarang di akhbar Majlis untuk mengelilingi Malaya supaya dapat melihat sendiri keadaan orang Melayu ketika itu yang dipanggilnya orang-orang saya. Beliau sebgai wartawan dan bekas guru terdidik dan terpanggil untuk menyatukan orang Melayu dalam kesatuan supaya dapat bangkit dalam politik dan ekonominya. Beliau sentiasa positif bahawa orang Melayu akan bangkit suatu hari nanti dan hanya menantikan pemimpin yang sesuai untuk memimpin mereka. Kemasukkan kaum pemodal dan buruh asing telah menyebabkan ekonomi dan perusahaan orang Melayu mundur dan terpinggir kerana tidak biasa dengan ekonomi pemodal yang maju itu. Banyak kemahiran orang-orang Melayu hapus dengan beransur-ansur akibat kedatangan kaum pemodal dan buruh asing yang mengambil alih tempat mereka. Dalam buku ini ada dinyatakan corak pentadbiran setiap negeri berpandukan badan majlis setiap negeri. Dari sinilah asas ahli dewan undangan negeri yang ada ketika ini. Negeri yang agak bebas sedikit dari pengaruh penjajah Inggeris adalah Kedah dan juga perlis kerana masih diperintah secara autoktatik. Di Terengganu rajanya masih disembah pembesar yang bersila bila memberitahu keputusan majlis kepada sultan untuk pengesahan. Bagi IBHY negeri yang paling cantik adalah Perlis. Di Perlis kaum pemodal agak terkawal kerana ada bahagian-bahagian tertentu tidak dibenarkan aktiviti galian kerana menjaga keadaan tanah sekelilingnya. IBHY agak marah dan tidak setuju dengan penjajah yang senang menyebit orang Melayu malas. Bagi beliau keadaan pemerintah yang membiarkan kaum pemodal dan buruh asing menguasai ekonomi tempatan telah memundurkan Orang Melayu yang secara hakikatnya keluar pagi untuk berladang, menoreh getah dan turun ke laut untuk mencari ikan. Dalam buku ini IBHY nampaknya ada kedudukan hubungan yang agak baik dengan golongan raja-raja dan bangsawan. Terdapat juga bantuan sesama mereka terhadapa IBHY. Ini menolak terus bahawa golongan itu tidak mempedulikan apa-apa gerakan yang ada malah mereka juga ada yang berusaha untuk mengangkat martabat ekonomi orang Melayu. IBHY juga secara sinis memperli kerajaan British adalah kerajaan yang adil dan meminta meteka memberi naungan yang betul.
Profile Image for Izzat Isa.
417 reviews50 followers
July 5, 2024
Saya membaca buku ini melalui edisi terkini (2024) terbitan Wacana. Sangat menarik dan berpuas hati kerana dapat membaca sendiri pandangan dan kegusaran seorang yang bernama Ibrahim Haji Yaacob (IBHY). Beliau merupakan seorang tokoh penting, seorang yang berani, yang menzahirkan penentangan penjajah dan pejuang kemerdekaan watan kita. Usai membacanya, saya mengakui buku ini sememangnya memberikan kesedaran awam pada waktu itu (dan kini) apatah lagi ditulis dan diterbitkan sebelum zaman perang. Maka, tidak pelik jika buku ini diharamkan oleh pemerintah penjajah. Bacaan yang sangat berbaloi.
Profile Image for ' Syamil.
238 reviews6 followers
Read
July 28, 2025
Seorang pelopor laungan merdeka dan pertubuhan politik dalam Melayu yang berkongsi sejarah sosio ekonomi orang Melayu pada zamannya. Sambil melihat tanah air sambil dia berusaha mengangkat martabat anak bangsanya.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.