Jump to ratings and reviews
Rate this book

Iga

Rate this book
Iga berusaha menemukan makna 'kesepian dan kesunyian' manusia dalam hiruk-pikuk percaturan hidup. Ia mencuba myelusur kembali ke akar - ingin mengecap nikmat daripada makna 'kesepian dan kesunyian' itu. Dalam Iga, manusia diyakini berasal daripada 'kesepian dan kesunyian', maka tidak seharusnya ia takut atau bimbang untuk kembali kepada 'kesepian dan kesunyian' itu sendiri kerana memang di situlah bermula akarnya.

Daripada 'kesepian dan kesunyian' itulah, Maha Pencipta mencipta penawar 'sepi dan sunyi' daripada tulang rusuk (iga0 manusia pertama. Daripada Iga, manusia menemui 'keriuhan' di dalam dan di luar dirinya. Keriuhan itu senantiasa berkembang dalam keanekaragaman warna hidup - dalam hubungan sesama manusia, hubungan dnegan Penciptanya, hubungan dengan seluruh hidup dan kehidupannya, kerana 'keriuhan' itulah juga kadangkala ia lupa pada akarnya. Iga jauh sekali daripada kecenderungan untuk membicarakan soal moral yang muluk - yang kadangkala itu hanya mainan lidah, tetapi Iga ialah catatan dari dunia 'sepi dan sunyi' yang kadangkala lemas ditenggelami arus keriuhan.

94 pages, Unknown Binding

First published January 1, 2005

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Zaen Kasturi

13 books16 followers
Zaen Kasturi merupakan seorang penulis prolifik yang banyak menghasilkan karya sastera dalam pelbagai genre namun kecenderungannya lebih kepada penciptaan puisi. Penglibatan beliau dalam dunia penulisan sastera bermula sekitar tahun 1980-an dan merupakan penulis generasi baharu yang berani bereksperimen dengan teknik penulisannya. Beliau mempunyai corak atau gaya penulisan tersendiri dalam menyalurkan permikirannya dalam karya sastera dan terikat dengan gaya konvensional. Gaya inilah yang membentuk identiti bagi setiap karyanya. Karyanya yang unik memaksa khalayak mengerahkan minda mereka untuk mentafsir makna tersirat disebalik setiap paparan kata-kata yang digunakan.

Dalam Laporan Panel Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993, Zaen disifatkan mempunyai ciri kepengarangan yang khusus, dengan nilai-nilai keinsanannya yang berbeza dengan pengarang-pengarang yang lain, akan tetapi perspektif yang dipilihnya melalui jalan filosofikal, mencabar gerak fikiran realisme untuk meneroka ke dalam dimensi perjuangan hidup, simbolisme, keagamaan, konsep diri, sufisme, antarteks dan aliran seni garis-garis dan warna seni lukis (Lim Swee Tin, 2011: 27).

" Memang. Bahasa Zaen memang kuat. Daya imaginasi Zaen tinggi. Dan Zaen sememangnya seorang seniman. Zaen seorang pelukis yang boleh menghasilkan pendapatan daripada lukisan-lukisan potret ketika bergelumang di Pasar Seni. Zaen juga mahir dalam muzik, bermain gitar. Suara Zaen juga sedap bila membaca puisi. Garau dan jantan, yang memikat. Memang ramai gadis terpikat dengan Zaen yang semulajadinya kacak, tetapi masalahnya Zaen terlalu pendiam. Dalam pada itu Zaen adalah atlit yang cukup aktif. Zaen mewakili pasukan bolasepak negeri Melaka pada era 80-an dan juga terlibat aktif dalam sukan lain... " (S.M. Zakir)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (60%)
4 stars
3 (30%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
September 27, 2011
Kumpulan puisi Iga perlu dibaca berkali-kali bagi mendalami maksud yang cuba disampaikan. Penggunaan bahasa langka dan pelbagai mencantikkan bait-bait kata yang disusun dengan rapi dan teliti
Profile Image for A. Muziru Idham.
13 reviews
June 20, 2012
Sesiapa yang akrab dengan karya-karya Zaen Kasturi, maka sedarlah akan dia bahawa Zaen Kasturi sebenarnya adalah penulis yang bernafas Islami.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.