What do you think?

Hari Mana Bulan Mana
254 pages, Unknown Binding
First published January 1, 1960
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 1 of 1 review
March 10, 2024
Saya sangat suka dengan novel ini! Ia serba ringkas namun tetap membekas. Bekerja sebagai pemberita dan beraspirasi untuk menjadi seorang penulis membuatkan Sal sering disambut dengan pelbagai persoalan kehidupan.
Terutamanya kisah pancaroba kaum wanita yang hidup disekelilingnya. Dari gosip panas Masinah, pergelutan Zamilah sehingga kisah air mata Karminah.
_____________________
Senang rasanya saya tenggelam dalam novel ini. Pengarang meminjamkan mata, hati dan fikiran Sal. Ditambah pula kita orang perempuan sememangnya mudah berkongsi emosi.
Saya juga sedar dari watak Sal yang terlihat beremosional. Jika kita bijak menggunakan emosi, ia boleh menjadi kuasa empati yang kuat dan munasabah.
_____________________
Hubungan Sal dan tunangnya, Syamsul pula sangat mencuit hati saya. Orang berkasihan pasti ada masam muka dan senyum manja. Saya risau juga bila mereka berdua ada sahaja hendak digaduhkan.
Namun begitulah lumrah perbezaan akal orang perempuan dan laki-laki. Paling penting ada sikap tolak-ansur dan saling menghormati.
Hari Mana Bulan Mana turut memukul sedikit isu-isu politik setempat dan aktiviti karyawan. Walaupun ia ditulis sekitar 60-an, kehidupan sebagai pemberita, peminat sastera dan wanita seperti tidak ada yang berubah.
Cuma yang menarik bagi saya ialah tentang peranan akhbar ketika itu. Masih punya integriti dan aktif dalam menyampai kisah masyarakat dan perihal kegiatan sastera.
_____________________
Terasa lengkap sudah hati saya dapat membaca karya sulung Allahyarham Salmi Manja. Hari Mana Bulan Mana mungkin dianggap kecil atau sederhana bagi sesetengah pembaca. Pun begitu bagi saya ia membawa tema kewanitaan yang cukup kuat.
Jujur kata, walaupun bahagian akhirnya seperti tidak lengkap. Ia tetap meninggalkan saya dengan harapan dan kasih sayang untuk masa hadapan.