Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bonda’s Love - Our Kampung Paya

Rate this book
A reprospective look at the childhood experiences of Siti Zainon Ismail, who records her personal history, memories and nostalgia through the subtlely of her sketches and poetry.

118 pages, Paperback

First published January 1, 2008

20 people want to read

About the author

Siti Zainon Ismail

51 books18 followers
Siti Zainon mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI) di Yogyakarta dari tahun 1970-1973 hingga memperoleh Sarjana Muda Seni Rupa (B.F.A).

Pada tahun 1976, Siti Zainon mengikuti pengajian Ijazah Lanjutan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lulus Sarjana Sastera pada tahun 1980. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya bagi meraih Ijazah Kedoktoran dengan disertasi Konsep Pakaian Tradisional Melayu dan lulus Ijazah Kedoktoran dari universiti ini pada tahun 1992.

Selepas menamatkan pengajiannya di ASRI, Siti Zainon menjadi Jurulatih Seni Lukis di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Di situ beliau mengendalikan sesi latihan lukisan untuk kanak-kanak di Taman Budaya pada setiap hari Sabtu dan Ahad dan kemudiannya berpindah tempat di Pasar Seni, Jalan Belanda. Selepas itu Siti Zainon menjadi pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini bergelar Profesor Madya. Pernah menjadi Fellow Penyelidikan di Institut Alam Tamadun Melayu (1994-1996) dan Pengarah Kebudayaan (1996-1999) di universiti yang sama.

Minat Siti Zainon dalam bidang penulisan pula tumbuh hasil daripada kegemarannya membaca sejak kecil lagi. Beliau membaca bukan sahaja kerana ingin mengetahui isi kandungan bacaan, tetapi menghayati dan menulis kembali ungkapan-ungkapan menarik dan kata-kata hikmat daripada tokoh-tokoh seperti Leo Tolstoy, Ernest Hemingway, Raffles, Nehru, Tagore dan H.B. Jassin ke dalam buku nota yang sering dibawanya ke mana sahaja beliau pergi. Dari situlah beliau mula bermesra dengan kesenian dan kesusasteraan.

Sejak tahun 1967 sehingga kini, Siti Zainon berjaya menghasilkan tulisan dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel, esei/kritikan, rencana, kajian sastera dan budaya Melayu. Kebanyakan tulisan beliau disiarkan dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Wanita, Jelita, Pemimpin, Mastika, Dian, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Sarina, Bahana, Horizon dan lain-lain.

Sepanjang penglibatan Siti Zainon dalam bidang lukisan dan karya kreatif, beliau dianugerahi dengan pelbagai hadiah dan penghargaan, antaranya ialah Hadiah Lukisan Batik M.A.H.A tahun 1867/68, Hadiah Sketsa Kartini 1971, Hadiah Karya Sastera 1974, Hadiah Sastera Malaysia 1984/85, Hadiah Sastera Malaysia 1986/87, Hadiah Sastera Islam Kelantan 1985, Hadiah Esei Dewan Sastera tahun 1988 dan Hadiah Cerpen Maybank DBP 1995/96/97. Beliau juga menerima Asean Foundation Grant Young Writers Conference di Bali pada tahun (1985), Penghargaan Seni daripada India Council for Culture Relations pada tahun (1985), Penghargaan Seni daripada Seoul Poetry Club (1986) dan Piagam Penghargaan Universitas Jubal Ghafur, Pidie Aceh (1986). Pada tahun 1989 menerima anugerah S.E.A Write Award di Bangkok. Siti Zainon turut memperoleh pingat Jubli Perak Sultan Selangor pada tahun 1986, gelaran Tengku Nyah Fakinah (Tokoh budaya dan pejuang kemerdekaan Acheh menentang penjajahan Belanda) oleh Lembaga Adat dan Kebudayaan Acheh kerana jasanya memperkenalkan khazanah kebudayaan Acheh dalam karya-karyanya pada tahun 1990 dan Profesor Luar Biasa Jabal Ghafur, Acheh Pidie pada tahun 1996. Siti Zainon juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Balai Seni Lukis Negara bagi tahun 1991/93. Ahli Majlis Sastera Nusantara (1997), AJK Anugerah Seni Negara (1996/1999), Ahli Lembaga Muzium Negeri Selangor (1995) dan Ahli Majlis Kebudayaan Selangor (1995).

Sumber : http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?C...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (41%)
4 stars
7 (41%)
3 stars
2 (11%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Hikaoru.
953 reviews25 followers
November 5, 2016
In a span of more than 40 years, the stories in the description become foreign and something to smile and gape about. It give a glimpse of what my parents went through in their youth. Then, finally understanding why they are actually more racially accepting than the current generation. Well, most of them.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.