Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kanang: Cerita Seorang Pahlawan

Rate this book
The Story of a Warrior. This is a true story. Kanang Anak Langkau, an extraordinary tracker noted for his bravery, was conferred two gallantry awards, the Negara Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) (the highest gallantry award) and the Pingat Gagah Berani (PGB) (another medal for bravery) in the course of his duty.

His exploits were many, he was even called to duty on his wedding day. Whenever he fought, he would dream of a Pak Haji (a religious man). He fought with his troops on Hari Gawai (Harvest Festival fo the Ibans) during the Setia 8/97 movement.

To avoid badi, evil influences, he once counsumed the brains of a terrorist he had killed. He was almost defeated by the Siliwangi army during Konfrantasi. A member of the Setia Special Operation Force in early 1980, Kanang was seriously injured in an attack to save his comrades. He was unconcious for a whole week from his injuries, and spent a month in the Intensive Care Unit. He spent an entire year in hospital after that.

121 pages, Paperback

First published January 1, 1988

9 people are currently reading
141 people want to read

About the author

Maznan Noordin

9 books4 followers
Prof Dr. Maznan Hj Noordin Merupakan seorang pengurus yang mempunyai lebih dari 35 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan, pentadbiran, pemasaran, modal insan, komunikasi dll. Mantan seorang pegawai tentera berpangkat Mejar , pengurus Sumber Manusia PWTC, pengurus besar, pengarah urusan dan pensyarah universiti luar negara. Juga dikenali sebagai novelis / penyair terkenal tanahair. Bekas mahasiswa UM beliau memiliki ijazah MBA dan PhD dari dua buah universiti USA.

Maznan Noordin dilahirkan pada 2 Januari 1953 di Kuala Lumpur. Beliau menyambungpelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahangsebeleum menyertai Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun1972.Maznan Noordin pernah berkhidmat dalam angkatan tentera dan berpeluang mengikutikursus di Amerika Syarikat, Indonesia dan di Universiti Malaya. Beliau ditauliahkanpangakat Leftenan Muda dan menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysiadengan pangkat Mejar. Beliau telah banyak menghasilkan cerpen, beberapa buah novel dantiga kumpulan sajak. Antara novel yang dihasilkan oleh beliau ialah
Kekasihku Perempuan(1980), Rosmalina (1980), Kanang Cerita Seorang Pahlawan (1987) , Dendam Berbalas diCeruk Putih (1987), Sebelum Ajal (1988), Gonzales (1988)
dan
Kenang-kenangan Seorang Jeneral (1988)
. Maznan Noordin pernah memenagi hadiah sagu hati dalam sayembaraHadiah Puisi DBKL-DBP sempena perayaan 100 tahun Kuala Lumpur menjadi penguasatempatan (1890-1990). Puisi tersebut ialah
Kota Payah, Kepadamu Kuala Lumpur, TelahKita Kota di Daerah ini
, dan Sungguhlah
Kuala Lumpur Ini
. Puisi-puisi tersebut telahdimuatkan dalam Antologi Cerpen-Puisi Kuala Lumpur

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (53%)
4 stars
16 (25%)
3 stars
10 (15%)
2 stars
3 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,556 reviews41 followers
June 25, 2021
Cerita dari POV Kanang Anak Langkau. Tiada zaman kanak-kanak yang bermakna baginya. Dia terpaksa dewasa lebih cepat. Masuk jadi Ranger secara kebetulan apabila berada di lokasi temuduga selepas menghantar sekumpulan pemuda merentas sungai. Gerun juga membaca bahagian di mana Kanang mengamuk dengan dua orang komunis yang telah membunuh seorang dan mencederakan seorang ahli pasukannya. Terkedu baca keluhan Kanang tentang diri dan keluarga yang terumbang ambing dari sudut sosio ekonomi selepas bersara.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
February 6, 2021
Saya mencari buku berkenaan Kanang anak Langkau setelah mendengar live fb Mejar Mohd Fitri (beberapa minggu lepas) yang menceritakan bagaimana Iban Tracker memainkan peranan besar satu ketika dahulu dalam menjejaki tempat persembunyian komunis. Mejar Mohd Fitri menyifatkan bahawa Iban Tracker ini mempunyai kelebihan tersendiri di dalam hutan sepertimana pasukan Senoi Praaq.

Buku ini mengisahkan bagaimana hidup Sarjan Mejar Rejimen Kanang yang pada awalnya menghantar sekumpulan remaja menaiki sampan untuk menjalani latihan ketenteraan, tidak semena-mena dipelawa oleh seorang pegawai British untuk masuk ke dalam pasukan tentera.

Pelbagai misi yang ditempuh oleh Kanang ketika itu antaranya operasi menentang tentera Indonesia (selepas deklarasi Ganyang Malaya oleh Sukarno), pertempuran dengan pihak komunis ketika hari perayaannya iaitu Hari Gawai dan operasi menjejaki pimpinan tinggi komunis sehinggakan Kanang cedera parah; tidak sedarkan diri selama seminggu dan rawatan selama setahun.

Operasi menjejaki pihak komunis diceritakan sangat panjang di dalam buku ini bagaimana komunis memainkan helah daripada dijejaki oleh pasukan Kanang. Antara muslihat komunis tersebut adalah dengan membalut kasut menggunakan daun, berjalan secara berundur, dan sebagainya.


P/s: Ketika saya membaca buku ini, mendapat pula khabar berita penulis buku yakni Mejar Maznan Noordin telah kembali kepada pencipta pada hari ini. Takziah buat keluarga.
Profile Image for Nur Elvina.
70 reviews20 followers
October 28, 2024
Tidak bagaimana mahu menggambarkan perasaan seusai bacaan. Naskah ini saya selesaikan sekitar 3 bulan lalu tetapi agak ralat untuk menulis ulasannya.

Bermula perjalanan mediang dalam ketenteraan sebenar secara tidak sengaja diajak menyertai pasukan Iban Tracker semasa zaman penjajah British sebelum diserap ke Angkatan Tentera Malaysia setelah pembentukan Malaysia. Rejimen Renjer Diraja bertuah memiliki beliau dengan kemahiran hutan dan kebiasaan mediang di dalam hutan banyak membantu dan dimanfaatkan semasa pertempuran di dalam hutan.

Kanang Anak Langkau bukanlah nama yang asing terutamanya untuk kami anak Sarawak, boleh dikatakan Rentap dunia moden dan telah beliau buktikan sepanjang perkhidmatannya di dalam Angkat Tentera Malaysia, namun kehidupannya selepas persaraan sungguh menyedihkan. Tidak tahu dan tidak mahu saya menuding jari kepada sesiapa tetapi pahlawan seperti Kanang wajib dihargai jasanya dan pengorbanannya.
Profile Image for Kern.
41 reviews5 followers
February 11, 2021
Menang buku ini melalui laman Bida Buku.

Kanang adalah satu nama yang tidak asing lagi walaupun tidak saya tahu tentang kisah hidup pahlawan ini. Buku ini menceritakan bagaimana Kanang mula menyertai pasukan tentera dan pengalaman beliau dalam operasi-operasi yang disertainya. Siapa sangka beliau menyertai pasukan tentera secara kebetulan semata-mata.

Berdebar-debar dalam dada, roma tegak tatkala membaca satu demi satu kisah. Beliau yang percaya pada mimpi seringkali mendapat alamat melalui mimpi sebelum menyertai operasi.

Buku ini nipis sahaja. Saya pasti begitu banyak ilmu di dada Kanang yang tak diceritakan di sini. Namun hati tersentuh bila membaca luahan hati beliau pada bab akhir. Setelah tamat perkhidmatan, beliau pulang ke kampung halaman isteri bagi meneruskan kehidupan dan menjaga ibu mertua yang sakit. Kehidupan mereka sekeluarga serba kekurangan. Beliau ada memohon sebidang tanah daripada kerajaan negeri, buat teduhan isteri dan anak-anak. Tidak pasti sama ada beliau ada mendapatnya. Kata beliau, pingat dan pangkat seperti minyak wangi yang boleh dicium baunya tapi tak boleh diminum.

Saya jadi berminat ingin membaca novel sejarah lagi!

⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 3, 2020
This is a historical book about an Iban tracker from Nanga Melua Sarawak. It is based on the true story of Kanang anak Langkau, a soldier who displayed outstanding leadership and bravery in serving the country.

His courage was recognized during 1979 Security Operation at Korbu jungle and Special Security Operation in Sungai Larak on 1980. His commitment can be seen as he was called on duty even on his wedding day! He once suffered from a severe injury during his mission which had him hospitalized for nearly one year.

Due to his amazing service and bravery, he was granted two of the highest military awards; The Seri Panglima Gagah Berani and the Panglima Gagah Berani by His Majesty, the Ruler of Malaysia.

Although the author includes some millitary terms that i barely know, i still enjoy reading this book. As this is a historical book, it might be boring for some people, but through the telling of stories of heroism, we can understand, appreciate and be grateful for the peacefulness of Malaysia today😊

4/5⭐
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
September 12, 2020
Buku ni pernah baca waktu sekolah rendah dulu. Dlm thn 92-93 camtu. Rasa macam cerita buku yg dulu tu panjang lagi. Atau perasaan saja. Buku yg lama dulu dah hilang sebab banjir. Buku yg ini cetakan semula 2017.

Buku untuk tambah rasa cinta pada negara bagi anak-anak yg lahir lepas WTC runtuh.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books282 followers
October 6, 2011
ANTARA novel perang dalam bahasa Melayu yang awal saya baca. Barangkali kebencian saya terhadap komunis lebih dibina berbanding imej-imej dalam filem Bukit Kepong.

Kerana kata-kata lebih memberikan ruang kepada saya untuk menyelongkar, menggali dan menimbunkan imej tersendiri, sekali gus membina ruang baru yang lebih terasa.
Profile Image for Mohd Ismail.
11 reviews19 followers
May 23, 2017
Momentum: 4/5.
Tingkat Bahasa: Tiada lenggok sastera berat. Lebih kepada bacaan untuk remaja.
Ulasan: Bahan bacaan biasa2 sahaja menurut saya. Mungkin tidak pada golongan yang ‘enthusiast military’, mungkin buku ni membawa erti besar pada mereka. Tidak mensasarkan pada ‘reality life’ Kanang Anak Langkau, tapi lebih kepada gaya penyampaian maklumat mengenai tokoh dalam buku ni. Kanang tetap seorang perajurit sejati pada saya. Buku ini tidak sampai ke tahap mengujakan pada saya, tapi tetap saya kagumi maklumat2 mengenai ketenteraan/operasi yang agak detail cara penyampaiannya.
Ulang Baca: Tidak.
Difilemkan: Sudah difilemkan oleh pengarah bernama Bade. Tapi tak mendapat sambutan. Setelah baca review kawan mengatakan cerita ni tak mencapai standard yg diharapkan, saya mematikan niat buat sementara untuk menonton filem ini.
Disclaimer: Saya hanya membuat ulasan berdasarkan ilmu saya yang masih sempit dan terbatas. Lebih kepada pandangan peribadi dan bukan untuk umum. Background pendidikan bukan dalam bidang sastera, jadi sesuatu bacaan yang terlalu berat sasteranya sehingga terlalu payah untuk difahami akan saya nilai sekadarnya, tepat menurut hati dan akal saya. Setiap pandangan saya yang menampakkan sisi negatif atau kelemahan terhadap sesuatu tidak melambangkan lalu menjejaskan kredibiliti sebenar penulis ataupun yang berkaitan dengannya.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.