Mekong River is a bilingual anthology of poems featuring the works of Latiff Mohidin. Latiff does not only strive to write of wondrous things but also everyday things through lines and colours, points and phrases filled with beauty and freshness which are at the same time the language of his poetry.
Saya beli buku ini kerana kumpulan puisi yang menghimpunkan puisi-puisi Latiff Mohidin sukar diperoleh. Oleh sebab sukar mendapat edisi bahasa Melayu, saya dapatkan edisi terjemahan yang juga ada 2 bahasa : Melayu dan Inggeris.
Patah-patah puisi yang menggugah fikir mencampak rasa dari balik lembaran ke tebing sungai mekong mengintai wajah kemanusiaan di bangkok dan kota singa.
Menyaksikan catan-catan Latif yang dilukis pada kata warna dan garis berlengkar menjadi puisi.
Latif melukis puisi di satu sudut di hatinya aku menikmati kata yang menjadi warna dan garis pada latar kuala lumpur, kota bharu, bangkok, singapura vientiane dan hong kong juga di tebing sungai mekong yang tersohor pada kata penyair itu.
Sebetulnya sudah memiliki dan membaca hampir kesemua puisi Latiff Mohidin. Jumpa buku ini di rak buku ITBM, terus sahaja baca. Dwibahasa (BM-Perancis) ini mengumpulkan sebahagian puisi-puisi popular Latiff Mohidin seperti: Sungai Mekong, Serigala, Perpisahan, Tiada Daun yang Gugur, Terbanglah, Kau tidak Akan Mengerti, Kalau Kau Mau (menyebut beberapa puisi yang saya ulang baca).
Membaca bait-bait kata, melihat juga padanan terjemahannya dalam bahasa perancis, tetap menyampaikan makna - tapi belum tentu sama tafsirannya.
Semoga puisi-puisi tempatan terus berlegar di mana-mana dengan usaha terjemahan ini.
bahasanya terlampau dalam untuk difahami, tetapi tidaklah menidakkan untuk ia dihayati, orang dahulu bahasanya tinggi, mana mungkin tercapai dalam bacaan sekali, sekali baca tampak berisi, baca kedua kali tenggelam terus ke dalam hati.
SUNGAI MEKONG (MEKONG RIVER) 79 HALAMAN PENULIS LATIFF MOHIDIN
Ini antara buku puisi yang menjadi buruan pembaca aliran realisme.Buku dalam dwi bahasa ini mengesan pada puisi puisi pendek sekitar 4 baris contohnya puisi 'lukaku'.Penulis juga bereksperimen dengan asonansi bunyi,perulangan perkataan.Ringkas dan padat masih menjadi kegemaran penulis.Berputar sekitar kehidupan,sebagai pembaca kita pasti Setuju diam- diam dengan keadaan yang pernah dilihat atau alami sendiri.Jati diri kepengarangan seorang Latiff Mohidin ini sangat kuat dengan sikap beliau ( juga seorang pelukis ) terhadap sajak dengan menampilkan beberapa puisi sekolah bercerita 'Sungai Mekong' dan 'Sebuah Bas Berwarna Biru'.Paling memikat saya 'Perpisahan' dan 'Lukaku'.Mungkin memberi makna dari sudut terdalam peribadi.Buku ini masih kegemaran untuk dibaca berulang atau mengilhamkan penulis baharu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kali pertama baca setahun lepas, rasanya biasa-biasa. Tak ada apa-apa yang menarik. Tapi, selepas mengulang baca, ia brilliant. Instead of memilih Sungai Mekong sebagai sajak kegemaran, saya jatuh cinta dengan Burung-Burung Hitam dan Cinta Dari Sebuah Kamar.
Burung-Burung Hitam disusun sebagai cerita. Sikit demi sikit, ia bertambah, Sikit demi sikit, ia berjaya untuk gambarkan bagaimana suara adalah debu hitam yang akan menjadi apa ia biasanya jadi.
Cinta Dari Sebuah Kamar tunjuk Latiff pandai dan tahu untuk bermain dengan objek. Aish, clever.
Setakat ni, rasa yang Latiff berdiri atas dua keadaan; surrealist dan realist.
selepas mengkhatamkan buku ini dua kali, aku menulis nota kecil di helai pertamanya dan tukarkan buku ini dengan buku perfume (patrick suskind) di pekan Aonang, thailand. saya tulis bahawa L.M. ialah salah seorang penyair yang disegani di Malaysia dan semoga mereka yang mengambil buku ini dan membacanya akan suka dengan kandungan-kandungan sajak yang dibawa beliau.
saya akan cuba cari lagi buku-buku sajak LM yg lain.
dari morfem, kata, frasa, klausa, ayat ... hingga ke wacana diajar dan dibelajar, dengan harapan, cinta & semangat ; menjadi penutur baik & beretika bahasa apakan daya mereka (mungkin) tanpa peluang & ruang atau tidak faham. tak faham ; tidak tahu ; tak kisah ; bukan rezeki untuk bermanja dengan olahan fiksi realitinya. terima kaseh latiff mohidin untuk cinta ini.
Jarang sebenarnya aku membaca puisi-puisi tetapi aku kini mula menyukai bait-bait indah yang dibawa oleh Latiff Mohidin dalam kumpulan puisi Sungai Mekong ini. Gambaran alam yang terasa seperti ditulis kepada diri aku ini yang gagal dalam memandang keindahan sesuatu ciptaan.
Dalam puisi Satu Satu Pulang, ada satu barisan ayat yang ditulis menyentuh hati:
satu satu pulang juga benda yang kau sayang
ini mungkin satu perenggan yang menyedarkan aku kembali dari pengalaman pahit yang sentiasa dilalui.
***
Malah aku mula terfikir satu benda ketika membaca puisi-puisi indah ini, mungkin inilah karya yang dikatakan ditulis menggunakan hati dan sanubari yang dalam sehingga diterjemah ke bahasa Inggeris pun seakan-akan ditulis dalam bahasa tersebut.
Malah buku ini pernah diterjemah dalam bahasa Cina.
Terima kasih atas karya yang 'menghidupkan jiwa' ini, Latiff Mohidin.