Munirah wasn't any less hasty in dealing with me. "You say you have a fine sensitivity towards the people. Don't just be an orator who shouts fiery speeches in lecture halls, but hasn't the courage to try to put them into practice! This is the time to demonstrate your artistic abilities. Put down on canvas the life of the peasant, and the ordinary man. And don't let it be just some lifeless and pretty thing to be hung on the wall; make that painting come alive! Your poetry throbs with the message of uplifting the livelihood of the people. Let them read it. Teach them to understand your poetry." - SAGA
Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 11 Oktober 1947) merupakan salah seorang penulis novel Malaysia.
Bapanya, Mohd Hassan bin Ali merupakan bekas pegawai Jabatan Laut. Beliau adalah anak sulong dari tujuh beradik.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-laki Teluk Intan (1955-1957). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan (1958-1960), sebelum meneruskan pengajiannya di sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan (1960-1965).
Selepas itu beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, dan pada masa yang sama belajar secara sambilan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE) pada 1969. Setelah tamat kursus, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor.
Antara karya-karya; (1989) Warisan, Wajah- wajah di pelangi (1990) Jelaga, Cinta Semalam, Primadona (1991) Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-Mega,Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, Ika, Airiani (1992) Di Rahang Sumpah. (1993) Sutera dalam Lukisan, Saga Dua (1994) Jerebu (1997) Khailee (2001) Saga Tiga, Kompilasi Destini Kasih, Kompilasi Sekuntum Bunga Sena. (2005) Diari Hati
Abdul Talib Mohd Hassan, Abd Talib Hassan, Talib Hassan, A Talib Hassan, al-Taha
Kalau buku ini dibaca semasa eranya, pasti aku mengkaguminya. Selain teknik penceritaan, bahasanya tidak condong kepada A.Samad Said atau Shahnon. Membacanya sekarang, aku fikir yang menarik mungkinlah drama2/konflik cerita itu yang dikira okey juga.
Saya memberi empat bintang atas dasar tingginya kualiti buku ini. Besarnya mesej yang dibawa oleh buku. Begitu baik sekali penulis mengadun tema kekeluargaan, persahabatan, cinta, pengorbanan, dan kemasayarakatan.
Buku Sastera begini mungkin bukan lagi jadi kegemaran anak muda kini. Apa masih ada anak muda seperti Rahmat, Munirah dan Hisyam. Yang sanggup meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan di Bandar hanya untuk memajukan kawasa pedalaman.
Watak Rahmat, seorang pemuda yang futuristik, ada jati diri, percaya diri, matang dan penuh perhitungan. Hisyam, yang setia dengan persahabatan dan percintaan. Sukar sekali mencari anak muda yang setia dan lapang dada kini. Munirah, yang setia, dan berhati baik. Lain asal dan bangsa bukan halangan untuk berbakti.
Inilah anak muda yang walk the talk. Aduh! Membaca buku ini di cuti semester, seakan menampar-nampar saya yang hanya tahu berkurung di bilik membaca buku sepanjang cuti semester. Jauh sekali, mahu menyumbang apa-apa kepada sahabat sekampung.
Apapun, pengakhiran buku ini tidak tersangkakan. Mungkin Rahmat tahu di mana duduknya. Dia ada tanggungjawab, sudah masanya dia melepaskan bukan miliknya. Dan belajar berjuang sendiri.
Hari ini saya selesai baca Saga sekali lagi sebagai persediaan untuk meneruskan dengan Saga 2 Saya ingat bacaan kali pertama 2 tahun lepas, dan kali ini, saya dapat lebih menghayati perkongsian penulis akan nilai-nilai kehidupan zaman berpuluh tahun dulu dengan lebih baik. Penceritaan oleh Rahmat, Hisyam dan Munirah berselang seli amat berkesan menerangkan situasi sepanjang penghijrahan mereka di kampung yang terletak nun jauh di dalam hutan. Kepercayaan orang kampung terhadap semangat itu dan ini, cara tradisional yang tidak ingin mereka lepaskan, keituhan kekeluargaan yang hampir ke peringkat membutakan mata fitrah dan mata hati akan baik dan buruk. Bagi saya onar yang dibuat oleh Rauf dan Jalil tidak sepatutnya dibiarkan sampai mengirbankan nyawa dan memusnahkan kemudahan awam. Kecewa saya kerna bapa Rahmat, pakcik Jalil dan Makcik Saraah tega terus tidak mahu berkasar hanya kerana pentingkan darah daging. Cobaan Jalil mencerobohi kehormatan Munirah berat, dibiarkan berlalu. Rahmat juga sanggup tidak bersungguh menjaga maruah isterinya. Cobaan Rauf membunuh Rahmat juga berat. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah Hisyam dan Munirah. Salwa bagi saya agak melampau nafsu pencintanya, tidak memadan dengan gadis pingitan. Apapun, Saga adalah antara novel lama yang sesuai dijadikan bahan koleksi.
Di bawah adalah catatan saya lepas pembacaan pertama...
Karya Abdul Talib Hassan yang pertama buat saya. Memang sesuai dengan naluri saya yang ternanti-nanti masa dan waktu untuk menghabiskan hayat di kampung atau di kawasan pendalaman. Cerita dalam buku ini menggambarkan kehidupan anak muda yang nekad meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan di bandar untuk balik ke kampung halaman dengan membawa perubahan yang difikirkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat di tanah kelahirannya. masa tu nak ke kampungnya Rahmat perlu naik sampan / perahu ? ... jadi mungkin kisah yang diceritakan berlatar-belakang era 60an. Amat menarik apabila diceritakan tiga anak muda tersebut bertungkus lumus membina jambatan, sekolah dan malah membelikan televisyen supaya orang kampung dapat turut merasa nikmat hidup di negara merdeka. Sinopsis banyak menfokuskan kisah percintaan tiga segi tiga watak utama Rahmat Muniran dan Hisyam tetapi bagi saya novel ini lebih bersifat patriotik atau mungkin perjalanan anak-anak muda merdeka yang berjiwa besar. Untuk novel yang berkualiti begini, rasanya tak adil untuk terlalu banyak ditulis hingga mendatangkan spoiler. Very recommendded.
Kisah perjuangan Rahmat, Hisyam dan Munirah - yang meninggalkan kehidupan selesa di bandar untuk kembali ke desa terpencil demi mencurahkan bakti dan membangunkan masyarakat yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Usaha dorang tak semudah yang disangka. Dorang terpaksa berdepan dengan bermacam konflik - hasad dengki, khianat, dan cabaran daripada segelintir penduduk kampung yang mencurigai kejujuran dan kemurnian cita - cita dorang.
Latar ni walaupun dibaca tahun 2020, masih sarat dengan realiti sosial yang relevan.
Aku suka naratif novel ni - ia berjaya menggabungkan unsur psikologi watak dengan latar sosial secara mendalam dan bertanggungjawab. Abdul Talib Mohd Hasan memperlihatkan kemampuan luar biasa dalam melukis konflik dalaman dan luaran watat - wataknya dengan penuh empati dan ketelitian, sehingga aku yakin dengan perjuangan dorang.
Bagi aku, ini antara 100 novel Melayu yang harus dibaca.
Drastik gila ending Buku ni kalau dibaca oleh generasi sekarang mungkin akan kata tak sesuai Tapi ianya satu contoh yang baik Budak muda berbakti pada tempat asal-usul Kalau semua ke bandar siapa nak teruskan kampung
Cuma tak kenan dengan Rahmat Bukan gentleman ... Hisyam .. gentleman tapi uissh playboy Masitah lah Salwa lah .. tapi hati tetap pada Munirah ..
Zaman sekarang ada lagi ke berpantang makan ikan salai dengan lada hitam Sekarang semua ada pakej berpantang Kan kan kan ...
Ok lah cerita ni cuma ada bab lompat Kena concentrate baru faham Kalau tak ulang balik baca ....
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya cuma nak bagitau saya suka sangat semua novel Abdul Talib Hassan. They are the best. My fav sudah tentu siri novel Saga. Tapi yang lain pun best-best. Selama ni teringin nak tau macamana pengarangnya. Baru harini saya jumpa.
Saya sangat suka novel ini . Tidak terasa masa berlalu dari saat saya bemula hinggalah ke ayat 'tamat' . Saya berminat untuk mengumpul semua karya Tuan , dimanakah harus saya cari ke semuanya ?
Buku ni ada versi English punya under ITBM. Saya perasan setiap sekolah menengah ada buku ni sebab buku ni dikategorikan sebagai Malaysian Literature Series.
Kenapa saya bagi 1/5? Sebab buku ni ada banyak unsur yang tidak baik untuk generasi sekarang. Ya, cerita dia masa zaman saya belum lahir lagi. Mindset orang melayu lain sgt dengan sekarang. Tetapi review saya patut jadi peringatan kat orang luar sana pasal isi sebenar dalam cerita ni.
HEAVY SPOILERS !! Jadi dalam buku ni ada unsur agak lucah lagi lagi masa munirah dan hisham dalam hutan. Ada jugak unusr curang. Rahman pulak dayus nak mati, boleh pula bagi kawan sendiri rogol isteri sendiri. Dan munirah pun sama senyapkan hal curang tu dari suami sendiri. Overall tiga watak utama ni memang mess up gila. Seriously semua kena pergi therapist. Dahlah hisham pedophiles, minat kat perempuan 18 tahun padahal dia dah nak masuk 30 dah masa tu. Lepastu boleh pulak intai anak dara mandi. Si rahman pula guna alasan agama selepas rogol munirah. Apa ke benda lah cerita ni? Lepastu konon munirah seorang yang beragama padahal masuk Islam dipaksa oleh Rahman. Cerita ni baru siri pertama tapi dia punya mess up tu Ya Allah. Masing masing boleh dah kot seek therapist. Balik kampung konon nak majukan kampung tu, akhir akhir kau tinggal je kampung tu camtu. Kau tinggalkan segala perit hidup kau tu dekat orang kampung lepastu kau belah macam tu je. Apa punya perangai lah ni. Rasanya sejahat jahat si Jalil tu aku boleh percaya dari tiga ekor ni. Cerita macam ni tak patut normalised yer. Teruk sangat. SENANG CERITA BUKU NI BUKAN UNTUK BUDAK BUDAK. HANYA 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA BOLEH BACA. Memanglah cover buku english cantik, tapi jangan perdaya semua helah tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Permulaan cerita menarik tapi tak tahu kenapa dipertengahan tu hambar sikit tapi ending dia betul-betul menarik emosi. Rasa macam EIHHHHHHHHHHHH?!?!
Cerita ni banyak plot twist, banyak klimaks. Lepas satu-satu
Banyak budaya dan cara pemikiran masyarakat kampung melayu berjaya dibawa & ditunjukkan bersama dalam jalan cerita ni. Jadi, everything is good. Cuma tak gemar babak ciuman etc tu. Faham, benda tu ditunjukkan untuk plot seterusnya lebih logik tapi tula kurang gemar :(
Oh pastu kannn, aku mengharapkan waktu munirah/rahmat sakit/hilang, ada la sweet2 sikit tapi tak weyhhhh dingin betul hidup diorang. Aku yang sedih AHHAHAH
Lepas habis baca ni teringin nak tahu apa jadi dekat diorang, jadi saya pun baca sinopsis saga 2 😂
I picked up this book from my school library. It has already been translated into English and is labelled under the Malaysian Literature series (though I would love to read it in Bahasa Melayu too!). For me, this book wasn’t exactly great, but it wasn’t bad either. The author did a wonderful job in shaping each character’s personality and flaws. While reading, it felt as if I were watching a drama — I could never predict what would happen next.
I found Rahmat’s character admirable, especially his determination to change his village. Unfortunately, he struggled to balance his work with his personal life, leaving Munirah feeling lonely. Hisyam’s point of view was the most interesting to me. Honestly, I could somehow relate to him — no matter what he did, he still seemed like a stranger there.
Bagaimana nak jumpa novel sebagus ini dalam masa 10 tahun? Cerita menarik dan watak yang dinamik. Abdul Talib Mohd Hassan berjaya memberikan pergambaran kesusahan yang dihadapi oleh 3 orang bandar yang datang ke kampung bagi memajukannya. Walaupun tidak menemui kesudahan yang ideal, pembaca boleh menggunakan sudut pandang novel ini untuk memahami isu-isu luar bandar yang kita masih hadapi lagi di Malaysia
mengenai kehidupan coz time aku baca buku ni umur aku baru 12 tahun..so buku ni adala wat pemikiran aku besar skit...skang die ada keluar lagi skali...cover baru aa kawan
novel ni tak perlu fikir panjang untuk saya bgi 5⭐. satu²nya yg novel bukan bergenre seram,thriller,aksi,misteri yang betul² membuatkan saya seronok membacanya. tapi novel ni ada sambungan ka?