Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi

Rate this book
Berhubung dengan penyimpangan moral yang telah begitu lama dikenal manusia seperti rasuah, bukan hanya terdapat kesulitan untuk membanterasnya, namun akhirnya gejala ini menimbulkan hambatan ideologis. Ada pihak yang mengakui peranan positif rasuah dalam pembangunan. Hal ini merupakan kemuncak daripada bangunan rumit rasuah yang memiliki komponen-komponen yan keras, dan sekali gus tak terlihat. Sebagai gejala sosial, rasuah timbul daripada pelbagai sebab, tampil dengan pelbagai sifat dan kemudian menunjukkan fungsi di samping akibat-akibat sosialnya. Faktor ini yang menjadikannya sebagai kajian khusus dalam sosiologi yang menimbulkan perbezaan pandangan. Buku ini merangkumi semua aspek rasuah menerusi huraian yang terperinci tentang kes-kes sejarah di Romawi kuno, China kuno serta masyarakat Asia moden. Apabila buku ini mengambil sikap tertentu terhadap rasuah, hal ini hanya timbul menerusi pembahasannya sebagai gejala secara menyeluruh, yang dihadapkan dengan masyarakat yang memiliki moraliti dan cita-cita luhur yang dilakukan penulisnya secara telus dan berwibawa.

300 pages

Published January 1, 2009

11 people are currently reading
180 people want to read

About the author

Syed Hussein Alatas

28 books159 followers
Syed Hussein Alatas (September 17, 1928 – January 23, 2007) was a Malaysian academician, sociologist, founder of social science organizations, and former politician. He was once Vice-Chancellor of the University of Malaya in the 1980s, and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books on corruption, multi-racialism, imperialism, and intellectual captivity as part of the colonial, and post colonial, project, the most famous being The Myth of the Lazy Native.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (45%)
4 stars
27 (45%)
3 stars
6 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Akmal A..
172 reviews8 followers
November 20, 2017
Pada aku Alatas membincangkan dan membentangkan sifat, sebab dan fungsi rasuah dengan cara yang paling cemerlang dan jujur dengan mengangkat nilai-nilai moral. Sejak akhir-akhir ini terutamanya dalam suasana ekonomi Malaysia yang kian hari makin terus teruk memberikan aku perasaan yang pasrah bahawa sudah tiada harapan lagi untuk mengatasi masalah ini lebih-lebih lagi aku tidak menemukan bagimana untuk memahami fenomena ini. Menurut aku lagi, buku ini amatlah penting untuk ditelaah oleh siapa-siapa sahaja yang sudah mendapat ijazah sarjana muda, ahli akademik, para politik, ahli perniagaan, para profesional dan pelajar-pelajar yang menuntut di peringkat universiti namun tidaklah sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Rasuah pada aku kalau saja kita sungguh-sungguh untuk mengatasinya haruslah bermula dari atas-kebawah (top down) bukannya dengan jalan bawah ke atas (bottom-up) kerana yang mendapat manfaat dari hasil rasuah kebanyakkannya elit-elit politik dan ahli perniagaan.

Sebagai graduan dalam bidang pembinaan, ada hal yang aku merasakan aneh sepanjang tempoh pengajian di dalam dewan kuliah. Semestinya ada perkara penting yang tersorok yang tidak pernah diajarkan dan diberi perhatian penuh. Umum mengetahui bahawa, industri pembinaan sememangnya merupakan bidang yang paling banyak dijangkiti barah rasuah ini, seperti aur dengan tebing akrab sehingga tidak boleh dipisahkan. Meminjam kata-kata Kassim Ahmad, "ramai yang memiliki PhD, tetapi berapa ramai yang berani bercakap tentang kebenaran" memberikan persoalan yang penting setidaknya pada diri aku sendiri. Dalam bab 6, pada perenggan kedua penulis menyatakan;

"Penyumbang utama dalam penciptaan ideologi rasuah yang berselindung itu adalah sebilangan kecil wartawan dan beberapa orang profesor universiti. Mereka mungkin tidak sedar apa yang mereka lakukan, iaitu membantu dan mendorong amalam rasuah dengan memberikan bahan-bahan untuk ideologi rasuah yang diperlukan oleh orang yang korup namun penulisa-penulisan mereka bereksan untuk meringankan makna salah laku pemerasan, ketidakadilan dan kekejaman yang dikenakan terhadap sebahagian besar manusia. Penulis tidak mendakwa mereka bermotif jahat tetapi penulis menyatakan adanya 'fungsi rasuah' dalam sumbangan fikiran mereka. Penulis telah menerangkan pandangan fungsional mereka terhadap rasuah dari segi kesan-kesan, pernyataan mereka mengenai nilai positif rasuah dalam berbagai-bagai kes."


Mengenai buku ini, pada prakata Alatas seperti penulis-penulis hebat yang lain membentangkan secara komprehensif tentang apa yang dibincangkan di dalam bukunya ini. Untuk memahami rasuah dan kesannya, penulis membentangkan pengalaman historis rasuah dari dua tamadun yang hebat iaitu dari Empayar Romawi dan China Kuno. Pemilihan kedua-dua peradaban ini adalah sangat relevan kerana banyak sarjana-sarjana merekodkan kejadian rasuah sepanjang tertegaknya tamadun ini. Seterusnya penulis meneruskan contoh-contoh rasuah yang berada di Asia terutama di peringkat politik pasca perang dunia kedua.Kesan-kesan yang berlaku pada empayar Romawi dan China boleh dilihat terjadi sekarang dalam konteks Malaysia Moden menjelang 2020. Penilitian penulis sangat tajam, tetapi sayangnya ianya diabaikan oleh profesor-profesor di universiti tempatan, entah tidak tahu kenapa.

Seterusnya penulis meneruskan perbincangan tentang 'Sebab-sebab Rasuah dalam Masyarakat Asia', 'Kesan-kesan Rasuah' dan 'Ideologi Rasuah' masing-masing diletakkan pada bab 4,5 dan 6. Apa yang menarik minat aku disini rasuah atau korupsi definisinya sangat luas tetapi membawa satu makna yang tiada moral bukan lagi layak disebut negatif. Pada tahun 1968, Alatas pernah menulis ciri-ciri rasuah yang diringkaskan seperti yang terdapat pada prakata edisi pertama;

a) Suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan,
b) Penipuan terhadap badan kerajaan, institusi swasta atau masyarakat umumnya,
c) Dengan sengaja mengetepikan kepentingan umum berbanding kepentingan khusus,
d) Dilakukan secara berahsia, kecuali dalam keadaan di mana orang-orang yang berkuasa atau bawahannya menganggapkan tidak perlu,
e) Melibatkan lebih daripada seorang atau pihak,
f) Adanya kewajipan dan keuntungan bersama, dalam bentuk wang atau ganjaran yang lain,
g) Terpusatnya kegiatan (rasuah) pada mereka yang mengkehendaki keputusan yang pasti dan mereka yang dapat mempengaruhinya,
h) Adanya usaha untuk melindungi perbuatan rasuah dalam bentuk-bentuk justifikasi undang-undang dan,
i) Penyataan dwifungsi yang bercanggahan oleh mereka yang melakukan rasuah.

Dalam buku ini penting untuk kita fahami bahawa Alatas telah memecahkan belenggu hegemoni kekeliruan akademik yang telah dibentangkan oleh sarjana-sarjana barat yang secara melulu menuduh rasuah di Asia adalah berpunca kepada sistem tatanan sosial tradisional atau dengan kata lain rasuah di Asia memang sudah menjadi budaya. Penulis secara komprehensif menyangkal bahawa rasuah mempunyai nilai-nilai positif seperti tulisan yang sangat mengelirukan dan antisosial daripada sarjana barat yang mempertahankan ideologi rasuah. Dalam Bab 4, penulis memberitahu terdapat kelompok relativis atau aliran yang 'menangguhkan penilaian'. Apa yang aku faham disini, kiranya rasuah tidak semestinya dipandang busuk tetapi ada juga sisi-sisi wangi. Aku bersetuju dengan penulis bahawa sesuatu yang sememangnya busuk seperti sampah tidak pernah dipandang wangi oleh masyarakat atau individu yang sihat akalnya. Terdapat beberapa kata kunci yang memelihara rasuah sebagai suatu perbuatan yang baik, dan sarjana-sarjana yang mempertahankannya menggunakan istilah-istilah yang mengelirukan seperti 'positif', 'fungsional' dan integratif .

Seterusnya Alatas menerangkan pada aku sangat lengkap tentang kesan-kesan rasuah sekiranya sudah menjadi budaya dalam tatanan sosial. Tiada satu kesan yang bermanfaat tetapi yang tertinggal adalah malapetaka buat masyarakat. Budaya rasuah seperti yang tertulis pada muka surat 206 mewujudukan iklim yang membantutkan perkembangan dan pertumbuhan masyarakat.

Di kota-kota besar, sejenis ketegangan dirasakan akibat kelemahan pelaksanaan undang-undang. Seorang pemandu motokar meletakkan kederaannya. Seorang lain muncul untuk meminta bayaran dengan alasan dia menjaga motokar yang diletakkan di tempat yang sesungguhnya tidak dikenakan bayaran. Waktu berlalu dengan cepat. Hari-hari terasa singkat.
Kesan terbitan kumulatif menyebabkan sistem pengangkutan wam yang tidak efisien.
Membuang waktu tidak terelakkan lagi sementara menepati masa tidak berlaku. Kerja sambilan diperlukan untuk menambahkan pendapatan. Rasa selamat seseorang bergantung pada hubungan baiknya dengan orang-orang yang berpengaruh. Penipuan mewarnai kehidupan sehari-hari.
Makanan yang dimakan orang sehari-hari dilancung. Yang terburuk ialah perubahan nilai terhadap kerja. Mereka yang bekerja keras mendapati sukar untuk menyimpan atau hidup lumayan.
Di persekitarannya, dia menyaksikan ketidakjujuran dan kemalasan diberikan ganjaran besar melalui rasuah. Sementara itu harga barang menjadi mahal. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa biaya rasuah dibebankan kepada para pengguna. Bila kadar rasuah meningkat sehingga 15 atau 30 peratus, dia kemudian dibebani lagi oleh inflasi.


Kesan-kesan begini sepertinya memang sudah terjadi di Malaysia. Para pendukung rasuah mengatakan rasuah sememangnya adalah kebiasaan dalam masyarakat Malaysia. Ada yang berpendapat secara tanpa sedar bahawa rasuah ini tidak terelakkan dalam urusan perniagaan yang melibatkan antara kerajaan dan syarikat. Sikap yang sangat apologik ini tertulis dalam buku ini di muka surat yang sama pada perenggan berikutnya;

Negara yang lemah sebagai akibat rasuah ini adalah sebahagian daripada pemandangan yang lazim. Selanjutnya semangat rakyat menjadi lemah akibat rasuah.
Masyarakat bukannya menjadi marah, tetapi bersikap pasrah terhadap rasuah dan kemudian sika ini digunakan oleh para apologis rasuah yang mengatakan bahawa rasuah merupakan suatu gaya hidup. Sekitaran sosial rasuah mematahkan semangat bagi mereka yang hidup dalamnya dan mereka tidak mendapat manfaat daripada rasuah. Kemunduran yang diabadikan oleh rasuah dan dipengaruhi olehnya adalah penjana utama kemiskinan.


Pada bab terkahir penulis menyangkal secara total ideologi rasuah yang didukung oleh penegak-penegak rasuah terutamanya dari sarjana barat yang mengatakan rasuah punya nilai yang positif dalam menggerakkan ekonomi negara. Di penghujung bab ini, penulis dengan rendah hati menulis dengan mengatakan bahawa buku ini sudah pasti akan dicapkan sebagai igauan seorang moralis. Alatas lebih rela dilabel begitu daripada menjadi ahli sarjana yang mendukung kejahatan. Menutup review buku ini, aku berpendapat kalau saja kita bersungguh-sungguh untuk membuang rasuah seperti kita membuang sampah yang busuk secara total, haruslah bermula di peringkat pengajian tinggi atau dengan kata lain melalui pendidikan. Sebaiknya wacana-wacana tentang rasuah ini haruslah diteliti dengan lebih penting kerana ianya punca segala jenayah yang berlaku dalam masyarakat kita. Aku bersetuju dengan penulis dengan membetulkan semula dan menyediakan iklim yang baik yang tinggi nilai moral, barulah kita boleh bergerak maju dalam mensejahterakan masyarakat supaya dapat hidup dalam harmoni. Suka juga aku tutup seperti Alatas mengutip kata-kata Sari Mehmed Pasha, Bendahara Kerajaan Turki dan seorang penulis sebuah buku mengenai kanun negara (Statecraft), yang dihukum berat pada tahun 1717M oleh pemerintah;

"Penyuapan adalah biang keladi dan akar segala pelanggaran hukum dan kesewenang-wenangan, sumber dan landasan segala macam gangguan dan benih-beinh pemberontakan, kejahatan dan bencana yang paling besar. Tidak ada yang membawa bencana lebih besar bagi rakyat negara Islam atau yang lebih merosak sendi-sendi agama dan pemerintahan daripada rasuah yang tidak ada habis-habisnya. Tidak ada penyebab ketidakadilan dan kekejaman yang lebih besar daripada rasuah kerana penyuapan menghancurkan baik iman mahupun negara"
Profile Image for Benz.
Author 20 books103 followers
September 30, 2024
Antara sebuah buku sedap tulisan Alatas, tetapi boleh dikatakan sebuah buku yang terperinci ditulis oleh sarjana Melayu, mengupas, mengkritik, menghentam sarjana-sarjana Barat yang banyak memesongkan dan memuji rasuah.

Pembacaan buku ini selama berbulan-bulan (4 bulan). Mungkin jika tiada kerja lain, 3 bulan. Tetapi ternyata buku ini tidak boleh dibaca sambil lewa kerana Alatas menghabiskan staminanya bukan sedikit dalam menelanjangkan ideologi rasuah. Ya, padanya rasuah itu sudah menjadi suatu ideologi, yang mempunyai tidak sedikit pembelanya. Dan pembelanya bukan sekadar ahli politik atau pemberi rasuah dan penerima rasuah, bahkan juga sarjana-sarjana yang sedaya upaya mereka memperelok dan mempermolekkan rasuah itu. Dan rasuah yang dikaji Alatas seperti mesin masa, yang merentas era Rom sampailah ke dunia moden, baik dunia kapitalis mahupun dunia sosialis, termasuk di negara-negara membangun.

Sebuah buku yang sedap, tetapi berat dan memakan masa yang bukan sedikit untuk dihabiskan.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews172 followers
August 15, 2024
Last year, when I was in Sarawak, one of my respected specialist asked me to use “warrant flight ticket”. This warrant can be used by every government servant who works in Sabah & Sarawak (or vice versa) once per year. Usually, the flight ticket to KLIA will be around RM 300 unless there are special public holiday like ‘Eid al-Fitr, Chinese New Year and New Year itself, where the price might spike up to RM 500 - RM 600.

After completing the necessary forms and receiving the receipt later on which is 2-4 weeks prior the departure, to my surprise, the receipt that I received was written RM 2400 (!) even though I already submitted the form two months earlier. When I check back the price of the flight, the ticket is still around RM 600 at that moment.

This is a pure example of corruption.

No wonder Alatas believes that corruption is the most serious problem plaguing the developing societies. Alatas wrote this book in 1990 under a grant from Woodrow Wilson International Center for Scholars, Washington D.C. He defines corruption as an abuse of trust in the interest of private gain.

After demonstrating the socio-historical background of corruption worldwide particularly in Roman Empire, Ancient Greece, Ancient Near East, Ancient China and contemporary Asia, Alatas then explained the causes of corruption, its effects and the ideology (as claimed by some ideologists) behind it.

Here, Alatas refutes Huntington who believes that some type and amount of corruption can lead to a process of modernisation and beneficial to development. According to Alatas, this is a myth as corruption itself establish criminology. It is a main weapon of organised crime for establishing control and freedom to operate.

Corruption also denigrate human being. This occur when the corruption functionalists have no empathy with the victim of corruption. They leave the corruption and victimization to continue because the victim is helpless. In their eyes, the victim is in the lower social orders who can do little for development.

This is how corruption metastasised to the fabric of society until it become a norm.

Alatas believes, in order to overcome this most parasitic, crippling and devastating exploitation that have inflicted man, a strongly motivated leader supported by men of insight and integrity is necessary. If there is no such leadership, the people should agitate against corruption via freedom of press. If press is weak, individuals must awaken the intellectual consciousness against corruption, withhold respect and confidence from the corrupt and a creative moral community must be made.
Profile Image for Iza B. Aziz.
228 reviews31 followers
December 6, 2022
Ternyata terjemahan buku Prof. Syed Hussein Alatas ini cukup menyenangkan. Saya sendiri tak sangka saya begitu menikmati setiap baris yang dibicarakan oleh penulis.

Dah lama saya ingin tahu tentang rasuah. Kenapa ia jadi satu wabak pada para penguasa? Seolah kalau ada kuasa, mesti wajib main kad rasuah. Jadi kupasan melalui buku ini banyak memberi ilmu baru tentang penyakit rasuah.
_____________________
Rasuah ialah satu rompakan yang menjahanamkan masyarakat. Ia tidak bererti apa-apa melainkan kekayaan, kekuasaan dan kesenangan perasuah.

Menariknya tentang rasuah ia boleh berubah-ubah mengikut situasi, karakter perasuah dan zaman. Bagi saya rasuah seperti parasit bijak yang mengemudi akal perasuah hingga hilang minda integriti.

Penulis begitu terperinci bercerita tentang sejarah rasuah dan ideologi rasuah. Ada contoh sejarah negara, ada petikan ahli falsafah/pendeta, ada data dan ada pelbagai rujukan yang memudahkan pembaca faham transisi rasuah.
_____________________
Ingin juga saya kongsi, isu moral antara sebahagian yang paling ditegaskan oleh penulis. Nilai moral amat penting untuk menghalang kegiatan rasuah. Tak kira siapa pun kita, tanpa isi moral dalam kehidupan, apa jua jenayah yakni jenayah tanpa darah seperti rasuah pun akan boleh membunuh.

Terakhir dari saya, Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi wajib dikenalkan kepada masyarakat. Jangan pernah berhenti mengutuk rasuah.
_____________________
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
November 11, 2020
Ini bukan review yang baik. Saya beri 4 bintang kerana saya sukakan bahan ilmiah tetapi entah kenapa bahan ilmiah ini sukar untuk dimasukkan ke kepala. Bukunya sederhana nipis tetapi saya baca dengan tempo yang sangat perlahan dan wujud unsur-unsur pemaksaan. Ada hari saya rasa ingin berhenti, ada hari saya mahu teruskan. Ia terlalu banyak informasi (sebenarnya ini baik tapi entahlah). Saya akan kembali untuk membacanya lagi.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
May 15, 2025
Jarang nak bagi 5 bintang. Buku ini (biarpun buku lama) layak untuknya, buku terbaik tentang rasuah; ada perbincangan mendalam tentang senario rasuah di peradaban dan negara tertentu serta kritikan dan bidasan terhadap penulisan akademia yang menyokong rasuah (termasuk Huntington dan Merton) .

Ini adalah antara karya penting almarhum selain daripada Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffles: Schemer or Reformer.

Ia sekali gus mengangkat domain sosiologi yang tetap relevan di sepanjang zaman - Prof. Syed Hussein Alatas adalah sosiologis yang juga mantan NC di Universiti Malaya, disamping pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Buku ini secara mendalam berbicara tentang senario rasuah sewaktu era Yunani dan China kuno. Juga turut berbicara tentang senario rasuah di Asia sekitar 60-an dan 70-an termasuk India, Indonesia, dan Malaysia (berserta contoh dalam militari).

Usah terkejut bahawa dalam sejarah manusia yang panjang rasuah memungkinkan kezaliman dalam bentuk massa sehingga membawa kematian beramai-ramai terutama apabila rasuah mengakibatkan konflik dan kekacauan dalam negara.

Sebagai contoh sewaktu abad ke-2 SM di China kuno, rasuah dan konflik akibatkan kekurangan makanan. Ramai yang berpindah atau mati kebuluran sehingga ada yang sanggup mandiri dengan memakan mayat manusia.

Konflik dan peperangan rata-rata dilihat sebagai faktor yang menjana rasuah seperti Perang Dunia juga Perang Vietnam-Amerika.

Sewaktu negara aman, rasuah menjadi sel barah apabila kapitalis dan politikus bersinergi demi rasuah. Sehubungan itu, muncul kumpulan samseng atau gangster yang berkuasa serentak dengan pelbagai aktiviti penggubahan wang haram.

Sewaktu aman, kadar rasuah sekitar 10% manakala sewaktu konflik, kadar rasuah boleh mencecah 100%. Sungguhpun buku ini bercerita tentang SEJARAH RASUAH, adakah anda yakin bahawa persekitaran anda kini BEBAS RASUAH?

Lebih malang apabila seorang mukmin lebih jijik untuk MAKAN BABI daripada MAKAN RASUAH atau MAKAN SUAP, sanggup kumpul kekayaan dengan duit haram. Ini membenarkan tanda akhir zaman (HR Muslim), apabila 'tidak peduli daripada mana mendapat harta, apakah sumber halal atau haram'.

Singapura dianggap mampu maju dengan pantas malah menjadi unggul di Asia Tenggara disebabkan mampu mengawal dan mengekang rasuah dalam sistem kerajaan dan masyarakat.

Barangkali orang bukan Islam di Singapura lebih takut untuk terlibat dengan rasuah (takutkan penguasa) berbanding orang Islam yang majoriti di Indonesia dan Malaysia (tak takutkan penguasa dan tak takutkan Tuhan - tak takut tak semestinya begitu berani).

Moga saya dan anda yang muslim tidak tergolong dalam kalangan yang beria nak masuk Raudhah dekat makam Nabi Muhammad SAW tapi dalam masa yang sama beria nak makan rasuah, yakni tak takutkan ancaman neraka daripada Nabi SAW.
Profile Image for Izzat Isa.
417 reviews50 followers
July 2, 2019
Selepas membaca buku ini, saya mengakui bahawa saya baru sedar bertapa bahayanya wabak rasuah dalam kehidupan kita merangkumi masyarakat, politik, pentadbiran dan pengurusan, perbelanjaan, pertahanan, penguatkuasaan, jenayah kesan kepada ekonomi malahan seperti yang ditegaskan oleh penulis ialah keruntuhan moral.
Penulis merungkai secara teliti dan jelas bermula dengan sejarah rekod-rekod kes rasuah di tamadun Romawi dan China Kuno sehinggalah era selepas Perang Dunia Kedua. Gejala rasuah ini berakar umbi malahan di sesetengah tempat, ia menjadi semacam tidak menyalahi undang-undang malahan dilakukan secara terbuka atau dalam skala besar-besaran. Penulis memberi contoh kes-kes di Amerika Syarikat, benua Afrika, India, Indonesia dan Malaysia sendiri. Kegiatan ini paling dirasai dan paling ketara ialah di negara-negara dunia ketiga.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.