Sebelum dunia ini kiamat, Islam pasti menjadi agung semula setelah sekian lama Islam bersama penganutnya dipencilkan oleh umat yang lain. Kini kita di suatu zaman dimana musuh Islam menjadikan umat Islam mangsa kerakusan dan kejahatan mereka.
Seolah-olah apa yang diberitakan kepada kita bahawa nasib umat Islam bagaikan 'telur' di hujung tanduk. Tiada pembela dan tiada siapa yang memperdulikan. Itulah cabaran yang besar ke atas umat Islam yang menentukan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah Azawajallah.
Inilah proses yang ditempuhi oleh umat Islam untuk mengembalikan keyakinan mereka kepada hari Kebangkitan dan adanya Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa. Pasti dan janji Allah s.w.t tidak akan biarkan Islam ini terus dirobek oleh musuh-musuhnya.
Ini tidak akan terjadi sehingga Allah s.w.t datangkan kepada mereka Al Mahdi dan Isa Al Masih. Sesungguhnya saat itu semakin hampir untuk meletakkan Islam dan umatnya gemilang dan terbilang. Untuk mengetahui bagaimana Islam ini berdaulat semula maka anda perlu memiliki dan terus membaca buku ini. Tentunya nanti anda akan tahu yang orang yang tidak tahu tentang kejayaan umat islam yang berada di akhir zaman.
Yang penting dari membaca buku ini kita dapat mengambil langkah2 persiapan kerana pengarang telah membawakan dalil2 yg sahih tentang apa yg akan berlaku pada masa akan datang.Kebanyakan dari yg disebut telahpun berlaku hari ini.Tidak rugi membaca buku ini jika dibandingkan dengan membaca setengah2 buku.Bukan semua membaca itu bagus kena tengok juga apa yg dibaca