Seganas dan sekejam Hitler pun dia boleh terjebak dengan masalah cinta, apatah lagi kita? Dalam setiap percintaan dan perhubungan, kita sering sekali didengari dengan pelbagai isu. Dari pandangan mata pertama yang berubah menjadi crush; dari penulis blog menjadi secret admire; dari musuh menjadi pasangan bahagia; dari sahabat menjadi kekasih dan akhirnya dari couple menjadi stranger. Semua itu adalah fenomena yang amat normal. Semua itu adalah peristiwa yang hampir semua antara kita pernah mengalaminya. Dan semuanya akan diterangkan dalam Kitab Terfaktab.
Kalau kau takde makwe atau pakwe. Maknanya kau memang power! [page 112]
Tersengih-sengih sendirian ketika aku meneliti petikan ayat di atas. Power tang mana tu? hik3 lalala5 :P
Well at last, kitab cinta yang dinanti-nanti ini menjengah pasaran. Tak sangka pula aku berkesempatan membacanya. Credit to Ajib :))
Ini rangkuman kisah-kisah cinta daripada 15 orang penulis tegar blog terfaktab. Disampaikan dengan santai tetapi masih ada isinya. Terselit juga komik-komik yang buat aku ketawa. Cubaan yang sangat kreatif.
Daripada kisah putus cinta, baru nak bercinta dan sebagainya telah dikongsikan di dalam kitab ini. Ada juga pengalaman bercinta yang dirungkaikan. Dan kebanyakan kisahnya pernah dibaca di laman mereka sebelum ini.
Aku tak tahu apa definisi orang tentang cinta. Bagiku cinta itu sesuatu yang luhur, hasil daripada hati yang sangat dalam. Ia datang bersama dengan rasa sakit, kecewa dan luka. Mungkin ada orang boleh jatuh cinta sampai 4-8 kali, tetapi ia tetap cinta. Orang yang jatuh cinta saja yang tahu kenapa boleh terjatuh cinta banyak kali begitu :P
Jujurnya aku rasa masih ada yang belum dikeluarkan oleh geng terfaktab ini. Mungkin kerana ini adalah edisi pengenalan. Jadi tak boleh la nak cerita semua kan?
Mungkinkah akan ada edisi kedua, ketiga dan seterusnya? Mari kita nantikan.
Kenal diri sendiri setulus-tulusnya, sebelum mengundang orang lain untuk mengenali diri kita [page 112]
Tidak mempunyai kimia y umphh dengan buku ini. Mungkin harapan y aku garapkan pada buku ini agak tinggi menyebabkan aku berulang ulang kali mengadu bosan kepada teman serumah merangkap teman sepraktikal merangkap teman sekatil.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa artikel y masih boleh aku hadam, y masih boleh aku terima dan boleh buat aku tersengih seorang sendiri seperti baru sahaja mendapat mesej dari si encik kekasih.
Aku sangat berterima kasih dengan kehadiran status hikmah dalam buku ini sebenarnya. Tanpa mereka, aku rasa aku tak mampu nak hadam sehingga muka surat satu satu empat.
Kitab terfaktab. Buku yang mendefinisikan cinta dari pelbagai sudut. Kebanyakan masa aku baca buku ni, aku skip dari satu perenggan ke satu perenggan.
Mungkin kerana aku disleksia, mungkin juga kerana susunan ayat yang kurang menarik. Mungkin juga kerana definisi cinta yang bagi aku hanya satu perasaan yang lahir dari psikologi manusia
Bosan? Tidak. Tapi yang pasti lagu Heaven - Bryan Adams mendefinisikan cinta dengan lebih baik. Pembacaan buku ini berakhir dengan aku mencapai gitar dan mula men-strum lagu Heaven, tanpa pernah betul-betul menghabiskannya.
Pertama kali dengar Kitab Terfaktab melalui blog The Other Khairul. It's really good start for Terfaktab Media by launching this book. Good timing untuk aku yang baru acah-acah frust putus cinta.