Aku baca buku ni, dengan loghat orang Indonesia. Baca dalam hati pun, yang keluarnya loghat Indonesia. Entah kenapa aku rasakan buku ini macam karya dari seberang. Masalahnya aku tak suka tengok sinetron. Jadi mengapakah ini terjadi ke atas diri aku. Nasib baik bila check IC aku, warna dia biru.
buku ni konon beli on9. sekali tibe-tibe stock habis. hampeh je. padahal dah byr.so dapat la refund balik. dan nak kata ketentuan ilahinya tibe-tibe housemate aku bawak buku ni dari umah die nak suh ak baca :) (sebab yang magiknya dia tak tau pon kisah ak beli buku then xdpt sume tu). apa aku merepek ni. ok berbalik kepada buku ni. ini dalah kumpulan cerpen. seriusly baca kena baca dengan tenang. fokus. sebab ayat nya bukan sebarang ayat. sangat-sangat bersastera. baca sekali tak paham. baca dua kali. tak faham. baca tiga kali. dan begitulah sampai faham. oleh itu walaupun buku ni nipis tapi agak lambat nak menghabiskannya. menghayati la kononnya. hehhe.
❤️ 37 kisah pendek ❤️ Anekdot dan cerita yang menyentuh jiwa, menyentakkan perasaan, memeluk lembut sekeping hati, serta memujuk jiwa-jiwa yang lara. ❤️ Ada lucu, ada sedih, ada bahagia, ada kisah yang membuka luas ruang fikir. ❤️ Banyak 'quotes' yang sangat mengesankan. ❤️ Kisah paling dicintai : 💕 Kisah 37 (Aidilfitri untuk Kita) 💕 Sangat sebak dan menyedihkan.
sebagai seorang yang meminati karya Bahruddin Bekri, dapat disimpulkan bahawa saya tak nak ulas banyak-banyak.
"Hidup Penuh Cinta" , berjaya menyedarkan saya bahawa hidup ini penuh cinta. Dan cinta itu banyak mengajar. Dengarlah daripada alam, nescaya kau mendengar bahasa cintanya.
Tetapi, ayat yang paling bermakna adalah, “janganlah kita membuat kerja Tuhan.”
Contoh yang paling mudah adalah dengan menyangka segala yang kita peroleh itu ada pada usaha kita. Sedangkan, usaha kita hanya syarat berjaya, bukannya faktor berjaya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
awesome. perjalanan yang menyeronokkan penuh falsafi. Ada unsur2 pengarangan Andrea Hinata. Apa yang terkesan bagi aku ialah kata-kata orang tua mengenai perbezaan. Dunia ini ialah peluang kedua. Mengetahui sesuatu berdasarkan ilmu bukan logika. Perjalanan A-Z. Memaafkan diri dan sekeliling ketika dilanda masalah. Sungguh, Hidup penuh cinta itu indah :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tulisan Bahruddin Bekri sentiasa buat aku menguntumkan senyum. Setiap baris ayat seakannya di susun kemas. Dalam buku ini dia buat aku faham yang hidup memang penuh dengan cinta, dari pelbagai sudut. Cumanya cerita terakhir aku tidak berapa suka, terlalu biasa dan ya memang ada sedikit sama dgn lasykar pelangi.
maaf, tetapi ada beberapa bahagian tulisan BB yang membuat saya rasa seperti membaca karya andrea hirata. gaya penulisan untuk buku ni agak berbeza dengan buku2 sebelum ni.. tapi tetap penuh dgn pesan.. :-)
37 kisah tentang cinta, hati dan perasaan. Walaupun hanya dengan ketebalan 183 muka surat tapi begitu banyak pengajaran yang bakal diperolehi jika ia dibaca dan dihayati dengan sebaiknya.