"Mungkin kau rasa perbuatan aku ni tak bertimbang rasa tapi nilah satu-satunya cara aku mencintai kau."
Demi cinta, segalanya tidak mustahil... Akhirnya Bennett mengakui Alivia memang istimewa dalam hatinya. Namun Shawn pula bertekad untuk memiliki cinta Alivia walau bagaimana sekalipun. Rebecca bak gunting dalam lipatan - sanggup memfitnah Alivia demi memburu cinta Bennett. Lilly pula sanggup menyelit masuk ke sekolah demi menyelamatkan cinta Alivia dan Bennett. Gelodak jiwa remaja dilamun perasaan cinta!
刘怡廷 Born in Perak, Kaoru has been enthusiastic about comics ever since she was old enough to grasp a pencil and draw. No wonder she became the first female cartoonist in Malaysia to ever appear in manga-influenced style. While her works are very neat simple yet exotic it has revolved around on more love-oriented stories although still preserving the sense of intellectuality and substance. With the likes of "Siri Maskeret Cinta" she also has produced a series of action adventure graphic novels aptly titled "Helios Eclipse."
She's been in love with comics ever since she was old enough to grasp a pencil and draw. No wonder she""s the first female cartoonist in Malaysia to ever appear with manga influenced style. Finalist Story Comic Category Oriental Animation & Comic Competition 2005 Beijing
Patut cover depan Lilly sorang je, menyemak je si Alivia. Watak Shawn ni baik tapi banyak terbuat silap menyebabkan diftnah sebagai budak jahat. Tapi itu la teruk sangat kesilapan dia haha
Jalan cerita dah mula meleret. Benda yang senang, disusahkan. Dah macam drama pukul 7, berat sangat mulut tu nak bercakap! Alivia macam biasalah, annoying tak sudah. Yang aku peliknya kenapa Shawn dan Bennett tergila-gilakan dia?
Kata pengetua Adam Gordon High School, setiap hari baru mestilah bermula dengan cabaran baru. Hm, apa cabaran yang bakal dihadapi Alivia kalini?
Taylor (butler) asyik menggasak Bennet untuk terus berusaha meraih cinta Alivia. Lily (parlour maid) pula merancang utk membantu perjalanan cinta Bennet dan Alivia dengan jadi guru ganti di sekolah mereka. Actually Taylor pun sama, cikgu kat sekolah tu. 🤭
Dalam komik Thursday, sisi kelakar Alivia semakin terserlah. Ok aku rasa semua orang tahu sea cucumber tu apa kan? Tapi Alivia cakap sea cucumber tu timun yang tau berenang 😂 Dan dia masih berangan dalam kelas memikirkan Bennet dan Shawn. Mujur la cikgu Roger baik. Kalau Alivia ni 1 kelas dengan aku, dah confirm dia kena twisted cubitan dekat perut ataupun berdiri atas kerusi.
Cabaran yang Alivia kena lalui sebenarnya rancangan jahat Rebecca. Tak habis habis lagi dia ni. Shawn pun sama. Aku masih tak pasti Shawn ni baik ke tidak. Nampak macam murni tapi entahlah. Alivia ternyata sukakan Bennet dan kalau betul Alivia nak pursue Bennet, perjalanan cintanya takkan mudah.
Lily yang jadi guru ganti pula memulakan rancangannya dengan jadi stalker Shawn. Shawn yang suka ponteng kelas, tidur. Disebabkan cikgu cikgu di bilik guru dah mula complain pasal Shawn, Lily pun volunteer jadi cikgu Shawn. Tapi Shawn tetaplah Shawn. Kesian Lily jadi mangsa prank Shawn 😭
Komik ni diakhiri dengan perkongsian Kaoru semasa Road Tour Gempak Starz 2010. Aku suka makanan makanan yang Kaoru share. Semua nampak sedap dan favorite aku juga! Mesti Kaoru pun foodie.