Aku Terima Nikahnya: "Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepda pasangan hidup kita."
Bercinta Sampai ke Syurga: "Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia.
Murabbi Cinta: "Dua petikan daripada Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Brcinta Sampai ke Syurga, kerna segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki."
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.
Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)
Saya melihat Ust Hasrizal sebagai orang yang amat meminati bidang pendidikan. Saya membaca buku ini pada awalnya untuk mengutip ilmu pendidikan sahaja.
Ternyata, ust hasrizal banyak memberikan kritikan sosial. Ia adalah realiti. Pahit seperti memakan epal busuk, tetapi hasilnya kita akan muntahkan ular yang beracun di dalam perut kita.
Ust berkongsi kisah hidup ust. Dari kecil dan bagaimana ust dididik oleh ibu dan ayah, semasa belajar, sebelum kahwin, selepas kahwin sehinggalah mempunyai anak. Ust juga berkongsi pertemuan ust dengan anak muda. Semua ini saya kira sebagai ilmu yang mahal. Bukan sekadar cerita kosong, tetapi diselitkan dengan nasihat. Jujurnya, banyak tulisan ust merubah cara fikir saya. Cinta dan baitul muslim bukan lagi tajuk cliche yang sering buatkan saya muak untuk mendengarnya. Orang selalu memberitahu sisi indah perkahwinan, tetapi menyembunyikan mehnah dan tribulasi di sebalik sebuah bahtera rumah tangga.
Pendirian ust tentang hubungan tidak syarie sebelum berkahwin sangat jelas. Hampir sahaja saya merasakan couple itu perkara normal, bimbang untuk terang-terangan menolak, nanti dikatakan jumud dan syadid oleh rakan sebaya. Tulisan ust menyentak saya. Yang haram jelas tetap haram.
Berkahwin dengan seorang doktor mempunyai cabaran tersendiri. Saya pernah merasakan mampukah seorang ust memahami kerjaya isterinya sebagai seorang doktor ? Ternyata ust menunjukkan perbezaan kerjaya bukan satu masalah. Kunci utama bahagia dalam perkahwinan ialah mengingat semula tujuan perkahwinan itu dibina.
Tulisan ust tidak memberikan keputusan untuk pembaca. Tetapi mengajak pembaca supaya berfikir dalam membuat keputusan. Berkahwinlah selepas berfikir, menangguhkan perkahwinan juga selepas berfikir.
Buku tentang kehidupan. Buku yang mengajak kita berfikir, bukan sekadar memberi jawapan hitam putih dalam isu yang dibincangkan.
Cinta mungkin dianggap sebagai topik picisan bagi sesetengah golongan, namun bagi segolongan yang lain, ia diangkat melebihi segalanya sehingga membutakan akal, hatta milik mereka yang bijak pandai.
Dan apa yang boleh digarap daripada isi buku ini adalah supaya kita mampu meletakkan cinta di tempat yang sepatutnya, beserta tanggungjawab yang menjadi sebahagian daripada pakejnya. Tidak kiralah dalam konteks sebelum pernikahan, mahupun semasa atau selepas pernikahan.
Yang penting, realiti AKU TERIMA NIKAHNYA bukanlah semata-mata tentang keindahan duniawi sebagaimana yang diimpikan kebanyakan orang, namun sebuah permulaan cerita yang penuh suka duka yang memerlukan kematangan dan kebijaksanaan dalam menguruskan sebuah kehidupan. Kehidupan yang lahir daripada sebuah cinta, yang juga dilahirkan hasil sebuah cinta...
Buku ni sangat sesuai bagi org bujang, bertunang, yg telah bernikah & sudah lama bernikah. Buku mengajak kita berfikir dlm setiap yg kita buat bermula drp pemilihan pasangan hidup, tanggungjwb suami isteri dan tanggungjwb ibu bapa kpd anak2. Disertakan pengalaman penulis sendiri dlm perkahwinan & sbg kaunselor keluarga.
Kesemua buku penulisan Ustaz Hasrizal, juga blog, menampakkan penulis merupakan seorang yang halus menganalisis setiap pemerhatian pada apa-apa yang berlaku setiap hari. Buku ini bukan semata-mata cerita rumah tangga, tetapi cerita kehidupan manusia keseluruhannya.
Perkahwinan itu merupakan pengembaraan hidup yang penuh suka duka, liku luka, senyum tawa pasangan & keseluruhan ahli keluarganya.
Persediaannya bermula sejak akil baligh, malah berterusan sepanjang melayari bahtera baitul muslim itu sendiri.
Buku kompilasi trilogi hasil Ustaz Hasrizal ini, menutur zikir kepada sang anak teruna & dara yang kemudiannya menjadi sang suami & isteri dan kemudiannya menjadi sang abi & ummi. Zikirnya memperingatkan diri mendekati keredhaan Zat Yang Maha Mencipta.
Saya sarankan ia menjadi bacaan umum bagi yang ingin mendirikan rumah tangga mahupun yang sedang mengemudi bahtera perkahwinan ini. Mudah-mudahan, mengingatkan kita fungsi diri dalam institusi kekeluargaan.
Loved most parts of the book yet I guess this conveys the real meaning of marriage.
"Perkahwinan menyelesaikan, tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesian Ia sebuah gagasan. Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke syurga" (Hasrizal,2011)
Pengalaman yang menarik & berharga dikongsi bersama oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengenai perjalanan hidup Ustaz dari waktu tunang hingga beranak (3 atau 4). Mampu mengubah cara berfikir pembaca dalam menghadapi masalah2 yang dihadapi terutamanya selepas berumah tangga. Bukunya tebal & saya mengambil masa setahun setengah nak habis. Disarankan untuk pembacaan.
Bukan semata berkaitan perkahwinan, bahkan banyak mengajar dan berkongsi tentang manusia yang bagaimana perlu kita jadi, common sense, cara fikir yg betul. Yg paling melekat; buat keputusan setelah menilai+berfikir, then we will choose the best and decision kita akn jadi yg terbaik. Tak kesah lah keputusan itu ya atau tidak. Love it much🤍 100/10
Bila baca buku ni, baru tahu dunia 'itu' nanti takkan sentiasa indah. Penuh ranjau. Tapi Ustaz Hasrizal juga memberi tips untuk menghadapi dunia baru itu. Ia buku yang agak ringan tapi penuh pengisian.
Buku yang sarat dengan panduan buat mereka yang masih bujang, bakal berkahwin atau telah berkahwin. Di samping itu, Ust. Hasrizal banyak berkongsi kisah2 kehidupannya sendiri yang boleh dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan seharian. Tak jemu untuk membaca, walaupun bukunya tebal.
Buku yang baik, penuh dengan pesan pesan ke arah kebaikan dan memberi sedikit gambaran suka duka alam rumah tangga. Tak terlalu berat, lebih pada panduan atau persiapan awal untuk sesiapa yg ingin berumah tangga. Secara keseluruhannya, ia buku yang bagus.
Saya tidak habis baca buku ini, oleh itu saya tidak boleh letakkan nilai bintang.
Cebisan-cebisan kisah hidup penulis sebagai tunang, suami, ayah dan anak dikumpulkan dalam buku ini. Apa yang dikongsi boleh dijadikan panduan. Jika anda sudah biasa membaca buku dari penulis ini, anda pasti sudah jangka, buku ini lebih seperti catatan blog. Setiap bab agak pendek, berdiri atas sendirinya dan selalunya tiada kaitan dengan bab-bab sebelumnya. Malah ada nasihat dan pandangan yang diulang-ulang di bab lain.
Tiada apa-apa yang kurang tentang isi dan penulisannya yang jelas dan terus kepada pokok persoalannya (straight to the point).
Pun begitu, ia tidak menarik minat saya mahupun memberi kesan yang mendalam pada diri saya. Tambahan pula, susah untuk saya mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang ada di benak saya, lebih-lebih lagi kerana tajuknya tidak selalu jelas membayangkan isi babnya. Buku ini sesuai untuk dibaca secara santai, bukan untuk dijadikan rujukan
Edisi istimewa ini mengandungi 3 buku dalam satu nashkah - 'Aku terima nikahnya', 'Bercinta sampai ke syurga', dan 'Murabbi cinta'. Sebenarnya saya tidak lihat apa bezanya antara ketiga-tiga bahagian ini selain kisah hidup penulis mengikut kronologi masa.