A collection of intuitive sketches and reflective notes by Hasnul J Saidon during his 3 months residency as a guest researcher at the Fukuoka Asian Art Museum in Fukuoka, Japan from October to December 2003.
Catatan perjalanan tiga bulan penulis di Fukuoka. Disebabkan ianya catatan, ia ditulis secara tak tersusun dan penuh dengan lakaran juga contengan. Bagaikan bahan mentah sebelum membuat penulisan. Ianya menarik. Dalamnya terdapat banyak pengulangan. Mungkin pengulangan ini dibuat kerana asalnya adalah idea sebelum diolah dalam penulisan. Malangnya, kadang-kadang pengulangan boleh menyebabkan pembaca rasa bosan dan mahu selalu melangkau dalam bacaan.
aku anggap penulisan buku ini sebuah diari peribadi sepanjang beliau dia Fukuoka. benar,ia sebuah diari peribadi. sarat dengan tulisan dan dilampirkan sekali dengan gambar yg bersesuaian. aku suka sebab dia sarat emosi; teruja, perasaan letih dengan keterbatasan yang ada sepanjang di Jepun, rindu, cinta, pernghargaan serta rasa tanggungjawab kepada sang Pencipta. setiap penulisan yang dibaca akan membawa kita kembali ke akar, satu tunjang penting yang sentiasa menjadi peirngatan oleh penulis. ada sedikit masalah. kadang-kadang ada bahagian penulisannya aku tak berapa faham; sama ada ia terlalu berseni atau tahap pemikiran aku yang ala kadar. akhir sekali, penulisan ringkas ini kadang-kadang berjaya buat hati aku geram untuk menjejakkan kaki di atas tanah Jepun itu.