This is a pioneering attempt to portray the relationship of Islam as a system of faith and as a tradition to human health and health care. The author explores Wellness and Illness in the Islamic World view, the Religious Valuation of Medicine, The Prophetic Medicine, Medical Care, Medical Ethics and Passages.
Aku dah bagi 5 bintang kepada buku ini kalau bukan kerana beberapa pemahaman penulis yang terlalu kontroversial dan pada pendapat aku, adalah menyeleweng.
Buku Health and Medicine in The Islamic Tradition adalah sebuah monograf karya cendekiawan Muslim kontemporer, Fazlur Rahman. Monograf di sini bermaksud suatu penulisan, huraian ringka (exposition) yg ditulis buat satu topik yg spesifik. Ada banyak siri dalam topik Health and Medicine ini, ditulis oleh penulis2 yg berlainan bagi tradisi yg berlainan seperti tradisi Katolik, Anglican, Jewish, Lutheran dll.
Buat permulaan, aku dah lama dengar yg FR ni modernis thinker. Tapi aku tak sangka pemahaman asas dia tentang Islam begitu menyeleweng. Dia tampaknya tergolong dalam kalangan pemikir yg memakai pendekatan sosiologi di dalam memahami pandangan2 Islam ttg sesuatu perkara.
Hal ini paling jelas bila FR ketemui dua idea yg kontradik yg melibatkan perbezaan antara AQ dan Assunnah. Contohnya dalam isu hukuman hadd untuk berzina. FR tak dapat terima bagaimana AQ boleh begitu berlembut di dalam menjanjikan keampunan Allah terhadap orang2 yg membuat maksiat, tetapi dalam bab berzina Assunnah tetapkan hukuman sehingga rejam sampai mati.
Oklah, aku bukanlah orang yg kuat agama sangat, tapi semua org tahu yg hukuman hadd zina itu terkandung dalam AQ dan Assunnah. Assunnah itu pula ada dalam Sahih Muslim. Aku tak faham bagaimana FR boleh begitu mudah shortcircuit the epistemic framework of Islam yg sangatlah asas, dengan alasan yg rapuh.
Kemudiannya FR akan lapik pendapat dia dengan istilah2 akademik seperti "apocryphal" dan "putative" seterusnya contrive teori2 pelik dia seperti amalan2 sebegini (dalam kes hadd zina) terbit zaman Khalifah Umar al-Khattab di mana berlakunya "sexual chaos" (seriusly, FR memang guna istilah ini) hasil daripada meningkatnya tawanan2 perang wanita from Sayyidina Umar's conquest.
Agak menyedihkan sebab dalam review ini aku terpaksa menulis perkara2 negatif ttg buku ini. Selalunya aku lagi suka tumpu pada aspek positif sesuatu buku. Tapi masalahnya isu2 yg aku timbulkan ini bukanlah isu marginal dan terpencil. Korang akan temuinya hampir dalam setiap bab.
Otherwise this book is really great for those who want to know what is Islam's positioning in regards to health and medicine. Chapter 4: Medical Care is brilliantly written.
Fazlur Rahman is neither a good Muslim nor a great scholar. He is just an academic who does his job well.Unfortunately, this book is also worth reading because of our ignorance of understanding our own sources in depth. But without getting caught up in the sentences in the book and identifying ourselves with Fazlurrahman, we must have this orientalist-minded academic show us what we cannot see.