Sinopsis : Aku pegang 44 caliber colt anaconda dengan isian enam biji peluru .44 magnum istimewa di dalamnya. Tembak jauh lari sedikit dari sasaran tapi di tembak dekat, tepat. Peluru biasa tentu sahaja di isi dengan bahan letupan untuk terbang, tapi peluru ini di saluti dengan fikiran, fikiran yang buntu mencari cahaya yang sedikit-sedikit dalam kegelapan. Nafas turun naik sambil ibu jari kiri menolak cekah ke bawah, ruas jari hantu menyapa lembut picu, siap siaga untuk memuntahkan peluru menelusuri kelajuan melepasi masa mencium cahaya yang memeluk kegelapan. Ruang kubikel yang berdindingkan halimunan bergempita dengan sayup-sayup alat pekerja yang mengetuk kelosong menuju ke sasaran. Aku picingkan mata, memerhati ruang mana yang diterobos peluru, adakah segelap-gelap cahaya atau secerah-cerah gelap yang berlepas pergi? Tatkala aku tersedar dadaku yang serasa lencun dengan lelehan pekat, baru aku mengerti siapa yang dicium peluru.
Gabungan dua penulis yang menulis dengan cara masing-masing. mempunyai 43 kispen. Buku ini tidak agresif, dan tidak juga begitu lembut isinya. Ia sedang-sedang, di antara berat dan ringan-ringan.
Buku terbitan hampir 8 tahun dulu. Aku beli secondhand dan ada autograf Khrlhsym di muka surat hadapan (sebenarnya aku beli sebab nampak nama Lucifer). Permainan bahasanya kalau sekarang rasa macam biasa saja tapi 8 tahun dulu ini adalah superb! Magikal realism, fantasi (dan sci-fi?), mungkin tak masuk akal sangat. Fiksyen di luar kotak fiksyen. Khrlhysm tulis--hidup bukan dengan teori sahaja-- so I digress.
Sejujurnya, aku dihantui oleh tulisan buruk kepunyaan aku di dalam ini.
Konon hipster guna perkataan anatomi berkantung dua, salah satu perkara yang aku nak padam tapi tak terhapus. Buruk betul. Kaver edisi baru melambangkan betapa geramnya kami dengan ia. Tiba-tiba saja yang lain geram dengan ia pula kerana kavernya smart.
Hahahahaha. Apa definisi untuk kaver yang smart jika penulis(aku sendiri) itu tidak menyukainya dan juga kualitinya?
Kau beli kulit buku ke isi buku? Nak geram pasaipa?
Aku belum mencapai tahap pembaca yang 'Collector', kerana duit ke situ belum ada, hanya mampu menghargai isi-isi yang ada. Option lain hanyalah dengan membaca PDF-PDF yang semakin pupus linknya di internet.
Ingat, aku sedang kutuk tulisan aku sendiri. Dan kau tahu betapa sengsara tulisan buruk yang diterbitkan lalu menjadi hantu yang mengejar-ngejar walau siang sekali pun? Kalau tak tahu, bukukan lah tulisan kau yang kau rasa buruk itu.
Jika sebuah karya sastera diukur dari perspektif isi dan bahasa, maka aku akan berikan 4/5 untuk isinya. Kandungannya memuaskan, surreal, dan membuat otak aku seperti ditembusi peluru 0.44 seperti yang dikisahkan pada cover belakang buku. Ia tidak seperti mana-mana buku yang pernah aku beli dulu. Hebat. Ceritanya tidak berada dipaksi logik. Anda harus berkerut dahi untuk memahaminya.
Namun, untuk bahasa pula aku perlu jujur, dan untuk ini aku memberi 3/5. Mengapa? Kerana bagi aku peribadi, lenggok bahasanya kedengaran sedikit janggal. Mungkin kerana penulis sedang ber-eksperimentasi dengan kata-kata yang baru. Kata-katanya bukan seperti yang diajar di Kamus DBP atau Sekolah Menengah kerana ia agak unik, berbeza dengan lenggok bahasa Arus Perdana (Mainstream). Ada sesetengah yang mungkin terasa dilebihkan, tetapi ada juga yang berjaya memaut, menambahkan kesan dengan lebih mendalam pada plot penceritaan.
percaturan istilah dan simbolik yang membuatkan pembaca berfikir akan realitinya. meskipun ada antaranya fiksyen, namun olah penceritaan mampu membuatkan pembaca berhalusinasi dengannya.. =)
Hidup bukan dengan teori sahaja atau ayat penerangannya penuhnya; hidup ini tidak boleh dikatakan sebagai satu-satunya kejadian tertentu, tetap boleh dibantah, boleh berubah maka ia tidak pasti, dan selagi ia tidak pasti, ia bukan realiti dan seperti buku buruk ini boleh disangkal isinya. Ah ini kan fiksyen. - seorang orang yang namanya terpalit di buku ini.
ini buku banyak syok. memang dia tembak habis kepala lu sampai berkecai. gua yakin. rasa macam nak baca lagi bila ada masa nanti. seronok isi isi dia. memang padu.
Amin bagi aku pinjam buku ni. Kulit buku pun dah kedut-kedut, bagai usia buku ini sudah lanjut. Buku ini bagus, tapi terkadang ada yang tak logik haha.