Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
” Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…” Hilman Yong
” Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong
” Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha
Alhamdulillah!! Habis juga novel ne. I'm close to abandon this novel sebab I memang dah tak ada hati nak habiskan... However, nak diabandon, rasa macam sayang sebab I beli mahal. Sekarang ne ada rasa nak jual... rasa nak beri kat orang pun ada... As long as novel ne takde depat mata I.
Awak Suka Saya Tak? ne kena recommend oleh seseorang from goodreads... She recommended novel from Melur Jelita la... and I memang suka when people recommended novels to me. So, after kena recommend, I searched her first novel which is ASST? I went to the local bookstore and when I got the novel, I remembered that I have read the sinopsis before and I pernah pegang juga but letak balik sebab novel ne tebal. I don't mind novel tebal -- Novel Harry Potter yang paling tebal pun I pernah habiskan dalam masa 3 hari -- tetapi I cuma akan beli novel tebal from the author I know, or if novel tu didramakan atau bila ada orang yang recommend. So, for this novel, I decided to read sebab ada yang recommend and sebab ratings kat ASST? is very high.
Hmmm... I really don't know what to say. For me, novel ne can attract me with the storyline. Plot yang ada memang somewhat different dari yang biasa I read. However, I found myself annoyed dari awal sampai akhir ayat.
I've read novel yang ditulis dengan ayat-ayat sempoi, and usually I tried to habiskan novel tu and found myself warming up to the writing style. Tapi for this novel, sampai dah nak habis pun, I still belum dapat menyesuaikan diri dengan style Melur Jelita. I really do feel annoyed with penulis' writing style. I don't know how to explain it. For sure, I memang benci dengan her rendition of actions, like "sob sob sob" "he he he"... all those things membuatkan I takde feel sedih. One minute I nak feel, then the next, I rasa nak marah sebab kena spoiled dengan those words. Kan lebih baik if the author explained something like "dia menangis" daripada menggunakan "sob sob sob" di dalam dialog. Those words typically digunakan untuk informal writing... for a published novel, na uh...
Watak-watak di dalam novel... I rasa, potensi for I menyukai watak utama lelaki memang ada KALAU dia did all those things he did and said kepada WIFE dia. I don't know la... For someone yang suka lecture pasal Islam, I really can't see him acted macam Hilman. There are few scenes di mana penulis insinuated that Hilman dan Intan ada berdua saja di dalam sebuah bilik, and then I said to myself "hmm... cakap macam apa, then berdua di dalam bilik macam apa?" tapi I overlook sebab I thought I missed something. Maybe ada pembantu ke apa with them masa tu... and then Hilman mentioned somewhere yang he and Intan ada berdua saja di dalam bilik and he still tak buat apa2... and I went, "ooh... okay. Betul la mereka aje yang ada dalam bilik tu" and I went back not understanding this Hilman character. Hilman suka flirt with Intan. That, I don't like.......
Okay, I memang open-minded when I read romantic novels. I don't mind sangat aksi daring yang penulis create. However, when the character dilihatkan seperti seorang yang perfect; baik tingkah laku, seorang Muslim yang peka dengan ajaran ugama... I expected him to act with batas. Yes, Hilman menjaga kelakuannya... tetapi I tak rasa dia jaga pertuturannya dan penglihatannya.
Hilman menunjukkan gatalnya even before Intan menjadi tunangannya and after tu, he became much worse with his flirting. Again, I say if watak lelaki yang biasa2 saja, I wouldn't mind, but not one yang selalu "ceramah" ne. I particularly don't like him acting seperti Intan tu hak dia lepas mereka bertunang sebab I think Intan masih hak parents dia.
The contradictory membuatkan I rasa Hilman nampak fake. I guess this is why it's better to read streotype Malay novel yang bertemakan kahwin paksa. At least mereka tu dah suami isteri, nak buat apa pun, nampak tak sopan untuk readers pun, readers like me don't feel blegh.
Intan pulak... I basically tak suka dia. Keras kepala and terlalu banyak assumption and kritikan. I guess, semua social critiques tu dari kacamata penulis, tetapi I found myself sangat annoyed with kritikannya, especially with adat perkahwinan. Memang adat tu tak wajib untuk dilaksanakan, tetapi bagi seorang yang mampu (lebih-lebih lagi ianya merupakan niat seorang ibu), I rasa tak salah... kalau yang rasanya bertentangan dengan agama, baru la wajib ditentang.
Also, I rasa payah sangat nak khatamkan naskah ne... my progression pun paling slow setakat ne, which is 4 weeks I think... Plot cerita memang potentially good, tetapi terlalu banyak bunga-bunga ditaburkan oleh penulis. Dialog pun somewhat too lengkap for my liking...
Maybe I overlook things... or maybe I'm overthinking things... But this is what I feel selepas baca novel ne. Penulis mungkin lebih dalam kefahamannya terhadap Islam, so maybe she knows more than I do about things... Segala pengajaran dalam novel ini akan I ambil and renungkan, so terima kasih atas ilmu yang disampaikan. I cuma rasa very disappointed dengan watak dan jalan cerita meleret in this novel...
Not a novel that I would recommend, tetapi sesiapa yang membaca hanya untuk membaca cerita cinta dan tak kisah dengan penulisan, I say they would enjoy this. Also, kudos kepada penulis sebab terapkan banyak pengajaran. 1 star for plot, and another for pengajaran yang diselitkan.
Sinopsis:
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
” Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…” Hilman Yong
” Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong
” Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha
Memilih buku ini kerana berada dalam keadaan "puasa beli buku" so baca dulu buku yang belum dibaca sebelum ini.
Buku ini merupakan buku pertama dari penulis yang Yuni baca. Satu soalan untuk peminat Melur Jelita: Adakah buku2 beliau yang lain seperti ini atau berlainan genre? Kalau ya, mungkin jodoh Yuni dan buku2 MJ hanya setakat ini. Kalau tidak, we will see
Sejak dari dulu, ramai kawan yang recommend buku hasil nukilan MJ tetapi entah kenapa, berat nak ambil dari rak buku dan baca. Well, maybe it just not my cup of Longjing.
Sepanjang perjalanan Yuni sejauh 1056 m/s ini, Yuni tertanya2 apa yang penulis nak sampaikan? Apa objektif buku ini? Kepada siapa buku ini ditujukan? Is this her first book?
Yuni memang peminat buku tebal. Bagi Yuni, lagi tebal lagi bagus. Tapi untuk buku ini, cepatlah habis. Nak abandon, itu memang bukan Yuni namanya. So cara terakhir adalah skip sebanyak yang mungkin, at least tahu basic cerita ini.
Puteri Intan Zulaikha. Nama yang indah. Dikatakan memiliki wajah yang cantik. Itu ikut pandangan mummy Damien Yong. Tetapi...cepat berprasangka buruk. You waste your 2 years dengan beranggapan Hilman sudah berkahwin dengan Balqis. Cakap tak serupa bikin. Few times, siap dengan capital letter lagi; motto hidup Puteri Intan Zulaikha ialah tidak akan ada relationship dengan suami orang. Tapi...don't give me silly excuse lah. Kalau nak elak, kita boleh buat macam2 cara. Sama juga kalau sebenarnya dalam hati ada keinginan untuk bersama dengan Hilman walaupun dalam otak asyik fikir "dia suami orang"! It's annoying, okay.
Hilman Yong - Seorang mualaf yang dikatakan kuat agama....say it again, kuat agama. Siap ada guru. I'm impressed. Namun begitu, adakah 'kuat agama' tiket untuk anda duduk berduaan dengan Intan? Yuni suka nak gunakan ayat kebiasaan Yuni "macam chipsmore". Sekejap nampak alim, sekejap action nya seperti tidak. Berapa banyak situasi di mana mereka hanya berdua sahaja? Berapa banyak keadaan di mana boleh muncul syak wasangka? Berapa banyak perkara yang boleh menidakkan 'kuat agama'?
Yuni bukan alim. Yuni pun ada banyak kelemahan. Tetapi Yuni tak suka bila sinopsis kata lain, karakter jadi lain. Kalau mereka sudah berkahwin, nak romantik 24 jam pun, lantak lah mereka. Dah halal. Tetapi durasi perkahwinan mereka hanya meliputi 0.0000001% dari keseluruhan cerita. Apa ni? Is this "hilman is my sifu" that author wants to give to us? Again, kuat agama tang mana tu?
Dikatakan Intan amat rapat dengan parentsnya dan abangnya. Tetapi separuh dari cerita ini, seperti dia menidakkan fungsi keluarganya itu. Sometimes, Yuni terfikir dia ni ada keluarga lagi or anak yatim piatu?
Penulis tulis, kalau nak cari ayat-ayat romantik or tangkap lentok, memang tidaklah dalam kisah ini. Novel ini hanya novel kasih sayang. Hmm...adakah otak Yuni dah tepu or line tak berapa clear so that's why asyik buffering je? Dari awal hingga ke akhir, ayat terlebih manis sampai tahap segan untuk Yuni nak baca itu apakah? Ayat kasih sayang memang macam gitu yek? Sorrylah, yuni cuma tahu ayat penyata or soalan.
I'm so sorry. I tried but I can't. This is just not my cup of Long jing. That's all
Hampir 2 tahun novel ini diperam untuk bacaan kali ke-2 (word per word, page by page). Kali ini aku jadi kura-kurang. Kijang berhenti melompat pepuasa ni.... ;)
Ohhhh... berkali-kali aku terpaksa mengemop 'pelangi' di lantai(?).
Keliru sebenarnya dengan hala tuju naskah ini. One side, ia mungkin boleh dikategorikan sebagai naskah berunsur islami. Plot bagaimana Damien berhijrah sebagai Hilman memang menginsafkan. Betapa sukarnya seorang mualaf mengharungi kehidupan sebagai saudara baru.
TAPI....
Bila bersama dengan Intan Zulaikha, Hilman kembali menjadi Damien. Berpelangi aku dengan 'pergaulan bebas' mereka. Walaupun tidak 'melakukan perkara2 yang diluar batasan', tapi scene lovey-dovey antara keduanya agak memualkan.
Atau...
Dengan bahasa kasar; Cakap tak serupa bikin!
Persoalannya....
Tuntutan komersialkah penyebab utama segala scene manis bergula dan dialog dewa-dewi antara Intan-Hilman????
Dan...
Sesungguhnya (for me) hanya bab ketika Hilman hilang ingatan sahaja yang menyelamatkan naskah ini.
Maaf
10.9.2013
Karya pertama dari penulis yang boleh dibanggakan.
Separuh masa pertama mengujakan. Saat Hilman meluahkan perasaan, ditolak Intan dan bagaimana pertemuan kembali digarapkan. Membuai perasaan.
Separuh masa kedua agak meleret. Mungkin kerana Intan yang agak pasif. Hanya menerima langsung tidak memberi apa-apa kecuali isu bantahan mengenai barang hantaran. Hilman pula dirasakan 'terlebih susu pekat manis'. Cuma isu adat Melayu n Chinese didetailkan dengan cantik sekali.
Separuh masa ke-3 - (for me) ketika inilah persoalan mengenai akidah, kasih sayang, pengorbanan dikupas secukupnya. Tarik tali si Intan kena pada tempatnya. Watak si Damien memonopoli. Klimaks plot pernikahan yang syahdu menyentuh perasaaan.
Penggunaan bahasa dan ayat yang agak biasa-biasa.... well- 1st novel, right?
Kagum.... sebenarnya. Bukan kagum dengan ASST, ILUS atau MyPI. Kagum dengan penulisnya..... Novelnya diterbitkan atas lesen novel kreatif tapi bagiku...ianya lebih kepada buku ilmiah yang di'twist'kan untuk memastikan pembaca 'membaca'......
Overall buku ini banyak input yang boleh dijadikan iktibar.
TAPI...
Ada ketikanya plotnya agak meleret. Dan pada saya ada scene tak perlu masukpun tak apa (contoh: Intan main hujan kat rumahnya... motif?). Perwatakan yang adakalanya tidak mencerminkan seorang muslim yang baik sebagaimana yang 'dituturkan'/digambarkan oleh penulis. (tak suka bila ada scene yang diulang-ulang)
Watak hero yang... digambarkan sebagai seorang mualaf yang teguh berprinsip pada agama islam, tapi tak konsisten dengan perlakuan dan perbuatannya. (terutama bila ketika bersama heroin)
Watak heroin yang terlalu ego! Berkali-kali 'kena' masih tak serik-serik. Prisip yang tak kena pada tempat. Terlalu cepat buat assumption! (dan rasanya inilah watak heroin yang paling menyampah saya rasa)
Watak-watak sampingan (lelaki) yang bagaikan 'touch n go' seperti Azad dan doctor Farez?, saya tak pasti kenapa watak ini diwujudkan, sekadar untuk menggambarkan betapa ramai yang terpikat dan tergila-gilakan Intan Zulaikha? Atau sekadar untuk menimbulkan rasa cemburu hero pada heroin? (agaknya watak-watak inilah yang menebalkan lagi buku ini)
Mood membaca saya sering dipancung dengan 'sob sob sob' 'he he he' dihujung ayat. Adoiiiiiii daripada nak menagis, langsung rasa menyampah!
DAN saya mampu bertahan hanya kerana digula-gulakan dengan Hilman! ^____^
Sebenarnya, pernah beli novel ni lima tahun lepas tapi bagi kat my cousin sebab tak leh hadam page pertama for reasons yang I can't recall. Tapi again tahun ni I beli again sebab I'm on a mission, nak try semua novel-novel Melayu yang 'banyak peminat'. The result? Mampu baca dengan 'serius' 30% je novel ni, selebihnya terpaksa skip-skip sebab tekak loya. Patut jugak I never bothered with this novel five years back.
To be honest, I faham kenapa banyak yang suka dengan novel ni. Plotlinenya tak se-cliche novel-novel lain and writing style author ni sedikit unique. Tapi at the same time, I fail to see how people boleh terima perangai watak-watak dalam novel ni dengan hati yang terbuka, especially heroine tu, red flags dari awal sampai akhir kot.
So meh berbincang sikit pasal plot tu. Kinda interesting, not your tipikal kawen paksa. Kisah crush, and kisah kawen tak kawen gitu. Tapi as for the characters, ada Datuk2 ada Datin2, banglo mewah2 so it is still cliche to a point huhu.
And to the worst part in my opinion, the characters.
Intan, si Heroine. - sangat judgemental (nampak je mualaf, auto label masuk Islam sebab nak kawen je - punyala tak elok pemikiran tu, tak pernah nak bersangka baik dengan orang huh) - payah nak ngaku salah sendiri (kalau ada orang lain, tu semua salah orang lain la tu) - suka acah-acah paling tersakiti (suka persoalkan takdir, kenapa payah sangat hidup dia sedangkan putus cinta je pun macam nak mati je bunyi) - suka mengecam orang berdasarkan prejudis sendiri (paling tak suka bab dia sound Balqis, siap mention Balqis tu tak kenal Tuhan gara-gara dia sakit hati putus cinta, padahal dia sendiri yang silap, acah-acah terpaling sempurna taknak berkomunikasi dengan si hero. Semua salah orang lain, tak pernah salah dia, narcissist much?) - degil and susah nak dengar cakap orang (dia je la yang betul) - acah-acah tak nak jadi pelakor, tapi tak reti pulak nak jaga batas dengan 'suami' orang
Hilman, si Hero - acah-acah alim tapi pegang anak dara orang sukahati dia je - suka menggatal 24/7 - nonstop bercakap pasal nak halalkan si gadis and pasal agama, tapi suka berdua-duaan malam-malam macam tak belajar agama pulak - konon-konon cinta mati dengan si Intan, tapi bila bab nak tackle si Intan sekali kena reject dah diam macam takda mulut nak bercakap pulak, so terjadilah salah faham bertahun-tahun, bazir masa dan enerji je
As for other characters, can't recall them properly sangat. Some macam normal, some macam tak masuk akal, and some macam sekadar alat untuk buat plot bergerak je.
And as for the writing, banyak yang suka, banyak yang tak suka dan I'm in the middle. Tak suka tapi tak jugak membenci. Tetapi, mungkin sebab I benci dengan characters novel ni, I'm leaning more towards disliking the writing style la kot. Sebab, benda yang perlu dijelaskan author suka skip macam tak penting, tapi benda-benda yang tak da faedahnya untuk dijelaskan, author suka explain berjela-jela, bikin ngantuk je. Macam terfokus sangat kat benda-benda fillers sampaikan important parts terabai so the reading experience became meh at its best.
All in all, I wouldn't recommend this novel to anyone, anytime. Will I read the author's other books? Entahla. Kalau characters dia semua macam si Intan and Hilman, sorry to say, I'm not the target audience.
Mula-mula baca memang bersemangat, laju je duk selak helaian demi helaian. Bila hampir di penghujung, terasa aduhh bila nak habis ni. Bosan! Patutlah novel ni tebal yg amat. Dialog antara Intan dan Hilman pun dah macam karangan buku teks. Aku banyak skip je bila dekat last2 tu. Malas baca dialog berupa esei ni. Hehe..
Intan! Urrghhh... I HATE HER. Too egoistic, suka ikut kepala sendiri, suka merumitkan keadaan, too overthinking, tak reti bersyukur, kelam-kabut! Oh my... Tak suka betul aku.
Hilman! Hmm... My kind of guy but still ada lopong jugak di situ. And his character, the way he talks, that chinese look and dimple with thick eyebrows reminds me of someone dear to me.
Hilman: "Cinta bagi saya.. saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya kepada Allah. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayangi dia sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya akan menjaga dan melindunginya. Saya mahu menjadi pendengar setianya. Saya mahu memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia. Matanya hanya memandang saya, bukan lelaki lain. Hatinya hanya untuk saya bukan untuk orang lain."
Intan: "Tuhan... satu, satu milik-Mu yang dipinjamkan kepadaku diambil-Mu semula. Jika ia sudah tertulis ia rezekiku, insya Allah pasti Engkau kembalikannya. Jika bukan rezekiku, aku reda. Walaupun aku kehilangan, masih banyak lagi nikmat dan kurnia-Mu untukku. Tetapi yang paling penting, Engkau tetap ada untukku. Jangan Engkau tinggalkan aku."
Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.
Banyak panduan hidup cara Islam dititipkan dalam novel ini, contohnya: tatatertib pergaulan antara lelaki dan perempuan, cinta antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya.
Panduan nikah dan hantaran juga diselitkan, yang mana selama ini kita tak terkecuali cukup berbangga dengan hantaran yang berjenama, hiasan bilik dan sebagainya.
Hantaran kasut, handbag, dan segala 'mak nenek' yang diletakkan sebaris dengan Al-Quran yang patut diletakkan di tempat yang tertinggi.. Masya Allah..
Wajibkah ada hantaran, kenduri dan bersanding?
Adakah tidak memberi hantaran akan menampakkan kurang kasih sayang? Kasih sayang bukan diukur dengan harga atau jenama.
Mengingatkan tetamu & pengantin perempuan, terutamanya, jika menghadirkan diri ke masjid, pakaian biarlah menutup aurat, bukan setakat bertudung tapi pakaian yang tidak jarang dan sendat.. Masya Allah..
Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah SWT.
Habis juga akhirnya buku ni. Walaupun dah tekad dalam hati taknak mula baca sebab minggu exam. Tapi entahlah, tertarik betul. Last-last amik jugak bukunya di rak dan terus baca.
ASST, buku ni karya pertama MJ kalau tak silap aku lah. Sedikit unik tentang buku ni, its a love story between a Muslim convert Chinese-Korean-American man named Damien Yong or Hilman Yong dengan perempuan bernama Puteri Intan Zulaikha. Aku taknak lah go into detail dengan karakter mereka macam mana. Tapi kalau siapa dah baca ILYS boleh tahu kot watak perempuan MJ mesti yang stubbon, ego setinggi gunung, and baran. Berjumpa pulak dengan watak lelaki or hero yang sedikit lembut and tegas dari sudut agamanya. Untuk yang ni aku tepuk tangan berbanyak kali dekat MJ. Never disappoints.
Hero mesti akan mendidik heroine jadi seseorang yang lebih baik dari yang sekarang.
Buku MJ pulak walaupun ianya bekisahkan cinta antara dua insan. Tapi sarat betul dengan mesej agama dan kasih sayang. Aku rasa untuk bab ni memang semua novel MJ menjuarai lah. Tersentuh, tersentak, ternangis semua ada.
Lelah sikit nak habiskan ASST ni sebab masyaAllah tebal dia takleh bawak bincang. Risau jatuh atas muka je. Boleh koma rasanya. Aku tak boleh nak recall every scene yang berlaku dalam buku ni sebab terlalu banyak. Ada yang berulang selalu pun ada. Ada yang masalah yang sama asyikkkk selalu sangat berulang pun satu hal jugak. Annoying betul rasa. Nak DNF pun tak boleh sebab sayang punya pasal hehehe.
Sebab tu terpaksa kasi 4/5. Tapi okay je tak mencacatkan apa pun.
Dan buku ni jugak jatuh pada 4/5 bintang sebab aku selalu sangat compare kan dengan buku I Love You Stupid. Nothing can ever top that book. Dalam buku ASSTS banyak nau moment aku annoyed dengan Intan ni. Takleh bawak bincang betul. Weh dia asyik lari je. Even Hilman dah kata percaya dia. Intan still buat dengan perangai dia yang tu lah. Why must doubt? So perangai dia tu memang back and forth je. Marah, gaduh sekejap, maafkan.
Aku puas hati waktu scene mereka gaduh dekat tepi pantai tu. Waktu tu rasa macam Hilman macam let out je apa yang terbuku dalam hati. Termasuk juga Intan. Waktu ni kita didedahkan bahawa kita kena kawal percakapan kita. Bila dah marah siapa yang menguasai diri? You know the answer. Tapi itulah…
Bila dah marah tu kena tanggung akibatnya lah kan?
Sampailah satu incident happened dan things started to go different lah. Waktu ni amat mengazab kan bagi Intan. Jugak untuk aku. Aku pun rasa simpati. Tapi incident tu aku tak rasa peritnya sangat. Entahlah. Impak dia tak berapa kuat kot, aku pun tak tahu nak cakap macam mana.
Dia punya revelation tentang perkara sebenar pun aku tak terkejut sangat 😂 Haa sudah. Mungkin aku terlalu hebat dalam bab predict ni kot. Expert dah wow.
And by the way, lagu tema Hilman dan Intan ni adalah lagu by Anuar Zain - Sedetik Lebih. ♫ Kasihku... 'ku amat mencintai kamu Kerana kau beri erti hidup 'Ku 'kan terus mencinta Sedetik lebih Selepas selamanya ♫
Best to describe them and how romantic and precious Hilman is to Intan. Very cute indeed.
Overall, aku berpuas hati. Mungkin ASST 2 dapat beri satu tamparan hebat dekat aku. Yelah. Bila dah kahwin kekadang banyak lagi ujian kena hadap. Manalah tahu kan? Will see that in the next book!
Maybe i’m expecting too much on this one after baca the unsung hero. Tapi bila fikir balik this is actually novel pertama penulis, i can accept that buku ni banyak jgk benda yg kurg sikit for me.
Buku ni sangat draggy for me, mungkin kalau bukan disebabkan miscommunications antara FL dan ML, buku ni mungkin tak setebal this one. Too many dramatic events just because of salah faham haish geram pulak aku 😅😅 ML digambarkan sebagai penyabar, but kdg tu aku rasa tiba2 je karakter dia mcm lari, bila satu perkara ni terjadi, dia mcm terlalu abrupt dia punya reactions tu. Aku mcm takleh terima. ML cakap dia mcm kenal everything about the FL tp how come dia semudah tu judge FL tu. Fuhh contradict betul 🤨🤨🤨 and then the FL pun ego dia ya ampun. Senang cakap dua2 ni memang sesuai la for each other hahahah dengan sikap diorang tu 😤 Dan why banyak sgt perkataan sob sob sob dan he he he. So distracting, aku nak feel pun tak jd. Hahahah. Rasa nak gelak adalah. Tp this one version yg lama, not sure la kalau ASST versi yg ada dua buku tu. 🤔🤔
And one more thing yg aku tak setuju, this books desribes so much about Islam, but at the same time banyak jgk scenes yg agak daring, dan walaupun ML menjaga batas, tp dialogues dia, saya tak suka tak suka tak suka. Tak sepadan dgn apa yg dia asyik nasihatkan. Lebih kurg ckp tak serupa bikin. Ada part yg mcm questionable, you should know yg it’s wrong tp ML dan FL buat jgk. Hmm. Ok that’s it ✋ Hahahah over plak. Sbbnya mcm bercanggah. Byk la jgk benda yg aku tak berapa berkenan, apapun matlamat tak menghalalkan cara. Tapi bila aku fikir balik, yelah manusia tak sempurna. Yg pntg usaha nak dekatkan diri pada Allah tu ada. 😌 Cuma aku harap yang baca tau bezakan mana yg salah, tetap la salah especially minor. 😶
Papepun, mana yg baik tetap baik dalam ni, mcm part Hilman as a convert tu, apa yg dia alami is really real, ramai muallaf kat luar sana yg rasa perasaan yg sama dan need supports from all of us dan bukannya jadi judgy. Satu yg aku puji, penulisan arwah MJ kalau bab nasihat2 ni mmg menyentuh jiwa la for me…and again i don’t mind the info dump in this about the horse and everything else. I just like to know something new 🙊🙊 #emptycanvashida
Novel ni nvel mlayu pertama yg sarat dgn pengajaran ttg adab bcinta tatasusila dlm hub cinta..which is great sbb still ad babak2 romantik..yg bjaya mmbuatkn ak jatuh cnta sgt2 dgn hilman yong..how i wish he exist in this world...the 2nd novel after ayat ayat cnta which make me fall in love wit the hero..so u guys, just grab this nvel n im sure u wont regret it..sesuai bg org yg x ska cite yg meleret2, ada byk unsur suspen jgk
Jujurnya ada beberapa perkara dalam novel ni yang bercanggah dengan pendapat saya.
Namun secara keseluruhannya, walaupun buku ni dalam kategori bahan bacaan ringan, tapi banyak benda baru yang saya belajar dan penulis berjaya menyampaikan nasihat kepada pembaca dalam gaya bahasa yang santai.
Paling best sebab jalan cerita banyak dalam bentuk perbualan dan tiada monolog yang membosankan.
Kisah cinta yang sangat syahdu! Mohammad Hilman Yong (Damien Yong - persona sebelum jadi Muslim) telah jatuh cinta dengan Puteri Intan Zulaikha bila dia pertama kali ketemu 8 tahun yang lalu di satu retaurant segera. Dia berdoa dan berserah kepada Tuhan agar diketemukan dengan Intan lagi. Bila ketemu kembali di kedai Cherish kepunyaannya, dia hampir hampa kerana ingat Intan akan berkahwin dengan Nazim. Hilman membawa Intan ke sebuah resort di Bagan Lalang. Mereka melalui kenangan manis disitu bersama Star King dan pantai yang menenangkan. Di hari persandingan Nazim, Hilman bersemangat kembali bila mengetahui bahawa Intan bukan pengantinnya. Lalu, dia terus melamar Intan. Tetapi Intan tidak menerima kerana belum pasti. Bila akhirnya dia pasti, Hilman pula sedang dalam satu upacara akad nikah di Masjid Wilayah. Intan kecewa lalu jatuh sakit. Tiga tahun kemudian, Intan ditugaskan untuk mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Dia ketemu Hilman di padang kuda. Intan sedang cuba untuk mengatasi rasa takutnya pada kuda. Hilman banyak mengajar Intan tentang kasih-sayang. Mereka bertunang. Tetapi dua hari sebelum hari pernikahan, mereka bergaduh besar. Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Datin menghalang Intan dari ketemu anaknya. Tiba-tiba, Damien pula muncul. Dia tidak ingat akan ugama ya tetapi rasa cinta pada Intan amat kuat. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya. Intan reda jika dia harus melepaskan rasa cintanya hanya untuk Hilman kembali kepada Islam. Intan berserah sepenuhnya akan ketentuanNya. Akhirnya, Hilman kembali tapi ingatan pada Intan pula luput. Tapi Hilman cuba untuk mendekatkan dirinya pada Intan, perasaan cinta itu timbul kembali. Mereka akhirnya disatukan dalam satu majlis yang sungguh syahdu. Bila kita berserah kepada Tuhan, semuanya akan dipermudahkan. Kerana semua telah ditentukan.
mula2 bace suke sgt2 tapi bila dh 1/4 hmmm lama2 mcm sgt meleret untuk habis kan novel tebal nih - let's flip to the last page finished! susah nak tangkap intipati bila novel tebal sgt.
Saya bias! Hehe. Sebab mmg saya penggemar hasil tulisan MJ. Saya dah baca 2 karya MJ seblm nie dan saya amat menyukainya. Jadi xhairanla kalau saya suka ASST nie.
Intan Zulaikha, bermula dgn gila2. Semakin lama Intan berubah menjadi lebih matang, lebih bersyukur. Pendek kata, muslimah sejati yang sentiasa meletakkan cinta Allah sebagai cinta yang pertama dalam hatinya melebihi cinta kepada sesama manusia.
Hilman Yong. Walaupun mualaf, tapi dia benar2 mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya. Pencinta yang setia dan sejati. Pencinta kepada semuanya. Mmg boleh dikategorikan sebagai lelaki idaman. Dalam kesempurnaan Hilman, terselit kekurangannya.
Another malay book that I read.Full with information esp related to Islam and horses. Seriously loved Hilman Yong characters, and it is beautifully written too. Its about Hilman who revert to a Muslim, he like a girl named Intan and whats sweet about it is Hilam knew Intan before he went to Taiwan to further his study. In Taiwan he revert to Muslim. and when he went back home, he met Intan again - coincidentally but there is nothing happen by incident in this world. God heard his doa - If Intan is for him then God will bring her to him !
Then the story start...when they met and met again after 2 years.Its kinda long story (not bore me) but I kinda strugle with time. and the linguistic is fairly simple, there are times where I need to read a paragraph twice to understand it :)
It is a novel written from heart, so it reaches my heart too.lol.
Despite the ratings, I find this book too dull. I don't know why. But it is dull. Cannot finish this book eventhough I managed to read till 260+ pages, in one night.
perlu review ke? rasanya tiada kata kata indah yang sesuai untuk gambarkan perjalan kisah cinta hilman yong dan intan zulaikha. Sebab terlalu indah tak boleh move on. Cuma part spoil tu hero perfect nak mati. Saya agak tak boleh tau klo hero perfect sangat. Tiada kecacatan. Dah la ada bisnes brg kemas, bisnes chalet, bisnes horse training class, mcm terlalu kaya gila dan terlalu beriman dan terlalu indah akhlaknya. Dengan mualaf nya, tapi pengisian agama lebih dari yang sedia islam. Lepas tu pandai masak, daring, handsome, badan kekar, muka bersih, nak bayang cemna pun no clue tapi baca je lah sbb klo hero slebewww sape nak layan kan😭🤣novel je lah tempat org lari dari reality 😂 oke done merapu ya sbb korang takkan jumpa spoiler di sini! nak tahu indah ke tak pegi baca okay. Manis dia tu korang bancuh air tak taruh gula seminggu pun takpe sbb korang rasa kemanisan cinta diorang😆
Sejak umur sudah meningkat ni dan kebetulan pula sumber untuk dirujuk memang banyak sekarang ni, saya lebih suka membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu novel.
Kebelakangan ni, saya lebih banyak membaca novel. dan terbaharu adalah novel ini setelah saya melakukan beberapa rujukan yang akhirnya membuatkan saya teruja untuk mendapatkannya di kedai buku. Dan akhirnya, buku ni saya beli juga hari Selasa yang lepas. Tidka boleh menunggu lagi.
Review yang paling menarik saya ialah pendekatan agama yang dibawa dalam penceritaan novel ini. Itu yang saya mahu selami. Pendekatan islamik tapi menggunakan olahan yang santai dan mudah difahami.
Memandangkan novel ni baru berada 3 hari dengan saya dan kekangan waktu yang saya ada, memang baharu beberapa muka surat yang saya selak. Jujurnya, saya akui...saya sukakan novel ini. Ia menarik saya untuk terus membaca. Tetapi, memang ia adalah kelemahan saya...mudah benar mata saya layu apabila mengadap apa-apa buku sekarang ni.
Jadi, janji saya.saya mahu menekuni novel ni dan cuba memberikan ulasannya (walaupun dah ramai yang dah ulas mengenainya).
I can fall in love with this book over and over and over again. thats how great it is <3<3<3 (2013's review)
~~~~~
a reread and still the best bm novel ive eveeeeeerrrrr read hands down!! (2015's)
~~~~~
Nothing beats MJ’s books, so precious, so timeless. Sucha good reunion with ASST after almost 9 years. Cinta yang agung antara dua hamba Allah yang mencintai antara satu sama lain kerana-Nya, tapi dgn cinta yang agung sudah pasti akan diuji dgn begitu hebat sekali…
Who could write it better than MJ? I’m waiting…~~ Al-fatihah. Semoga ilmu yang dicurahkan kembali berbakti kepada arwah MJ di sana. Amin.
Anywho, ASST is good as I rmb,, but ILYS is still the greatest hands down. Jalan cerita dan watak2 yang cukup luar biasa ✋🏽🥹 (2024’s)
ok mula2 baca mmg x bole benti la... tp bila dh jauh baca,haish bosannya bila la nk ade konflik,x de org jahat ke dlm citer ni,smooth sgt... pastu rasa mcm tebal yg amat,lmbt betol abis... x dpt 5 bintang sbb hilman is too perfect,even dye protect intan n wahhh so sweet tp bila bab rumah 5 tingkat, baju bermacam jenama,baju intan pun vera wang,adoyai mmg adw ae org yg kaya camni,ade la kot cuma x kenal je :-P... overall best sbb banyak unsur islamnya,bagi ceramah dlm bentuk novel mmg smarttt tp teramat la tebal smpai penat baca... good job kak mj #dh berbulan ade novel ni tp bru smpat baca sbb bz skola n berpantang x baca novel 6 bulan
Aku baca novel ni tak tidur-tidur sebab nak tahu apa jadi pada ending padahal dah tahu. Mestilah happy ending, just penulisan penulis tu yang buat aku rasa nak membaca bab demi bab. Tahniah Bunda Melur Jelita. ^__^
No comment :) Still enjoy reading. 3 ratings sebab terlalu banyak bahagian yang saya rasa tak perlu diceritakan sangat. Tapi mungkin penulis mahu menambahkan sedikit rasa "realistik" itu ke dalam penulisannya. Contohnya macam kehidupan kita pun ada juga part2 yang boring dan tak ada cerita. Tapi kita still laluinya. Thats my conclusion.
Suka sangat buku ini.. Banyak halangan dan cobaan yang melanda dalam membina sebuah perhubungan.. Tapi nama pun novel cinta kan mesti la happy ending.. Im falling in love with both character.. Bravo to melur jelita..