Sebenarnya, apa yang dinyatakan adalah perkara yang kita sebagai insan sudah tahu. Ia adalah common sense, tetapi sebagai manusia juga kita sentiasa terlupa perkara-perkara asas yang menjadi tunjang kepada satu kehidupan yang bahagia. Kita juga selalu terlupa kita wajib mencari kebahagiaan yang hakiki juga, maka buku ini fungsinya untuk menyedarkan kita tentang tanggungjawab kita dalam mencari dan mengenal Sang Pencipta.
Buat baik, cari redhaNYA. Mudah, tetapi kita selalu dikaburkan dengan perkara-perkara dunia sehingga selalu sahaja terlupa betapa mudahnya untuk mencari redha Allah.
Buku ini perlu dibaca beberapa kali, supaya falsafah mudahnya melekat kejap di dalam hati.