Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biarkan Ia Pergi

Rate this book
Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dalam novel. Cinta adalah kebodohan manusia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya, cinta hanyalah kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan untuk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yang melahirkan daya tarikan sementara. - Zaquan Zachery

588 pages, Paperback

First published September 1, 2009

49 people are currently reading
492 people want to read

About the author

Liza Nur

23 books109 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
86 (56%)
4 stars
43 (28%)
3 stars
14 (9%)
2 stars
4 (2%)
1 star
5 (3%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
January 13, 2014
Setelah penat disogokkan dengan naskah nikah-paksa-kahwin-rela, akhirnya dijodohkan dengan BIARKAN IA PERGI semasa MPH's sale hujung tahun. Agak susah mendapatkan naskah lama seperti ini di kedai-kedai buku biasa.

Kisah Alissa yg dirogol ntah-siapa-siapa semasa menuntut di luar negara. Sendirian melahirkan dan membesarkan zuriatnya tanpa keluarga.

Kisah Zaquan - seorang anak dan adik yg terlalu dijaga kebajikannya hingga silap corak hidupnya. Seorang lelaki yg memusnahkan hidup gadis yg ntah-siapa-siapa. Hidup dalam kesalan bertahun-tahun dan sentiasa cuba mencari gadis dan zuriat yg diyakininya.

(for me).... Biarpun Alissa tonggak utama naskah ini, tapi lakaran watak Zaquan lebih terasa. (seperti mengagumi si Ron Weasly daripada si Harry Potter walaupun dia bukan pelaku utama :)

Namun, pembaca perlu bijak mencari 'selitan' sejarah hidup Zaquan yg diselerakkan melalui teknik imbas kembali. Umpama bermain crossword, cerita Zaquan ada di mana-mana, yg penting pandai memaknakannya :)

Aku juga sukakan si Haris, sahabat setia. Cara Haris melindungi Zaquan walaupun sedikit menjengkelkan, tapi kena pada tempatnya.

Juga si cilik Ameen Zaquan yg keletahnya mencuit rasa. Penulis bijak meletakkan watak si anak seadanya.

Semua pelaku BIARKAN IA PERGI diberi . bukan ,

CUMA.....

i) Permulaan naskah ini memang kelam-kabut. Peristiwa penting di Adelaide agak kacau bilau. Terlalu banyak watak yg ditampilkan dalam satu-satu masa. Penulis seolah-olah membawa persekitaran Alissa + Zaquan sebelum 'menemukan' mereka semasa kejadian rogol tersebut. Dengan lain perkataan Alissa dan Zaquan hanyalah 'akibat' daripada perlakuan watak2 lain.

ii) Gelodak rasa Zaquan ketika Alissa meninggalkannya sebelum akhir cerita dilewakan naskah ini. Lebih sesuai sekiranya jiwa Zaquan yg ditinggalkan isteri dikupas secukupnya. Malangnya penulis lebih memilih untuk membongkar kisah Fara + Izani dan Maldiha.

iii) Katalah apa saja, tapi pembacaan aku sering terganggu bila melewati nama watak2 ini; Fara Zaliqa, Daniella Iswana, Aidil Aqasha, Elina Maisara, Zaquan Zachery.... Berbelit lidah menyebut nama-nama begini. Tiada cacatnya jika hanya nama dengan 1 perkataan sahaja diletakkan... lebih memudahkan.

Jika segala 'kekurangan' ini tidak diambil kira, aku takan teragak-agak untuk meng-5-bintang-kan ia.....

p/s; terbayang plot kacaunya keluarga Zaquan ketika ibunya melemaskan si kecil dalam tab mandi dan melontarkan Zaquan dari tingkap bangunan. Ngeri....

Juga seolah-olah mampu 'melihat' lakaran lukisan luka insan berdosa. Si Zaquan mencium si anak yg masih dalam rahim Alissa. Pedihnya jiwa.....




Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
November 22, 2011
Novel ini sudah terbit sejak 2009 dan baru tahun 2011 ini berkesempatan menyertai ruang pembacaan peribadi hamba yang selalu ketinggalan zaman. But, better late than never, kan? (^,^)

Biarkan Ia Pergi menjadi hasil tulisan pertama Liza Nur yang memasuki rak buku hamba dan hamba merasakan tidak perlu berkira tentang 'pelaburan' yang hamba buat sewaktu membelinya kerana kesudahannya agak berbaloi.

Berbaloi dalam erti kata hamba ialah:

1. Jalan ceritanya punya keistimewaan sendiri walaupun hamba jarang mengemari tulisan yang beremosi. Konflik sepanjang perjalanan ceritanya sangat menarik untuk diselusuri walaupun babak imbas semula dan bab yang agak panjang melarikan sedikit fokus hamba.

2. Mungkin kisah hidup Alissa Othman (sebinti dengan hamba pulak...hahaha) tidak terlalu menarik di mata hamba kerana mungkin sedikit klise tapi kisah Zaquan Zachery cukup menarik. Kisah tragis keluarganya, penantian dan kepercayaannya pada sesuatu yang tak pernah dia lihat di depan mata - well, hamba suka <3.

3. Paling best tentang novel ini ialah semua wataknya bermula dan berakhir di jalan mereka sendiri. Setiap watak ada diceritakan atau paling tidak dinyatakan tentang hala tuju hidup mereka.

4. Dan, mungkin hamba bias sebab hamba minat tahap maksima dengan pasangan Badry - T.Asmidar berbanding pasangan utama Alissa - Zaquan.
"Saya terima." - Jawapan T.Asmidar sebelum pun dia dengar soalan buat hamba gelak sesorang tengah-tengah malam.
"Tapi As, let's do it the proper way okay. Biar papa I tanya dulu. Then, you tunduk muka, malu-malu. Kemudian, baru you jawab." - Okey, jantung hamba dah jadi cecair masa Badry cakap ayat ni. Hehehe.
Pokoknya dorang sweet seadanya tanpa perlu ayat-ayat romantika berlebihan. (^,^)
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
July 20, 2022
Buku yang selalu diulang baca. Hopefully, bila divisualkan menerusi drama tak akan mengecewakan.
Profile Image for Norhana.
25 reviews
October 28, 2020
Sebuah karya yang sarat dengan pelbagai rasa sedih, geram, marah dan gembira. Kisah tragis kehidupan Alissa yang bermula pada suatu malam di kota Adelaide. Kesilapan Alissa hanya kerana dia berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Geram dengan Fara, yang kononnya sahabat baik Alissa. Geram juga kepada Iz yang bodoh membuta tuli mempercayai kata2 Fara sehinggakan tidak mahu mendengar penjelasan dari kekasihnya sendiri. Zaq, seorang lelaki yang bertanggungjawab. Setelah menyedari kesilapan yang dilakukan, dia mahu bertanggungjawab. Tambah merumitkan keadaan, bila dia mengetahui bahawa dia telah tersilap orang pada malam jahanam itu. Bersungguh2 Zaq mencari Alissa, demi menebus kesilapannya dahulu. Ameen Zaquan sangat keletah walaupun usianya masih muda. Setelah Zaq memiliki Alissa, muncul pula Daniella. Geram juga dengan Haris yang tidak berterus terang kepada Alissa, status Daniella...Kerana Daniella, Alissa membawa diri ke kota Adelaide. Bagaimanakah pengakhirannya? Kenalah beli dan baca novel Liza Nur ini. Kepada Liza, saya tak pernah jemu membaca karya2 Liza. Keep on writing!
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
May 17, 2014
Ramai yg kata story ni agak lain dan meleleh air mata membacanya. So, sy pun cubalah membacanya. N, ya memang TERBAIK karya LIZA NUR ni! Bagaimanakah hidup kita andai segalanya punah kerana hilang maruah? Apakah cinta yg konon disanjung akan berkekalan andai antara pasangan hilang maruahnya? Sanggupkah sahabat sejati menikam sahabatnya sendiri? Dan, apakah perkahwinan yg dibina sentiasa merasa bahagia? Kesemua jawapan pd persoalan ni ada dalam BIARKAN IA PERGI. Sebuah kisah yang unik lagi best!! TAHNIAH buat LIZA NUR.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
August 21, 2022
Yeayy, dah habis baca! Saya beli terus novel ni dengan penulis sebab cari kat shopee semua takde stok. Mana taknya, cetakan pertama adalah pada tahun 2009.

Selepas novel bukan gadis biasa, ini adalah novel kedua kak liza nur yang saya baca. Sejujurnya novel pertama penulis yang mampu saya habiskan membaca sehingga ke noktah terakhir. Suka cara penulis describe suasana di Adelaide City. Satu je yang tak best. Novel ni takde penanda buku.

Dan baru tahu, ada banyak novel-novel lain hasil air tangan penulis. Teruskan menulis cerita-cerita yang best ya!
Profile Image for Sarah.
51 reviews
June 16, 2024
Terlalu banyak drama yg tak masuk akal yg berlaku dalam satu masa yg pendek. Kebetulan pun terlalu banyak. Maaf cakap. Permulaan bacaan sampai kahwin tu ok, tapi bila lepas kahwin tu, memang dah start merepek. Byk betul masalah dan peristiwa yg berlaku tiba tiba. Heroin tu pun bodoh sangat, tak boleh berfikir waras. Tahlah, rasa nak marah je tau.
4 reviews
July 15, 2020
Jalan cerita yang menarik & unik,, plus penuh dengan pengajaran.
Profile Image for Balqis Khairi.
14 reviews1 follower
January 10, 2025
first time baca time sekolah dulu. Zaquan dan Alisa. Alisa yang sangat kuat , repeat sekali lagi buku ni, makin sakit hati dengan Zaquan. Karya Liza Nur memang bagus dan banyak pengajarannya.
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
May 19, 2015
Sebuah karya CINTA SYAHDU HEBAT ini memang sesuai sekali dijadikan sebagai pengajaran dan motivasi yang amat berguna kepada pembaca. Cuba baca dengan mata hati dan mata akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperolehi dari karya hebat ini.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.