Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mahar Cinta Cinderella

Rate this book
Pertemuan pertama Nur Sayang dan Dr. Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan mneggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering menggelarnya 'Islam Celup'.


Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.
Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.

Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.

Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?

393 pages, Paperback

First published January 1, 2011

8 people are currently reading
112 people want to read

About the author

Maya Iris

12 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (46%)
4 stars
40 (38%)
3 stars
13 (12%)
2 stars
2 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
May 17, 2015
3.75 bintang

Pertama kali membaca karya penulis bernama Maya Iris ni. Buku ini dibeli semasa melayari sale yang ditawarkan di Bookcafe (kedai online untuk buku terbitan PTS). Tertarik dengan sinopsisnya dan juga nama watak utamanya, Nur Sayang. Very catchy!

Mahar Cinta Cinderella membawakan kisah Nur Sayang yang menjadi mangsa ragut pada hari pertama dia sepatutnya melaporkan diri untuk menjalani latihan praktikal kejururawatan. Tragedi tersebut menemukannya dengan Dr Andrew, yang telah menyelamatkannya ketika dia diseret oleh peragut bermotosikal tersebut dengan cara membaling kasut yang dipakainya ke arah peragut tersebut.

Pada mulanya, Nur Sayang berasa benci dengan sikap Dr Andrew yang pada pandangannya seolah-olah cuba mengambil kesempatan semasa merawatnya. Segala rungutan dan kata-kata yang agak kasar dari Nur Sayang yang kurang selesa dirawat oleh doktor lelaki tidak diendahkannya. Malahan makin galak dia mengusik. Walaupun berkali-kali dimarah supaya memanggilnya Nur, Dr Andrew tetap suka memanggilnya Sayang sehingga akhirnya dia sendiri pun sudah penat hendak membetulkannya. Lebih-lebih lagi, Nur Sayang diletakkan di bawah seliaan Dr Andrew sepanjang tempoh praktikalnya.

Cemuhan Dr Andrew yang menggelarnya 'Islam celup' kerana tidak memahami ajaran Islam yang sebenar, sebaliknya hanya menghafal tanpa memahami maksudnya seumpama burung kakak tua (sangat terasa!) membuatkan Nur Sayang bertekad untuk memcari bukti melalui ayat-ayat Al-Quran bagi menjawab segala provokasi Dr Andrew. Ketekunan Nur Sayang membuka hati dan minda Dr Andrew untuk turut sama mencari jawapan di dalam Al-Quran. Tanpa disedari, perasaan benci dan jengkelnya terhadap Dr Andrew semakin menghilang, apatah lagi mereka sekarang lebih banyak berbincang dan saling berkongsi tentang ilmu-ilmu yang diperolehi hasil dari kajian mereka terhadap ayat-ayat suci itu.

Akhirnya Dr Andrew yakin untuk memeluk Islam dan dia mengharapkan agar Nur Sayang dapat berada di sampingnya untuk menyokongnya. Tetapi, Nur Sayang menolak lamarannya kerana dirasakan dirinya masih tidak cukup baik untuk menjadi pembimbing saudara baru.

Kerana kecewa, Dr Ehsan (nama Islam Dr Andrew) mengambil keputusan untuk mengikuti rombongan kemanusiaan ke Gaza. Di sini, dia dapat mengalami sendiri penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin. Malah, dia dapat menyaksikan sendiri peristiwa2 yang mungkin jika tidak dialami sendiri akan sukar dipercayai.

Dalam masa itu, Nur Sayang yang mengalami tekanan juga untuk mencari dirinya semula. Dia berasa menyesal kerana telah menolak lamaran seorang lelaki yang baik. Setelah 'pengembaraannya', Nur Sayang mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Dr Ehsan yang ditembak tentera Zionis telah diselamatkan dan dibawa ke hospital di Mesir. Dan mereka berdua terperangkap di sana ketika Revolusi Mesir. Mereka berada berdekatan, tetapi tidak mengetahuinya.

Ketika pulang ke Malaysia, Nur Sayang diberitahu bahawa Dr Ehsan telah meninggal dunia di Palestin. Dia berasa teramat sedih dan terkilan kerana telah menolak lamarannya sehinggakan Dr Ehsan merajuk membawa diri ke Gaza, dan menyebabkannya terbunuh. Dr Ehsan yang juga mencari Nur Sayang di Malaysia turut menemui kehampaan apabila diberitahu yang dia telah terlepas peluang untuk berjumpa Nur Sayang (selisih masa sejam) dan Nur Sayang pula diberitahu tentang kematiannya. Dia redha dan berserah kepada ketentuan Allah.

Keduanya dipertemukan semula ketika menaiki penerbangan yang sama untuk kembali ke Mesir. Nur Sayang untuk meneruskan pengajiannya (untuk meneruskan legasi Dr Ehsan!) dan Dr Ehsan pula menerima tawaran kerja di hospital di sana. Pertemuan yang pastinya memberi peluang kedua untuk kedua-duanya mencari kebahagiaan.

Novel yang menarik, boleh dikatakan agak unik. Banyak kisah yang dijadikan contoh dan pedoman. Malahan perbualan antara Dr Andrew dan Nur Sayang banyak berkisar tentang ilmu-ilmu yang terkandung dalam Al-Quran, kitab suci yang dijadikan pedoman setiap masa. Dan banyak juga la ingatan-ingatan serta sindiran yang dinyatakan oleh penulis yang terkena batang hidung sendiri. Aduhh...terasa betapa ceteknya ilmu, betapa jahilnya diri dan betapa jauhnya kita dari Allah.

Cuma, saya merasakan bahasanya agak keras dan perwatakan Nur Sayang yang sepatutnya menjaga susila seorang gadis Melayu beragama Islam juga pada saya agak tidak kena, agak meninggi diri. Terasa seperti dia terlalu ego, dan tidak begitu menghormati orang lain (terutamanya Dr Andrew dan Syakirah). Itu yang menyebabkan saya agak berat hati untuk memberi naskhah ini solid 4 stars, walaupun di dalamnya penuh dengan pengisian.

Kata-kata yang paling menarik (malah dijadikan tagline) :

Saya seperti Cinderella. Orang nampak Cinderella itu cantik. Tetapi, di sebalik pakaian dan solekan yang cantik, sebenarnya Cinderella seorang yang miskin dan comot. Orang nampak saya baik dan alim. Sebenarnya jiwa saya miskin.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
June 18, 2013
Kisah tentang Dr. Andrew dan Nur Sayang seorang pelatih kejururawatan. Bertemu apabila NS diragut di depan hospital pada hari pertama ia sepatutnya melapurkan diri untuk latihan amalinya dan dirawat oleh Dr. Andrew. Kebenciannya kpd Dr Andrew yg mengatakan NS sebagai seorang Islam celup membuatkan NS membaca terjemahan Al-Quran setiap waktu rehat. Ini bagi e\menunjukkan kpd DA bahawa dia bukannya hanya seorang burung kakak tua yg menghafal ayat2 AlQuran tanpa mengetahui maksudnya.

Soalan2 DA ttg apa yg ada di Alquran dan penerangan2 daripada NS menyebabkan DA memeluk agama Islam.
DA kemudiannya melamar NS tetapi ditolak oleh NS kerana dia merasakan tidak setanding dgn DA dan dia juga merasa rendah diri kerana merasakan dirinya tidaklah sebaik sebagaimana yg di lihat oleh DA.

DA kemudian mengikut misi ke Gaza dan di sana dia dapat melihat kekejaman Yahudi terhadap org2 Islam. Kisah2 menyayat hati ttg keadaan di Tebing Gaza membuatkan kita juga ingin menangis. Satu hari DA telah ditangkap oleh tentera Yahudi dan ketika dia ingin melarikan diri dia telah tertangkap dan cuba dibunuh oleh tentera Zionis.

Sementara NS pula melanjutkan pengajiannya di Mesir dan terperangkap dalam kemelut politik di sana. Untuk mengetahui kesudahan cerita ini bolehlah baca buku ini.

Nota: saya sukakan buku ini kerana banyak pengajaran yg terdapat di dalamnya. Kisah2 dari AlQuran ttg pelbagai perkara, kisah syurga neraka, israq miqraj byk membuka mata dan beri kesedaran kpd saya. Kisah2 kekejaman Zionis membuatkan kita rasa marah dan teringin berada di sana utk sama2 berjuang dgn mereka. Kisah 'pertemuan' DA dan NS serta perhubungannya mereka amat manis.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
October 5, 2019
Setelah menanti dgn penuh kesabaran, akhirnya dpt juga saya memiliki box set trilogi konspirasi ini. Saya ada memiliki naskah asal MCC ini tetapi bila tgk cover buku, semangat nk membaca tu merundum. Ermm nmpknya cover buku juga memainkan peranan ya😜. Tetapi bila kak Maya terbitkan box trilogi dgn cover dpn yg sgt menarik, terus semangat membaca itu dtg dgn terujanya.

Dlm MMC, selain dihidangkan dgn kisah cinta Dr Andrew alias Dr Ehsan dgn Nur Sayang, kita juga diisi dgn kisah pergolakan di bumi Palestin dan Mesir. Bagaimana Dr Ehsan berjaya membebaskan diri dr kem tentera pihak zionis dan bermula dr rentetan tersebut, Dr Ehsan kehilangan salah satu anggota badannya. Namun ianya sama sekali tidak mematahkan semangatnya utk berjuang utk agama yg baru dianutinya.

Overall, saya sgt berpuas hati dgn perjalanan cerita ini. Cuma watak Nur Sayang kadang-kala menjengkelkan. Sifatnya lebih keanak2an dan agak kasar utk watak muslimah sepertinya. Nasiblah dpt Dr Ehsan yg lebih matang dlm menangani sifat Nur Sayang itu!!!

Next.... KONSPIRASI SUAMI
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
August 18, 2017
Cerita okay.
Isi ceritapun okay.
Cuma cara bercerita tu agak kurang memuaskan. Mungkin sebab aku tak biasa dengan gaya penulisan si penulis.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
November 27, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM11. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Banyak pengisian yang boleh dikongsi dalam novel ni. Banyak isu yang ditimbulkan membuat kita celik mata dan merenung kekurangan diri. Memang betul kata Dr. Andrew. Sebagai orang Islam, betapa dalamkah kita benar-benar mengenali Islam? Atau kita hanya layak digelar 'Islam celup'?

Part yang paling mengerikan tahap naik bulu roma is when Dr. Ehsan dibawa 'melawat' ke neraka. Menakutkan sampai rasa nak menangis...

Banyak jugak diselitkan kisah-kisah aneh yang berlaku semasa peperangan Israel-Palestin yang disaksikan dan dialami sendiri oleh Dr. Ehsan. Adakah ia fiksyen semata-mata atau berdasarkan kejadian sebenar? Allah Maha Mengetahui...

Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
August 18, 2017
Ada pengisian. Islamik. Bagus. Tapi teknik penceritaan tidak kena dengan citarasa. Cepat sangat, woosh woosh ok dah. Dia macam, semalam kutuk Islam, hari ini masuk Islam, esok ehh dah nak pergi Gaza dan penerbangannya petang esok dah. Mungkin sebab penulis nak letak semua topik sekali tu yg jadi cepat sangat. Bab al-Qur'an dan sains pun, macam copy paste lepas tu letak je dlm dialog kasi novel ini tebal. Memanglah ayat al-Qur'an tak boleh diubah tetapi huraiannya kan seronok pakai bahasa penulis sendiri. Cerita ada tetapi cara atau penceritaan kurang berkenan. Banyak juga saya langkau sebab tak boleh, tak kena dengan jiwa. Mungkin sesuai dengan jiwa orang lain.
66 reviews3 followers
August 20, 2019
Kisah Nur Sayang dan Dr.Andrew ni lain dari yang lain. Admin suka dgn pengolahan dan penceritaan yang disampaikan dalam novel ni. Setiap helaian bab yang nak dibaca buat admin tak sabar nak tahu. Ada romantik, ada geram, ada rasa nak marah jugak. Dr. Andrew seorang doktor Cina telah jatuh cinta kepada seorang pelatihnya iaitu Nur dan melamarnya. Tetapi lamarannya telah ditolak dan dia membawa diri ke Palestin. Dan Nur menyesal kerana telah menolak lamaran Dr.Andrew juga membawa diri ke Gaza untuk melanjutkan pelajaran di sana. Apakah yang berlaku seterusnya? nak tahu boleh dapatkan buku ni di https://www.e-sentral.com :))
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
November 16, 2022
Banyak pengisian dalam naskah ini…indah rasanya bila diceritakan kisah-kisah seperti bauan kasturi di hospital bagi mereka yang mati shahid semasa berlakunya peperangan, kanak-kanak yang berani melontarkan batu kepada tentera tetapi dengan izin Allah menjadi hujan batu…dan banyak lagi kisah lain.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
August 19, 2015
Alhamdulillah.. I am done with this awesome novel. Just thinking of transition and change... that is really a big word to go on with. It's a fairly written with sensitive topics to begin with. serious chaos and mishaps. serious amount of tafsir being shared creates a great storyline between NurSayang and Dr. Andrew who then converted to Islam to become Dr. Ehsan. His learning journey in Gaza with Shaheed being his companion after that mind blowing event. I must say.. I teared up.. For the people of Gaza, they choose to be Syahid rather than move on to protect Islam, faith and Palestine. May earnest prayers to them all. Dr. Ehsan is really special.. so special and he accepts everything with and open heart. All the good happenings comes from Allah Swt. NurSayang too went on a journey to find who she really is. Keep me thinking am I really Islam at heart or just Islam by name... Oh Allah.. keep my faith intact only for you and only to your directions I must follow. Good luck NurSayang on your journey to becoming a doctor. And now.. for Konspirasi Suami.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
September 18, 2016
banyak pages kosong ... so baca juga ler walaupun mood dah lari ... silap tak cek masa terima buku.
beli thru online kat bookcafe.com.my ...

anyway, novel nie tidak 100% cinta .. ada tapi lebih ke arah ketuhanan ... membuatkan kita fikir .. dan juga part perjuangan palestine .. yahudi ... zionis ...

dan coming soon ... sambungan Fugitif akan dikeluarkan tak lama lagi ... berharap sangat dapat signature Maya Iris ... hehehe ...
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
July 14, 2021
Satu kisah yang padat dengan pengisian. Agak tersentak tatkala membaca naskhah ini ketika situasi sekarang di Palestine masih memuncak. Nur Sayang & Dr Ehsan , pasangan yang pada mulanya saling menolak tetapi akhirnya hati mereka tidak mampu berbohong. Penulis seperti biasa senantiasa menitipkan pengajaran di dalam naskhah tulisannya sejak Dari dulu lagi & kerana faktor inilah aku sangat menyukai gaya penulisan beliau. Hidayah Itu milik Allah ...
Profile Image for Cthajarronaldo.
48 reviews5 followers
March 23, 2015
Nak jual buku ni rm18 termasuk postage...ada siapa2 nak boleh PM ye
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
February 21, 2021
Aku mula mengikuti Maya Iris sejak baca novel pertamanya, Ku Seru Nama Mu Kekasih pada tahun 2012. Dah 10 tahun rupanya. Keistimewaan penulis Maya Iris ialah aku rasa dia sangat rajin buat kajian, dan orangnya sangat teliti. Kalau novel pertamanya berkisar tentang seorang Paderi Kristian yang sesat, novel ini tentang seorang mualaf yang masih baru mengenal Islam berkhidmat di Gaza.

MCC menceritakan tentang Nur Sayang yang menjalani latihan jururawat di sebuah hospital. Hari pertama dia diselamatkan oleh Dr. Andrew ketika dia diragut. Dia cedera dan Dr. Andrew yang rawat dia.

Dr. Andrew ni tak pastilah sana ada dia sedang menyinis atau nak tahu tentang kebenaran, dia selalu mencabar Nur Sayang dengan persoalan-persoalan tentang Islam. Dan Nur Sayang, tak mahu terus-terus kalah, dia cuba mendalami Al Quran dan faham maknanya.

Part favourite aku adalah dimana moment Dr Andrew dan Nur Sayang bertukar-tukar ayat Al Quran yang berkaitan dengan sains, ekologi dan sebagainya. Banyak tempat aku highlight! Dah serupa buku rujukan.

Mereka terpisah sebab Nur Sayang menolak lamaran Dr. Andrew setelah lelaki itu masuk Islam dengan nama Dr. Ehsan. Dr. Ehsan bawa diri ke Gaza dan Nur Sayang pula sambung belajar di Mesir.

Endingnya, happy bagi aku. Cuma kan lagi seronok kalau momen2 Dr. Ehsan di Gaza dipanjangkan lagi. Suka dengan semangat orang di sana. Ada part, terjatuh air mata. Tambah-tambah waktu seorang ibu merebus batu untuk bagi anak-anak makan. Sobs sobs. Alhamdulillah, Ya Allah atas kecukupan rezeki untuk aku.

Ada beberapa part tentang Presiden Amerika yang tergantung begitu saja, Arielle, Jeneral Zionis tu. Mungkin bersambung di buku kedua. Tak sabar rasanya!

Terima kasih penulis atas buku yang begitu bermanfaat. Nipis tapi padat.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
June 23, 2016
Mahar Cinta Cinderella karya Maya Iris. Buku mantap memberi ketenangan dan kelegaan walaupun sementara kepada minda yang gusar dek macam-macam masaalah dan hati yang bergelora memikirkan itu & ini yang tak cukup. Berpandukan hanya tajuk dan kulit buku, tak sangka disajikan dengan kisah yang dinukilkan. Berlatar belakang Sunway Medical Center, Jalan TAR, Gaza ... salah satu yang saya fikir membezakan novel ni dari yang lain, tiada unsur extreme untuk membuai emosi pembaca menjadi terlalu gembira atau cinta, terlalu marah atau benci; semua rasa ada cuma "very moderate" dan entah macam mana sangat sesuai dan kena dengan naluri. Nak tulis banyak rasa tak berapa ada mood pula sekarang ni. Saya cuma boleh kata sangat setuju dengan Noorfadzillah Omar "Mahar Cinta Cinderella tepat buat pembaca yang inginkan kelainan dalam sebuah karya. Inti ceritanya mempunyai segala rencah kehidupan. Nikmat rasanya yang berbaloi menjadi santapan minda hati".
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
October 21, 2015
Pendapat peribadi setelah membaca habis karya ini, aku sudah jatuh hati dengan penulisan penulis hebat ini. Cerita dalam karya ini bukanlah kisah sedih yang buat orang menangis sampai bengkak-bengkak mata. Tetapi kisah dalam karya ini agak menyentuh hati aku, penuh dengan ilmu dan pengajaran berguna buat Muslimah di luar sana. Berjaya menyedarkan dan buat aku rasa malu kerana aku juga seperti watak Nur Sayang dalam karya ini yang masih lagi cetek ilmu sebagai seorang Islam.



http://myhookedbooks.blogspot.my/2015...



Profile Image for Shaharina.
18 reviews
March 11, 2017
Nak bagi 3.5* bintang sebenarnya. pada awal cerita ada bab berkaitan president US. towards the end tak nampak pun perkaitan cerita president US dengan perjuangan Nur Sayang & Dr. Ehsan. Overall ada moment yg buat kita berfikir & realize semua masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.
41 reviews3 followers
October 15, 2016
Buku yang best..

Masyallah.. banyak ilmu yang diperolehi.

Tahniah Maya Iris...

Teruskan menghasilkan karya -karya yang lebih baik..
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 11, 2017
Novel yang memberi kepuasan maksimum pada Sha..
Bukan novel cinta biasa..
Penuh dengan pengajatan dan panduan..
Peringatan mengenai Islam dan Al-Quran..
Pengorbanan..
Seriously sangat suka..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 1, 2018
[BOOK 131]

Mahar Cinta Cinderella by Maya Iris.
.

Dulu, ku pernah dapat hadiah Fugitif. Dan disebabkan Fugitif ialah buku ketiga dalam trilogi ni, gigih ku cari Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi Suami. Walaupun penulis ada bagi tahu, tak baca novel 1 dan 2 pun still boleh faham Fugitif tu. Tapi, tak syok la kan?
.

MHC ialah cerita tentang jihad dan perjuangan. Sama ada menentang orang kafir ataupun jihad menentang nafsu.
.

Nur Sayang ialah jururawat pelatih yang bekerja bawah pemantauan Dr Andrew. Pertemuan pertama mereka ialah ketika Dr Andrew menyelamatkan Nur Sayang yang menjadi mangsa ragut. Dia dirawat oleh Dr Andrew, walaupun Nur Sayang bertegas yang dia tak selesa dirawat oleh doktor lelaki. Lagipun, Dr Andrew suka mengusik Nur Sayang. Pastu, dia suka cabar Nur tentang agama Islam. Dan disebabkan tu la, almost everyday, dorang ni duk discuss tentang ayat-ayat al-Quran.
.

Kemuncaknya ialah bila Dr Andrew memeluk Islam dengan nama barunya, Dr Ehsan. Dan 3 kali dia melamar Nur.
.

1. "Sayang, mari saya seksa awak lagi. Mari kita kahwin. "
.

2. "Sekiranya ada jurunikah tadi, mahu sahaja saya minta dinikahkan dengan awak. "
.

3. "Sekiranya kita jadikan hubungan kita halal, kita boleh belajar bersama-sama setiap masa."
.

Tapi, ketiga-tiga lamaran tersebut ditolak.
.

Sebenarnya, Nur juga sedang mencari identiti dirinya sendiri. Di depan Dr Andrew, dia kelihatan baik. Sedangkan dirinya sendiri yang mengetahui apa yang tersembunyi dihatinya.
.

"Saya seperti Cinderella. Orang nampak Cinderella itu cantik. Tetapi, disebalik pakaian dan solekan yang cantik, sebenarnya Cinderella seorang yang miskin dan comot. Orang nampak saya baik dan alim. Sebenarnya jiwa saya miskin. "
.

Dan perpisahan mereka, akhirnya membuka mata mereka. Mereka tercampak jauh di Palestin dan Mesir. Menjadi mangsa kekejaman manusia. Dan dari situlah, mereka lebih belajar tentang keagungan Allah.
.

Disebabkan ni ialah buku lama, jadi, mungkin bahasanya agak baku. Tapi, tak mencacatkan ceritanya. Dan disebabkan buku ni ada sambungannya, so, mungkin part Presiden Amerika dan konconya akan diceritakan nanti.
Profile Image for waceed.
111 reviews
June 14, 2018
The storyline was so smooth.Buku ini bukan sahaja menceritakan kisah percintaan dua insan yang berlainan agama malah juga diselitkan serba sedikit tentang agama yang perlu dititikberatkan.Overall,the storyline actually can be predicted but it was satisfied 😁.And,pengajaran yang dapat diambil ialah kita sebagai umat Islam telah diberi tugas untuk berdakwah,bukan untuk sehari,seminggu atau sebulan tapi sampai ke akhir hayat kita.Jadi kita bertanggungjawab untuk membimbing orang lain ke arah jalan yang benar di samping mengajar kita untuk terus beriman ☺️.

Sekian.
😘
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
May 12, 2020
Buku ini bermula perlahan bagi saya. Saya tidak suka Kamil dan sikapnya. And ayah tiri Sayang juga pelik. Tapi semakin lama membaca buku ini, semakin seronok pula. Di tengah buku saya menangis. Kerana apa? Silakan baca sendiri. Highly recommended. Kalau but jadi drama kat tv, boleh ditonton. Sapa yang jadi doktor andrew? Entahlah. Makcik dah lama tak tgk drama baru jadi tak tahu pelakon baru. Mungkin yg jadi jakfer dlm kampung people boleh jadi dr andrew?

May 5, 2023
3.5 Stars

Doktor Andrew ni from first time already like Nur Sayang. Memang love at first sight. He likes to cabar her to become a better person

They balance each other out because they are both kinda like BENGAP WEYH…i swear so dramatic this two la. Disebabkan kena tolak, doktor ehsan lari ke gaza while this girl tak balik rumah sebab trying to find herself.

DOKTOR EHSAN W RIZZ
Profile Image for Di6ana.
24 reviews
October 10, 2018
Agak tersentuh bila sampai pengakhiran cerita...Bak kata Dr Zaharah, "Sekiranya Allah mengatakan 'Jadi', maka 'Jadilah' ia ..."

Peribahasa orang cina, orang yang diselamatkan adalah tanggungjawab seumur hidup orang yang menyelamatkan.
Profile Image for Minowentalib.
51 reviews2 followers
May 24, 2017
Novel ini memang ada isi dan membuat kita terfikir sendiri benarkah kita Islam Celup..
Jika kita mahu novel yg ada pengisian belilah dan ambik masa untuk baca novel ini...

7 reviews1 follower
June 21, 2023
Cerita yang sedih for me..sediakan tissue sebelum membaca
Profile Image for Sora.
84 reviews
December 3, 2021
This book is not like any romance malay novel out there trust meee✋

Buku ni sangat underrated. Saya suka apabila penulis decided untuk beri fakta2 menarik tentang ayat2 al-quran yang selama ni mungkin kita baca sekadar baca dan tak terasa untuk mendalami apa maksud tersirat dari ayat2 tersebut. Korang boleh menghayati tau every scene yang diceritakan tu. Memang sangat menyayat hati.

Buku ni jugak tak 100% romance dan tak sama macam novel romance yang menyakitkan jiwa dan perasaan pembaca. Ending dia juga just nice👌. Saya baca buku ni tahun 2018 tapi masih terngiang-ngiang lagi setiap plot dalam cerita ni sebab memang tak cliche💪😌
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.