Jump to ratings and reviews
Rate this book

Akhirnya Aku Kahwin

Rate this book
Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

496 pages, Paperback

First published October 5, 2011

29 people are currently reading
296 people want to read

About the author

Herna Diana

6 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
99 (37%)
4 stars
59 (22%)
3 stars
73 (27%)
2 stars
19 (7%)
1 star
11 (4%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
February 8, 2020
[20-2020]

#AkhirnyaAkuKahwin #HernaDiana

Novel Akhirnya Aku Kahwin saya kira sebuah novel yang biasa saja jalan ceritanya. Cuma penulis menjadikan ia romantik komedi sedikit sebanyak menjadikan karya ini menarik untuk dibaca.
Profile Image for Mslvoe.
2,069 reviews200 followers
April 2, 2013
 photo tumblr_mf5lplPQbO1rau3sd_zpsd141ee81.gif
It was a cute little story. I felt this book was lacking in its storyline. Don’t get me wrong. I did like the plot but it just felt as the characters were not in depth enough.


 photo tumblr_mf4qu2CA291qgxshwo1_500_zps1f2c6177.gif
Terlalu sedikit kisah Didi & Fizi. Ingatkan dia bercinta dengan abang angkat, Syafiq. Rupa²nya, Fizi yang jatuh cinta dengan Didi.


I really enjoyed reading it, hilang semua semak di kepala. Bahasa yang santai… relax je baca. Didi seorang character yang sangat lucu dan suka buat loyar buruk.


 photo tumblr_mewkvkmd9W1qis1ejo6_250_zpsb639c185.gif
3 stars bukan sebab tak best, tapi sebab kisah Didi & Fizi terlalu ringkas. It felt so rushed and just did not have what I needed. I need more :-)
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 22, 2011
Senang dibaca. Suka pada issue yang diketengahkan: hati disakiti kerana bentuk badan dan keyakinan diri.
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
I LOVE TIZ NOVEL...10**** Ada Bingit, ketawa,sedih,geram..All feeling ada!! ♥ < Terhangat^Di^Pasaran VS Anak_Tabuan_Comot >

Diana @ Didi adalah anak tunggal dan bekerja di kilang sebagai Senior Assistant Supervisor bahagian Store Department. Dia xberapa lawa tapi sedap mata memandang dan berbadan gempal. Ermmmm memang selalu kena kutuk. Dia sering luahkan perasaan dengan berchatting. Partner chatting Didi adalah Terhangat ^Di^Pasaran.

Secara tak sengaja dia terlanggar Syafiq tapi dia bukan hero eh hahaha. Syafiq telah dibawa kerumah Didi dan dijadikan anak angkat oleh keluarganya. Jadi, Syafiq ni abang angkat kepada Didi. Syafiq memang caring dan sayang pada Didi macam adiknya sendiri. Keluarga Syafiq dan Didi bertambah rapat dan dianggap seperti anak sendiri. Ha yang lagi bestnyer Syafiq ni adalah bos di tempat Didi bekerja. Mereka merahsiakan hubungan rapat mereka untuk elakkan gossip.

Kejadian sedih terjadi pada Didi bila ibubapanya terlibat di dalam kemalangan dan disahkan meninggal dunia. Didi memang sedih gler tapi Syafiq sentiasa memberi sokongan dan semangat. Bestnyer dapat abang angkat camni. Dia bertambah rapat dengan keluarga Syafiq tapi adiknya Syafiqa tak suka Didi masuk dlm keluarga mereka.

Azlan iaitu lelaki di kilang yang disukai oleh Didi. Didi pendamkan perasaannya pada Azlan sebab dia bersikap merendah diri dengan keadaan badan yang gempal. Tapi tup2 si Azlan ni cuba mengorat Didi dan akhirnya mereka couple tetapi secara rahsia. Nasib Didi dalam Cinta memang sedih apabila tembelang Azlan pecah. Didi mendapat tau yang Azlan bertaruh dengan kekawannya untuk mendapatkan cintanya. Ish2 sedih2. Hasliza iaitu pekerja di kilang itu telah sebarkan fitnah tentang hubungan Azlan dan Didi. Hasliza memang berdendam dengan Didi sejak zaman sekolah. Tapi Syafiq dapat selamatkan keadaan. Best2...

Watak hero... Nama Syafizi dan berkelulusan luar Negara. Adik kepada Syafiq. Ermmm hensem dan mulut mcm longkang. Dia sering naikkan kemarahan Didi dan memang bahasa dia xde tapis2. Straight to the point. Mamat ni memang ego tapi cute hahaha. Didi tertekan bila dapat tau yang Fizi ni akan gantikan Syafiq di kilang. Fizi merancang untuk membuli Didi. Dia meminta Didi untuk menjadi PAnya. Didi terpaksa mengikut segala arahan Fizi walaupun melampau dan sakitkan hati. Hahah dua2 ni memang best.

Syafiqa mula menyukai Didi apabila dia terlibat di dalam kemalangan. Didi telah mendermakan darahnya yang dalam keadaan kritikal. Dugaan lain plak yang datang buat Didi. Mak sedaranya telah datang membawa hajat untuk kahwinkan Didi dengan pilihan mereka. Didi tak brapa ngam dengan mak sedaranya. Keluarga Syafiq menjadi penyelamat pada masa depan Didi. Mereka telah meminang Didi untuk Syafizi hahaha Didi memang terkejut gler. Didi terima pinangan tersebut sebab sayangkan keluarga Syafiq...

Lepas kahwin Syafizi memang romantic gler dan caring habis. Dia memang sukakan Didi masa mula2 jumpa di rumahnya. Dia bermulut longkang sebab nak tarik perhatian Didi dan mlm pernikahan diaorg,Syafizi luahkan yg Terhangat ^Di^Pasaran adalah Syafizi. Jadi, segala luahan Didi memang dia tau termasuk bab2 Didi kutuk dirinya yang bermulut nuclear. Didi memang happy di samping Syafizi
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
January 24, 2023
Kelakar juga watak utama Nur Diana dalam naskah ini. Kali ini penulis menggambarkan watak DD aka Diana Debab aka Didi sebagai seorang perempuan yang sederhana cantik tapi bertubuh gempal dan berisi.
Selepas kematian kedua orang tuanya, Didi menumpang kasih dengan abang angkatnya Syafiq serta keluarga Syafiq.
Datuk Suffian dan Datin Faridah sayang dengan Didi cuma Syafiqah saja yang tak suka Didi. Pada Fiqah, Kak Didi mahu merampas kasih sayang dan juga menumpang kekayaan keluarganya.
Saya jangkakan Syafiq akan jatuh cinta dengan Didi kerana mereka sentiasa berjumpa dan Syafiq juga adalah bos di kilang Didi bekerja.
Rupanya Syafiq ada adik yang baru habis belajar di London dan akan mengambil alih syarikat. Tanpa diduga Syafizi telah jatuh cinta dengan Didi dari pandangan pertama cuma Didi tak tahu Syafizi ialah orang yang sama Didi berchatting di alam maya.
Kemuncak cerita ini apabila Didi luka parah dilanggar kereta selepas ditolak Hasliza semasa mereka bertengkar di stesen bas. Syafizi dermakan separuh hatinya untuk Didi kerana hati Didi rosak dan keadaan Didi yang kritikal selepas sedar dari koma.
Keseluruhan jalan cerita agak menarik dan banyak adegan buat pembaca tersenyum dengan kelucuan Didi. Ada sesetengah bahagian meleret-leret dan berulang-ulang tapi masih lagi ok tak membosankan sangat.
Profile Image for Ally Asya.
20 reviews
April 16, 2023
Memang enjoy baca buku ni dan cerita dia tak berat sangat di dihadam. Saya suka watak Didi yang sentiasa ceria dan tabah menghadapi ujian yang menimpanya. Interaksi antara Didi dengan Fizi agak kurang tapi overall enjoy this story.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
March 11, 2018
Kisah lucu bersulam sedih dan happiness. Dari tajuk memang dah tahu Didi akhir mnya akan kahwin tapi kahwin dengan siapa... itulah yang kita nak tahu kan? Sweet la cerita ni
1 review
May 8, 2020
kisah cerita yg sgat menarik.. smpai berulang kali membaca.. x penah bosan smpai blh hafal satu persatu kisah dia... yg last tu paling sweet...
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
May 15, 2013
First of all, I like design cover buku. Very creative...

Don't have much to say really. Tak ada peningkatan from HD from the first novel.

Watak Didi is like a replica of watak Iman from her first novel... takde banyak beza, melainkan the fact that Didi mempunyai badan yang "comel".

There's one part di mana Didi ada mengatakan yang dia semangnya dijadikan begitu, or something like that. I don't agree with that. Dia jadi mcm tu sebab dia takde usaha nak ubah fizikal dia (obviously, dia SUKA makan), so I tak brapa setuju dengan statement satu tu.

I like Fizi. Lain dari yg pernah I come across. Watak Fizi ne membawa kelainan dalam penulisan HD.

Connection di antara watak-watak dalam novel ne takde beza sangat dengan Cinta 3 Suku. Kadang kala the way things happen tak logik, tapi boleh diterima sebab terlalu sweet tu...

Seperti Cinta 3 Suku, this novel ada kekurangan tapi dua-dua memang type of novel yang I akan baca berulang kali. The comedic elements tu yang menarik aku untuk membaca, despite kekurangan yang ada.


Sinopsis:

Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
January 31, 2014
Selalunya, heroin pasti seseorang yang cantik. Paling tidak pun, seseorang yang manis bila mata memandang. This novel is different because the heroin is debab. Diana Debab a.k.a. DD mempunyai sifat yang positif. Janji dia happy go lucky!

Written in the first point of view, this is a very simple and not heavy novel. Cara penulisan yang santai, novel ini untuk mereka yang mencari bahan bacaan yang ringkas, tak meleret dan taklah emosi sangat sampai tahap nak cekik character tu (kalau dia hidup).

Very heartwarming. DD mencari cinta sejati. Beliau sedar yang rupa parasnya tidaklah sejelita mana. Dalam mencari cinta itu, pelbagai perkara yang berlaku. Dari hampir nak terlanggar Syafiq yang kemudiannya menjadi abang angkat beliau ke minah 'ekceli' yang asyik nak cari pasal dengan dia, DD tetap dengan perangai 'gasak engkaulah, asal bahagia'. Buat bodoh sudah dengan orang-orang ni tetapi jangan lupa, kesabaran DD juga ada batasnya! ;)
Profile Image for Zura.
53 reviews2 followers
June 4, 2012
Jarang-jarang sudah membaca novel berbahasa Melayu arus perdana seperti ini. Penulisan yang sangat baik walaupun terdapat banyak rangkap yang diulang-ulang memperingati pembaca akan watak utamanya seorang gadis debab yang sedang mencari cinta. Walaubagaimanapun, ianya masih boleh diterima dengan jumlah keseluruhan mukasurat yang sesuai. Dialog-dialog antara watak juga menghiburkan menyaksikan pertikaman lidah antara mamat nuklear dan minah atom.

Selepas ini saya akan mencuba novel-novel lain hasil tangan penulis ini :)
52 reviews
August 11, 2014
Mengembara ke alam Herna Diana buat pertama kalinya, setelah mendengar pelbagai recommendation dari rakan pembaca, sesungguhnya membawa bersama expectation yang agak tinggi.

Dan setelah, melalui prolog, graf sememangnya menaik hingga ke akhir pembacaan.

Penyampaian cerita yang santai, laju, tidak menjemukan. Dari ayat pertama ke ayat terakhir, sebolehnya hendak dihabiskan dalam satu malam.

Jalan cerita yang berbeza tetapi jujur sedikit sebanyak mencuit hati dan memberi pengajaran.

Tahniah penulis......
Profile Image for Errah Bonasera.
3 reviews
Read
June 1, 2016
baru baca novel ini di rumah saudara minggu lepas. Jujur cakap, saya bukan peminat novel cinta Melayu dan novel ini membantu mengukuhkan alasan saya yang gemar memperkecilkan novel-novel sebegini. come on, hero wajib anak orang kaya, heroin pulak orang biasa, memang ramai orang kaya yang nak buat orang luar sebagai anak angkat! worst novel ever. harap penulis bangun daripada khayalan ya. berpijak di bumi nyata please.
3 reviews
January 5, 2016
This was my very first novel in Makay. I love this book and the author! Good story line with cute scenes, dialogue , characters personalities etc.Would definately want to read more from Herna Diana!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 28, 2014
Mengetengahkan isu cinta gadis berbadan besar..disakiti dan dilukai tp ttp tabah dan sabar!
Citer agak santai..bahasa juga mudah faham...jd bacanya mmg terus menuju akhir....
ending? puashati dan blh senyum...
3 reviews1 follower
February 23, 2014
saya suka buku macam ni sebab ada kelakar,sedih,romantik dan macam2 lagi...
This entire review has been hidden because of spoilers.
7 reviews7 followers
May 26, 2016
jalan cerita yang menarik.
mempunyai banyak nilai murni.
walaupun banyak dugaan , kita perlu tempuhi dengan tabah
hubungan kekeluargaan kekal kukuh dan utuh
1 review
March 20, 2018
this book very best
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
August 13, 2018
Bahasa yg digunakan senang difahami dan plot cerita pun best dan kelakar. tp spt yg dikomen oleh pembaca sblm ini, watak Fizi kurang diselami walaupun dia telah diketengahkan pd mula2 lagi sbg budak chatting. Mesti best kalau watak Fizi telah dikeluarkan awal sbg watak bos fussy tp romantis at the same time. Bahasa English cik Herna Diana juga kena polish sikit sbb ada grammar error tp not bad...would love to watch this as drama. boring tengok drama org kacau rumahtangga org lain..
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.