Lahirnya Dahlia membawa seribu kebahagiaan buat Kalsom dan Rashid yang sudah lama menantikan zuriat. Namun terselit kerisauan di hati Rashid, kerana sumpah keturunan yang diwarisi keluarganya. Apatah lagi seawal usia tujuh tahun lagi Dahlia sudah menunjukkan yang dia bakal mewarisi takdir seperti bapanya, seorang pengait kepala. Kehadiran dan bisikan rogon dalam hidupnya menjadikan Dahlia manusia yang mampu bertindak di luar batasan!
Selepas satu demi satu tragedi berlaku, akhirnya Rashid dan Kalsom terpaksa memilih satu jalan atas dasar kasih sayang, meskipun berat untuk dilakukan.
"Semua ini untuk melindungi, lebih baik mati!"
ASRAMA: 3 merungkai kisah di sebalik takdir Rashi sebagai pengait, juga kebenaran di sebalik peristiwa kebakaran di asrama itu.
lebih menerangkan macam mana keturunan pengait ni and so on.lepas tu insiden kebakaran tu dapat kita ketahui dengan detail spt dalang yang agak tak disangka,macam mana berlaku tu semua
"Semua perkara ada sebab kenapa ia berlaku, sama seperti kenapa adanya baik adanya jahat, adanya malam adanya siang, adanya tuah adanya malang, adanya lulus adanya gagal."
Pastikan sudah baca buku Asrama & Asrama:2. Disebabkan ini prekuel dan agak mengejut ia membuat comeback, walau sudah baca buku awal dinasihatkan untuk refresh semula watak-watak & beberapa plot penting supaya kamu nda bingung macam saya sepanjang membaca buku ni 🥲
Sebagai orang Sabah sendiri, memang sudah sedia maklum berkenaan kegiatan pengait kepala tapi tidak sangka ia ada perkaitan juga dengan rogon (tidak silap buku Ramlee Awang Murshid bertajuk Ranggau pun adalah nama lain bagi rogon ni). Lebih kepada penceritaan yang berpusat pada susur galur bapa si Dahlia, Rashid yang menyebabkan anak dia terlibat sekali dalam sumpahan susur keluarga.
Tapi tu lah. Saya jaa ka yang lupa parents dia pengakhiran macam tu atau macam mana, nda sangka juga lah sejauh itu perleraian yang agak — tak tersangka yang disangka? Lebih kurang macam tu lah.
Mungkin sebab terlalu lama dari last baca Asrama:2, mau take a grasp of what the character going through terasa macam janggal. Dialog perbualan yang digunakan terlalu banyak filler tapi ya faham juga, kehidupan asrama kan. Itu jaa hiburan luangkan masa dengan kawan-kawan kau duluan sebelum era teknologi (read: makan, makan, makan 🤣). Sebab penuh dengan dialek Sabah, terus saya maafkan jaa lah kepanjangan dialog sebab bukan selalu baca dialog negeri sendiri dalam buku 😂🙌🏻
Wujudnya Asrama:3 ini hanya sebagai penutup dua siri sebelum ini, dan ianya terus menjawab segala tanda tanya dan kekeliruan yang muncul dalam Asrama dan Asrama:2. Nampak berbeza sedikit cara penulisan kali ini, lebih matang dan teratur, namun ada sedikit lewah untuk beberapa babak. Lebih berkisah tentang si pengait, lagi-lagi berkenaan latar belakang dan tugasan mereka yang agak kejam dan tidak berhati perut. Cuma sedikit kecewa sebab ia tidak terlalu seram seperti yang pertama. Ada juga beberapa nama yang agak familiar membuat kemunculan.
Sebuah novel yang menceritakan asal usul keturunan pengait yang berkait rapat dengan dahlia dan keluarganya. Dalam novel ini juga menceritakan apa sebenarnya berlaku kepada dahlia dan mengapa dahlia bertukar sekolah serta puncanya. Novel ini menjawab segala persoaalan daripada pembacaan Asrama dan Asrama 2. Segala jawapan yang terpacul dijawab dan di terangkan satu persatu dengan baik oleh penulis.
Selain itu, novel ini jugak menceritakan rahsia besar yang disimpan oleh keluarga dahlia yang mengejutkan dan sangat tidak diduga. The plot twist tho it caught me and the suspend just awesome..
Asrama 3 membawa susur galir pengait yang ada dalam keturunan Dahlia.
Awalnya nampak seperti Rashid, bapa Dahlia seperti watak utama. Tapi lama kelamaan Dahlia pula.
Jika awal disajikan tentang pengait itu sebenarnya sangat menarik. Tapi terhenti keterujaan membaca bila dah kembali masuk kisah Dahlia di sekolahnya. Pengulangan agak banyak terutama bila mula masuk sekolah menengah.
Tapi jawapan yang dikehendaki dari Asrama 1 dan 2 terjawab dalam Asrama 3. Termasuk apa yang berlaku pada ibu bapa Dahlia. Cuma tak sangka ada plot twist yang sangat dark.
Cumanya tentang Lily sikit sahaja. Ending seperti agak rushing tapi rasa berbaloi baca. Tamat sudah trilogi Asrama.
Tamat sudah trilogi Asrama. Kali ni Asrama:3 fokus pada asal usul pengait kepala since it's the prequel to the first two Asrama novels. Kisah Rashid, bapa Dahlia yang mewarisi keturunan pengait kepala and end up used that for his business. Hujung-hujung novel baru dikaitkan semula Asrama dan Asrama:2 in case kalian dah lupa jalan ceritanya (macam saya! Hehe)
But to be honest, Asrama yang pertama tu lebih seram kot. Kali ni kurang sikit.
Buku ketiga yang berjaya menarik minat sy utk habiskn dlm masa dua hari sj. Everything about the third book is semua tersusun, dr segi penerangan, plot cerita, tiada detail yg tertinggal dan saya puas membacanya.
Buku ketiga lebih kepada penjelasan yg berkait dengan keturunan pengait, kisah silam kedua ibu bapa Dahlia dan misteri kepada kebakaran asrama yang menyebabkan Dahlia dan ramai lagi meninggal. Hanya disebabkan satu nyawa nak dikorbankan, satu asrama dibakar.
If the story is real, ia merupakan tragedi yang sangat dark. Syukurlah, ia hanyak fiksyen.
I've nothing much to say, just go read Asrama 1, Asrama 2 dan Asrama 3. It worth your reading!
You know, the only thing on my mind while reading this trilogy was, I can’t wait for it to be over. It’s too draggy, and sometimes I get confused about what the hell is happening. I’m not a fan of the author’s writing style, and the use of the Sabahan dialect makes the whole series feel less ‘horror’.
At least it’s better than the first and second book.
Tahniah atas Trilogi Asrama. Dark cerita kali ni, macam bukan kebiasaan penulis sampai teringat banyak part ngeri especially kait kepala orang, termimpi-mimpi bro. Apapun paling tak sabar part AKAN DATANG tu. Hope terbit cepat sikit lah ya. Semangat! 👏👏👏
2.5 ⭐ Takda yg terlalu extraordinary di prekuel ni. Cuma ada plot twist sikit di bab2 akhir. Tahniah berjaya habiskan trilogi Asrama. Maaf rating rendah, cuma ia terlalu biasa bagi saya.
Warning: ulasan adalah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Secara jujurnya, ia agak slow-pace bagi aku. Untuk buku ketiga ni lebih kepada mengisahkan tentang asal usul Dahlia, macam mana Dahlia boleh terlibat dalam situasi ni (this parts could be quite boring tbh), dan rungkaian kepada apa yang terjadi kepada Dahlia dalam buku 1 & 2 (also, quite boring).
It took me a while untuk sampai kepada flashback tragedi-tragedi dalam Asrama. Selepas tu baru lah rasa seronok sikit nak teruskan pembacaan. Macam yang aku sebutkan kat atas tadi, Asrama:3 lebih kepada penceritaan semula Asrama dan penerangan secara lebih mendalam tentang Dahlia.