Jump to ratings and reviews
Rate this book

Huyan dan Mimpy

Rate this book
Huyan tidak mempunyai mimpi yang besar. Huyan hanya mahu memastikan dia dapat meneruskan tanggungjawab menyara keluarganya dan menyekolahkan dua orang adiknya, selepas sang ayah ditimpa kemalangan. Daripada bergelar pelajar sekolah, Huyan menjadi penjual aiskrim dan keperluan hidup yang mendesak saban hari, memaksa Huyan terjerumus ke kancah penyeludupan beras di sempadan Thailand-Malaysia. Kematian tragik rakannya yang tergelincir dari bumbung kereta api ketika menyeludup, menyebabkan Huyan mulai memikirkan masa depan dirinya dan keluarganya. Mimpy yang selalu setia berkongsi kisah dan harapan mencadangkan agar Huyan mengusahakan kebun bunga. Siapakah Mimpy dalam hidup Huyan? Adakah cadangan mengusahakan kebun bunga itu diterima oleh Huyan? Inilah kisah remaja cekal dan bertanggungjawab yang mengajarkan kita erti sebuah kehidupan.

320 pages

First published November 17, 2011

1 person is currently reading
7 people want to read

About the author

Nippan

6 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (11%)
4 stars
4 (22%)
3 stars
10 (55%)
2 stars
1 (5%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nisah Haron.
Author 27 books376 followers
November 24, 2011
Buku ini saya baca kerana diminta memberikan testimoni atau endorsmen pada kulit depannya. Kisah yang agak menarik dan saya bersetuju menerima tawaran ini kerana Nippan ialah penerima Anugerah Buku Kebangsaan Thailand. Saya bayangkan ada sesuatu yang boleh diharapkan daripada buku ini.

Bukan kisah tipikal rags to riches, walaupun masih lagi tentang derita anak miskin yang mahu bersekolah dan dilema antara kemiskinan dan keinginan untuk belajar. Membaca karya dari negara lain, sering membuat saya melihat budaya sesebuah bangsa.

Lalu, berikut komentar ringkas saya pada buku ini (pada bahagian kulit depannya) :

"Kemiskinan bukan penghalang impian. Kekayaan bukan bererti kebahagiaan. Karya yang mengungkap keikhlasan persahabatan dalam hidup penuh ranjau. Pengorbanan adalah rencah asas mencari bahagia. Huyan dan Mimpy adalah sisi lain gelojak penduduk selatan Thailand yang jarang diungkapkan." - Nisah Haji Haron
Profile Image for Ema.
1,115 reviews
October 11, 2019
Pemenang Anugerah Buku Kebangsaan Thailand diterbitkan sekitar tahun 70an di Thailand. Di Malaysia dalam sekitar 2011.

Jadi, no wonderlah scenenya agak terkebelakang. Kisah penyeludup beras kecil-kecilan. Agak menarik sebab penulis menceritakan watak dengan karakter begitu baik dan simple. Perjalanan cerita seorang budak lelaki yang naif.

Sangat sesuai dibaca untuk remaja.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 7, 2015
Beberapa mukasurat yang pertama, segera teringat kisah Laskar Pelangi, Negeri Lima Menara dan juga Bidadari-bidadari Syurga. Kisah "orang susah" yang mahu menuntut ilmu. Teruskan juga membaca kerana kisah sebegini memang menjadi kegemaran, kisah perjuangan dan survival yang lebih hampir dengan kehidupan realiti.

Tetapi hampir satu pertiga buku dibaca, barulah ada perubahan plot cerita. Lambat, hampir-hampir mahu menyimpan semula di almari!

Kisah Huyan, anak sulung daripada 3 beradik yang terpaksa melupakan hasrat untuk belajar demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Dari seorang penjual aiskrim, Huyan bertukar "kerjaya" sebagai penyeludup beras, hasil "tunjuk ajar" Mimphy.

Pengajaran utama yang mahu ditekankan oleh si penulis, sangat jelas dengan prinsip menjaga maruah diri. Tidak meminta-minta, berusaha sendiri dan tidak berputus asa.

Cuma jalan ceritanya agak mudah, dan sangat mudah diagak.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
June 17, 2013
Cerita hidup remaja yang menarik. Kisah keperitan hidup dan bagaimana menempuh hidup yang penuh liku.
Profile Image for Fatin Yazid.
7 reviews2 followers
December 24, 2013
cerita huyan & mimpy biasa saja. Masalah remaja yang biasa saja. Tapi satu novel yang bagus untuk baca. Motivated :)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.