Jump to ratings and reviews
Rate this book

TABU

Rate this book
Bibi tahu dia cantik. Dia buka BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.

Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian rakan baiknya dalam keadaan yang amat mencurigakan.

Bibi cuba membongkang. Cuba menyelemai rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.

Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian yang besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Bibi is a BBL (Big Beautiful Lady). Despite society's prejudice against women of her size, she has a relatively happy and fulfilling life. But when she tries to solve two mysteries (a found phone and a dead body of a friend), does this mean she has bitten off more than she can chew?


______________
Novelis : Shaz Johar
Shaz Johar adalah seorang pencerita, blogger dan diva sepenuh masa. Kini dia sedang bertugas melayan kerenah-kerenah pelanggan yang terlampau di sebuah bank yang terkenal di Kuala Lumpur. Di masa lapang, dia gemar menconteng laman blog kesayangannya, Jejaka Anggun. Sementara jari-jemarinya pula tidak pernah lekang mengemaskini status twitternya di @malayrhapsody. TABU merupakan novelnya yang kedua selepas KOUGAR (2011) yang sebelum ini telah merangkul Anugerah Bakat Muda Selangor 2011 bagi kategori Penulisan Kreatif (Bahasa Melayu) - Cerpen/Novel.



Rekabentuk/letak : teckhee.blogspot.com
Fotografi : Nik Adam Ahmad
Model : Sherry
Perunding : Amaruhizat & Uthaya Sankar SB

Cetakan Pertama : November 2011
Cetakan Kedua : Februari 2012
Cetakan Ketiga : Mei 2012
-

312 pages, Paperback

First published December 20, 2011

7 people are currently reading
224 people want to read

About the author

Shaz Johar

26 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
72 (16%)
4 stars
98 (22%)
3 stars
159 (36%)
2 stars
84 (19%)
1 star
18 (4%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
December 22, 2014
Jujurnya saya suka pada sindiran-sindiran di dalam TABU. Mendalam dan ada sesetengahnya buat saya ketawa kuat.
Cuma, kisah hidup Bibi itu pada saya terlalu kompleks untuk difahami oleh seorang perempuan biasa seperti saya.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
January 28, 2013
Wow! Dua novel Shaz Johar dalam satu hari. Siang- Kougar. Malam- Tabu.

Aku suka TABU. Ye, aku suka. Kerana, aku seronok baca kisah Bibiana hinggakan sayang rasanya nak tinggalkan. Tapi seruan Tuhan itu lagi utama. :)

Jarang penulis hendak mengangkat wanita bertubuh besar sebagai watak utama-heroin. Jelasnya, wanita berbadan besar juga, punya hati dan perasaan untuk dicintai dan mencintai. Tapi kenapa Mosi? Terdesak sangat ke macam mana tu?

Oh, daku tidak berhajat untuk komen tentang jalan cerita, teknik penceritaan, plot dan sebagainya kerana daku bukannya mahir sangat nak kritik tentang itu. Jadi, kali ini, fokus utama dari daku ialah watak-watak yang ada dalam Tabu ini.

Bibiana - wanita bertubuh besar, mempunyai kekasih gelap lelaki warga Kenya, Mosi. Mudah sangat nak hulurkan duit kepada Mosi, alih-alih kena tipu. Cinta bertunjangkan nafsu mungkin? Jumpa je, mulalah ehemm. Makin goyah kepercayaannya terhadap Mosi selepas rasa diri ditipu. (Padan muka. Nak pilih sangat lelaki warga asing itu mengapa?). Konflik antara Mosi makin lama makin timbul setelah Bibi menjumpai handphone yang tercicir oleh seorang lelaki muda di dalam LRT.

Kimberly Sideq (Kim) - Teman sepejabat Bibi. Dikira kawan baik. Big Beautiful Lady also. Terang-terangan menentang keras hubungan antara Bibi dengan Mosi. Tapi tanpa disangka-sangka, diam-diam ubi berisi. Ehemm! Kematian Kim memeranjatkan Bibi. Secara tiba-tiba. Sebelum sempat merungkaikan teka teki - Mosi Vs Anne. Rasaku, kalau dikembangkan lagi watak Kim ini, mungkin lagi umpphhh? Dan juga, kematian Kim agak tragik. Bunuh diri atau dibunuh?

Anne - Kim dan Bibi menggelarnya sebagai si Precious. Mereka suka cari pasal. Pendek kata, masing- masing tak boleh jadi kawan. Rakan sepejabat. Part paling daku tak boleh lupa, boleh pulak bontot si Anne ni melekat dalam mangkuk tandas. Hampir- hampir daku percaya, Anne lah orang ketiga antara Bibi dan Mosi. Rupa- rupanya, jeng jeng jeng.

Mosi - Warganegara, Kenya. Alasan berada di sini, untuk belajar. Ye ke? Aku memang prejudis sikit dengan lelaki yang guna alasan datang sini untuk belajar tapi di belakang, lain cerita. Tapi tak semua awang hitam macam tu. Katanya, anak orang kaya dari Kenya tapi sengkek setiap masa. Nak jumpa kekasih gelap pn minta duit dengan orang perempuan. Merengek dengan muka tak tahu malu. Gila! Paling kelakar, bila Bibi mula perasan cintanya sudah tidak lagi indah, bontot Mosi dikatanya 'bontot kuali'. Hahha. Kematian Kim bermulanya hidup Mosi menjadi huru hara. Mengapa? Hanya dalam Tabu punya jawapan.

Nadim - Dek kerana hilangnya handphone dalam LRT, lantas, terjalin hubungan maya antara Nadim dengan Bibi. Sentiasa menghubungi, bagi pendapat dan kata semangat kepada Bibi. Kiranya, pengubat Bibi yang mula rasa kesepian- kasih sayang Mosi tak cukup lagi kot. Kehkeh. Respect gila lelaki macam Nadim. Sebab masa berjumpa buat pertama kali dengan Bibi, tak lari pulak. Biasanya, lelaki ni, kalau jumpa perempuan bertubuh besar sikit, memilih kemain. Ehemmmm! [Muka surat 307-312].

Akil - Polis yang menyiasat kematian Kim. Tapi gatal walaupun sudah berbini. Ke saje nak test Bibi? Yang Bibi ni pulak, murah sangat. Hmmm -___-'
Watak akil hanya sementara. Jadi cukup sekadar ini sahaja.

Komen daku, baca lah. Tak akan rugi. Tapi untuk orang lain, tak tahu lah kena dengan mood atau tidak.




Profile Image for Julie.
Author 18 books17 followers
May 8, 2012
I love how Shaz tells us stories. Tabu is one of my favourite book, I like it better than Ngeri and Invasi, tapi mungkin sebab ini adalah genre aku.
I read somewhere that says "Tabu will not hit some crowd" which i believe ada kaitan dengan umur watak2nya. dalam Kougar dan Tabu, kedua-duanya menceritakan tentang wanita yang lebih dewasa sedangkan kebanyakan pembaca Fixi adalah orang muda muda. dilema yang dilalui Kisha dan Bibi belum tercapai di minda sebahagian dari mereka.
Good job Shaz. I superlove your writings
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
October 29, 2013
Jika di bandingkan Tabu dengan Kougar, aku rasa Tabu is "better", selain ada unsur2 lucu, terselit juga thrillernya walaupun hanya beberapa bab shj...

Kisah Bibiana @ Bibi yang di kategorikan sbg wanita berisi yang cantik bercinta dengan Orang Kenya...tetapi mendapat tentangan daripada Kim, rakan baik Bibi yang tidak menggemari hubungan mereka..."ada udang di sebalik mee" rupa2nya...perkenalan Bibi dengan Nadim, jejaka misteri yg di kenali hanya melalui talian telefon membibitkan perasaan sayang...ada kisah yang berlaku bagaimana Bibi & Nadim boleh berkenalan...

Pembaca di dedahkan kehidupan wanita berisi yang berusaha untuk kurus, & juga hubungannya dengan orang kulit hitam...di mana kita sedia maklum, mereka selalu menggunakan wanita tempatan untuk mendapatkan sesuatu...begitulah tanggapan aku terhadap Mosi, kekasih GELAP Bibi...katanya pelajar & anak orang kaya tapi x pernah ada duit...aku mushkil di situ...Penulis menampilkan Bibi seorang yang dahagakan kasih sayang lelaki...Akil, seorang pegawai polis pun berjaya memerangkap Bibi...nampak Bibi ni terlalu PEMURAH...hahah

Cuma aku x pasti perkaitan buah epal di kulit buku dengan kisah Bibi...walaubagaimanapun novel ini masih menghiburkan, malahan penamat cerita antara Nadim & Bibi pun aku x sangka begitu jadinya...





Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews23 followers
October 4, 2017
Dari sudut pandangan Bibi, tabu merujuk kepada wanita bertubuh gempal yang tidak diterima masyarakat. Dan kerana itu juga Bibi mengamalkan diet yang ternyata tidak mendatangkan sebarang hasil. [Nak datang hasil macam mana kalau setakat tak makan tanpa bersenam]. Pada masa yang sama, Bibi seolah-olah berada dalam safe zone sebab teman lelakinya yang tinggi dan bertubuh sasa dari Kenya, sukakan wanita plus size sepertinya. Satu lagi safe zone Bibi ialah Anne, rakan setugasnya yang Bibi gambarkan sekali ganda lebih besar dari dirinya. Oleh sebab itu Bibi secara diam menggelar Anne, Precious, berdasarkan watak dari filem bertajuk sama.

Mencecah ke usia 30 tahun, ibunya di kampung sering mengejeknya yang bertubuh besar dan tidak mempunyai pasangan. Mana mungkin Bibi memperkenalkan Mosi kepada ibunya. Mampukah ibunya menerima lelaki berkulit hitam dari Kenya yang masih belajar itu sebagai menantu. Tetapi hati Bibi berbunga riang ketika menjumpai sebentuk cincin di sebuah bilik di rumah Mosi. [Sila gunakan imaginasi anda kenapa seorang wanita boleh berada di rumah seorang lelaki dan hanya mereka berdua dalam rumah itu].

Pelamin angan Bibi musnah apabila dia mengesyaki yang Mosi dan Anne mempunyai hubungan sulit. Perkara itu dikongsi dengan Kim, sahabat baiknya, yang saiz tubuhnya juga hampir sama dengan Bibi. Selain Kim, Bibi juga meluahkan perkara itu kepada Nadim, yang dikenalinya kerana sebuah telefon bimbit. [Entah kenapa terbayang Dafi AF masa zaman dia dalam AF, masa Bibi terangkan ciri Nadim].

Keadaan jadi tambah kacau-bilau, bila Kim dijumpai terjatuh dari tingkat enam apartmentnya. Dan Bibi yakin perkara itu ada kaitan dengan Mosi dan Anne.

* * *

Gaya penulisan SJ kali ini lebih menarik berbanding Kougar dan Mental. Kougar dan Mental sedikit meleret tapi tidak untuk Tabu. Berbanding Kisha dari Kougar dan Maya dari Mental, Bibi mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup bahagia. Tetapi sama seperti Kisha, Bibi meletakkan harapan yang sedikit tinggi. Baca apa yang berlaku ketika Bibi bertemu buat kali pertama dengan Nadim, di hospital.

Saya sukakan watak Kim. Kim adalah opposite of Bibi. Sewaktu Bibi berasa self-conscious dengan saiz tubuhnya, tidak bagi Kim yang selesa dengan saiznya. Sewaktu Bibi merasakan dia memerlukan lelaki dalam hidupnya, tidak bagi Kim yang selesa solo. Dan ya, selepas kebenaran tentang kematian Kim terbongkar, saya agak kecewa.

Apa ya maksud epal di kulit buku tu? Merujuk kepada pemakanankah atau simbolik lain. Hmmmm.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
March 31, 2021
Antara naskah yang paling senang untuk dibaca. Finished reading it in one sitting. Plot tak terlalu komplikated. Bahasa yang senang. Tak terlalu banyak berbasa-basi. Tak meleweh. Agak fast-paced. Saya kira ini satu kelebihan Shaz Johar apabila menulis cerita. Dia tahu apa yang perlu diceritakan kepada pembaca dan apa yang tak perlu. Oleh sebab itu saya hooked dengan cerita ni sampai habis.

--

Tabu berkisar tentang Bibi yang bersaiz XL? XXL? XXXL? Tak kisah lah. Yang penting dia Big Beautiful Lady (BBL). Dia turut berkawan baik dengan Kim yang juga BBL. Mereka bekerja di tempat yang sama. Bibi punya teman lelaki (atau kekasih 'gelap' bak kata Bibi) warga Kenya bernama Mosi. Saya tak tahu macam mana nak imagine si Mosi ni. Yang pasti sejak penulis perkenalkan watak Mosi ni, memang dah ada rasa tak percaya dan suspicious terhadap beliau. Haha Rasis ke eh kalau ada perasaan macam ni walaupun pada watak dalam novel? End up memang betul pun apa sangkaan saya. Memang tak boleh percaya.

Pertemuan dengan Nadim juga saya rasa comel. Saya faham sangat perasaan Bibi. Sepertinya saya adalah Bibi. Dan Bibi adalah saya. Rasa macam Shaz Johar sedang menulis kisah saya pula. Haha boleh macam tu? Dari pertemuan dalam LRT(?) sehinggalah pertemuan semula di Kuala Lumpur. Walaupun penghujung cerita cintanya tak lah bahagia, tapi that's what life is all about.

Tiada bahagia yang kekal abadi. Gittew!

Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
December 27, 2012
Jujur aku katakan bahawa Tabu novel kedua Shaz Johar ini agak mengecewakan. Novel setebal 312 halaman ini bukanlah kontinuasi daripada novel Shaz Johar yang terdahulu, iaitu Kougar. Mendengar tajuknya sahaja membuat aku sebagai pembaca mula menyusun pelbagai senario yang berkemungkinan dikaitkan oleh penulis dengan tabu.

Menurut Wikipedia, tabu (atau taboo dalam Bahasa Inggeris) adalah:
“a strong social prohibition (or ban) relating to any area of human activity or social custom that is sacred and or forbidden based on moral judgment, religious beliefs and or scientific consensus. Breaking the taboo is usually considered objectionable or abhorrent by society.”


Makanya apa yang terlintas di fikiranku tatkala mengangkat novel ini untuk mula membaca adalah kemungkinan perkaitan sumbang mahram, perilakuan seksual aneh atau fetish, isu halal/haram dari segi makanan, perkaitan sihir dan bomoh dan macam-macam lagi hal yang berkait rapat dengan isu tabu.

Namun novel ini tidak menjelaskan dengan terang perkaitan tajuknya dengan keseluruhan cerita (atau mungkin aku yang terlepas pandang?)

Tabu mengisahkan seorang wanita berbadan gempal bernama Bibi yang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Kenya bernama Mosi. Tiada yang tabu tentang seorang wanita Malaysia berbangsa Melayu kalau bercinta dengan lelaki Kenya. Banyak berlaku di universiti amnya.

Bibi punya seorang rakan akrab sekerja bernama Kim dan punya seteru bernama Anne yang dia dan Kim gelarkan sebagai Precious (seperti nama wanita African-American dalam filem berjudul serupa). Dalam erti kata lain, Bibi, Kim dan Anne ketiga-tiganya wanita berbadan gempal. Pada pandangan aku, tiada yang tabu tentang hal ini. Wanita berisi ada di mana-mana. Bagi aku tanggapan penulis bahawa seorang wanita di Malaysia harus berbadan persis Neelofa barulah layak untuk dibuat isteri adalah tidak tepat kerana itu hanya stereotaip masyarakat secara amnya dan bukannya sebuah tabu.

Plot Tabu bergerak perlahan. Bab-bab awal banyak bercerita tentang dilema Bibi yang ingin kurus, Bibi yang tidak suka kerjanya, Bibi yang bertemu telefon bimbit yang tercicir di dalam LRT, Bibi yang berkenalan dengan jejaka misteri bernama Nadim yang merupakan tuan punya telefon bimbit jumpa tersebut, Bibi yang sibuk bercinta dengan Mosi dan Bibi yang ada trust issue terhadap teman lelakinya sendiri (yang sejak awal cerita lagi aku suspek tidak boleh dipercayai langsung). Cerita hanya bergerak ke teritori ‘panas’ apabila masuk ke bab 16 apabila konfrontasi tiga segi antara Bibi, Anne (atau Precious) dan Kim tercetus gara-gara salah faham dan berebut jantan (okay, bahagian ini aku tidak boleh tidak untuk ketawa. Sila beli dan baca sendiri Tabu kalau ingin tahu mengapa aku berkata sebegitu).

Kemudian dalam beberapa bab berikutnya Kim ditemui mati, diragui dia terjun bunuh diri dari balkoni rumahnya. Tragik, tetapi memusykilkan. Dalam kepala pembaca bermain pelbagai andaian. Antara suspek mestilah Mosi atau Anne. Tiada yang lain.

Walaupun Bibi digarap dengan cemerlang oleh penulis, ia seolah-olah tidak terbias oleh jalan cerita Tabu yang bergerak terlalu perlahan. Aku banyak kali berhenti membaca dan bertanyakan kepada diri sendiri; “Apa kena-mengena kematian Kim dengan tajuk novel?”, “Apakah dianggap tabu bagi seorang wanita Malaysia berbangsa Melayu untuk bercinta dengan seorang lelaki warga Kenya?”, “Tabukah menjadi seorang yang berbadan besar?”

Aku gagal mencari jawapan tersebut.

Aku gemar bagaimana penulis bijak membuat sedikit perkaitan dengan novelnya yang terdahulu apabila pada bahagian terakhir Tabu, Kisha muncul sebagai bakal majikan baru kepada Bibi.

"Dan dia tidak comel. Nampak berbeza dengan lelaki yang pernah aku tenung di dalam LRT dahulu dan tidak comel. Pendek kata dia tidak comel. Hendak lagi pendek, aku sudah salah orang. Dan yang penting, salah orang dan TIDAK COMEL."
- halaman 252, bab 23.


Oh, by the way… SMS yang dihantar oleh Bibi kepada Akil pada halaman 303 itu dipetik daripada siri kegemaranku, ‘How I MetYour Mother’ musim keenam, episod kesembilan. Bijak, tetapi disebabkan aku mendengarnya dituturkan oleh Barney Stinson terlebih dahulu membuatkan ia tidaklah sekelakar mana.

Tabu, kurang menggigit tetapi seronok dibaca.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 30, 2012
Bila tengok cover buah epal yang ada 2 warna tu, aku dah terbayang cerita Snow White yang kena paksa makan buah epal oleh mak tirinya yang jahat tu. Eh! Apa kena mengenanya? kih5

Membayangkan Tabu – apa yang terlintas di fikiran adalah sihir, bomoh dan macam-macam lagi hal yang berkait rapat dengan isu tabu. Ala, tabu... yang macam mana korang fikir tu... ha lebih kuranglah dengan apa yang aku fikir tetapi bila sudah selesai menghadam novel ini, rasanya tiada perkaitan antara tajuk dan ceritanya. Atau akukah yang terlepas pandang?

Tabu mengisahkan Bibi, wanita yang berbadan gempal yang menjalin hubungan dengan lelaki Kenya – Mosi. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar. Hubungan dengan kekasih, teman rapat dan kerja. Tiada apa yang menyesakkan namun semuanya berubah apabila dia menemui sebuah telefon bimbit yang tercicir di dalam LRT. Bibi cuba mengenalpasti identiti sebenar pemilik telefon bimbit tersebut. Setelah berjaya menemui tuan punya telefon tersebut - Nadim namanya, mereka berdua dah boleh jadi geng.

Konflik tercetus di saat Bibi mula terasa ditipu oleh Mosi [well, aku dari mula tak percayakan si lelaki ni]. Dia berkongsi cerita dengan Nadim. Malah Kim, teman baiknya pun dijadikan tempat meluah perasaan. Dalam mencari siapa perempuan ketiga itu dia mula mengesyaki Anne. Kemuncak kisah ini pastinya di saat Kim ditemui mati. Diragui yang dia terjun bunuh diri dari balkoni rumahnya. Tragik! Tetapi memang musykil. Antara suspek yang timbul di kepala pastinya Anne atau Mosi. Yalah, tak kan pula Bibi nak bunuh kawan sendiri kan?

Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati. Dia memang tak berpuas hati selagi punca sebenar kematian Kim diketahui. Di saat ini, dia mula tidak mempercayai sesiapa. Malah dia sendiri sudah takutkan Mosi. Mungkinkah Mosi yang membunuh Kim?

Tak dapat dinafikan Bibi digarap dengan cemerlang oleh penulis. Ia bagaikan pengubat bagi jalan cerita Tabu yang ‘lambat panas’ dan bergerak terlalu perlahan. Walaupun mungkin jalan penyelesaiannya bagaikan tergantung, aku merasakan cukup ia ditamatkan begitu. Mudah. Simple as that.

Kalau anda ingin membaca buku yang penuh dengan cliché, forget it. Ini memang bukan buku anda. Namun jika mahu sesuatu yang fresh, ya anda boleh cuba yang ini.

Ps: Pertama kali seingat aku mengenali istilah BBL – Big Beautiful Lady. Yeah, aku tak urban sangat pun kih5
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
February 9, 2013

Memang tak ada kaitan antara gambar buah epal dengan tajuk tu.
Kelainan jalan cerita, namun itulah yang aku rasa berlaku kebelakangan ini kerana ramainya orang kulit hitam di negara kita ini. Mengambil kesempatan dengan rakyat tempatan dan aku rasa ini mungkin salah satu punca gejala jenayah yang banyak berlaku sekarang ini.

Lepas ni nak cari novel MENTAL pula...
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
August 5, 2012
Tabu,derived daripada perkataan taboo yang bermaksud pantang larang.
Kaitan dengan Tabu dari Buku Fixi?Nah,kena baca.

Penceritaan yang semacam diari,dan personal activities,dan diselitkan sesekali dengan tips untuk menghadapi hidup di bandar besar,and h0w to lie.
Profile Image for Miyuke.
193 reviews2 followers
April 21, 2023
Bacaan ebook : melalui pinjaman aplikasi PNM e-Reader
eISBN : terlupa untuk direkodkan

Naskah santai yang sesuai sebagai bahan bacaan pada waktu senggang.

Watak utama Bibi hanyut dalam lautan asmara yang dicipta oleh jejaka warga Kenya bernama Mosi. Terlibat dalam cinta bersegi-segi, Bibi tersepit dalam rentetan peristiwa yang menduga emosi.

Mungkin TABU itu sendiri memperlihatkan sisi watak Bibi selaku andartu, saiz tubuh atau hubungan terlarang antara dia dan Mosi???

Nota :
Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu melangit pada novel ini. Namun, perkataan TABU itu sendiri membawa makna yang sebegitu besar dan membangkitkan rasa ingin tahu.

Kekurangan apabila membaca bacaan ebook ini adalah terdapat perkataan atau muka surat yang hilang serta perulangan perenggan pada naskah yang dimuat naik.
Profile Image for Farae Ferre.
13 reviews6 followers
May 7, 2018
Real life!

Kesian Bibi, kena tipu dgn bff and bf..
Tapi Bibi pun senang sangat percaya dgn si Mosi. Mintak duit, bagi.
Dgn si Akil pun Bibi tu ikut je. Nmpak murah. Walaupun in realiti, sebenarnya ada je org mcm ni.
Ingatkan ended up, Bibi bahagia dgn Nadim. Sekali plot twist pulak. hewhew

Seperti biasa Shaz Johar tak pernah mengecewakan.
Highly recommended this book !

Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 28, 2021
Bibi seorang BBL. Berkawan rapat dengan Kim yang juga BBL. Bibi juga ada kekasih dari Kenya yang suka BBL. Ada babak yang buat aku geram sebab sikap Bibi yang mudah percaya. TABU disini mungkin bermakna sesuatu yang diluar kebiasaan.

Dan Kisha, ada di mana-mana.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
baca buku ni kalau tak sambung dengan Cerpen Bibi Elle, tak lengkap.

disebabkan aku dah baca Cerpen dari Shaz Johar dengan Mental, and i love both, aku enjoy baca Tabu. Tabu pun sama best sama menarik dengan yang lain.

jalan cerita yang menarik, lain dari yang lain. mula-mula about the friendship and relationship between Bibi and Mosi. aku tak boleh lari dari menilai yang hakikatnya Mosi memang tak boleh dipercayai. lagi sakit bila tahu dia curang dengan bestfriend Bibi. hampeh.

then bila masuk part dia jumpa henfon tu, aku dapat predict akan ada something going on between both Bibi and Nadim. and tersangatlah comel bila baca 'pertemuan pertama' diorang. yang second tu lagi sweet macam gula-gula.

dan disebabkan ending dia tergantung macam tu, ada macam blur sikit mula-mula. then bila baca Bibi Elle baru aku puas hati.

seronok sebab dua watak favorite disatukan jugak. eh, yeke? haha.

enjoyable sebab ada part yang buat aku gelak, senyum sorang-sorang.

Bibi ni baik, walaupun 'murah'. yelah. one is not perfect, right? plus aku dapat rasa dia seorang yang fun to hang around with. sebab dia kelakar, bagi aku. paling tak boleh blah dia cakap nama dia Jada tu. 'Haram Jadah'. kahkah.

thumbs up to you, Shaz Johar.
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
February 25, 2012
'Tabu' mengisahkan perjalanan hidup Bibi seorang wanita berbadan gempal yang mempunyai seorang teman lelaki warganegara Kenya, Mosi. Hidupnya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa sebuah telefon bimbit yang tercicir didalam tren. Setelah dikembalikan kepada tuannya, Nadim, mereka menjadi rapat dan sering berhubung melalui telefon. Lama kelamaan dia mendapati yang Mosi sedang menyorokkan sesuatu darinya dan dia mengesyaki teman lelaki membuat hubungan sulit dengan rakan sekerjanya, Anne. Kemuncak kepada buku ini adalah apabila kawan baiknya, Kim ditemui mati. Terus terang gua mengharapkan sesuatu yang lebih dari kedua Shaz Johar ini selepas membaca 'Kougar'. Namun hampa kerana novel ini terlalu biasa menurut gua. Lompong disana sini. Seolah-olah ia cuma perjalanan hidup Bibi semata-mata tanpa ada sebuah cerita yang mahu diangkat. Bosan.

http://jiwarasagelora.blogspot.com/20...
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
January 25, 2012
Beli buku ini semasa pelancarannya - BOCO 2011 . Berpeluang menemui penulisnya - Shaz!

Telah baca buku ni 'in one sitting'. Sebab? Too hot to put it down.

Betul kata Ridhwan Saidi, Bibiana ni baik orangnya.

Cara Shaz menulis membuatkan saya ingin terus membaca. Bahasa Dan Jalan ceritanya sangat santai. Sesuai untuk org stressed out macam saya. Ending yag sangat FRESH.

Kalau anda ingin membaca buku yang penuh dengan cliche, forget it.
Bibiana sangat ihklas orangnya. Walaupun kadang kala kita boleh agak apa yang akan terjadi, kita masih lagik hendak membacanya sebab pengalaman-pengalaman Bibiana dalam Tabu sangat menarik. Perasaan ingin explore dengan lebih lanjut perjalanan hidup Bibiana membuatkan kita terus membaca dan membaca.

Syabas Shaz dan FIXI sebab dari an avid english novel reader . saya sekarang lebih kenderung untuk membaca buku by Malaysian authors!
Profile Image for Azira Zainuddin.
65 reviews9 followers
December 4, 2016
Seperti ceritanya sebelum ini KOUGAR, penceritaan penulis berkisar tentang kisah hidup seorang wanita. Jika di dalam KOUGAR mengenai middle-age wanita, TABU berkisar tentang wanita plus-size.

Pertemuan dengan jejaka di dalam tren seolah-olah menjadi trademark penulis pula kerana plot yang sama di dalam KOUGAR dan perjalanan seorang wanita di dalam kehidupannya. Walaupun lenggok bahasa yang baik dan penceritaan berkembang elok, namun terdapat missing element di dalam cerita ini. Tiada core atau anchor cerita yang boleh dijadikan asas tujuan. Seolah-olah biografi pula. I don't expect happy ending, but I do expect ending of some sort.

Profile Image for Liyana Roosevelt.
4 reviews1 follower
January 29, 2012
This is my first time reading novel by this author
it is quiet intersting storyline about bum bum girl still mess around with sex,foreginer boyfriend,muderer etc
it combine in one story..love,horror,friendship,faith

i can predict the beginning and also the ending..so no suprise climax..
Profile Image for hans.
1,159 reviews152 followers
March 14, 2017
Well Shaz Johar memang suka perempuan as main character. Sama macam Kougar, yang ini juga tidak berapa menyelerakan bagi aku. Please Shaz, entertain me more in your next novel (if any) - pandang ini sebagai satu semangat okay ;)
Profile Image for Sharah.
33 reviews17 followers
December 28, 2011
too cliché. Shaz Johar failed me one more time.
Profile Image for Wan Atiee.
38 reviews22 followers
February 4, 2013
agak sedikit keliru di penghujung cerita. dan climaks nya agak kurang sedikit.
Profile Image for Introvert Insane.
544 reviews7 followers
August 13, 2025
Shaz Johar really likes protagonists who are villains in their own lives, huh?

Tabu tells the story of Bibi, a BBL (uwu so clever) as she struggles with her own body image. Life seems okay. She's dating this Kenyan man, Mosi, studying in Malaysia and she has a bff, Kim and a nemesis, Anne. However, things gets weird when she gets a hold of a phone dropped by a very cute guy, Nadim and she communicates with him whilst she gets a hold of his phone in the process of returning it back to him.

At first, I was wondering where is this story going because Bibi is hung up over Mosi's big-d and fantasising over Nadim's cute face. At the same time, her friend Kim keeps mysteriously disappears as well as Anne. This led to Kim accusing Anne of having an affair with Mosi.

Now, compared to Kougar, I actually prefer this because at least si Bibi ni takdelah menunggang agama sangat macam si Kisha tu. (Although they're set in the same universe because there's a Kisha reference later).

Bibi is quite realistic because despite her being okay with her physique it is clear that she does experience insecurities. Why would she hold on to someone like Mosi who mooches off of her financially and still 'love' him after discovering he had an affair with someone within her circle. Her need for romantic and sexual validation from Mosi who's clearly has a type for bbl (I mean, he slept with all bbl in this story) and losing him means not having that validation anymore. Sure, she's friend's and crushing on Nadim but he has no idea how she looks like so there's this fear that she thinks he might not like what he sees.

But also, dayum Bibi. Dah mamat tu first time break into your home because he has the keys, he said it and then you tak tukar kunci??? Bodoh.

I only pity Bibi on one thing that is that Kim was a snake all along and has been sleeping with Mosi behind her back. She truly had no one on her side. Not even Anne because Anne knew and hid that fact for her own benefit.

And still, until the end life screwed her over by having Nadim being Anne's younger brother so ofc it would be too weird for her pursuing him.
Profile Image for Ryan&Hakimie.
17 reviews1 follower
November 15, 2016
Tajuknya bagi saya agak misleading sikit kerana saya tidak dapat mencari di mana TABU-nya situasi di dalam novel ini. Orang Malaysia bercinta dengan lelaki dari hitam gelap dari Kenya bukanlah sesuatu yang tabu. Sukar untuk didengar, ya. Tapi bukanlah sesuatu yang tabu. Namun begitu, pendapat ini ada bias-nya juga kerana setiap orang itu mempunyai gaya pemikiran yang berbeza-beza. Bagi sesetengah orang, ya ini tabu. Dan bagi yang lain pula tiada yang tabu tentang hal ini.

Sesuatu perkara tentang Shaz Johar adalah beliau pandai menggarap isi kandungan dengan baik. Walaupun ia agak mengecewakan kerana temanya lebih kepada cinta namun disebabkan garapan yang baik, saya mampu meneruskan pembacaan sehingga ke pengakhiran novel.

Bibi - saya merumuskan bahawa dia seorang yang terlalu terdesak inginkan seseorang mencintainya. Mungkin kerana dia seorang BBL yang sebenarnya kurang keyakinan diri (kerana itu dia cuba menguruskan badannya). Dan kerana itu juga sifatnya itu "mudah percaya" dengan kata-kata sang lelaki (bagi saya dia seorang yang bodoh kerana mudah menurut permintaan lelaki atas alasan cinta).

Saya tidak suka apabila novel ini kemudiannya bertukar menjadi sebuah harem sama seperti novel Kougar sebelum ini.

*sigh*

Profile Image for meenie.
327 reviews3 followers
August 10, 2024
weyyy i would love this book tapi perangai bibi ni memang minta kena maki dengan aku -

fuh okay so dalam buku ni kita akan berjumpa dengan bibiana, bibi for short. berbadan besar (not sure besar mana i think cuma gempal je compare dengan anne). bersahabat baik dengan kim yang juga berbadan besar. tapi bibi ni ada boyfriend tau! and - boyfriend dia orang kenya. so ni kisah percintaan bibi sama ada berjaya ataupun tidak.

personal opinion ; rasa buku ni macam takde plot pun do. macam main tulis je apa nak janji masuk dengan kisah hidup bibi. tapi takpelah sebab best je santai - it should be 4 ⭐️ tapi bibi ni kena sedar diri 😭😭🙏🏻🙏🏻 bukan lah lower the expectations tapi kau sedar tak time kau jumpa “NAZIM” kau pun macam mana? nak lari dari orang sedangkan kau pun tak jujur dengan diri kau. emosi aku 👊🏻 rasa nak fight sekali ei
112 reviews3 followers
February 8, 2020
“...cuba menyelinap zon TABU...”
Aku tak faham part ni. Dari awal aku baca material ni, aku tak faham-faham juga walaupun ceritanya sangat relatable.

Penulis macam biasa, sangat bijak mengolah. Bacaan jadi menarik. Jujurnya, kalau aku tak boleh relate, memang bosan jugak naskah ni. Drama sangat...

Paling menarik tentang karya yang terbit pada tahun 2011 ni ialah sindirannya yang masih relevan dalam tahun 2020 😂😂 Pengalaman aku yang relatable tu pula semuanya berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan. So kisah dalam TABU ni memang sangat realistik.

3 bintang saja bagi aku sebab aku suka cerita aksi/seram, ada polis dan MC lelaki while naskah ni tak sebegitu. Bias? Ye memang 😆 3 bintang aku bukan bermaksud ia tak best langsung. Cuma tak kena citarasa aku saja.
Profile Image for Nisya Mazalan.
54 reviews2 followers
March 6, 2021
Aku buka buku ni tanpa sebarang expectation, dan aku suka sampai akhirnya!

I feel related to the character of Bibi 😂 Lemah sangat! Geram aku!

Dan sakit hati jugak dia tak dapat bersama Nadim walaupun few pages before aku kemain tersengih membayangkan pengakhiran mereka berdua. F*ck Ani! Kahkahkahkah
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
December 30, 2023
Buku kedua Shaz Johar. Lebih kepada cerita cinta daripada pembunuhan. Tak silap aku Kougar macam ni juga, semua lelaki nak ke perempuan watak utama. And aku imagine perempuan ni gemuk dengan kulit sawo matang. Dah macam cerita pasal DS sebelum twitter is a thing. Overall, biasa-biasa je.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
March 10, 2019
Pengajaran tentang kepuasan nafsu kepada manusia melebihi cinta kepada tuhan.
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.