Ketika Sameera terima Ishaak jadi teman lelakinya di usia 17 tahun, dia sedikit pun tak menyangka bahawa pemuda kurus kering itu akan suatu hari jadi Haque Zuhal, bintang pujaan ramai, yang lagu-lagunya akan berkumandang di corong radio, yang dramanya dimainkan di televisyen, dan yang wajahnya akan menghiasi papan-papan iklan di lebuh raya.
“Meera tunggu saya, ya? Meera sabar, ya?”
Jadi, apabila Haque jatuh cinta dengan wanita lain dan membuat keputusan hubungan mereka harus putus di tengah jalan ketika dia berusia 35 tahun, Sameera harus berhadapan dengan banyak cabaran yang menjengkelkan yang tak dihadapi wanita patah hati yang lain, daripada para netizen yang banyak spekulasi, tumpuan umum yang tak dikehendaki, hinggalah wajah dan suara Haque yang tertampal dan berkumandang di merata tempat.
Jadi dia kemas barang, pindah ke rumah sepupunya Mirah, bekerja di syarikat lain, dan cuba meneruskan hidupnya. Dia cuba mengaburi pandangan matanya dan menutup telinganya daripada terus dimaklumkan dengan kebahagiaan baharu bekas kekasihnya.
"Saya tak perlukan satu Malaysia beri komen tentang hidup saya. Saya tak mahu orang yang tak dikenali datang dan tepuk belakang saya dengan muka simpati... Saya cuma nak hidup."
Dalam usahanya untuk cuba mencari maksud hidup sebagai seorang manusia yang tak pernah jadi wanita single selama 18 tahun, Sameera harus menghadapi pelbagai jenis manusia, daripada Puan Saidah yang masih enggan menerima hakikat dia tidak akan bermenantukan selebriti terkenal, Ned si PA Haque yang masih mengingatkan Sameera tentang lelaki itu, Gosmer1018 yang begitu taasub dengan kisah cintanya, sehinggalah ke Jamie, yang punya sejarah hitamnya sendiri, sejarah hitam yang turut merubah hidup Sameera.
“Awak tahu apa itu petrichor? Petrichor ialah bau segar yang muncul selepas turunnya hujan. Tapi satu-satunya cara untuk bau segar tu datang ialah dengan membiarkan tanah yang kering dibasahi hujan."
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.
Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.
She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.
Has multiple cats, but hates being called a cat mom.
Hi Sameera, boleh tak kita kongsi Encik Jamie sesama? 😌
Ntahlah nak review mende sebab terang lagi bersuluh it is a masterpiece ✨. Dalam bergelak ketawa aku tersasul menyumpah jugak dengan si A’ak ni. Ingatkan species baik dari azali pastu berubah sebab environment, rupanya hmmm hampehhhh.
Baca kisah Jamie pulak haishhh come here Jamie mehhh sini I pun sudi pinjamkan telinga & bahu. Betullah tu, netizen ataupun orang luar yg langsung tiada kaitan cepat betul meletakkan kesalahan/judging dengan hanya mendengar sebelah pihak & discrimination between female & male 🤷🏻♀️. Yang paling aku suka scene dimana Sameera defended Jamie berhadapan dgn her mom & makcik bawang dengan his old viral history tu macam wow you go girl.
apapun, you guys should read this, a masterpiece ✨
p/s - ada baca review banyak betul yg hype Hadi the Hottie tu, ingatkan adalah scenes yang mcm okayy kenapa semua nak Hadi ni? tapi heheheh itu ja lah ehh? pastu hmmm hampa tau dak betapa aku berusaha nak hilangkan imaginasi pelakon sebelum baca? nyesalnya tak baca awal2 🤣
By the writing alone, I can already tell the author is not new in the writing industry. It started all great, I was fully invested in the plot and conversations happening between the characters. Among international writers equivalent (within the same genre- contemporary romance), Nurul Syahida’s writing makes me think of Christina Lauren’s works; I really love it whenever the author makes the interaction between the lead and their side wings extremely compiling, as in all the sides have their contributions and roles toward the plot and they are not just there to fill the fillers. The interaction between Sameera (heroine) and Mirah was so satisfying to read.
I enjoyed woman vs the void premise involved throughout Petrichor since the book featured a single woman in her middle 30s- which, according to the society, should have been married and have kids. Sameera broke up with her long-time boyfriend of 18 years relationship, Haque Zuhal- who’s a very well-known celebrity. The relationship started way back since their high school days until the recent event where Haque cheated on her. Since Haque is famous, Sameera has her privacy violated and her intention to move on quickly from the relationship is also difficult considering Haque is... everywhere- on the billboards, radio, tv etc etc. Then there’s Jamie, who Sameera meet on a blind date. Jamie is one of those ‘soft, cinnamon’ types of heroes that bare his own darkest secret.
One thing I wished it could be done differently is the mentioning of specific social media platform, eg; Tiktok. Why? Because it ages the book.
Other things Petrichor just didn’t do enough for me to warrant it 4 stars and above;
1) Throwback scenes- necessary but messy. I feel like putting too much of throwback scenes without a specific pattern and jumping from one date/year to another, not only would kill out the momentum of the story but also reader’s reading experience. Very anti-climax. One specific book I wish more readers and authors could read and learn something about intertwining past and current events fluently within a single paragraph is “Tomorrow, and Tomorrow and Tomorrow by Gabrielle Zevin.” I may or may have not commented about it in my previous review. Malas pulak nak check.
2) I solidly enjoyed the first half of the book but slowly lost my focus after 70% in and skimmed through the pages until the book ends. I got bored. I wasn’t interested in the drama and all the wild twists when it came to Haque’s story because it had gotten soapy-ish. I wished the author could have leave Haque side, like let him be by himself instead of forcing his character to be in a certain situation. But fair enough, maybe those are necessary for targetted readers.
3) Petrichor uses third person point of view for its story telling, however it was pretty much Sameera’s biased. Wished the narrative could gear towards Jamie and Haque too.
4) Hadi’s story ended just like that???? bruh he’s not Hadi the Hottie, he’s Hadi the filler 😭😭, alaa macam takde kesinambungan langsung dengan jalan cerita.
Overall, it was okay. I wouldn’t go around and scream loud about it.
Bila dengar review kata genre slice of life, i cannot resist, so kita pun decide untuk try this novel. 😂 Dan walaupun ini buku pertama daripada author ni yang aku baca, i can say i like the author punya cara penulisan. Tak tau nak explain, tapi buatkan aku tak bosan dan tertarik untuk teruskan baca.
Buku ni aku rasa ada banyak moments yg relatable. I like the storyline. Bila aku tengok cerita Celebrity (drama Korea), aku tetiba teringat dekat buku ni. Hahahha. Sebab how impactful social media is right now to our society. 🤧 Aku suka sangat karakter ML dan FL dalam cerita ni. Aku rasa attached dengan diorang. Tiada ayat yang bergula-gula dan cringe, yang aku nampak dua insan yang sangat matang dalam hubungan, dalam diorang menghadap masalah dorang, dan the way they communicate with each other. 🫶🏻 Suka sangat how the relationship progress between the ML dan FL. 🙊
Banyak pengajaran i guess kita boleh dapat daripada buku ni. Sesungguhnya apa yang kita lihat di depan mata kita tak semestinya menggambarkan kebenaran di sebaliknya. We see through the screen 📺, not the person behind the screen. 😌 So, jangan mudah-mudah kita percaya dengan apa yang bermain di media sekarang ni. I admit kadang takut dengan keadaan semasa sekarang yang penuh dengan viral issues. That’s why i keep my life private. Privacy is luxury gitu👀 Overall, i love this one 🩵 #emptycanvashida
Sukanya baca kisah orang tua bercinta hahhahahhaa Comel gilerr all those Whatsapp conversation 🥹 Cara Jamie confess pun 🙈 _____________
4.5 ⭐
Punya nak tahu apa jadi sampai sanggup stay up nak baca habiskan dan bawak je buku ni gi mana2.
Suka jalan cerita, cara pertemuan mc yang mula2 macam nak cari pasal je masing2 tapi ehekk next pertemuan comelll 😍
Suka sebab sorang punyalah nak sorok2 tak nak bagi orang nampak dia, yang sorang lagi tetap dengan pendirian yang dia tak salah jadi kenapa dia perlu sorokkan diri. LOVEEEE.
Cuma part Hadi the Hottie macam filler scene je, sebab nak tahu apa jadi dengan dia tiber takde dah dalam plot 😂
NAK CAKAP JUGAK TAK PUAS K EPILOG, NAK LAGI PART SWEET MC DUA KETUL TU 😆
This book is more of telling than showing - at one point, I kind of skimmed through because there were too many explanations.
But overall, I truly enjoyed reading it. I like it so much! I just wish it centralizes more in the present than the past. Mr J, you’re coming home with me!
Lama dah habis baca novel ini cuma buntu nak review macam mana untuk meyakinkan semua orang agar baca novel ni 🫠
Satu karya yang memberi aku rasa puas hati apabila tiba pada perkataan tamat. Cerita yang aku kira sangat dekat dengan dunia kita yang begitu rapat dengan media sosial. Mengisahkan Sameera yang mempunyai warna kulit yang kalau diterjemah bermaksud "buah ciku yang sudah masak" 😂 , dan dikenali netizen sebagai bekas kekasih Haque, artis pujaan ramai. Hubungan cinta selama 18 tahun berakhir selepas Haque jatuh cinta dengan wanita lain. Bertemu pula dengan Jamie, yang aku yakin telah menjadi hero pujaan buat semua pembaca Petrichor, juga pernah viral. Kerana apa? Sila baca sendiri. Hii.
Bagiku, novel ini cukup rencahnya dan disampaikan secara bersahaja dengan ayat yang sungguh enak dibaca. Topik yang dibawa juga begitu dekat dengan kita sebagai penguna media sosial, juga disentuh mengenai stigma masyarakat mengenai isu perkahwinan dan benda viral. Rasa empati dengan keadaan Sameera dan Jamie yang menjadi mangsa keadaan, hal peribadi yang menjadi tontonan umum dan seterusnya topik perbincangan. Tidaklah perlu kita memberi komen pada isu viral. Entah fitnah semata. Siapa tahu, kan?
Aku suka semua watak dalam novel ini, termasuk dua watak yang menjengkelkan pada mulanya. Perkembangan watak juga bagus dan bukan hanya fokus pada watak utama. Watak sampingan seperti Mirah, Uncle Sathi, Suhaimi, dan Affan memberi nafas segar untuk novel ini. Perjalanan cerita dengan pace sederhana buatkan aku sentiasa mahu cepat habiskan bacaan. Rasa tenggelam dengan kesedapan novel ini. Sedikit sebanyak, berjaya juga membuatkan aku kembali rindu untuk membaca novel terbitan @alaf.21 @bukukarangkraf ♥️
Satu lagi, aku kagum dengan cara Jamie handle the situation yang bagiku cukup penuh dengan sifat kemanusiaan 🫶🏻 Sameera pun apa kurangnya, seorang wanita yang memegang status "unmarried and loving it." 🫶🏻 Dua watak utama yang pasti pembaca akan sokong dan mahukan kesudahan terbaik buat mereka. Ending? 👍🏻🤌🏻😍 Sebagai penutup bicara, Petrichor yang membaca tema slice of life ini harus dibaca oleh semua. Highly recommended! 5🌟
Kalau nak baca kisah cinta yang tak cringe dengan dua watak utamanya bercinta selayaknya seperti dua orang dewasa yang matang, inilah novelnya. Untuk wanita bujang 30-an, ini novel yang sesuai dengan cita rasaku.
Bukan semata-mata kisah cinta Sameera dan Jamie, tapi ia banyak sentuh masalah-masalah lain mereka dan cara mereka selesaikan sebagai seorang dewasa. Tentang hubungan ibu dan anak, hal keluarga, masalah gila content yang melanda manusia hari ni, tentang keyakinan diri.
Novel yang sangat padan dengan hal masa kini di mana semua benda kita nak rakam, letak di media sosial dan buka pintu kepada netizen untuk buat pelbagai andaian sehingga jatuh fitnah. Orang yang sepatutnya hidup tenang seperti orang biasa juga terpaksa jadi populae popular gara-gara video tular yang entah apa-apa.
Garapan kisah cinta dua watak ni daripada tak suka satu sama lain sampailah bercinta aku rasa just nice. Subtle dan sederhana. Tak perlu melebih-lebih. Paling suka bahagian mereka berbalas mesej. Nampak seperti perbualan biasa-biasa saja antara Sameera dan Jamie, tapi mesej-mesej itu yang memberitahu pembaca secara halus mereka menyukai satu sama lain. Membaca perbualan mereka buat aku tersenyum. Bukan senyum menggeletis, ya tapi senyum nipis. Rasa hangat dan cozy. Dan sebagai pembaca aku rasa macam stalker pula baca mesej-mesej dia orang.
Suka juga cara penulis meleraikan masalah-masalah yang melanda watak-watak dalam cerita ini. Tak terburu-buru dan matang.
Antara bahagian yang paling aku suka: Babak di mana Sameera dan Haque jumpa semula di perhentian bas. Hampir-hampir saja saya ingat Sameera akan "tergelincir" tapi rupa-rupanya dia masih berhati waja. You go, girl!
Pendek kata, aku puas hati dengan naskhah ini sebab ia membuatkan hatiku senang dan menenangkan sebaik selesai menghabiskan bacaan ini.
oh i love this kind of storyy. i never knew i’d be this into middle-aged slowburn romance but here we are. its SO goodd. the plot and storyline was nice and smooth tho sukernya cerita nii. also the plot twist? sheeshh i didnt expect thatt. aku suka dengan perwatakan sameera dan jamie yang sangat matang, dari segi humour, conversation diorang sampai ke lifestyles yang sangat sederhana dan relatable. dan tak lupaa the confessionnn aww its so cuteee jsjsjss oh to be in love with someone like jamie😔☝🏻
watak haque memang rasa macam nak maki ye bila dah exposed perangai sebenar dia kat hujung hujung tu eww jijik gila. padahal dari awal aku duk husnudzon kat jantan keparat ni lol lepas dah tahu tu i was like wtff😃 yang sekor lagi yaya pun sama loser si abuser psycho ni ya allah dia punya manipulative tuu rasa nak lempang. aku suka penulis buat watak villain gini sebab irl pun memang wujud manusia spesis begini.
cerita ni buat aku sedar tak boleh percaya sangat kes kes viral kat medsos dan tak boleh judge life orang yang tak dikenali sesuka hati. kadang rasa macam jamie ni terlalu baik sebab dia tak fight untuk diri sendiri tapi bila tengok dari perspektif jamie sendiri, itu yang terbaik. at least dia fight untuk anak dia pun dah cukup.
ada part yang aku tak berkenan sikit la— scene sameera balik rumah mirah then masa tu mirah tgh buat ‘projek’ ngan laki dia kat ruang tamu. aku rasa cam unnecessary gila(?) pastu kenapa nak kena duduk rumah mirah yang dah berlaki instead of duduk rumah sewa? haha tapaham. yang ni jela macam uncomfortable sikit tapi ceritanya okey je.
honestly this is my first time try baca karya NS dan tak expect sesedap ini sebab penulisan dia yang sangat matang, cerita yang matang dan sangat relatable dengan irl which is aku rasa di fasa umur aku yang nak menuju ke 30 series ni, okayy i found my hidden gems hsjdhshs nak pulak current watch aku Love Scout sangat kena dengan vibes haha lervv teruks
Percintaan selama 18 tahun menemui titik penamatnya di antara Sameera dan Haque Zuhal, seorang pelakon dan penyanyi terkenal yang juga mesra dipanggil oleh Sameera sebagai A’ak. Liputan media, berita di dada akhbar dan portal-portal gosip membuat liputan akan kisah perpisahan mereka yang lebih terarah kepada Sameera sebagai penyebabnya.
Di satu cerita yang lain, perkahwinan yang dibina oleh Jamie dan Yaya telah menuju ke arah persengketaan dan sekaligus bertukar kepada keruntuhan rumah tangga mereka. Hal yang berlaku kepada Sameera dan Haque Zuhal juga terkena sama kepada pasangan Jamie dan Yaya. Media memberi satu gambaran dengan melaporkan hal keretakan rumah tangga mereka disebabkan perangai Jamie sebagai seorang suami yang berperangai syaitan yang mengabaikan isterinya.
Novel ini sebenarnya walaupun babak percintaan seakan-akan drama TV 3 yang mengisahkan pasangan yang berbeza kasta. Namun, elemen-elemen yang disematkan di dalam novel ini merupakan masalah sosial dan masalah rumah tangga yang sering berlaku dalam masyarakat hari ini. Konflik kekeluargaan dan tuntutan yang berbagai dari orang sekeliling yang mengheret ke kancah dunia yang kelam. Keretakan hubungan Puan Saidah dan Sameera sedikit sebanyak mencetuskan halatuju penceritaan ke arah permasalahan yang perlu diselesaikan antara kedua watak ini.
Bertemakan slice of life yang menjadi kekuatan terhadap novel ini diadunkan dengan watak-watak utama yang hidup seperti Jamie, Sameera serta watak sampingan seperti Puan Saidah, Mirah dan Affan yang mencantikkan perjalanan kisah novel ini. Rata-rata masalah penindasan rumah tangga acapkali didendangkan bahawa ianya dimulakan oleh pihak suami. Namun, ada segelintir penindasan rumah tangga ini dicetuskan oleh sang isteri.
Kekurangan buku ini pada adegan dan babak yang agak keterlaluan dan wajar dilabelkan sebagai adegan 18 sx serta kata-kata yang berstrukturkan ‘double meaning’. Walaupun buku ini penuh dan sarat dengan pengajaran hidup serta ilmu-ilmu pembangunan dan permasalahan yang wajar dielak dalam membangunkan sebuah rumah tangga. Tidak semua adegan yang
Secara keseluruhannya, novel ini satu renungan yang baik dan gagasan idea utama yang menyeroti segala permasalahan sosial digagaskan oleh penulis dengan penuh makna. Ia sekaligus menyedarkan pembaca bahawa banyak isu sosial terutamanya permasalahan rumah tangga dan perhubungan percintaan seringkali berlaku akibat berubahnya hati dan perilaku salah satu pihak daripada pasangan tersebut. Sangat menarik untuk dibaca tetapi tidak sesuai dibaca oleh remaja bawah umur.
Dah lama rasanya aku tak baca novel under alaf 21. Mungkin naskah Petrichor ni menjadi permulaan kembali aku hunting buku2 alaf🤭 .
Petrichor. Bau segar yang muncul selepas hujan. Aku rasa kalau korang pecinta alam, pasti korang tau bau yang mahal ni .
Sameera, bercinta bagai nak rak dengan Haque Zuhal. 18 tahun penantian utk ke jinjang pelamin. Tapi musnah ditengah jalan,bila Haque mengambil keputusan utk berpisah dgn Sameera. Dan bertunang dengan Dahlia. Gila tak kecewa Sameera .
Bermula la episod mencari partner utk Sameera yg dibuat oleh Mirah sepupunya. Jamie. Seorang Chef de cuisine. Mempunyai sejarah hitam yg menyebabkan dia menghindar diri drpd bertemu dgn orang ramai. Kesannya terlalu mendalam terhadap diri Jamie .
Isu yang dibawa oleh penulis dalam naskah ini bagi aku agak menarik. Mental and physical abusive by partner. Biasanya la kan, kite akan dengar pasangan yang berkahwin akan ada masalah penderaan oleh pasangan. Selalunya isteri la jadi mangsanya. Tapi dalam naskah ini sebaliknya .
Selain tu ada jugak penulis memasukkan isu pedophilia. Takdela penulis mengupas isu ni secara meluas. Sekadar 'secubit' untuk melengkapkan jalan ceritanya .
Kurangnya komunikasi, boleh menyebabkan runtuhnya sebuah hubungan. Kadang2 yang kite fikir begini, tapi sebenarnya ia begitu. Macam dalam naskah ini, Sameera berfikir ibunya lebih menyayangi Haque berbanding dia, anak kandung. Tapi sebenarnya, ibunya lebih merasa dekat dengan Sameera bila adanya Haque. Kalau tak, Sameera byk menghabiskan masa dengan ayahnya. Nampak tak, betapa pentingnya komunikasi tu. Kita ni dok buat andaian sendiri je. Tapi hakikatnya ianya tersasar daripada relaliti .
Jadi ape perkaitan kisah Sameera-Jamie-Haque dengan tajuk? Kalau korang baca sampai habis, korang boleh relate kan sendiri🤭. Sis taknak bagitau .
Dunia mereka terlalu besar dan kukuh untuk peduli sama ada mereka masih menjadi perbualan orang atau sudah dilupakan semua. . This story is insane. Kisah ini ditulis dengan sangat baik. Konflik cukup umph. Ending terpaling umph. Tak tahu nak cakap apa.
Sameera sangat tabah ya mengahadapi cemuhan netizen Malaysia, yang kita pun tahu celoparnya macam mana. Sampai terpaksa bawa diri, lari dari masyarakat, dari cemuhan yang tak sudah. Sehinggakan, dia sudah lali apabila orang kata mukanya familiar. Ya, dialah wajah yang keluar di media sosial dan dikaitkan dengan artis terkenal Haque Zuhal. Hidupnya jadi huru-hara.
Kehadiran Jamie, is just a blessing for Sameera. Jamie yang menenangkan. Jamie yang matang. Jamie yang suka nasihat. Jami yang sudi jadi pendengar. Jamie is perfect, but his past. Ah! Konflik kedua.
Konflik kedua-dua watak ini sangatlah relateable dengan dunia sekarang. Realistic. Macam mana kisah viral boleh menghancurkan kehidupan seseorang. Kisah viral yang menyebabkan masyarakat membuat 1001 andaian dan keismpulan, yang nyatanya tersimpang dari kebenaran. Tapi Jamie dan Sameera, both are very possitive, dan fokus pada dunia mereka sendiri.
Chemistry antara dua watak utama ini, pada saya sangat baik. Ada perkembangan yang baik juga. Endingnya juga baik, jangan risau.
Plot twist Haque.... Ergh! Tarik balik la kita panggil dia green flag awal-awal cerita tu. Entah apa-apa je dia ni.
Suhaimi dan Ned adalah watak yang sangat membantu dalam mencari penyelesaian.
Tapi, mana ending Hadi? Mana??
I just hope, Jamie dan Sameera bahagia sampai akhir-akhir-akhir hayat. Sampai dah tua bangka. Sampai dah jadi moyang.❤️❤️❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Highly recommended by crew yang bekerja di booth Karangkraf masa PBAKL23 so I bought it.
Secara precise-nya, my actual rating would be 3 stars.
1. Sesuai untuk pembaca yang minat dengan genre ‘slice of life'. So novel ini bukan sebuah karya picisan, ada isu yang hendak diketengah dan dikupas, tapi tak lah terlalu berat. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Ada kalanya agak meleret untuk menzahirkan perasaan ‘pain’ tu. 2. Mengetengahkan isu keganasan rumah tangga dan curang dalam hubungan. 2 victims ini betemu, mereka memperbaiki diri dan melengkapi sesama sendiri untuk mencari jalan keluar dari belenggu isu-isu ini. And yes, mereka disatukan. 3. Balasan dunia (karma) ditekankan untuk memberi pengajaran kepada pembaca. 4. Tindakan netizen dipertanggungjawabkan apabila mengecam tanpa tahu perkara sebenar sehingga memberi impak yang besar terhadap kehidupan mangsa. Ini bagi saya mendekatkan pembaca untuk menyertai jalan cerita novel ini. 5. Jangan percaya bulat - bulat pada media. Tak kisah lah yang memanupulasi itu media atau media practitioners.
Akhir kata, novel yang matang dan ada kekuatan tersendiri. Cuma kena banyak bersabar dengan style penulisan penulis yang sedikit archaic dalam berbahasa.
Hmm, this is different from Nurul Syahida's previous works. Yang ni memang betul la slice of life. Romance dia sipi-sipi je.
Kebetulan a day after I finished this, cerita anak No*man Hak*m pulak viral kat social media (cerita apa je la yang tak viral kat socmeds, really.) Just generally, tak kisah la cerita viral tu betul ke tidak, biased on one side only ke tidak, your opinion as an outsider really does not matter. Dan yang paling penting, tak payah nak extend the issue by 'discussing' it with your followers. Awak yang kengkonon bagi opinion tu dah berdosa. Pastu your tweets garnered attention, ramai orang retweet and likes, discuss lagi dekat comment section. Kan tak memasal dah bertambah dosa awak with every interactions you get from people you dont even know. Kenapa la suka sangat buat dosa kering gini? Cuba duduk diam-diam.
Anyway, nama Hadi the Hottie ni banyak kali naik everytime there is a review on Petrichor. Rupanya Hadi ni muncul secoet je?????? Ceh. I thought I'd get Zaniel 2.0 😤
it was fun cuma ada part yang i rasa kinda inappropriate sikit bila ada lawak dewasa tu. entahlah hahaha maybe sebab buku melayu kot idk ..
nevetheless the storyline is great. funny ada sedih ada happy ada. orang yang kau sangka baik turns out sangatlah buruk perangainya. banyak benda kita belajar lah manusia ini. yang kau dah kenal bertahun pun perangai macam sampah aku pun taktahu lah eh nak cakap macam mana.
oh and maybe ini kot rasanya bila bercinta ketika usia 30 an hahaha teringin lah maksudnya kena single until 30 ke ni hmm 🫣 pape pun saya enjoy
UPDATED: Aku memang marah gila baca bab permulaan buku ni, macam aku pulak yang ditinggalkan selepas 18 tahun bercinta. Hidup Sameera tunggang langgang sebab jadi perhatian netizen dan dia cuma nak hidup tenang.
"Hati dan perasaan orang ni macam angin. Awak boleh rasa, tapi awak tak boleh pegang. Apatah lagi nak kekang."
"But you are feeling sorry for yourself, that is why you have been running away."
Aku SUKA buku ni, terlalu banyak benda yang boleh 'relate' dengan diri. Banyak isu yang timbul dalam buku ni contohnya penderaan, narsistik, curang, fitnah & macam-macam lagi.
"Kalau awak tanya sayalah kan, dikasihani lebih baik daripada dibenci."
Aku dah jangka pengakhiran Haque macam tu sebab dia berduit. Mungkin dalam setahun dua orang akan lupa cerita dia dan akan diterima semula masyarakat. Realitinya begitulah....dan tak semua yang kita nampak di sosial media tu betul. Jangan dengar satu pihak saja.
1. First of all, the drama version is not exactly the same as the book. Banyak part yang diubah. Which I didn't like. The book is definitely better.
2. Haque Zuhal is definitely an a** hole. Tapi dalam drama dia potray si Haque ni ibarat kpop idol yang terpaksa ikut arahan company tapi sebenarnya dia masih sayangkan Sameera. Watdehek.
3. Yaya is a total psychopath and a b**ch. Tak tau dalam drama dia nak buat si Yaya ni abuse Affan jugak ke tak. Kita tungguuu. Tapi kes dia dan Jamie memang buat aku ingat kat kes Johnny Depp.
4. The ending was good cuma ada part yang aku tak puas hati sikit. Sepatutnya post je video Yaya The Abuser tu. She deserves it. What you give you get back 🤬
5. There's finally a good ending for Sameera and Jamie. Thank God.
trope (s) — stranger to lover, blind date, slowburn romance, single dad💅🏻
genre — slice of life, romance as sub plot
📝Kalau aku jadi Sameera, aku sendiri tak tahu nak hadap hari-hari aku macam mana lagi. Bayangkan dekat mana-mana akan ada nama muka ex kau yang dah bersama selama 18 tahun disebabkan dia tu artis terkenal Malaysia! Dengan usia yang sudah melangkau 30 tahun dan masih membujang, orang sekeliling mula skeptikal dengan Sameera.
Sameera — I LOVE THIS WOMAN SO MUCH, untuk wanita yang sudah melangkau 30-an saya suka cara pemikiran dan tindakan Sameera, this is how a woman at this age should act. Betullah orang kata matang tu bukan pada umur tapi pengalaman itu sendiri yang mematangkan seseorang. Hubungan Sameera dengan ibu dia terasa dekat dengan saya lagi-lagi bila keduanya guna panggilan kakak-mama aaaaa serius boleh relate🥹🤍
Male Lead — a chef, single dad, tall, romantic, fully husband material package??? His full name?? SEDAP YALLL his backstory sangat messed up ya, mengingatkan pada kita yang kejahatan tu tak mengenal jantina. apapon this man >>>😮💨
saya sangat suka MC punya relationship development, slowburn yang tak draggy and so smooothhh especially suka baca chat diorang, terasa single sangat ya HAHA
THE CONFESSION PART SANGAT CHUMELSSS😭💗
---
Buku ini mengupas banyak isu yang boleh dikatakan sangat relate dengan kehidupan kita sekarang terutamanya narcisisis, content fame dan fitnah yang timbul akibat dari viral di sosial media. Tak semua yang kita lihat di internet itu benar belaka. People easy to judge without knowing the true story from each side. Sebab itulah kerja netizen, hanya percaya benda yang mereka nak percaya dan nampak.
Cerita ni juga mengingatkan saya dengan Celebrity Netflix Series di mana populariti itu sendiri tak selalu membawa kepada kebaikan terutamanya bila dah libatkan dengan privasi hidup kita sendiri. Orang akan gali segalanya tentang kau dan dengan sekali petik, netizen akan mula buat kerja seolah-olah mereka lebih kenal kau dari diri kau sendiri.
Another thing yang saya suka tentang buku ni bila penulis banyak gunakan analogi itu yang buatkan pembacaan lagi menarik. Plot cerita yang biasa tapi saya sangat suka pembawakan cerita yang buatkan kita tak boleh berhenti baca dan bila dah bertemu perkataan tamat, RASA PUAS SANGAT! auto into my comfort book🌷🤍 Semua watak memainkan peranan kecuali agak kecewa dengan Hadi the Hottie serius macam filler je melainkan kalau ada cerita pasal Hadi ni, saya tak rasa akan jadi masalah dekat sini😂🫶🏻 kita memerlukan Uncle Sathi sebagai menteri SAYA UNDII
Part plot twists ada beberapa yang boleh jangka tapi masih buat saya tercengang dan ada jugak twist yang buatkan saya nak maki FRA WHATTTT??? HAHA dan sebenarnya ada beberapa trigger warning tapi jadi tak best kalau expose dekat sini, I think it is better for you to explore this story without knowing the spoiler or reading people's review. Pengakhiran si dia yang saya boleh agak di mana itulah realitinya. Macam kes Acacia baru-baru ni, bila kau ada connection, duit dan nama, you are above the law🙂
apapon saya convince untuk semua baca kisah yang membuka mata ini! totally worth the hype✨✨✨
*4.5 ⭐ Aku suka karakter hero dengan heroin act like their age. Suka dengan apa yang novel ni cuba sampaikan, apa yang kita nampak dekat social media tu cuma 5-10% je from reality. Kadang2 not even 1% pun yang betul
Eh suka betul lah baca kisah dua orang ni bercinta. Umur dah masing-masing 30-an dan ada kisah cinta yang tak kesampaian. So cara diorang hadap masalah pun nampak matang.
So, apa yang kita nampak dekat media sosial tu jangan lah percaya bulat-bulat. Ada kisah atau rahsia disebaliknya. Banyak dah kan jumpa yang macam ni. Semua tu content semata.
Sounds cliche, looks like it will be cliche story, boring love story, but it is not! Maybe sebab aku dah lama tak baca buku novel cinta, but this is a breath of a fresh air. Bagus la Sameera. Matang, dah 30an and acts like one. Even masa berborak pun nampak smooth. Funny I was really hoping for another date with Hadi the Hottie.
Maybe la one point aku nak bagi is can writer give a different name vibe? Sameerah, Zamirah, Samir, like aku confused kejap. Other than that I have no comments.
Aku suka cara penulis bagi perbualan antara watak so smooth. Tak nampak janggal. IDK dah lama tak baca buku sepantas ini. Menarik!
Recommended untuk sesiapa yang nak mencuba baca novel cinta yang tak membuatkan mata anda juling ke atas.
Tak sangka cover yang ringkas ini membawa satu cerita yang sangat woww. Penulis membawa kita ke satu dimensi di mana sesuatu yang viral itu punya kisah disebaliknya. Jadi kita dinasihati secara tidak sedar bahawa sesuatu perkara itu harus diletakkan secara adil. Dengar cerita dari kedua² belah pihak sebelum kita menghakiminya.
Sameera. Seorang wanita yang bagi saya hilang dunianya selama 18 tahun semata² menunggu perkara yang sia². Oh goshh. Kenapa Sameera? 10 tahun bagi saya cukup terlalu lama untuk kita menoktahkan segala hubungan. Jadi bila A'ak memutuskan hubungan mereka selepas 18 tahun, saya pula yang rasa cukup terkilan. Tapi terkilan itu hanya permulaan. Bila lihat Sameera itu terlihat positif, saya rasa kagum.
Namun Sameera itu bukan wanita biasa. Dia wanita yang lain dari yang lain walau dirinya dijadikan point utama dalam media sosial. Walau terlihat tabah menghadapi segala simpati dan cercaan masyarakat, dia sebenarnya lebih suka melarikan diri kerana dia benci diberi pandangan simpati.
A'ak aka Haque. Walau scene dia dan Sameera tidak terlalu banyak tetapi kisah merekalah yang menjadi titik fokus dalam cerita ini selain kisah Jamie yang lebih lukanya. Jamie juga seperti Sameera. Menjadi viral person kerana dikatakan melarikan diri dari tanggungjawab bila sang isteri lumpuh. Apa yang kita lihat itulah yg kita judge tetapi disebaliknya banyak yang Jamie pendam.
Kisah Jamie mengingatkan saya pada Johny Deep dan Amber Heard. Keganasan rumahtangga tetapi pelakunya sang isteri yang kelihatan lemah dan kerdil jika dibandingkan dengan suami. Jadi mampukah masyarakat sekeliling percaya jika Jamie mengatakan hal yang sebenar? Memang tidak akan mungkin! Jadi apa yang dia perlu buat hanya 'melenyapkan' diri dari media sosial agar dia tidak perlu lagi membaca atau mendengar segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
Bila Sameera berjumpa Jamie. Wahh! cerita ini menjadi seperti sebuah fairy tales modern. Bagaimana dua orang mangsa sentiasa ada di antara satu sama lain untuk terus hadap pandangan masyarakat sekeliling. Mereka saling memberi moral support. Hanya mereka yang faham apa yang mereka lalui. Jamie yang mengubah Sameera untuk terus stay dan tidak lagi melarikan diri.
Overall, cerita ini memang best. Tak pernah terfikir untuk beli dan baca. Beli hanya kerana tengok kawan beli. Menyesal??? Of course. Naskah yang sempurna ini saya boleh tidak tertarik membacanya sebelum ini! Apapun, Jamie, awak membuatkan perut saya penuh dengan rama² yang berterbangan🥰
Seriously, recommended. Berbaloi baca macam komen Senior Editor, Aisyah kat belakang buku.
Sejujurnya, dah lama tak beli dan baca karya Alaf 21 sejak penulis-penulis kegemaran beralih arah kepada penerbitan sendiri atau penerbitan buku lain. Dan ini juga merupakan tulisan pertama penulis yang saya baca walaupun namanya tidak asing lagi sebagai penulis novel.
Ada beberapa kesalahan ejaan tapi saya malas nak kacau mood membaca, jadi saya cuba tutup mata walaupun tetiba jumpa nama Vimala dieja dengan huruf 'r'. Dan nasib baik tak banyak sangat kisah tentang kecelaruan personaliti narsisistik. Rasa trauma sikit baca sebab saya baru habis baca sebuah novel yang tulis pasal penyakit ni (sebab saya macam tak faham apa yang saya baca ni), walaupun penulisnya merupakan salah seorang penulis feveret saya. Aduhai...
Tapi paling saya suka dengan novel Petrichor selain tajuknya yang unik, sebab warna cover biru hijau kekuningan tu. Cantik sangat. Terima kasih ya Penulis sebab tulis kisah Sameera (kita sebayalah) dengan Jamie Jupiter yang perasan dia handsome. Hahhahaaa
Petrichor ibarat petrichor buat novel dewasa terbitan Alaf 21. Mungkin hanya persepsi peribadi, tapi memang dah lama tak tergerak untuk beli novel Alaf 21, sehinggalah terbaca reviu Petrichor di GR dan Twitter.
Rasa puas baca cerita yang dihidang - watak-wataknya, konfliknya dan penyelesaiannya, jelas garapan penulis berpengalaman. Mungkin hasil campur tangan editor yang teliti juga. Entah. Apapun, tahniah buat semua yang terlibat. Rasanya novel ini sedia untuk diadaptasi sebagai drama tv atau filem.
"Life is life. Tak ada istilah 'bagaimana, cuma ada 'apa seterusnya."
Petrichor, sebuah novel realisme/cinta, mengisahkan Sameera yang sedang cuba melupakan bekas kekasihnya yang merupakan seorang artis terkenal bernama Haque Zuhal selepas 18 tahun bercinta dan kini baginya dia tidak berhak untuk dicintai. Namun usahanya itu kian sukar apabila takdir menemukan mereka semula secara kebetulan. Pada masa yang sama kehadiran Jamie pula memberi harapan semula kepada Sameera untuk rasa dicintai lagi, tetapi masa lampau lelaki itu mula menghantui hubungan mereka.
Novel ini bermula dengan fasa Sameera yang masih lagi mencuba untuk melupakan bekas kekasihnya. Dari situ pengembangan plot memfokuskan sekitar kepayahan Sameera yang masih lagi cuba untuk menerima takdir dan ingin mulakan hidup baru. Namun, plot bertambah menarik apabila dia ditemukan semula dengan bekas kekasihnya secara tidak sengaja. Dari situ kehidupan Sameera semakin gusar ditambah pula dengan tekanan daripada masyarakat serta ahli keluarganya sendiri menjadikan dia seolah-olah tersepit. Penulis berjaya membentuk peribadi Sameera sebagai seorang wanita yang cekal dengan baik sekali sepanjang pengembangan plot yang memainkan emosi pembaca. Plot sampingan yang mengetengahkan hubungan antara Sameera dan Jamie pula berjaya menambat pembaca dengan dinamik perhubungan mereka yang dirasakan neutral dan tidak canggung. Selain itu penulis juga bijak menyelitkan elemen humor yang disampaikan pada waktu yang sesuai menjadikan pembacaan novel ini tidaklah monoton semata-mata lantas menjadikan plot tidak mendatar. Kekurangan ketara dalam novel ini boleh dikatakan hampir tiada, cumanya sesetengah pembaca akan merasakan sedikit lewah pada awal sepertiga akhir novel ini. Tetapi apabila berada di penamat, pembaca dijamin akan menutup novel ini dengan penuh kepuasan. Antara perihal yang disentuh ialah nilai kejujuran dalam sebuah perhubungan dan kepentingan selidik dalam sesuatu perkara.
Secara keseluruhannya, novel ini merupakan salah satu bukti bahawa tidak semua novel cinta itu merupakan novel picisan. Ini kerana novel ini secara tidak langsung memfokuskan perihal kritikan sosial seperti diskriminasi jantina dan kesihatan mental di zaman media sosial untuk memberikan kelainan pada plot utamanya. Sememangnya penulis berjaya memberi nafas baru dalam genre sedemikian yang kian tepu dan diharapkan supaya terus memberi kelainan.
Sameera, ditinggalkan teman lelakinya pada umur 30 tahun, yang kalau umur sebegitu berkahwin mungkin dah ada anak 2-3 orang. Tetapi dia telah ditinggalkan kekasih hatinya, Haque Zuhal yang dikenali selama 18 tahun. Betul la kadang-kadang lama mana kita kenal seseorang tu tak menjamin dia tertulis buat kita. 🙂
Malangnyaa Haque Zuhal tu bukan Muhammad Ishak 17 tahun dulu yang tidak dikenali oleh peminatnya. Meera menganggap yang kesalahan itu datang daripadanya, dan dia perlu menipu Puan Saidah, ibunya kerana terlalu mengagungkan Haque kerana Haque Zuhal adalah seorang yang 𝗺𝗮𝗸𝘀𝘂𝗺 dimata ibunya.
Bila mengenali Jamie, Si Blind Date yang tersilap itu, rupanya kisah hitam Jamie lagi teruk daripada dirinya. Jamie tidak macam kebanyakan orang yang berjumpa dengannya akan terus jatuh kasihan, instead of kasihan Jamie dapat jadi pendengar yang baik. Itu yang membuatkan Sameera jadi selesa bila dengan Jamie.
- The power of netizen, keyboard warrior, ngl or whatsoever are really bad -
Kadang-kadang kita takkan pernah tahu disebalik sekeping gambar ataupun sebuah video yang viral di media sosial. Dan netizen - kita - terlalu senang mengeluarkan pendapat sendiri, menuduh, merumuskan perkara yang ada di depan mata berbanding cari tahu cerita disebaliknya.
Apa yang orang/kita post akan terlihat indah. Kita jarang untuk post sesuatu yang buruk di sosial media. Selalunya kita akan tunjuk yang cantik di mata umum, gambar yang cantik, selepas diedit untuk nampak sempurna di mata pengguna sosial media yang lain.