Jump to ratings and reviews
Rate this book

Patah Sayap Terbang Jua

Rate this book
Lepas perang nanti tentu Jepun akan merdekakan negeri ini. Burma sudah merdeka. Indonesia akan merdeka. Takkanlah kita tidak akan merdeka.

360 pages, Paperback

First published January 1, 1966

6 people are currently reading
43 people want to read

About the author

A. Samad Ismail

26 books24 followers
Beliau dilahirkan pada 18 April 1924 di Singapura. Anak ke-8 daripada 16 adik-beradik. Bapanya Ismail Shairazi dan ibunya Aida Abdul Majid, keturunan Jawa, Indonesia. Bapanya merupakan guru besar di sekolah Melayu Singapura , penulis pelbagai artikel berbahasa Melayu .

Kartunis Lat menggambarkan beliau sebagai tokoh bermisai tebal dan bercermin mata serta menghisap rokok.

Isteri pertamanya Puan Sri Hamidah Hassan juga merupakan bekas pemberita di Singapura. Anaknya Nuraina Samad merupakan penulis blog yang terkenal dan pernah bersemuka dalam program Blog di RTM1. Anaknya Maria turut terlibat dalam dunia kewartawanan.

Pak Samad merupakan antara tokoh pengasas Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan hak dan kebebasan orang Melayu 1950-an. Beliau juga aktif dalam Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis-Penulis Kebangsaan dan membantu menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956.

1976-1981 beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau dituduh berkomplot menggulingkan kerajaan Malaysia dan Singapura. 1981 sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri , beliau dibebaskan bersama ramai tahanan ISA yang lain.

Ogos 1981 beliau dilantik menjadi penasihat akhbar The Star. November 1982 menjadi penasihat editorial New Straits Times. 1988 beliau bersara dari dunia kewartawanan .

Novel beliau yang diterbitkan ialah 'Patah Sayap, Terbang Jua' dan 'Tembok Tidak Tinggi' iaitu kisah pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Sa...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (51%)
4 stars
9 (23%)
3 stars
9 (23%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for hans.
1,152 reviews152 followers
November 19, 2024
Ada riuh dan kalut yang aku gemar sebab banyak babaknya di sekitar pejabat akhbar Warta Malai; tentang dunia kewartawanan dan media juga konflik penulisan yang disekat akibat pantauan dari pihak Jepun. Drama keluarga dan cintanya digarap sederhana dengan selitan hiburan di New World dan kisah beras dicatu. Gemar dengan hal persahabatan di Warta Malai; ragam Nahar, Zahir dan Bakhtiar yang suka menyakat dan Jalal yang selalu mengadu pasal penggunaan bahasa di akhbar.

Barangkali kerana ditulis dari pengalaman penulis sendiri jadi banyak babak dan gambaran ceritanya terasa ‘hidup’ bagi aku. Naratif kemas dan tak meleret, diksi bahasa simple dan mudah faham. Ada sinis dan intens, isu moraliti dan kritik sosial dengan gaya hidup masyarakat di zaman 40an.

Babak Wahab ke Pahang bersama Hashim bagi twist dan dinamik menarik pada jalan cerita. Suka perspektif Wahab yang teruja nak ikut Hashim balik kampung, melihat sendiri Tanah Melayu waktu itu dan kehidupan keluarga Hashim akibat kedatangan Jepun dan serangan komunis. Pengalaman yang buka mata Wahab dan mengubah persepsinya tentang isu politik, perjuangan dan merdeka.

“Dia tak tahu, orang sini berdoa hendak mentega dan roti saja. Aku sendiri sudah serik dengan perjuangan. Sekali cukuplah. Nyaris-nyaris tak mati dulu.”

“Kadang-kadang, tak kira siapa menang, asal perang habis lekas. Nak tengok macam mana halnya dunia nanti lepas perang. Macam ini jugakah? Bertukarkah? Macam mana?”
Profile Image for Taufiq Yves.
498 reviews301 followers
August 19, 2025
A. Samad Ismail adalah seorang tokoh yang merentas dunia kewartawanan, politik dan kesusasteraan dengan keberanian dan ketajaman intelektual yang jarang dimiliki. Dilahirkan pada tahun 1924 di Singapura, beliau merupakan seorang pejuang kebebasan bersuara, dan antara individu penting dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengalamannya sebagai wartawan semasa pendudukan Jepun, penahanan di bawah ISA, dan keterlibatannya dalam gerakan kemerdekaan menjadikan karya - karyanya umpama rakaman zaman yang hidup dan bernafas. Patah Sayap Terbang Jua bagi aku, adalah antara karya beliau yang paling jujur dan tajam dalam menggambarkan zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura.

Dalam novel ini, beliau merakamkan denyut zaman dengan ketelitian seorang wartawan dan kepekaan seorang seniman. Berlatar pendudukan Jepun di Singapura dan Tanah Melayu, novel ini mengisahkan Wahab, seorang pemuda berusia 19 tahun yang bekerja di akhbar Warta Malai (gabungan Utusan Melayu dan Warta Malaya). Di tengah kekangan perang dan propaganda penjajah, Wahab bergelut dengan idealisme, semangat setiakawan, dan dilema moral sebagai penulis dalam sistem yang menindas. Kehidupan di bilik penyuntingan akhbar menjadi medan pertembungan antara ego, prinsip dan kelangsungan hidup. Cuma, seperti yang digambarkan oleh A. Samad Ismail, hidup lelaki muda sebenarnya tak sepenuhnya kelam bila ada lampu neon dan perempuan kabaret.

Watak Wahab dibina dengan kejujuran yang jarang ditemui dalam naratif sejarah. Dia bukan wira, dia hanyalah seorang anak muda yang sedang mencari makna dalam dunia yang sedang runtuh. Dia kagum dengan perjuangan kemerdekaan di Indonesia, tapi masih terikat dengan realiti pekerjaan dan kelangsungan hidupnya. Perjalanan pendek ke Semenanjung Tanah Melayu menjadi titik perubahan dalam kesedarannya. Watak - watak lain seperti wartawan senior, rakan - rakan penyunting, dan individu yang terlibat dalam propaganda penjajah, semuanya berfungsi sebagai cermin kepada pelbagai lapisan masyarakat yang juga terperangkap antara harapan dan ketakutan. A. Samad Ismail tidak memaksa simpati, tapi membiarkan watak - wataknya hidup dalam ambiguiti moral yang sangat manusiawi.

Gaya bahasa dalam novel ini bersahaja tetapi tajam. A. Samad Ismail menulis dengan kejelasan seorang wartawan, tanpa mengorbankan keindahan naratif. Dialognya hidup, suasananya dibina dengan teliti, dan naratifnya bergerak dengan ritma yang sesuai dengan ketegangan zaman. Unsur slice-of-life yang disisipkan - dari perbualan santai di bilik berita hingga ke suasana malam di kota yang muram - menjadikan novel ini umpama dokumen sejarah yang memotretkan kehidupan yang sebenar zaman itu. Gaya ini sangat memikat sebab ia tak berlebihan, mudah hadam dan mudah digambarkan.

Ini sebuah karya tentang kesedaran politik dan nilai kebebasan. Pendudukan Jepun, walaupun pada awalnya disambut dengan harapan, akhirnya menjadi mimpi ngeri yang membuka mata masyarakat kepada keperluan menentukan nasib sendiri. Memang benar, kekejaman dan ketakutan boleh menjadi pemangkin kepada kesedaran nasionalisme. A. Samad Ismail tak menulis dengan nada propaganda, tapi dengan renungan yang jujur dan tajam.

Cuma, aku perasan ada banyak watak sampingan yang aku rasa seperti bayang - bayang yang muncul dan pergi, tanpa ada keperluan untuk wujud pun, ada bahagian naratif yang bergerak terlalu cepat, tanpa memberi peluang untuk aku berfikir pun. Aku rasa ia boleh diperkaya dengan lebih banyak lapisan emosi, terutama dalam menggambarkan konflik batin Wahab sebagai penulis muda yang bergelut antara idealisme dan realiti. Cuma apa yang aku sebutkan ini tak menjejaskan kekuatan keseluruhan karya pun.

Aku suka karya historical fiction begini. Ia penting dari sudut sejarah, juga dari sudut kesusasteraan. Novel boleh menjadi medan rakaman zaman, dan sastera yang jujur akan sentiasa hidup dalam ingatan pembaca. Terima kasih Fixi kerana terbit semula novel ini.

4.5 / 5 stars
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
June 10, 2024
Bacaan kali kedua, kali ini edisi Teks Publishing. Ada sedikit saja perbezaan terutama pada penomboran tiap bab yang mempunyai tajuk berbanding edisi CESB yang hanya meletakkan nombor.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
September 8, 2021
Patah Sayap Terbang Jua berlatarbelakangkan di Singapura, mengisahkan tentang dunia kewartawanan ketika zaman Jepun memerintah di Tanah Melayu. Di dalamnya penulis meletakkan banyak watak yang diterajui oleh Wahab, Bung Hashim, Nahar, Zahir, Pak Mustapha, Bakhtiar dan lain-lain, bekerja di bawah syarikat penerbitan Warta Malai.

Penulis menulis PSTJ adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu ketika itu untuk menentang Jepun yang sebelum itu sudah pun lama dijajah oleh British dengan menggunakan dunia penulisan (wartawan) sebagai wadah utama. Dalam novel ini, watak orang muda iaitu Wahab dijadikan sebagai pelopor kepada kebangkitan di Tanah Melayu, sementelah di Indonesia sudahpun lama mempunyai gerakan pembebasan tanah air daripada penjajah.

Antara babak yang saya suka dalam PSTJ adalah berkenaan dunia pejabat wartawan yang bermacam ragam, bagaimana sesebuah akhbar dihasilkan; permulaan menterjemah sumber luar, proses editing, pruf, akhirnya proses mencetak, yang kesemuanya itu diselang seli dengan pertelingkahan kecil dalam bekerja, bergurau senda, minum kopi dan lain-lain lagi. Pembaca juga dibawa menyelami luar masa kerja mereka, pergi berhibur di kelab malam New World, berjoget, 'minum', berjudi pula dengan di belakang gerai Cina, dan lain-lain lagi.
Profile Image for Iza B. Aziz.
221 reviews28 followers
October 21, 2024
Saya tak sangka novel Patah Sayap Terbang Jua boleh menyentuh hati saya tentang persahabatan, bibit perjuangan dan membawa saya mengenal masyarakat bandar Singapura ketika penjajahan Jepun. Melalui watak Wahab, saya kemudian memahami keadaan perselisihan idea diantara kerjaya, politik dan identiti dirinya.

Novel ini dikatakan inspirasi dari kisah hidup sebenar A. Samad Ismail sendiri. Wartawan muda yang bekerja dibawah pengaruh kerajaan penjajah. Diwujudkan pula watak rakan sekerja dari pelbagai latar belakang dan sesekali babak ketegangan diantara kelompok orang Muda dan orang Tua dalam Warta Malai memberi konteks kepada nuansa pendapat pentadbiran dan selera penulisan.
_____________________
Ceritanya mungkin secara luaran, tentang hari-hari seorang pemuda. Namun bila kita imbas kembali ia adalah suatu era yang amat penting. Ia mengenai kebangkitan semula semangat kebangsaan. Watak Hashim adalah kunci dalam tema ini. Dinamik antara Wahab dan Hashim mengagumkan saya. Kadang dapat lihat Wahab memandang Hashim sebagai seorang abang dan pengaruh besar dalam hidupnya.

Jika ada yang pernah mendengar "gerakan politik kiri" dan ingin tahu siapa dan apa yang mereka lakukan demi menuntut kemerdekaan tanah air. Boleh cuba baca novel ini, walaupun ia bukan dari titik awal semasa pemerintahan British. Sekurang-kurangnya kita digerakkan hati untuk mengenali pejuang-pejuang kemerdekaan yang namanya jarang didendangkan.
_____________________
Novel ini juga menyimpan satu aspek sejarah yang cukup bernilai, iaitu dunia kewartawanan dan kesusasteraan. Saya rasa amat bangga memiliki naskhah Patah Sayap Terbang Jua. Syabas buat Buku Fixi kerana berjaya menerbitkan semula dua buah novel A. Samad Ismail.

Tak sabar untuk mengetahui kesinambungan kisah Wahab dan Hashim dalam Tembok Tidak Tinggi.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,542 reviews41 followers
May 5, 2019
Mula-mula agak sukar untuk saya hadamkan kerana watak-watak yang disebut agak ramai; saya terpaksa kerah otak lebih sikit untuk ingat... siapa dan serba sedikit latar Wahab, Rashid, Pak Kadir, Berahim, Hashim, Nahar, Zahir, Pak Musa, Pak Mustapha dan beberapa lagi. Apabila dah masuk bab kelima ke atas, saya dah mula dapat ikut rentak hiruk pikuk di ofis penerbitan akhbar Warta Malai Shimbun Sha. Banyak cerita yang sangat bernilai tinggi disisipkan; urusniaga black market dan kecurian harta pejabat terang-terangan, Komplen Dr Menon tentang kepala berita 'Air pasang Keling di Bengal: Kerugian besar dideritai rakyat', Wahab dan Hashim pergi ke New World berdansa-dansa dengan Mun dan Ramlah", intipati bebelan ibu Wahab mengenai kerjanya, kejadian menimpa orang seperti Winslow, keadaan di lokasi seperti di Sungai Tembeling ... Saya pasti ramai yang lahir selepas 70an tidak tahu hal ini semua. Buku ini menyimpan sejarah dari kacamata seorang wartawan, very high value.
Profile Image for Ain Atila.
82 reviews2 followers
December 12, 2024
Buku tahun 1966 yang dicetak semula versi Penerbitan FIXI. Penulis merupakan seorang yang berpangkat tan sri, yang berkhidmat sebagai wartawan dalam Berita Malai bersama Pak Sako (penulis Anak Mat Lela Gila). Latar: dunia kewartawanan pada zaman pendudukan Jepun. Baca buku ni tak macam baca buku sastera ke apa sebab penulisan tak baku, santai je.

Cuma bila baca time tak berapa sihat ni pening sikit sebab terlalu banyak watak. Jadi 3/5 ⭐️ Akan cuba baca karya beliau yang lain pula.
Profile Image for Iqkram Ismail.
7 reviews2 followers
November 13, 2020
Watak-Watak Dalam Novel Patah Sayap Terbang Jua

Wahab - A Samad Ismail
Hashim - Pak Sako
Pak Mustapha - Abdul Rahim Kajai
Shamsudin - Ibrahim Yaakob
Pak Leman - Sutan Djenain
Gerakan Angkatan Muda - Kesatuan Melayu Muda
Akhbar Warta Malaya - Berita Malaya
Akhbar Saudara - Akhbar Warta Malaya

Ada beberapa watak lain lagi. Tapi tak dapat nak cam siapa. Siapa-siapa cam boleh tolong tambah nanti. Seronok baca sebab Pak Samad tentu tulis ni berdasarkan kisah benar, Pak Samad sebagai perakam zaman mengimbau zaman dia masih usia belasan tahun sewaktu mula kerja di Utusan Melayu cuma biasalah mungkin ada tokok tambah sikit bagi sesuai dengan penulisan novel untuk bagi lagi sedap cerita.

Tapi aku suka sebab baca novel ni macam baca memoir. Contohnya, macam mana Pak Samad gambarkan hubungan akrab dia dengan Pak Sako melalui watak Wahab dan Hashim. Macam mana watak sempoi Hashim, tapi tetap respek pada “guru” dia, Pak Mustapha (Abdul Rahim Kajai). Dan bila kita dah kenal watak-watak ni, senang sikit kita nak faham gosip politik waktu tu. Macam mana pertembungan politik boleh bawa krisis individu dengan latar watak dan masa di zaman tu.

So novel ni memang penting gila lah untuk kita lihat suasana zaman perjuangan politik, pertembungan idealisme mereka yang kerja sebagai wartawan, perangai orang Melayu masa zaman tu, dan yang paling penting macam mana semangat zaman (zeitgeist) di era tu.

Jadi cara aku membaca dan melihat novel ni umpama macam sedang baca diari A Samad Ismail gitu.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
January 25, 2025
Tentang wartawan, akhbar, kenakalan di New World, perjuangan, kehidupan, perang dan perempuan. Tapi separuh sahaja ceritanya. Mudah kata, ini cerita tentang Wahab, seorang wartawan yang mula bangkit untuk perjuangan oleh Mas Parjo, Bung Hashim dan lain-lain.

Kongkongan menjadikan Bung Hashim yang dahulu pernah ditangkap, perlahan-lahan berubah pasif dan melupakan perjuangan. Tapi oleh kemelaratan hidup dan nasib malang keluarga di kampung, semangat juangnya bangkit kembali.

Api perjuangan Wahab pula tercetus oleh pengaruh Mas Parjo, Ibrahim, kemelaratan hidup di kampung, kekosongan hidup dan enggan dikatakan sebagai orang yang menyebarkan propaganda Jepun.

Saya suka buku ini pertama kerana kisah perjuangan wartawan juga mempunyai sisi nakalnya di New World dengan minum, perempuan, dansing dan lain-lain lagi.

Dan yang paling saya suka kerana ceritanya memang cerita. Sarat dengan dialog. Tiada bunga bahasa yang terlampau. Dan bahagian show don't tell. Itulah yang paling saya suka. Lihat anak muda seperti Wahab yang mula bangkit memperjuangkan sesuatu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
27 reviews1 follower
November 6, 2024
kisah kewartawanan dan perjuangan nasionalisme. Permulaan agak mendatar dengan gaya hidup wahab. Namun yang bagusnya watak ini, dia memandang tinggi pada hashim. Ibarat abang.
melalui persahabatan inilah wahab mengenali new world - inah, ramlah dan mun (perempuan kabaret, bir) dan semangat perjuangan memerdekakan tanah air sendiri.
Profile Image for Naliza Fahro-Rozi.
298 reviews13 followers
March 1, 2019
Lepas perang nanti tentu Jepun akan merdekakan negeri ini. Burma sudah merdeka. Indonesia akan merdeka. Takkanlah kita tidak akan merdeka.
Profile Image for Abdul Raziq.
12 reviews
March 8, 2025
Gambaran ketika penjajahan Jepun dahulu, would be a great book to discuss with my late father.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.