Ini adalah ulasan buku dwi-bahasa/This is a bilingual book review
People Who Changed The World
oleh
Rodney Castleden
merupakan sebuah buku yang menyenaraikan tokoh-tokoh sejarah yang mengubah dunia (atau yang memberi impak kepada perjalanan sejarah dunia). Disusun secara kronologi dan dipecahkan kepada empat (4) bahagian iaitu:
a) The Ancient,Medieval and Renaissance World
b) The Enlightened World
c) The 19th Century World
d) The Modern World
Tokoh-tokoh sejarah yang dibincangkan adalah pelbagai,dari nabi-nabi,ahli politik,golongan diraja,ahli sains sehinggalah pemuzik daripada latar belakang yang berbeza. Untuk edisi buku mass-market paperback tahun 2011 yang saya miliki ini,berlaku beberapa penambahan tokoh. Yang paling ketara,adalah kemasukan nama Osama bin Laden!
Adakah saya berpuas hati dengan senarai tokoh yang disediakan oleh penulis ini? Jika saya ingin mempertikaikan pilihan penulis,mungkin ia akan menjadi sesuatu perkara perbincangan/perdebatan yang tidak akan berakhir. Malahan,saya akui,saya bukanlah seorang ahli sejarah. Saya hanya seorang manusia biasa yang sukakan sejarah. Masih banyak lagi perkara yang saya perlu pelajari. Penulis sendiri mengakui di dalam ruangan Pengenalan bahawa setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai senarai pilihan tokoh yang dilakukannya. Namun demikian,untuk sekadar memberikan pendapat,terdapat beberapa tokoh sejarah yang saya rasa patut dimasukkan di dalamnya. Saya hanya ingin memberikan satu contoh sahaja iaitu Theodor Herzl. Saya rasa tokoh ini patut dimasukkan kerana peranannya membantu penubuhan negara Israel di Asia Barat,yang kesannya sehingga kini masih menghantui masyarakat dunia kerana isu Palestin menjadi antara isu dunia yang masih belum mampu diselesaikan dengan muktamad.
Walaupun demikian,saya beranggapan bahawa penulis telah menghasilkan sebuah buku yang baik secara keseluruhannya. Malahan,buku ini bertindak sebagai buku biografi ringkas yang mampu menarik minat para pembaca untuk mengkaji dengan lebih lanjut sejarah seseorang tokoh itu (sebagai pengenalan). Sebagai contohnya,saya sendiri tertarik untuk membaca karya-karya tulisan Charles Dickens yang dikatakan unik dan memberikan impak pengaruh yang penting di dalam kesusasteraan Inggeris,khasnya dan kepada dunia,umumnya.
People Who Changed The World
by
Rodney Castleden
is a biography book on historical figures,who been thought changed the world. These historical figures is chronologically discussed through four (4) parts:
a) The Ancient,Medieval and Renaissance World
b) The Enlightened World
c) The 19th Century World
d) The Modern World
All the historical figures discussed in this book is varied on their background,from philosophers,politicians,scientists,until artists (examples of figures' names can be viewed in the description of the book available).
Am I satisfied and agreed with the author selection of historical figures presented on his book? In Introduction section,the author himself aware that his selection could never satisfying everyone. For myself,I also have my own reservation on the author's list of historical figures. However,overall,I'm quite satisfied with his list. For mass-market paperback edition,there are several addition and expansion made. For example,the inclusion of Osama bin Laden!
The most important is the value and role of this book which acts as an introduction for all history enthusiasts to begin their research on a particular historical figures. For example,if you are interested in Napoleonic War,there are several historical figures who directly involved in the war are featured in the book such as Horatio Nelson and Napoleon Bonaparte. But,of course,this book is also good to be read by anyone who are simply wanted to know more on historical figures who left their legacy in changing the world as we live in now.