Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perjudian

Rate this book
Perjudian membawa kisah segolongan petani yang kelaparan tanah memperjudikan nasib untuk terus dapat menduduki sebidang tanah kerajaan. Selain menghadapi berbagai-bagai gangguan daripada binatang liar, mereka juga menghadapi tindakan kerajaan menghalau mereka dari ladang yang telah dihijaui tanam-tanaman. Ikuti kesudahan novel yang menarik dari seorang Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.

155 pages, Paperback

First published January 1, 1973

9 people are currently reading
66 people want to read

About the author

S. Othman Kelantan

37 books33 followers
Dilahirkan sebagai Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah lulus Ijazah Sarjana, S. Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah profesor madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999).

S. Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja. Antaranya ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1976), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003). Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Selain menulis cerpen dan novel, S. Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa). Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam ujana kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). (Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (27%)
4 stars
25 (38%)
3 stars
15 (23%)
2 stars
6 (9%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
March 7, 2020
Kisah peneroka/petani yang membuka tanah cuba mempertahan hak milik setelah tanah diakta bawah hak kerajaan. Pak Mat yang cekal dan tekad melawan kadang terbias rasa terharu dengan karakternya yang dilampias dengan keberanian, walau diusik gangguan dari alam dan fauna (cuaca dan binatang liar) juga cuba dihalau kerajaan niatnya tetap teguh mahu terus kekal di tanah yang dari dulu diusahakan. Agak kasihan bila terasa mereka dianiaya oleh ahli politik yang cuma cakap kosong dan mementingkan diri sendiri. Idea dan moralnya aku suka, naratifnya berlagu dalam emosi-- bahasa-bahasa akal dan perasaan Pak Mat yang bermain pada setiap perenggan, boleh lihat bagaimana seorang tua berperang mahu mempertahankan pendirian sebagai pemula yang mengusaha dan membuka tanah. Penulis bagus mengisi plot ceritanya dengan baik dan buruk-- tersiratnya nampak juga sifat sedikit tamak dan tinggi kemahuan dalam diri Pak Mat bila dia berharap dapat buka tanah baru menambahkan lagi dari ekar tanah yang sudah mencukupi. Ada bahagian yang aku kurang gemar terutama tentang hal Siti Sarah dan Samad yang didiamkan juga bahasa kiasan Pak Mat pada Siti Sarah yang kadang berbunyi agak sensual (memandangkan Siti Sarah itu anak dia jadi rasa macam kiasan-kiasan tersebut kurang sesuai dan sebenarnya tak perlu pun). Keseluruhan, temanya bagus-- fokus pada usaha masyarakat melayu di kawasan kampung masa dahulu, slice of life yang banyak mengajar. Menarik kalau mahu lihat suasana awal peneroka, sosial dan budaya masyarakat juga mainan politik yang tiada beza hingga sekarang.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books278 followers
December 22, 2011
NOVEL ini mengungkapkan perjuangan peneroka tanah yang membuka tanah baru di kawasan hutan, jauh di Hulu Tanah Merah. Ini bukan kisah petani yang berdepan dengan cabaran alam, tapi kisah peneroka yang terpaksa menentang kuasa alam. Dan juga kuasa manusia.

Ironinya, peneroka ini mampu menumpaskan musuh yang datang dari belukar dan hutan, tetapi sangat payah menundukkan musuh yang datang dari kota atas nama kuasa.
Profile Image for Akram Normizan.
6 reviews
February 8, 2025
"Tapi Pak Mat yakin; kesusahan zaman muda adalah pengalaman dan bekalan kehidupan untuk ditempuh bagi zaman akan datang. Pengalaman yang dialami sekarang akan menjadi ingatan yang kental untuk Siti Sarah menempuh hidup. Biar anak itu akan mengerti kesusahan; betapa peritnya perjuangan untuk beroleh kehormatan dan harta benda. Biar Siti Sarah mengerti."

The first time I read Perjudian (1973) in July 2022, I gave it 5/5—considering that, at the time, I hadn’t read many literary books, so I couldn’t compare or evaluate it precisely.

Rereading Perjudian in January, I found myself slogging through it. There was too much telling instead of showing, and the author tended to be repetitive in how he expressed certain emotions. Sarah was the only reason I kept reading.

That said, it's still a better work than Norbani (1966) and Ustaz (1991) by the same author.

2/5
Profile Image for Hazrie Ayup.
13 reviews
Read
August 13, 2021
" Mengapa mesti kalah, mengapa mesti lemah semangat, hanya dengan diadang oleh polis " - Pak Mat

Buku yang pertama kali dicetak pada tahun 1973 ini juga ada bercerita tentang hak berkumpul/berhimpun, protes untuk menjamin hak diri, keluarga dan kampung. Siapa cakap protes bukan budaya kita?

Selain jangan jadi buta sejarah, jangan juga kita jadi buta sastera.

trigger warning : rog*l

Ada suatu ketika di mana ada satu watak dalam novel ini mahu mendedahkan perbuatan keji si perogol tetapi tidak kesampaian niat watak tersebut disebabkan oleh perasaan "hormat" dan "kasihan/simpati" terhadap impak yang bakal dihadapi oleh keluarga si perogol. Last-last, tak ke mana pun kes tersebut samalah macam kes rogol pada hari ini. Mungkin dianggap sebagai masalah remeh sahaja.

Kalau mengikut naratif hari ini, kebanyakan kes rogol tidak dilaporkan kerana wujudnya naratif bahawa mendedahkan perbuatan tersebut seperti menceritakan "aib" seseorang kepada orang ramai. Malaysians c'mon-lah !
Profile Image for Ilynn Virgobiru.
52 reviews
June 23, 2021
Buku yg mudah dibaca...tak berat. Mengisahkan perjuangan masyarakat kampung yg meneroka tanah Dan mengusahakan tanah Dalam hutan. Dgn liku-kiku kehidupan dlm hutan.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
September 13, 2020
Hidup ini persis meniti di atas buih dari lautan kehidupan yg bergelombang. Perlu pengorbanan. Perlu kesetiaan dan perlu kesabaran . Dan hidup ini ada jatuh bangun. Pengorbanan itu pula adalah kemanusiaan. Kesetiaan itu laki-laki sejati dan kesabaran itu akan membuahkan kejayaan. Begitulah apa yg difikirkan oleh Pak Mat sepanjang hidupnya untuk berbakti kepada tanah. Tanah itulah kehidupan baginya. Tanah itulah punca pengorbanannya. Baginya, hidup tanpa tanah, hidup yang kosong seperti ruang angkasa.

Pak Mat sekeluarga hidup di atas tanah kosong yg diterokainya sekian lama kemudian membangunkannya dengan segala keringatnya bersama isteri, Mek Nab. Pak Mat dikurniakan 5 orang anak tetapi sayang keempat-empat anak dari 5 orang itu umur mereka tidak panjang dan anak bongsunya pula adalah perempuan bernama Siti Sarah. Apalah yang boleh dibuat oleh Siti Sarah kerana dia tidak dapat membantu kerja² keras di hutan bersama Pak Mat melainkan melakukan kerja² rumah bersama Mek Nab shj.

Waktu pantas berjalan. Mek Nab menanggung sakit yg amat lama selepas babi hutan menyerang padi mereka lalu memasang perangkap dan menjual babi itu kepada peniaga cina. Pak Mat merangka-rangka. Babi itu haram. Tetapi dia mengambil hasil dari jualan babi-babi itu. Makanan yg dibeli dari wang harga babi itu juga haram. Dan makanan itu dimakan pula oleh anak isterinya. Adakah ini azab dari Tuhan sbg peringatan utk dirinya ? Tetapi Pak Mat menyangkal semua andaian itu bahawa penyakit itu ujian daripada Tuhan. Penyakit itu bala cubaan Tuhan. Siapakah yg tidak pernah sakit dlm dunia ini ? Tidak lama kemudian Mek Nab sihat seperti sediakala dan boleh membanting tulang bersama Pak Mat tetapi hidupnya tidak juga lama kerana dipatuk ular ketika mengerjakan tanaman di kebun.

Siti Sarah pula membesar menjadi seorang remaja yang kembang mekar. Suatu hari, Samad anak kpd sahabat baik Pak Mat iaitu Pak Daud cuba merogol Siti Sarah tetapi tidak berjaya lantas menghilangkan diri tanpa khabar berita selepas itu. Kemudian, Siti Sarah pula akhirnya bertemu dengan jejaka yg baik budi pekertinya, Salleh iaitu anak kpd sahabat Pak Mat, imam lebai Hasan. Lepaslah sudah satu tanggungjawab Pak Mat itu.

Ujian demi ujian datang bertalu. Akhirnya suatu hari datang pula notis dari kerajaan supaya mereka segera berpindah dari tanah tersebut dengan menjanjikan pampasan tempat tinggal dan tanah yang lain untuk dibangunkan semula. Tetapi Pak Mat tidak mahu. Baginya, tanah yg didudukinya inilah telah byk dikorbankan segala keringat dan usahanya utk dibangunkan. Mengapa tidak dibilang semasa mula² meneroka dan membangunkan tanah ini bersendirian perlu membuat permohonan kepada kerajaan lalu dihitung sbg tanah haram ?
Kekuatan tidak dapat dibina dengan tangis dan air mata. Kekuatan tidak dapat dibina dgn perasaan marah dan benci. Tapi kekuatan dapat dibina dengan azam dan tekad yg teguh. Azam dan tekad yg satu, berdiri kembali setelah jatuh. Kejatuhan bkn bererti sudah kalah. Kekalahan pertama bukan bererti kekalahan selanjutnya. Akhirnya Pak Mat akur untuk berpindah ke tanah baru yang diberikan kerajaan.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
August 4, 2020
Hidup ini adalah satu perjudian. Perjudian. Bersesuaian sekali tajuk buku ini dengan ceritanya.

Perjudian memaparkan kisah Pak Mat berjudi nasib menjual tanah pusaka mertuanya dan kemudian mengusahakan tanah yang bukan miliknya. Tanah kosong tanpa nama yang disangka Pak Mat boleh diusahakan mengikut kehendaknya. Tanah yang akan memaksanya memperjudikan kehidupannya untuk diusahakan.

Memaparkan perjudian hidup Sarah, anak Pak Mat di zaman di mana kebanyakan lelaki memandang perempuan dengan nafsu berahi. Ditilik dan diteliti susuk badan yang dikurniakan kepada mereka dan bagi yang malang, juga satu sumpahan buat mereka. Perjudian nasib Pak Mat membesarkan anak dara di dunia yang bertebaran lelaki-lelaki yang menganggap perempuan sebagai objek seks. Satu komentari yang masih relevan dan boleh diguna pakai dengan masa sekarang.

Perjudian juga memaparkan bagaimana usaha Pak Mat setelah berjudi nasib bermandikan keringat mengusahakan tanah-tanah yang dibukanya bakal hilang apabila dituntut semula oleh kerajaan. Di sini Pak Mat terpaksa sekali lagi berjudi nasib mengharapkan bantuan dan jawapan dari wakil rakyat bagi menyelamatkan segala usahanya daripada terkubur. Wakil rakyat yang sepatutnya membela nasib rakyat-rakyat yang telah memilihnya.

Dan seperti satu perjudian, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan keuntungan dan tidak semua juga yang akan memperolehi keuntungan yang dimahukan.

Sebuah karya yang menarik dibaca yang memberi ruang mengetengahkan sudut pandang peneroka yang hidup lebih dahulu dari kita melalui kehidupan seharian mereka yang adakalanya boleh terasa agak mendatar dan membosankan – sudah tentulah, kebiasaan dan realiti kehidupan – yang diselitkan komentari-komentari sosial kepada isu-isu yang masih lagi berlaku pada waktu kini.
Profile Image for Nur Huda.
66 reviews5 followers
July 25, 2018
Seperti Juara, karya S Othman Kelantan mengangkat kisah-kisah tidak popular yang (banyak) berlaku di dalam masyarakat berlatarkan negeri Kelantan. Tidak seperti Juara, kisah di dalam Perjudian tidak mesti ekslusif di Kelantan sahaja, ia boleh saja berlaku dinegeri-negeri lain, di kampung-kampung, di hutan-hutan, di bukit-bukit, malah di bandar-bandar kecil dan besar.

Tanah yang diberikan percuma oleh Tuhan untuk siapa? Kenapa tanah yang telah bertahun-tahun diteroka, diratakan, diperun, dicangkul, digembur, dihuma, ditanam getah, ubi, bayam, tiba-tiba menjadi haram? Kenapa setelah bergantang-gantang peluh di curahkan, setelah bengkok belakangnya, setelah hitam berparut kulitnya, setelah kematu tapak tangan dan kakinya, baru sekarang tanah itu menjadi haram? Bagaimanakah kerajaan yang menghalaunya keluar, merampas tanahnya, merobohkan rumahnya itu menjadi pemilik yang halal? Tanah ini milik siapa?

Maka karamlah kehidupan tiga puluh lapan keluarga Kampung Paya Kedondong. Hancurlah harapan hidup yang dibangunkan bertahun-tahun. Yang dibangunkan untuk merobohkan sisa-sisa kemiskinan pusaka turun temurun. Kehidupan itu akan hancur berserak menjadi debu-debu harapan yang tidak akan bangun-bangun lagi.

Apa lagi yang tinggal pada mereka selain raga yang tergagah-gagah mengusung nyawa, terjelepuk bersimpuh menadah tangan mendongak ke langit. Tidak juga doa mereka dimakbulkan.
Profile Image for Ulfah Adnan.
13 reviews28 followers
January 10, 2015
Kisah segolongan petani yang kelaparan tanah memperjudikan nasib untuk terus menduduki sebidang tanah kerajaan.


This book can be great in some way. But I dont personally like the language that the author used at some parts. And there's some dull prolonged scenes.
But all in all there were suspense parts where I really felt so!
Profile Image for Azzan Aznan.
36 reviews
April 5, 2020
Perjudian

Karya SN S. Othman Kelantan ini tertumpu kepada pergelutan hidup Pak Mat dan keluarganya yang meneroka tanah di Paya Kedondong nun di Tanah Merah, Kelantan.

Ujian demi ujian diturunkan Tuhan terhadap Pak Mat, anaknya empat orang meninggal dunia. Namun digantikan dengan seorang ana perempuan bernama Siti Sarah yang tumbuh membesar menjadi dara sunti.

Elok sahaja Sarah membesar, isteri Pak Mat pula dijemput ilahi. Ujian demi ujian ditempuhi Pak Mat untuk mengekalkan tanah 10 ekar yang dibuka beliau.

Profile Image for monamreads.
25 reviews1 follower
November 18, 2024
Saya suka dengan penulisan S.Othman Kelantan, ianya fast-paced dan pengulangan ayat yang dilakukan menunjukkan ketegasan. Ianya membuatkan pembaca tidak sabar untuk tahu plot seterusnya.

Buku ni cerita pasal perjuangan Pak Mat dan keluarga dalam mengusahakan tanah di Paya Kedondong, Pasir Mas. Penulis menggambarkan pengorbanan yang dilakukan dengan baik. Saya sebagai pembaca turut merasai kesedihan dan kepayahan yang dirasai Pak Mat sekeluarga. Begitulah barangkali hidup pada zaman dahulu, tanpa tanah, siapalah kita.
Profile Image for Syadzuwan.
60 reviews
February 21, 2022
Buku tahun 1973 tapi ceritanya macam isu tahun 2021, tentang peneroka tanah secara haram di Raub untuk projek musang king. Dalam buku ini juga gambarkan wakil rakyat yang perangainya memang buruk, satu sen pun tak guna dan hanya tau tunggang isu serta perdaya orang kampung untuk naikkan nama dan dapatkan mileage.
Profile Image for Masyhoor Akram.
40 reviews3 followers
February 9, 2025
"Kekuatan tidak dapat dibina dengan tangis dan air mata, dengan perasaan marah dan benci tetapi kekuatan dapat dibina dengan azam dan tekad yang teguh. Azam dan tekad yang satu; berdiri kembali setelah jatuh".
Profile Image for Saiful Amri.
3 reviews
December 24, 2025
Perjudian merupakan sebuah kisah perjuangan golongan petani yang meneroka tanah kerajaan untuk didiami oleh mereka. Kisah ini lebih tertumpu kepada perjuangan Pak Mat yang sememangnya cekal dalam memperjuangkan tanah yang diusahakannya. Perjuangan yang tidak pernah kenal erti putus asa walaupun Pak Mat telah kehilangan anak dan wanita paling dicintainya iaitu Mek Nab. Ketika tanah yang diusahakan Pak Mat sudah mula nampak akan mendatangkan hasil kepadanya namun tanah itu akan diambil oleh kerajaan. Sangat menyedihkan apabila tanah yang diusahakan selama ini dengan penuh keringat dan air mata tapi pada akhirnya menjadi sia-sia kerana tidak dapat menikmati hasilnya.

Tapi apa yang menarik perhatian dan membuatkan aku terfikir adalah satu kalimat yang diungkapkan oleh Pak Mat iaitu “perjuangan mesti dilancarkan secara persatuan yang teguh”. Konteks kalimat dalam karya ini adalah ketika mana Pak Mat merasakan perjuangan ini perlunya kerjasama dan tekad oleh semua pihak dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada wakil rakyat mereka. Apa yang membuatkan aku merenung jauh sebenarnya adalah kejujuran dan keikhlasan yang ada pada orang Melayu dalam perjuangan yang dipercayai mereka. Namum apa yang menjadi kesilapan mereka adalah ketika mana meletakkan sepenuh pengharapan itu kepada wakil rakyat mereka. Hal ini sememangnya berlaku bahkan sehingga ke hari ini apabila dapat kita lihat betapa bersungguhnya orang Melayu mempertahankan pemimpin mereka kerana percaya pemimpin mereka itulah yang akan menyelamatkan mereka ketika dalam kesusahan.

Hal ini sangat menyedihkan kerana hakikat sebenarnya tidak seperti apa yang diharapkan. Kehebatan orang politik ialah mereka bijak mempengaruhi pengikutnya dengan retorik-retorik menyebabkan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja kerana mereka sedar akan ada pengikut-pengikut mereka yang akan bermatian mempertahankan mereka. Hal ini boleh dilihat dalam karya ini apabila sepenuh pengharapan dan kepercayaan Pak Mat dan penduduk kampung kepada Encik Hasnan yang berjanji akan membela nasib mereka namun pada akhirnya hanya sebuah pengkhiantan yang mereka terima. Jadi, inilah pengajaran yang boleh kita ambil sebenarnya iaitu hanya diri kita sendirilah yang akan boleh mengubah nasib kita sendiri dan kita perlulah hanya meletakkan sepenuh pengharapan dan kebergantungan kita hanya kepada Allah SWT.
9 reviews
May 27, 2013
novel nie menggambarkan akan keperitan manusia pada zaman dahulu untuk mendapatkan sebidang tanah, thanks to IBO, aku kena baca buku nie,
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.