Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kompas Cinta: Panduan Remaja Melakar Cinta Dihatinya

Rate this book
Tidak salah bercinta, jika kena dan betul pada tempatnya. Senario masa kini kian melemaskan jiwa, lantaran definisi cinta tidak difahami dengan sebenarnya di kalangan remaja. Kelemahan dalam mendefinisikan cinta ini mencetuskan bibit-bibit cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata.

Jika disorot kembali, fungsi kompas adalah menjadi penujuk arah kepada mereka yang berkelana. Dalam bercinta juga perlukan 'kompas' agar kembara cinta tidak tersesat menuju kemasiatan hatta tercemar kesucian cinta itu. Justeru hadirnya Kompas Cinta ini adalah untuk menarik tangan-tangan remaja yang terkapai dalam lautan cinta yang penuh nafsu dan noda. Semoga ia dapat menjadi sebahagian daripada santapan minda dan penghuni rak buku para remaja.

Hayatilah buku ini kerana ia sarat dengan informasi dan maklumat bagi mereka yang tercari-cari makna cinta hakiki dan suci. Antara yang menarik boleh anda dapati:
-Bagaimana mahu mendefinisikan cinta yang sebenar
-Jenis-jenis cinta menurut al-Quran
-Mengenali magnet cinta yang akan memandu arah ke jalan reda Allah

Jangan berlengah untuk merebut cinta yang sejati...cinta Rabbul 'Izzati.. cinta hakiki selagi nafas terhembus dari jasad.

114 pages, Paperback

First published February 1, 2010

17 people want to read

About the author

A. Ubaidillah Alias

16 books26 followers
A. Ubaidillah Alias adalah anak kelahiran Cabang 3 Pendek, Kota Bharu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta. Meneruskan pelajaran di peringkat SPM dan STAM di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Condong. Turut melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Qiraat di Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Bharu. Seterusnya berjaya mendapat ijazah (Hons) dalam jurusan Usuluddin, Syukbah Tafsir di Universiti Al-Azhar Kaherah. Kini bekerja sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kelantan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
1 (11%)
3 stars
4 (44%)
2 stars
1 (11%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.