Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awek Chuck Taylor

Rate this book
Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum - serta perhubungan dengan adik beradik Mira - Aiman dan Nana - yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik - Mira dan Nana.

Disamping cerita Awek Chuck Taylor ini berpusar kepada keluarga Mira - cerita ini juga menceritakan terfaktabnya Hafiz dengan awek yang dia stalk bernama Sheila, awek dia yang cemburu buta bernama Fadilah, awek yang gila kikis duit bernama Bella serta adik angkat yang hidup dalam pasca moden kehidupan Melayu urban influence Nona dan Cerekarama bernama Azrina. Dan cerita ini juga berceritakan tentang liku-liku kehidupan seorang mat rempit narcissist bernama Aiman serta drama di depan gerai nasi ayam.

248 pages, Paperback

First published October 30, 2011

44 people are currently reading
711 people want to read

About the author

Nami Cob Nobbler

28 books133 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
245 (28%)
4 stars
255 (29%)
3 stars
174 (20%)
2 stars
99 (11%)
1 star
86 (10%)
Displaying 1 - 30 of 151 reviews
Profile Image for Khrlhsym Khrlhsym.
Author 7 books37 followers
March 18, 2013
Secara ringkas buku ini pasal kianat, pengkianat dan cakap gebang.

Buku ini aku dapat percuma dan aku tak pernah pun beli buku-buku Nami(ertinya aku tak pernah rasa dia penulis yang menarik untuk dibaca). dari pre-log, hey awak, aku dah tahu dah novel ini sangat terencat. maksud aku memanglah setiap penulis ada stail dimana aku tak berkenan langsung dengan stail dia, bahasa berulang tu buat kau bosan nak habiskan. contohnya "Aku datang kembali ke sekolah - pakai baju sekolah, pakai seluar sekolah, pakai kasut sekolah" yang bagi aku dah sesuai dah kalau dia letak "Aku datang kembali ke sekolah dengan uniform yang lengkap" tak perlulah nak kasi tahu seluar sekolah, spender sekolah ke apa. lainlah kalau dia nak tulis "aku datang ke sekolah, pakai baju hitam, seluar coklat, kasut cap ayam". bagi aku tak perlulah kau tulis benda ini, sebab orang tahu kau pergi sekolah pakai baju sekolah secara general. mungkin aku ja rasa mental dengan bendalah remeh ni.

Apapun kalau nak rasa intelek boleh la baca buku ni, rasa jelah. sebab ism-ism ni semua kat wikipedia belambak, mungkin sebab orang sekarang masih fikir buku itu sumber maklumat, sedangkan penulis buku sekarang maklumatnya untuk nampak intelek tu kat internet, wikipedia terutamanya. jadi aku tak tertarik pun dengan -ism di dalamnya, sebabnya ia kebanyakannya dari perbualan kosong tak diisi pun dengan jalan penceritaan yang boleh memberi impak dalam pemikiran korang/aku.

Bercakap pasal "dari kisah benar", aku teringat filem return of the living dead (1985), diawal permulaan cerita tu ada letak "based on true events" yang sebenarnya nak bagitau cerita tu sambungan dari night of the living dead (1968). gila apa cerita zombie dari peristiwa benar, sah-sah tipu. benda ini macam biasa, dilakukan untuk marketing, bila cerita hantu letak true story, hampir beribu orang terpengaruh untuk menonton. tahu metafiksyen? fiksyen tentang fiksyen. bukanlah aku cakap cerita awek chuck taylor ni genre metafiksyen, cumanya macam filem tadilah 'true story' la sangat.

Kaver untuk edisi kedua, jujurnya aku yang buat, dan layout didalamnya dibuat juga rakan seperjuangan dari team yang sama. satu bintang kat atas ini untuk inilah. setengah bintang untuk layout, setengah bintang untuk kaver. Apapun janganlah ikut pendapat/review aku, sebab selera orang lain-lain. Ada orang suka makan petai, ada orang tak suka makan petai.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
August 9, 2017
1.25* untuk keseluruhan buku ini. Aku beli buku ni sebab ada wanita-wanita yang aku kenal mengatakan novel ini sedih dan best! Sebab aku memang cari buku-buku yang boleh buat aku nangis. Tapi bagi aku... (Susah nak cakap!) Aku memang betul-betul teracun oleh wanita-wanita yang berhati lembut. *Sigh!

Sebelum itu, aku mohon maaf kepada peminat, kaki kipas atau yang memang suka sangat dengan buku ini. Sila jangan kecam saya ya.

Ini adalah buku yang aku rasa paling rendah rating aku bagi dan menjengkelkan atau suck setakat ni. Bukan apa, aku baca beberapa bab awal pun aku dah menguap dan rasa di awangan. Seolah-olah alam realiti dan tidak berdinding tengah bergaduh. Mungkin aku tak pernah rasai cinta macam dalam cerita ni. Tapi aku rasa watak lelaki tu sangat kasihan dan suck sebagai seorang lelaki.

Tapi nilai-nilai kekeluargaan dan persahabatan dalam ni, menyelamatkan keadaan buku ni aku bakar atas dapur gas.

Sepanjang baca buku ni, susah minda memujuk hati untuk tenang seketika. Semakin lama aku baca, jiwa makin memberontak ni. Banyak betul helaian buku yang aku skip. Paling aku tak suka baca, bahagian chat yang kat belakang tu. Tapi adakah itu bahagian yang penting? *gelak*

Pendek kata buku ini tak kena kat hati!

Tapi kalau kurang sorang peminat buku ini pun, masih ramai lagi yang suka dan terhibur kan? Jadi tak jadi masalah kot. Lagi pun ACT ni banyak kali menerima pujian dari semua orang. Sekali-sekala kena bash, tak apa kot. Owhh ya, tahniah sebab ACT juga dah dipersembahkan jadi teater. Jadi tahniah buat encik penulis.

Tapi jangan risau, aku akan baca juga karya Nami yang lain lepas ni! *Senyum lebar sambil pegang dagu*

Peace!
Profile Image for Martini Muaz.
Author 3 books5 followers
June 5, 2013

Buku ni dah ramai awek booth rekemen sebenarnya,dengan ayat "best ni bang, cerita betul ni, sedih gila!" dan entah kenapa aku terbeli.
To conclude all, aku bosan dengan penceritaannya (aku baca sampai bab 3 dan beberapa mukasurat terakhir sahaja). Untuk orang yang menggunakan imajinasi semasa membaca, aku dapati buku ini memenatkan.

Adakah patut aku kata juga 'nasib baik aku tak terbeli Lelaki Eksistensial'?

Sorry it's just not my pot of meth. Ok bye.

Profile Image for Fairuz.
202 reviews
February 23, 2014
Seperti membaca diari seorang lelaki bernama Hafiz yang banyak mencatatkan slot bersama perempuan-perempuan dalam siri episod hidupnya. Menurut apa yang dicanang buku ini berpandukan pengalaman sebenar penulis. Namun aku tak terbeli dengan kenyataan sedemikian dan ini tak lebih daripada sebuah cerita yang diceritakan untuk kepuasan imaginasi. Paling menyedihkan kisah cinta yang disampaikan tak ubah seperti membaca catatan cinta murid tahun enam di dalam buku latihan yang dijadikan manuskrip.

Beralih kepada watak utama, aku nampak Hafiz sebagai lelaki bacul. Digambarkan amat terdesak dan nazak jika hidup tanpa hadir mana-mana perempuan atas nama cinta. Dia gagal berdiri gagah bersama pendirian konon hebat dan hanya kaya dengan cakap-cakap yang berongga tak berisi. Tak hairan kenapa dia mudah dimanipulasi.

Watak perempuan yang menjadi tajuk buku pula pada aku ialah seorang kakak yang lemah. Mira diangkat secara berlebihan dengan personaliti menarik, dilengkapi pemikiran berfalsafah sendiri, bersikap kasar dan sangat sayang akan adiknya. Cuma agak pelik apabila dia tanpa selindung menangis di depan Nana ketika adiknya itu sedang bergelut menangani penyakit. Seorang yang kuat tak akan memperlihatkan air matanya mengalir terutama pada situasi tersebut. Jadi tak guna ditekankan Mira mampu membelasah orang yang menghina adiknya lebih teruk daripada yang dilakukan oleh Aiman. Kerana hakikatnya Mira itu lemah dalaman dan luaran. Tidak suka sikapnya dihakimi tapi tanpa sedar dia juga menghakimi orang lain.

Sebelum kaver baru sentuhan krew Kerat Studio diperkenalkan, buku ini awal-awal lagi sudah aku ketepikan kerana bukan sahaja “grammar” Bahasa Inggeris yang berkecai malah tatabahasa Bahasa Melayunya juga lebih tragis daripada keseluruhan cerita. Jadi bintang nan satu itu adalah untuk kaver yang mengancam dan juga satu-satunya perkara yang aku suka tentang Awek Chuck Taylor. Tamatnya bacaan atas desakan 2 orang hamba Tuhan yang aku kenal mencintai naskah Nami yang menyentuh sanubari perempuan mereka katanya.
Profile Image for jnuratiqah.
4 reviews3 followers
September 26, 2012
Dari pengetahuan saya, dari cakap-cakap orang sekeliling, buku ini digarap atas nama kisah benar penulis. maka apa yang saya lihat, tak banyak perkara menarik yang berlaku dalam hidup penulis selain daripada mengembar gemburkan kisah cintanya berbucu dua ke atas Nana dan Mira yang juga adik dan kakak yang sangat bahagia hubungan mereka sebelum kedatangan penulis.

Profile Image for Anis Ahmad lutfi.
1 review
August 5, 2014
Penulisan teruk, plot berterabur and ending cerita tak carry off the whole message. Actually takde message pun nak disampaikan. It's as if someone's diary landed on the table of a publisher and got published by chance. Rezeki dia. Not worth your money at all. I agree we should practice our usage of English so that we get better, so we cannot undermine usaha orang. But at the same time I believe in editing. Editors should have never let so many mistakes in a book to get published.

What I hate most about a book is when tiada point. Buku ni tiada point.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 30, 2011
Ini blook pertama yang aku beli haha5 Memang kena masuk diari la :P

ACT bercerita tentang Hafiz. Dia bertemu dengan gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Gadis ini lain daripada gadis-gadis yang dikenalinya sebelum ini. Mira ada wawasannya sendiri. Tak mudah mengikut rentak orang lain. Dia Mira gadis yang penuh pendirian. Garang tak bertempat, ganas, kasar dan outspoken.

Mengenali Mira membawa Hafiz mengenali Aiman dan Nana; adik beradik Mira. Dan hubungan mereka makin rapat. Aku senang dengan persahabatan yang terjalin antara Aiman dan Hafiz. Namun keakraban mereka terganggu apabila Nana menyimpan rasa pada Hafiz. Bila saja Mira tahu, hubungannya dengan Hafiz turut berkocak.

Hafiz sememangnya bukan watak hero terbaik. Dia mudah rasa insecure. Memerlukan pasangan sebagai pelengkap hidup. Daripada menjadi secret admirer Sheila. Kemudiannya awek cemburu buta bernama Fadilah, awek yang kaki cukur bernama Bella... semuanya sudah menunjukkan yang Hafiz tak suka berseorangan. Dia ada masanya kelihatan sangat terdesak untuk mendapatkan teman. Agak loser di situ.

Watak Mira pula kelihatan lebih dominan. Daripada segi gaya bahasa, gerak tubuh menunjukkan dia tak mudah dibayangi dengan watak-watak lain. Nana lebih natural. Malah rasanya watak Nana yang gagap itu lebih mudah diingati. Overall aku rasa ACT adalah satu bacaan yang menarik tetapi mungkin cukup hanya sekali aku membacanya.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
October 30, 2016
Kononnya berdasarkan kisah benar. Tak dapat dinafikan, banyak adegan serta insiden yang digambarkan tampak ‘over-exaggerated’. Coretan mengenai kesanggupan penulis terus-menerus membeli top-up buat ‘Bella kaki kikis’ sangatlah tak logik.

Jika benar apa yang diceritakan, penulis sedaya-upaya menggambarkan dirinya sebagai jejaka terbaik dunia. Semua orang nak kat dia. Watak-watak perempuan beraneka ragam yang diperkenal konon-konon tergila-gilakan si Hafiz sedangkan dia sendiri punyai banyak ‘flaw’ peribadi. Hakikatnya, hanya lalat gemar menghurung najis.

Entah mengapa, hanya watak Nana yang mendapat simpati dari saya sebagai pembaca. Semua watak lain mengundang jelak. Terutama sekali Mira si self-hating malay ‘mat saleh wannabe’ yang narsis, hipokrit, sentiasa nak menang dan dia sahaja yang betul. A truly disturbed specimen of a human being. Di saat ulasan ini ditulis, saya difahamkan kedua-dua insan di sebalik inspirasi watak Nana dan Mira telahpun meninggal dunia. Al-fatihah buat mereka.

Secara keseluruhan, aspek paling mengganggu jiwa ialah betapa mudahnya watak-watak anak muda mencapai kesimpulan tentang kehidupan meskipun belum cukup makan garam. Nak memberontak sekalipun, belajar dahulu. Just because you don’t listen to mainstream songs and have an impressive reading list, it doesn’t make you an expert on life. Semua benda dalam dunia ini seakan tak kena pada mereka. Grow up! Naif tahap dewa.

Dari segi pengolahan, IQ boleh turun banyak digit angkara kualiti tulisan yang caca-marba. Inggeris bercampur melayu satu hal. Kalau diadun elok, masih boleh saya terima. Namun, grammar serta tenses yang maha berterabur memualkan sungguh. Tambah pula dengan istilah-istilah yang penulis cuba terap tanpa jelas memahami maksud. ‘Ironi’ dan ‘ignorant’ seringkali disalah guna. Tak kena pada konteks.

Naskhah yang saya capai adalah stok cetakan ke-12. Maka, kekurangan aspek editing sukar dimaafkan. Sesungguhnya, Lejen Press bapak pemalas!

In short, kisah tergantung, tiada mesej. Hanya sampah.
Profile Image for Sharah.
33 reviews17 followers
February 11, 2012
Dalam masa 6 jam habis. Cerita dia boleh buat terkenang sampai masa mandi. Based on true story katanya. And believe me lepas habis baca anda semua akan Google semua watak watak dalam cerita ni, yes. Well at least I did.

Tapi tak boleh nak bagi 5 bintang sebab ada dialog yang rasa nak lempang. Dari awal sampai akhir baca, rasa sakit hati. Mula dari tengah sampai habis, setiap patah pembacaan, terasa kelat dalam hati. Dan ada satu part sampai berhenti sekejap dan tweet sepatah perkataan. Tak faham? Tak apa.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
August 10, 2013
Setelah selesai baca buku ini & baca ulasan org di goodreads pasal buku ini - baru aku tau : cerita dlm buku ini kisah benar.
Tak sedar pula di helaian depan tertulis 'kisah benar" . Baru belek helaian buku itu balik - eh mmg tak tertulis secara terang pun ini kisah sebenar,hnya ada ucapan terima kasih buat 'watak sebenar'. Mungkin aku yg patut faham sendiri. Entahlah.

Pelik rasanya bila kerana ia kisah sebenar namun tiada pengajaran yg dapat aku kutip pun. Jika ia kisah sebenar patutnya ada impak juga kan? Musykil.

Maaf. Bagi aku yg menarik pasal buku ini pastinya cover bukunya.bagi aku kdang2 yang suka beli random,cover buku pastinya penting.dan yg mngkin boleh buat aku kagum hnyalah persahabatan hafiz-aiman dan pendirian mira yg tegas. Pendiriannya tegas tp tak semestinya betul. Bagi aku bnyak yg x btul daripada yg betul.

Dan buku ini somehow membuktikan betapa desperatenya lelaki bernama Hafiz itu. Loser sangat ka klu xda girlfriend di sisi. Klu aku la jadi girlfriend si hafiz ni mau aku rasa jadi mcm peneman sepi ja.bunyinya tak kisah la perempuan mcm mana pun jadi pilihan asalkan si hafiz ni ada gilfriend. Itu ja. That shows how desperate he is.

Dan ini menandakan bacaan ini akan jadi yg pertama&terakhir aku baca dan tak perlu aku recomend pada sapa2.Noktah.

*selalunya ulasan buku aku agak sopan,nembahasakan diri sebagai saya - tapi ulasan buku ini buat aku rasa nk jadi macam Mira - kasar * -PEACE-
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
November 4, 2012

Terus terang, ianya tak sesuai dengan selera aku. Walaupun tak setebal mana, tapi bahasa yang digunakan mengganggu emosi dan buat aku ambil masa berhari-hari untuk meneruskan pembacaan hingga ke penghujungnya. Jalan cerita yang biasa saja, lebih kepada catatan diari untuk bacaan santai semata-mata. Secara peribadi, kalau dari perspektif bahasa memang aku tak akan benarkan anak aku yang sedang bersekolah membaca novel ini.
Profile Image for H..
28 reviews7 followers
December 16, 2014
Aku beli buku ni atas tiga sebab.

Sebab #1, aku beli sebagai hadiah buat diri sendiri lepas dapat elaun praktikum.

Sebab #2, cover buku yang sangat awesome. Aku merupakan pengguna dan peminat tegar Converse. Jadi aku rasa buku ni dah macam must have item for Converse's fan lalu aku pun beli.

Sebab #3, perasaan curious. Ada satu post kat Tumblr Nami yang buat aku curious giler dengan Erica dan Ezreen. Mereka kata Ezreen tu si Awek Chuck Taylor, jadi nak puaskan hati, aku beli and cari jawapan sendiri.

Maka dengan tiga sebab itu tadi, aku pun belilah buku ni. Aku tahu, aku boleh je baca cerita Nami dan Ezreen kat website Terfaktab (time ni aku jumpa satu lagi link pasal ACT) tapi aku hold dulu. Aku bookmark link tu and aku kata kat diri aku, "Habis baca ACT, baru baca." So I did. And it was the same with the book and dari sana, aku tahu yang cerita ACT ni based on true story.

Aku suka watak Mira dalam buku ni. Berani, rebel, keras tapi sebenarnya sangat fragile. Watak Nana pun aku suka juga. Walaupun dia gagap, dia berani sebenarnya and sangat penyayang. Aku kagum sebenarnya dengan hubungan mereka berdua. Sangat rapat, sangat attached to each other.

In certain thing, aku rasa diri aku ada sedikit persamaan dengan Mira dan Nana. Sedikit sahaja, bukan semua. Aku seorang rebel tapi tak seberani Mira. Aku bukan seorang yang gagap tapi aku sangat sayangkan kucing seperti Nana. Nampak konteks sedikit bukan semua disini?

Bahasa yg Nami gunakan dalam buku ni agak kasar. And it might irritates certain people but not for me. Aku gelak lagi ada la. Haha

Anyway, buat Ezreen Emira dan Sherina Ellyana, it was nice to know a bit about you guys from ACT's book. May both of you rest in peace and may Allah blessed you.

For Nami, you do potrayed Ezreen Emira well in ACT.

Al Fatihah.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
November 15, 2014
Culture shock.. tu je aku blh katakan.. terkejut dgn bahasa,ideology dan tahap kecarutan dlm naskhah ni.. Ini ke realiti org melayu kita zaman sekarang ni. Seolah2 tiada nilai ketimuran dan adab sopan. Setiap ayat mesti ada maki hamun dan tak sah kalu nama MR PIG x disebut. Adakah aku yg terlalu kolot ataupun naskhah ni yg terlalu urban untuk org yg seperti aku??? Tertarik nak baca sbb dgr kata bestseller and dh byk kali ulang cetak. Well citarasa semua org berbeza. Overall,this one not my cup of tea..
Profile Image for Fariz Luqman.
2 reviews2 followers
January 18, 2013
Cerita based on true story. Aku rasa macam berada dalam dunia si pencerita. Walaupun agak susah nak korek pengajaran yang tertanam dalam novel ni, tapi dengan dialog dan bahasa yang digunakan ni cukup buat aku terhibur dan aku tahu, si penulis novel adalah seorang penglipur lara yang menyampaikan kisah yang realiti.

Beberapa sebab kenapa aku suka novel ni:
----------------------------------------

1. Starting yang sangat sempoi. Orang kata starting dia melalut tapi aku rasa sangat enjoy baca starting aka pre-story dia. Dan paling best sekali, aku baca novel ni sambil baring di jambatan Putrajaya pada pukul 3.30 Pagi Buta. How awesome!


2. Aku daripada dulu lagi anti dengan Cikgu BM (kecuali Cikgu Ramli, aku salute dia hahaha). Walau macam mana ralik pun cerita, kesudahannya aku tetap dapat C. Tetapi aku baru sedar, bahasa kita tak perlu setaraf A. Samad Said yang bahasanya boombastik ibarat sezarah neuron terbelah lapan puluh kuasa dua. Aku cukup terhibur dengan cara penceritaan Awek Chuck Taylor. Mengimbau kembali zaman-zaman Myspace dengan YM dulu-dulu. Pergh... deja vu beb!

Kepada orang yang tak suka kepada tatabahasa etc etc, pergi lah M. Nama pun novelis underground, kau nak expect dia bersastera ala Za'ba ke?

3. Aku memang geram gila dengan Mira, dia ni seorang yang agnostik. Memang bajek je minah ni grrr.... TAPI, dia ni lah yang berjaya melengkapkan novel ni. Banyak jugak pengajaran, banyak juga mesej yang hendak disampaikan. Aku paling suka persepsi dia terhadap orang-orang Melayu. Mungkin dia ni suka mempersoalkan sesuatu benda/perbuatan/kejadian, terlalu banyak persoalan dalam kepala otaknya yang membuatkannya jadi begitu. Perceptions about politic, custom, tradition etc in one book! And it's a real story some more. Viola! Itu lah yang menyedapkan novel ni, sesedap Strawberry shake yang ditelan sewaktu panas terik. Hahaha!

Aku tak bagi 5 bintang sebab, aku susah nak buatkan konklusi atau pengajaran buat hidup aku. Dan setiap mesej yang disampaikan semua contradicted dengan idea aku. Jadinya, aku tak sehaluan dengan novel ni dan aku hilang pedoman yang kenapa aku perlu baca novel ni. Untuk menutup reviu aku yang panjang lebar ni, aku nak ucapkan syabas, dan tahniah kepada penulis, Nami Cob Nobbler! Keep that spirit. Ignore the butthurts lol!!

Yang Ikhlas
Fariz Luqman
2 reviews1 follower
December 23, 2013
Aku beli buku ni sebab ramai sangat bercerita pasal buku ni. Yang puji banyak. Yang kutuk pun sama banyak. Ulasan aku - jalan cerita biasa saja. Untuk kisah cinta, tak romantik langsung. Untuk kisah drama tak banyak benda yang berlaku pun. Karekter dalam buku macam tak logik pun ada - setakat bercinta dalam internet, macam cerita budak-budak bagi aku. Watak utama yang kononnya hebat, suka berfalsafah, suka bercakap Inggeris (walaupun bahasanya berterabur macam sampah).

Adakah penulis rasa karekter nya nampak lebih pandai/hebat bila berbahasa Inggeris? Jujurnya, kalau Nami ni gantikan semua dialog dan semua ayat Inggeris kepada bahasa melayu, mungkin buku ni boleh jadi 10 kali lebih baik. Susah nak ambil serius bila karekter utama berfalsafah, kalau falsafah nya tu dengan bahasa tunggang langgang. Nampak bodoh sangat. Mungkin buku ni sebenarnya buku komedi?

Tak sampai 5 minit baca aku dah mencarut bila mamat hero buku ni menulis puisi bahasa Inggeris untuk awek yang dia minat (bukan awek chunk taylor, banyak awek dalam buku ni ye). Sebelum aku buka muka surat seterusnya, aku bayangkan awek yang baca puisi tu akan kutuk gelakkan mamat hero buku ni. Rupanya awek tu suka. Itu kali kedua aku mencarut ketika baca buku ni.

Jika penulis tak pandai bahasa Inggeris pun, bukankah itu tugas editor, penerbit untuk semak dan edit? Bertanggung jawab la sikit, ramai kot budak-budak yang baca buku ni. Nanti bagi mesej yang salah.


Sebenarnya nak bagi 0 bintang. Tapi aku kena terima hakitat yang buku ni walau teruk mana pun bahasanya (memang teruk sangat, kalau hantar cikgu mau kena koyak buku ni), Nami berjaya publish buku ni, bestseller lagi. Kau ada? Aku pun takda. Tahniah Nami.

Profile Image for Miss Rose.
28 reviews4 followers
Read
May 16, 2014
tolong tembak aku pakai remington.
mohon The Rock smash aku sekarang.
Nazareth dan Led Zeppelin teruskan melodikan aku lagu2 classic rock yang heartbroken tahap tera.

tak tahu ini angkara siapa
angkara akak booth yg pandai bermain kata
atau angkara aku yang dungu hanya nilai dengan dengar apa orang kata ?

T_T

aku tak baca novel.
ya. aku sebenarnya membaca diari.
watak yang terlalu banyak mengomel
mengalahkan joyah Kampung Duri
tentang kisahnya dengan awek2 yang dia jumpa di persimpangan hidup

persoalan nya ? apa yang dia nak sampaikan?
atau aku yang no sense tak rasa apa2?

bintang ? entah lah. malam ni aku pandang langit, tapi sebutir bintang pun aku x nampak.

T_T sobsretttt

tapi aku suka cap converse muka depan. cantik
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
July 29, 2024
Resensi ini ditulis pada 6 Ogos 2014. C&P

Sebenarnya aku nak bagi 1.5 bintang yang malap saja pada buku ini.

Mujurlah aku baca Lelaki Eksistensial dahulu (yang aku suka); kalau aku baca buku Awek Chuck Taylor ni dahulu, taubat aku nak baca buku-buku tulisan Nami dah.

Dengan bahasa rempit, grammar lintang pukang, aku rasa tak macam baca buku pun. Rasa macam baca entri/benang dalam forum atau sub-forum luahan perasaan atau ruangan budak-budak yang baru nak belajar mengarang cerita.

Serius aku tak boleh hadam macam mana buku ini boleh diulang cetak sampai sepuluh kali.
Mungkin sebab diilhamkan dari kisah sebenar kot. Dan orang sedih sebab pengakhirannya, awek tu mati.
Tapi kalau kisah sebenar, sepatutnya aku boleh tumpang bersedih, tapi aku tak rasa macam tu. Bahkan aku rasa lega lagi bersyukur kerana selesai sudah penyeksaan yang aku hadapi untuk mengkhatamkan buku ini.

Dan tak ada satu watak pun yang aku suka dalam novel ini - Hafiz seorang loser, Mira seorang biadab, Aiman suka mencarut, Nana OK sikit kot, cuma tak ada sifat-sifat dia yang betul-betul bikin dia likeable, dan awek-awek Hafiz yang lain semua perangai macam puaka.

Nami, awak boleh menulis dengan baik sebenarnya. Tapi tolonglah jangan menulis macam ini lagi, PLEASE.
Profile Image for Nawfal Ahmad.
37 reviews2 followers
January 11, 2016
Saya memilih novel ini kerana ianya first dalam list bestseller lejenpress. Jadi ingin belajar apa yang best sangat novel berupa begini.

Sebenarnya saya mengharapkan lebih dari novel ini. Jalan cerita yang sangat basic penuh sampai habis cerita pasal awek(mcm x logik pun ada). Penceritaan lagilah memandangkan penuh carutan, gabung bi yang banyak dan tatabahasa ikut suka dia.

Cuma yang menjadikan novel ini laris mungkin disebabkan faktor rebel selain novel ini adalah 80 peratus kisah benar. Jadi empathy kuat di situ. Gabungan rebel dan cinta memang menjadi deman yang kuat dalam buku muda-mudi sekarang

Tentu sekali idea anarki-sekular-liberal-dia sorang je yg betul adalah sangat berbahaya. Ni jenis yang teruk sampai tuhan pun disalahkan.

Idea rebel begini merisaukan kerana novel ini adalah topseller lejenpress dari 2011 lagi. Biarlah berfikir namun ada prinsipnya.
Moga dicucuri rahmat buat watak sebenar ellyana(1987-2007) dan emira(1986-2012)
#awekchucktaylor #namicobnobbler #lejenpress #lejen @lejenpress (less)
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
October 11, 2012
bagi saya jalan cerita buku ini yang berjaya menambat hati para pembaca.

jujur, saya pembaca yang memerlukan lebih dari itu. bahasanya, carutannya, sangat kucar kacir, membuatkan novel ini punya trend tersendiri. sangat sempoi.

tetapi tidaklah saya menggalakkan novel sebegini dibanyakkan. memang agak santai untuk membaca gaya cerita begitu, tetapi ingat, bahasa jiwa bangsa. even buku-buku best-seller barat semuanya menjaga tatabahasa mereka.
bahasa jiwa bangsa.

namun, setelah habis membacanya, cerita ini agak berbekas di hati saya. Nana, Mira. waduh. kesian doh, kesian.
Profile Image for Syamil A Samad.
25 reviews2 followers
April 24, 2012
sepatutnya saya ingin memberikan 2 1/2 bintang, tetapi saya kira 2 sudah memadai. pendapat peribadi saya, buku ini baik untuk bacaan ringan di kala anda telah terbeli buku tersebut dan terpaksa juga baca, kerana jika tidak baca akan rasa membazir. tidak ada yang istimewa dan saya kira ia biasa-biasa sahaja.

Profile Image for sajida.
85 reviews4 followers
January 10, 2023
Aku dah lama beli buku ni. Tak silap dalam bulan Mac tahun ni. Tapi asyik tergendala nak baca.

Bila tengok review orang lain, ramai jugak yg bagi sikit bintang je utk buku ni. mungkin sebab diorang tak minat cerita yg kurang jiwang macam ni.

Aku akui memang bahasa buku ni gila2 sangat. kalah bahasa buku2 fixi yg aku pernah baca. tapi aku okay. Aku suka. Sebab bahasanya mmg bahasa yg selama ni aku banyak dengar dan baca kat mana2 tempat. bahasa anak muda. Jiwa aku okay je terima. ;)

Pendapat aku pasal buku ni? Of course aku suka! Tengokla berapa bintang aku bagi. Aku suka Mira, kecuali pasal pendirian dia yg pelik2 tu la. Aku suka kalau ada kawan yg sempoi n cool gile macam Mira. Actually Mira ni ingatkan aku ttg seseorang. tu yg buat aku selalu ter sengih kerang masa awal2 baca pasal Mira. aku suka perempuan yg berlagak keras tapi sebenarnya keras tu cara dia utk elak ditindas, plus utk tutup hati tisu yg dia ada.

hafiz pulak, okayla orangnye, paling best tentang dia ialah dia jujur. Aku tak rasa dia handsome, tapi personliti dia menarik. tapi satu part yg aku tak suka pasal hafiz ni, dia senang sgt2 terima perempuan. Tapi bila dia dgn Nana, dia jujur, dia setia. N aku salute Nana for trusting him masa orang lain sibuk fitnah dia.

overall, aku suka buku ni. aku ter mengalir air mata bila baca endingnya. opps, satu benda sebenarnya, deep in my heart aku macam mengharap hafiz terus dengan Mira.

Buku ni buat aku tersenyum setiap kali aku nampak perempuan yg pakai kasut chuck taylor. ;)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
September 6, 2014
Ada banyak benda yang aku nak ungkitkan pasal buku ni tapi lepas baca review korang, aku rasa macam tak perlu another round of the same critics.

Sebab kita selalu rasa hidup kita ni kalau dibuat novel, cerekarama pon sodap, sungguh.

Tapi Hafiz,
Yang desperate sangat nak ada girlfriend,
kalau kau betul wujud,
wajib ku tempeleng kepala kau sebijik dua.

Satu bintang for those enlightment after reading cuts of diary dari pandangan seorang lelaki insecure, dan satu lagi bintang buat peneman bacaan hari raya pertama.

Ssankyu.
Profile Image for Hairie R.
28 reviews8 followers
January 21, 2014
Awek Chuck Taylor

Antara sebab aku tertarik dengan buku ni adalah penulisnya sendiri. Kedua, cerita ini telah diadaptasi ke pementasan teater di PJLiveArt. Ketiga, lepas baca prelog dekat internet. Overall agak seronok baca ACT ni. Sebab suka dengan watak Mira tu. Sambil tu sedih dengan Hafiz asyik kena tengking je dengan Mira. Hahaha. Tapi ini bukan terbaik dari Nami la bagi aku. Sebab walaupun kisah benar ACT tak 'power' macam Rokok Nan Sebatang.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews9 followers
June 24, 2020
Ceritanya boleh tahan juga lah. Cuma kadang-kadang ada scene yang tak masuk akal dan agak cringe bagi saya. Main actor Hafiz dalam cerita ini boleh dikatakan semua remaja pernah merasai perasaannya. Perasan di sukai oleh ramai orang (walaupun tak), rebel dekat semua benda (sampai tak faedah pun kerebalan tersebut) dan pemindahan dari seorang remaja ke alam dewasa. Saya masih tak boleh move on dengan pengunaan "Muchuk" di dalam cerita ini.
Profile Image for ikhwawan.
14 reviews3 followers
Read
October 27, 2014
habis 'baca' diari orang hanya dgn sekadar membelek helaiannya. aku tiada minat baca diari orang.
Profile Image for Shahira.
75 reviews1 follower
December 30, 2025
Buku ni buat aku mengenali scene penulisan buku indie. Bayangkanlah, aku jadi avid reader sejak tadika, baca buku penyiasatan Enid Blyton. Masuk sekolah rendah, start explore novel-novel. Sampailah aku form 5, aku baca 1 karya penulis ni yang tak mau aku reveal di sini, aku jadi takmau dah baca novel. Terus stop (lagi pulak aku nak further study masa tu, focus baca buku study). Buku penulis tu buat aku stop baca novel lain agak lama.
 
Sophomore year, senior aku intern dekat Lejen Press, Adam yang kenalkan aku dengan buku ni, dan buku buku penulis yang lain. Kat kampus pun kadang-kadang ada dijual buku-buku penulis. Habis aku borong semua, tiba-tiba aku membaca fiksyen semula. Haha

But still, lepas pada tu aku tak avidly reading juga. On off on off. Sekarang cuba untuk on tak off off. Dan, karya Nami pernah jadi favourite geng The Bros yang sekarang ni ahlinya banyak dah kahwin. Tinggallah sorang bro yang single dan aku yang tak berapa bro ni.
 
Dah berapa kali ulang baca buku ni, aku tak ingat. Beli sampai 2 kali sebab pernah hilang,
(masa hilang tu, siap bergaduh dengan geng The Bros padahal aku yang lupa, seb baik dorang sabar je haha) lepastu jumpa semula. Maybe kena let go buku ni 1. Buat apa simpan sampai 2 kalau baca 1 je haha.
 
Kisah Hafiz dan fasa percintaan dalam kehidupannya. Kena reject dengan Syasya Pinky, cubaan jadi secret admirer Sheila, percintaan dengan Awek Chuck Taylor, Mira seorang sapiosexual yang tak suka orang bodoh hahaha.
 
Btw, betul ke lelaki tak suka perempuan garang kuat membebel suka sepak sepak orang walaupun cun sangat? Betul ke lelaki suka perempuan gurlish yang suka shopping?

Eyes can't lie, art of lying, man nature as a hunter. Pasal Solidarnosc, real hip hoppers, zaman tukar telco/no phone sangat mahal hahah. Cerita ni buat aku cari info pasal bahasa tertua di dunia.
 
Pasal Mira yang tak suka orang lambat even 2 minutes! Lunch? 12 - 1 PM. Luar waktu jangan berangan nak lunch and dinner paling lambat sebelum 8 malam. Bangun pukul 6, jogging, exercise, breakfast. Kalau tak sekolah, dia study atau baca buku. Pukul 10 snacking. Sambung baca buku sampai pukul 11. Dia tak study from 11 - 5 PM, otak tak pickup dalam tempoh ni. Main game sampai pukul 5 petang, lepastu sambung exercise, skateboarding. Pukul 7 mandi n makan. Pukul 8 - 12 study or baca buku. Tidur paling lambat pukul 1 pagi je.

Mira yang polyglot. Mira yang selalu berterima kasih dengan atom. Mira yang agnostik. Kisah pasangan anarkis yang menarik.
 
Kalau Mira menarik, keluarga dia lagi kelakar lol lagi lagi si Aiman tu, dgn bapak Mira, Uncle Sulaiman. Shayna pula, pendiam dan suka origami, suka kucing.
 
Ada 1 perkataan baru belajar - doidogok, bahasa Kadazan bermaksud alamak. 1 istilah yang aku perasan diguna oleh sesetengah warga 80s, arbok. Arbok ni yang aku tau Pokemon je, ternyata tidak.
  
Alinazik kebab, sup iskembe antara menu dalam novel yang menarik tapi kalau google tak rasa nak try pulak.
 
Tak lupa juga, kisah sampingan pasal clingy Fadilah dan Akademi Fantasia. Bella yang kaki kikis. Kisah percintaan zaman Myspace, zaman Friendster, zaman YM, zaman nak save no phone pun boleh jadi tak cukup space sbb phonebook phone penuh.
 
Memandangkan aku baca buku ni berulang kali dalam tempoh 10 tahun, tiap kali baca tu, insight aku berbeza-beza. Probably depends pada corak pemikiran kita juga yang berubah seiring waktu.
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
April 4, 2014
Membaca buku ni membawa kita menyelami perasaan seorang Hafiz dan kisah beliau dengan karenah awek-awek yang pelbagai.Dan semestinya watak utama adalah Mira dan Nana.Mula-mula baca aku rasa Hafiz ni sangat perlukan wanita,dan cepat sangat jatuh cinta.Can't live without women.hehe..

Penceritaan dengan bahasa yang santai,dan mungkin bahan bacaan ni lebih realistik sebab bahasa yang digunakan sangat dekat dengan kita..Kalau DBP marah la kot..segala macam carutan ada sini.haha..

Kesimpulannya, cerita yang best sebab tu aku bagi 4 bintang..Nami did make Mira and Nana immortal through this book.
Profile Image for zulhelmimalek.
3 reviews
August 5, 2012
kalau bukan pasal kisah awek chuck taylor ni takdelah aku kenal dengan nami, lepak sama sama, tengok bola sama sama, kena interview dengan makwe uitm sama sama, kahkahkah!!

oleh sebab tu aku kasi 5 bintang. peduli apa aku dengan kesalahan tatabahasa ke, grammar salah ke, yang penting boleh paham isi kandungan buku ni.

cheers!!
Displaying 1 - 30 of 151 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.