Jump to ratings and reviews
Rate this book

HERO

Rate this book
Hero, kompilasi cerita mengenai “Hero” dari lima penulis yang berlainan, Brader Leplep (http://bilamentolmenyala.blogspot.com/) , Bozu (http://iniblogkechai.blogspot.com/) , Lord Zara (http://shafaza-zara.blogspot.com/), Fikri Misti (http://fikrikacak.blogspot.com/) dan Shahir ( http://msaherr.blogspot.com/) .

Mengisahkan lima buah cerita dalam satu buku. Kisah mengenai hero yang belum pernah diilhamkan mana-mana cerita berunsurkan hero sebelum ini.

Siapalah sangat Superman, Batman ataupun Ultraman jika hendak dibandingkan hero di dalam buku ini.

232 pages, Paperback

First published December 10, 2011

2 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Amirul Bozu

4 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (15%)
4 stars
11 (24%)
3 stars
18 (40%)
2 stars
7 (15%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Hana Jimi.
33 reviews8 followers
April 4, 2012
idea semua gila2.kelakar.

kalau 1 hari nanti awk jadi HERO,jadilah HERO y x tinggal solat. HERO y macamni adalah HERO paling rare sekali di muka bumi. X guna kalau jadi HERO setakat di kaca TV mahupun di mata manusia kalau di sisi sang pencipta awak jauh dariNya. :)
Profile Image for Nur Fatin Aliyya  Azizan.
5 reviews
March 21, 2013
akhirnya, berjaya juga aku habiskan baca novel ni sebelum balik cuti.

now, everyone can be a hero, in our own way, own style, own perception.terang lagi bersuluh, judul novel ni 'HERO' yang mengupas kisah kisah berlandaskan tema hero. tanpa kita sedari, setiap hari kita jadi hero pada diri sendiri, buat keputusan, tolong diri sendiri, tolong orang lain, itu pun dikira hero, dengan buat benda2 baik dan yang boleh menambahkan pahala, tak ke hero namanya tu? :)

lantaklah orang nak kata apa yang penting kita tak give up and there you are, a hero already.bagi pandangan aku la, dengan berhusnudzon (bersangka baik) dan berfikiran positif terhadap diri sendiri pun hero jugak. dalam bahasa mudah, 'hero' ni subjektif, so jawapan takde betol takde salah. ikut macam mana imaginasi otak masing masing.

gaya bahasa yang mudah paham dan selit selit dengan humor dan part yang agak dewasa so far aku suka kisah2 dalam ni.

tapi yang paling aku suka suka, part yang walau kau dah pernah jatuh, even beratus kali jatuh, walau takde sape sokong, walau dunia pun tak nak, walau rasa macam sampah, jangan, never say never, dont ever give up sebab hanya kau sorang je yang boleh tolong diri kau sendiri.

fightinggg!
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 12, 2012
Ini kompilasi cerita daripada 5 penulis yang sememangnya agak popular di kalangan blogger. Kisah yang pendek-pendek, tidak saling berkait dan mudah dibaca oleh para pembacanya.

Dua Jalan Di Kuala Lumpur oleh Shahir
Ini kisah dua sahabat – Adib & Nizam. Bertahun berpisah kemudiannya mereka dipertemukan dalam satu adegan yang sangat memeritkan. Adib ketika itu menjadi buruan polis, dan polis yang memburunya tak lain tak bukan adalah Nizam. Nampak cliché. Tapi bila penulis menggunakan teknik imbas kembali yang begitu teliti, ia begitu mengujakan.

Bandar Seri Korupsi oleh Fikri Misti
Ini pula kisah masa depan. Tahun 2075 – di mana manusia ketika itu sedang mencari rahsia Fountain of Youth. Tuan Ricky begitu mempercayai mitos ini dan mengarahkan anak buahnya mencari di mana letaknya Fountain of Youth. Ada teknik imbas kembali juga. Ha, kena bacalah ya. Aku tak mahu cerita lebih.

Hero Yang Paling Hero oleh Brader LepLep
Ini macam cerita yang paling hampeh. Sebab kalau nak ikutkan logik akal, memang langsung tak boleh diterima. Kisah pengembaraan Afka & Eddy ketika bumi diserang makhluk asing. Tapi ya, ceritanya superb. Korang perlu ada imaginasi yang tinggi nak baca cerita tentang alien ni.

Obligatu oleh Bozu
Ini pula cerita tentang ‘aku’ yang hampir-hampir mengalah dalam menempuh hidup. Bukan senang nak berjaya tetapi lebih sukar untuk mengekalkan kejayaan tu. ‘Aku’ dalam cerita ni merupakan artis yang memang popular tetapi akhirnya jatuh dek kerana sikapnya yang bongkak. Cerita ni ada nasihat dan suntikan semangat, tapi yalah memang kena memperhalusi betul-betul. Kalau tak, korang hanya akan ketawa berdekah-dekah dengan humor yang dibentangkan.

Nuansa Atma Adiwira oleh Lord Zara
Satu-satunya bunga yang mekar mewangi dalam kompilasi ini. Memang dasyat gaya bahasa penulis perempuan ni. Banyak metafora. Ada puisi indah dan puitis. Memang teramat kontra dengan cerita-cerita sebelumnya. Mengisahkan Anuar Hafuza yang sedang mencari dirinya sendiri. Dia perlu ‘buka mata’ bagi menyelesaikan segala apa yang nampak kelabu di matanya. Sebelum menjadi hero, dia sepatutnya perlu bangkit menjadi adiwira di matanya terlebih dahulu.

Ps: Blook pertama aku tahun ni *wink*
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
August 5, 2012
Tak semua orang mampu jadi hero dalam dunia ni,tapi paling tidakpun jadilah hero kepada diri sendiri.

Apa yang aku perasan tentang penulisan buku ini adalah ceritanya yang disampaikan melalui perbuatan hero kepada diri sendiri.

Biasalah,penulisnya pun hero juga.
Profile Image for zulhelmimalek.
3 reviews
August 5, 2012
himpunan tulisan dari beberapa orang penulis, dan aku rasa untuk mengisi masa terluang dan mahukan sesuatu untuk dibaca buku ni kira sesuai.

tapi paling aku suka kisah hero yang paling hero tulisan leplep. macam gampang sebab leader umat manusia dalam kisah tu pipiyapong, kahkahkah.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.